NaSa

Minum matcha sebab trend atau memang sedap?

in , by NaSa, January 29, 2026
"Matcha rasa rumput."
"Matcha rasa daun."
"Matcha tak sedap."

Aku ni mula minum matcha sejak tahun 2024 tau. Sepanjang setahun lebih karier aku minum minuman hijau ni, kata-kata huduh apa je yang tak pernah dengar pasal matcha ni ya 😂
Agak lambat kami nak join trend memiliki air fryer dan masak 1001 resepi dengan benda tu kan. Tapi takpe sebab yang penting AKHIRNYA AKU ADA AIR FRYER. Tu pun lepas sekian lama berdebat berdebik dengan kakak aku sebab tak tahu nak beli jenama dan kapasiti macam mana untuk letak kat rumah ni. Dia nak yang jimat, aku nak yang smart. Macam-macam hal haha. Tapi hasilnya, terimalah...
"Kenapa sejak masuk umur 20-an ni makin lama makin takleh go kalau minum susu lembu?"

Mesti ada orang yang tertanya-tanya pasal situasi ni kan. Sebab dulu masa muda elok je boleh togak fresh milk sekarton sehari. Tapi sejak dah masuk umur pertengahan 20-an dan ke atas, jangankan satu karton, minum secawan je ada yang terus cirit-birit. Berlari cari jamban. Haruuu

Singgah join Jajan Viral Food Fair di KB Mall

in , by NaSa, January 22, 2026
Pada suatu hari yang tak bertuah untuk kakak aku, anak bertuah dia (Umar) baling phone dia sampai skrin tu katanya tercabut dan nyawa-nyawa ikan je melekat di badan. Naya Pak Karim wey. Sebab phone tu masih agak baru. Mujur masih boleh guna. Tapi kena ikat getah untuk elak skrin jatuh terus. Memang la tangan budak ni tangan paling laju dalam dunia ya. Pantang lepa.
Biasa kalau produk Adabi ni kita dengar cucur dan perencah nasi goreng kan. Tapi sekarang ni perencah untuk goreng mi dan buat sambal pun ada. Menu pun tak terhad kepada Asia Tenggara macam rendang dan tomyam, tapi siap ada sos Korea haaa. Makin maju dah Adabi kita. Tapi kalini aku tertarik nak cuba perencah mi goreng dia. Sementelah asyik duk borong perencah nasi je kan.

Tersumbat sampai kena cuci telinga di klinik

in , by NaSa, January 17, 2026
"Jangan korek telinga dengan putik kapas!"

Kalau tanya doktor, semua akan bagi larangan ni sebenarnya. Sebab putik kapas (cotton buds) berisiko untuk tolak taik telinga masuk lebih dalam dan jejaskan pendengaran. Tapi tu la ramai je yang masih buat sebab dah biasa. Aku pun termasuk sekali, sebab rasa macam "ala takpe, sekali-sekala." TAPI...
Apabila usia menganjak makin jauh dari fasa 20-an ni, biasa la kan kulit start timbul tanda-tanda penuaan. Dia mula dengan garis halus, kedutan, pastu lama-lama otot muka pun kendur hehe. Tambah lagi kalau ada aktiviti harian yang tinggi stres, dapat la sekali pakej eyebag dan dark circles. Itu la punca ada orang yang wajah nampak lagi tua daripada usia sebenar.

Panik sekejap hilang butang Next/Previous

in , by NaSa, January 11, 2026
Bayangkan kita tengah baca blog yang dah pos banyak cerita, tapi takde butang Next atau Previous untuk kita baca kisah-kisah lain? Tak ke frust?

Apatah lagi aku yang tukang tulis ni la makin frust menonggeng, sebab tak sangka pulak benda tu hilang. Sebab sebelum ni, especially lepas beli template ni dulu, rasanya semua butang fungsi yang penting tu cukup lengkap. Tapi semalam baru aku perasan macam bahagian bawah entri blog tu kosong?
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS