Bibir Kering dan Cara Mengatasi | NaSa

Bibir Kering dan Cara Mengatasi

in , , by NaSa, May 27, 2014
Assalamualaikum.

Khamis hari tu kalau tak silap. Fatin dengan Narfa plan nak pergi sickbay jumpa matron lepas habis lunch. Masing-masing gatal kat kaki dan gatal kat tekak. Aku aje yang gatal nak menyendeng sekali even though sihat walafiat tak ada penyakit. Saja je sebab malas nak jalan kaki balik sorang-sorang. Pergi bertiga, balik pun kena la bertiga. Kata one for all, all for one. kahkahkah...

Masa kat sickbay, takde sorang pun student kat situ. Ada Matron Lai sorang aje duk buat kerja dalam bilik cek pesakit. Sebelum sorang-sorang nak masuk mengadap sambil explain masalah masing-masing, sempat lagi kitorang menggila kat luar. Lepas puas ukur tinggi sambil timbang berat, baru masuk ambik ubat. Tu pun tangan aku sempat lagi capai alat cek suhu badan yang jenis pistol tu.

Habis dengar description pasal ubat semua, kitorang pun sedia la nak balik. Masa tu jugak matron bagi pesanan semahal emas kat kitorang.
Balik nanti banyakkan minum air. Kamu semua ni kering aje saya tengok. Pakai lipstik pun tak naik.
Speechless jap kitorang sebelum gelak ramai-ramai. Aku gelak lebih sebab bukan aku yang pakai lipstik tu. Narfa yang pakai. hahaha... tertangkap basah kat situ dia pakai lipstik. Biasanya tak obvious sebab time bibir sihat, warna lipstik tu nampak sama macam bibir asal. Sekarang bibir dah rupa ular bersalin kulit, ada part bibir yang warna terang, ada yang warna pudar.

Tapi, serius aku tak faham dengan sistem biologi tubuh aku. Bibir aku kering dah macam apa entah. Kadang sampai berdarah tiba-tiba pun ada. Pelik bin ajaib sungguh. Walhal hari-hari sebotol air yang 1.5 liter tu habis masuk perut. 

Nak kata cuaca panas tahap tanah kering merekah pokok botak tak berdaun sungai kering kontang, tak. Hari-hari hujan sampai hati berbelah bahagi nak tutup laptop ke tak sebab bimbang kilat sambar power outlet. Well, berbelah bahagi kejap je la. Lepastu tu dia bercantum darab balik sebab tak sampai hati nak tengok torrent download setengah jalan. LOL.

Tapi tu masalah dua tiga hari lepas la. Sekarang dah kembali sihat dan lembap macam dahulukala. Alhamdulillah. Dah tak payah lagi dah tarik-tarik kulit bibir yang kering sampai bibir berdarah lagi teruk. Tu pun macam-macam cara jugak nak kena ambik untuk sihatkan balik bibir. Korang baca aje la cara-caranya, ya? Nak try pun boleh tapi kalau tak jadi, maaf la. Tak dapek den nak nolong.

1. Madu
◕ Okey, cara ni aku tak try pun sebab susah nak dapat madu dalam hutan ni. Unless kalau rajin nak spend duit pergi bandar atau redah hutan cari madu asli. hahaha.. Letak ni pun sebab orang selalu duk kata madu boleh lembapkan bibir. Memandangkan madu ni antara penawar semulajadi yang mujarab, aku letak aje la kat tempat pertama even though aku tak try. :P

2. Lip balm
◕ Haaa.. yang ni aku ada try dan memang tak berkesan. Kat pakej produk kemain lagi tulis pelembap bibir. Sekali pakai, mak abah lagi teruk jadinya. Bibir jadi menggelupas sampai rasa malu gila nak keluar pergi kelas atau dining hall. 

Tapi rasanya aku yang salah cara masa nak guna bendalah ni kot. Agaknya la kan.. agaknya la, lip balm kena sentiasa pakai agar bibir tak kering menggelupas. Bukannya pakai masa bibir dah kering menggelupas. XD

3. Air
◕ Ni yang paling cheapskate pernah aku buat. Setiap kali minum, aku akan basahkan bibir tahap kaw-kaw. Takpun ambik tisu lepastu basahkan dengan air dan kepit dengan bibir. Rasa sejuk kejap aje bahagian bibir yang kering tu. Lepastu kering balik. Eh bukan kering. MAKIN kering!! Takpun bibir berdarah.

Sebabnya setiap kali kulit bibir tu jadi lembap, aku suka usik dengan jari lepastu main tarik-tarik. Kalau yang bahagian kulit kering tu aje tercabut takpe. Ni sekali dengan kulit bibir yang sihat. Dah jadi apa dah aku tengok darah mengalir serupa air paip kat bibir.. -_______-

4. Vaseline
◕ Ni cara latest yang baru ditimba masuk ke dalam kotak ilmu dan Alhamdulillah, kekdahnya memang mujarab!! Tak sia-sia tangan menggeletis nak beli Vaseline ni masa pergi Guardian dengan Mimi. Sebabnya Vaseline ni ada banyak kegunaan rupanya. Daku baru tahu. hahaha.. 

At first, bibir bertukar jadi pucat lesi takde warna. Bimbang gak rasa hati. Tapi lama kelamaan dia okey balik dan jadi makin pink and moist. Kulit bibir yang kering tu pun senang tertanggal. Senang hatiku melihatnya. 。◕‿◕。

Aku pernah baca kat WikiHow, Vaseline boleh bantu lebatkan bulu mata. Caranya, sapu kat bulu mata tiap-tiap malam sebelum tidur. Aku tak tahu la cara tu berkesan ke tak. Pun malas jugak nak try sebab bulu mata dah sedia panjang dah lebat dah. Cuma nak kena cari cara biar bulu mata aku lentik naik ke atas, bukannya melentik turun ke bawah cucuk bijik mata.

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS