Tips Memaksimakan Penggunaan Keyboard | NaSa

Tips Memaksimakan Penggunaan Keyboard

in , by NaSa, May 17, 2014
Assalamualaikum.

Ohmai tajuk tak boleh blah. Dengar dah macam pakar IT datang berceramah pulak. Heh.. Ilmu teknologi baru takat keting kaki dah lagak macam ilmu penuh di dada pulak. Apa pun tak boleh minah ni. -_-

Tak kisah la. Tanpa basa-basi, mari teruskan aje majlis kita ke agenda utama iaitu agenda belajar cara memaksimakan penggunaan keyboard. Biar pasni mouse dah takde fungsi. Touchpad laptop pun kecik je peranan dia. Paling utama, biar jari jemari korang gemuk berlemak macam jari jemari aku juga. Tak runcing sebab malas nak gerak banyak kali guna mouse/touchpad. Muehehe~ *gelak konspirasi*

First, fungsi shortcut butang-butang kat barisan atas keyboard. Aku biasa guna masa surf internet.
1. Esc
__ Nama manja Escape. Guna untuk lari dari situasi fullscreen. Fungsi lain, tak pasti la pulok.
2. F1
__ Yang ni berlagak 911. Tak reti nak guna something, tekan je dia. Nanti dia datang bawak cara suruh kita faham. Tagline dia, F1 comes to the rescue. Gituuu..Dulu masa kekecik selalu tertekan butang ni. Pastu gelabah pasaipa skrin jadi putih ni? Natang menda pulak keluar list soalan banyak-banyak ni? Heh.. -____-
3. F3
__ Fungsi lebih kurang sama ngan Ctrl + F. Butang ni akan bukak kotak carian kat sipi-sipi penjuru skrin. Nanti boleh cari apa-apa perkataan dalam page yang kita bukak. 
4. F5
__ Refresh/reload. Rasanya semua orang tahu. Jenis kalau gambar cam kat bawah keluar, kalut tekan butang F5 sambil mencarut, 'Jadahpe internet slow sambil semua benda pun tak terbukak ni?' hehe.. semua orang atau aku sorang aje?
Saya muncul untuk sakitkan hati anda semua. :P

5. F6
__ Nak masuk website lain tapi guna tabs yang sama? Butang ni akan highlight semua perkataan dalam adress bar tu. Kita cuma tinggal ganti address website sedia ada dengan address yang kita nak. 
6. F11
__ Full screen. Ni no komen sebab tak pernah guna. Tengok Youtube pun large player je. Tak kose nak fullscreen-fullscreen bagai. 
7. Ctrl + (apa-apa nombor dari 1-9)
__ Ni tips untuk bergerak dari satu tabs ke tabs yang lain. Sesapa yang kuat blogwalk, guna la shortcut ni untuk pindah dari blog someone ke someone else. Tapi terhad sampai 9 tabs aje la. 10 dan belas-belas tu, mintak maap! 
8. Ctrl + T
__ Bukak tab baru. 
9. Ctrl + Shift + T
__ Bukak balik tabs yang kita terpangkah tadi. 
Habis line atas, belajar line bawah dengan tepi pulak. Yang ni general kut? Masa surf internet boleh. Masa buat benda lain pun boleh.
1. Benda basic 
__ Ni benda basic. Macam makan kacang. Pop buka kulit, pop masuk mulut, pop masuk perut. Senang. Takde pusing-pusing putar belit politik bagai. Rasanya semua orang tahu. Nak-nak yang jenis kuat mengedit blog. Hafal sangat dah semua fungsi yang tertera, kan?  
2. Alt + Ctrl + Del
__ Kalau tetiba komputer hang @ jem roti, butang-butang ni boleh panggil cik Task Manager. Pepandai la.. 
3. Home
__ Kalau tengah stalk blog yang takde scroll to top, butang ni boleh bawak kita terbang tinggi-tinggi naik atas. Kalau masa menaip, nanti kita sampai ke permulaan ayat. Pendek kata, dia akan bawa kita kembali ke pangkal jalan. :P 
4. Page Up @ Page Down
__ Nama pun dah cukup terang dah. Kalau takde mouse dan malas nak guna touchpad, tekan butang ni sikit-sikit. Sama aje page tu akan scroll down @ up cam kita guna mouse. 
5. End
__ Untuk ke bahagian hujung ayat atau bahagian paling bawah apa-apa saja tanpa banyak bicara. 
6. Ctrl + Home
__ Fungsi utama, masa menaip. Tak kira la taip apa-apa pun. Kalau tekan Home aje, cuma akan kembali ke permulaan ayat. Kalau tekan sekali ngan Ctrl, nanti kita akan sampai ke bahagian paling atas dokumen. 
7. Ctrl + End
__ Macam kat atas, guna masa menaip. Tapi akan jatuh gedebuk buk buk ke bahagian paling bawah. 
8. Windows Key + Space
__ Kot nak taip dalam bahasa asing macam Arab @ Korea, boleh tekan ni untuk tukar bahasa komputer sekali dengan keyboard. Tapi pastikan bahasa asing tu dah ada dalam senarai bahasa yang aktif. 
9. [Fn] + simbol dalam bracket [..]
__ Yang ni banyak fungsi. Boleh ubah airplane mode, brigthness, sleep, up/down volume, next/previous song, pause, play, stop, bla bla bla... hack la sendiri. :P Tapi bab yang melibatkan lagu tu, ia cuma berkesan kalau kita guna Windows Media Player.  
Erk.. setakat ni je kot yang boleh dikongsikan? Sebab memang ni je pun yang aku tahu dan selalu guna. Lagipun tadi kan dah cakap yang ilmu pengetahuan aku pasal IT ni cuma takat keting kaki je. Kalau ada yang terkurang, sila la tambah. Tak kisah pun. ~_~

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS