Fasa Muka Paling Tak Best Dalam Hidup | NaSa
Assalamualaikum

Sebelum tu maaf ya entri agak panjang dan gambar pun mungkin keterlaluan sikit. Saja hari ni nak kongsi pasal pengalaman diri sendiri sepanjang mengalami & mengatasi rebound effect ni. Fufufu baru aku tahu macam mana rasanya hidup bila kulit muka rosak ni. Susah juga nak kuatkan diri dari segi mental dan emosi. Ya la sape je yang tak sedih bila muka "pecah" kan? 

Insecure gila vavi kot nak berdepan dengan orang ramai.

Asal-usul kulit rosak ni aku pernah cerita dalam entri lepas. Tapi untuk recap balik, ia bermula lepas aku berhenti pakai satu produk lokal nama Dnars Skincare ni. Katanya mengandungi "bahan semulajadi", tapi lepas pakai untuk satu jangka masa lama, muka jadi teruk. Lepas berhenti pun sama je muka jadi makin teruk. Entah celah mana semulajadi entah.

12/09/2014, masa awal-awal pakai Dnars. Nampak lawa je harapan palsu yang dia bagi ni.

Tapi masuk je April 2015 (kira-kira lepas dua bulan berhenti pakai Dnars), jerawat slow-slow membiak di pipi dan dahi. Yang selalunya hilang lepas seminggu, dia dah bermutasi. Dari seminggu jadi dua minggu, tiga minggu, hatta dah masuk masa berbulan pun, jerawat-jerawat ni tak hilang. Makin banyak dan besar ada la.

13/05/2015, jerawat dari bulan April sampai ke masa ni tak surut-surut, ko ghasee?? :'(

My sister said it's resdung, my mom said it's allergy sebab aku kuat melantak seafood, and I was all like a-ca-scuse me my favorite seafood is innocent, okay? 

Doploh tahun hidup mana pernah aku alergik dengan seafood. Resdung pun aku takde so jerawat masa tahun ke-21 ni pun definitely had nothing to do with those.

Memandangkan masa ni aku tak kenal lagi rebound effect tu apa, husnudzon la ingatkan tu jerawat period. Kebetulan masa tu pun tengah ada masalah sembelit jadi mungkin toksin dalam usus tu yang buat jerawat makin banyak. Aku pun pergi la klinik ambil ubat. 

Sambil tu teruskan makan vitamin B, C, dan E Shaklee dan minum air 2-3 liter sehari. 

Tapi peliknya, walaupun period dah habis, sistem pelawasan dah lancar, vitamin tak miss, air pun berliter-liter sehari, jerawat tu tetap takde tanda nak surut. Like so pelik apahal vitamin takde kesan sedangkan ekzema aku haritu elok je kudis sembuh & parut pun takde?

Reaksi aku, gelabah biawak of course sebab lagi berapa hari je kot nak masuk kolej (daftar 23/6/2015). Batchmates nanti mesti lawa-lawa punya so kalau aku masuk dengan muka gini, rosak keyakinan diri :(

Mula-mula rasa nak je ajak abah jumpa pakar kulit. Tapi bila kira balik jerawat yang ada, takde la teruk macam pesakit kronik New York Skin Solutions pun. Daripada susahkan abah spend duit, baik simpan buat bayar yuran buku nanti. So, aku cancel niat & ambil alternatif buat research sendiri di internet. Siap follow twt_kecantikan di Twitter lagi huhu.

Banyak tips & suggested product yang aku dapat untuk atasi jerawat-jerawat tu. Tapi sebab takde duit, semua tu masuk wishlist je dulu. Natural remedies yang murah & senang nak buat je yang aku try. Antaranya:

  • Makan bawang putih – cuci darah biar jerawat hilang dari dalam. Dua tiga ulas sehari aku bedal lol
  • Masker kunyit - nak hilangkan parut tapi tak jadi pun. Muka je kuning
  • Masker putih telur + madu – untuk tarik whiteheads & blackheads keluar tapi takde perubahan ponnnn
  • Sapu tea tree oil – berkesan kecutkan jerawat tapi kalau dah jerawat nak naik tu, dia naik jugak. :(

I even took some aloe vera plants from my aunt’s house and minta abah tolong tanamkan biar ada sumber pokok lidah buaya kat rumah untuk aku tempek ke muka. Tapi sayangnya masa dah suntuk sangat. Tahu-tahu dah kena bertolak pergi Melaka.

Maka ber-huhu-lah aku di KPM Ayer Molek dengan muka yang merah macam tomato. X(

12/07/2015, Kem Ibadah. Rahmah yang kat sebelah tu haha sorry aku censor muka kau.

Add another 2 months, it obviously got worse. From small zits to larger ones, walau selfie pakai kamera depan siap pasang filter beauty effect level 10 pun tetap nampak tompok merah tu. Padahal kalau muka dulu elok licin je lepas pakai filter. Halusss macam kepala Harith Iskander dalam iklan NescafΓ©. –-"

Lebih burukkan keadaan bila kulit aku rupanya cannot go dengan klorin dalam tangki air asrama. 

Mula-mula tak perasan sangat yang muka aku akan jadi especially merah setiap kali lepas mandi/cuci muka. Aku cuma rasa muka ada gatal-gatal je. Tapi bila ada dormmate tegur and jerawat tu pun makin lama makin besar dan banyak siap merebak ke kawasan rahang, okey ni bukan gatal biasa. Ini alergik. 

Selama ni time kat rumah memang la kondisi jerawat aku terkawal dan takde masalah sebab paip rumah pakai air telaga lol

15/07/2015, nah close range punya aku bagi. Sorry menjijikkan sikit. 

Most of the times, semua jerawat ni memang gatal nak mati sampai aku rasa nak je garu muka pakai kertas pasir. (-.-") 

Dan disebabkan jerawat di kawasan rahang tu jugak, aku sangat bermasalah setiap kali nak pakai tudung. Langsung tak boleh pin bawah dagu tu ketat-ketat sebab nanti tertekan jerawat tu dan akan rasa sakit. Pakai telekung solat pun sama takleh tarik tali tu sampai ketat di muka. Pedihs pipi ai. T_T 

Sebab tu tudung aku time sem satu dulu barai manjang. Selebet sana, gelembung sini. Dah aku pin longgar memang la angin senang masuk lol. Tapi even lepas jerawat di rahang tu surut pun aku tetap sakaikan tudung jugak. Dah muka rosak nak melawa apanya? Buang masa je. *Low self-esteem alert!!!*

Selain baraikan diri sendiri, aku juga ada satu lagi hobi baru iaitu jengah farmasi. Memang Watsons, Guardian, & farmasi Caring di Mahkota parade dan Dataran Pahlawan di bandar Melaka tu dah jadi tempat-wajib-pergi setiap kali aku outing. Niat hati saja nak usya kot-kot ada item dalam wishlist aku yang tengah sales. 

Tapi promoter kat situ pulak bermasalah. Suka tarik-tarik orang suh tengok produk dia yang mahal Na'uzubillah tu. Pastu selamba badak je komen “muka aku ni macam tu… macam ni… kena pakai benda tu... benda ni…” Aku senyum je tapi dalam hati rasa cam “Eee aku tampar jugak Cina ni karang”. Suka hati je buat aku makin tak yakin dengan diri sendiri. :'(

Since takdak duit nak beli produk promoter tu, aku ambil Cosmoderm je cukopp... Murah pun asalkan sesuai dan berkesan merawat luaran dah bagus dah. Untuk dalaman, aku teruskan makan vitamin Shaklee siap seludup bawang putih masuk asrama. Malam-malam cincang dan telan membuatkan roommate aku rasa pelik and I don’t know, maybe jijik sikit kot. 

Ah lantak engkau bukan aku makan sampah pun. (-..-)

HIDUP BAWANG PUTIH!! *tiba-tiba*

Selain amalkan produk farmasi & suplemen ni, patutnya pemakanan pun kena jaga. Kurangkan makan pedas, berminyak, bergoreng pejadah tu. Tapi aku tak mampu sebab I'm a spicy-food addict. Lagipun duk asrama mana ada banyak pilihan makanan sihat. 

Yang mampu aku pantang, kurangkan ayam dan lebihkan ikan. Ikan pula bukan ikan biasa tapi ikan keli uolls. hahaha... Walaupun aku takde resdung yang alergik ayam tu tapi entah, aku tengok lepas makan ikan je keje haritu, muka macam ada perubahan sikit compare dengan masa melantak ayam dulu. 

Tapi tak tahu sama ada tu sebab protein ikan atau tu cuma placebo effect sebab ikan keli kan favorite aku. Mana tahu otak saja buat-buat muka nampak makin pulih sebab nak suh aku beli ikan keli hari-hari. XD

Tapi yang pastiiii... selepas penat try and error dengan produk itu ini... akhirnya kesan pun nampak la...

12/11/2015, mostly parut je yang tinggal yeayyy!!! \(^-^)/
**takde edit eh.. semua gambar HDR and no-filter**

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab akhirnya sembuh jua walaupun sebenarnya ada rasa kelakar sikit sebab dah habis sem baru nampak lol. Tapi okey la tu daripada tak berubah langsung. At least boleh daftar masuk sem baru dengan keyakinan sikit. 

Serius takleh bayang kalau dah masuk sem dua pun muka duk rosak lagi angkara Dnars Skincare tu. Rasanya memang hari-hari aku nangis kat KPMAM sana.

Secara kronologi...

1: masa tengah pakai Dnars, 2: lepas berhenti pakai Dnars, 3: lepas tujuh bulan berusaha untuk pulihkan balik kulit

**Ya aku memang rajin rekod keadaan kulit dari semasa ke semasa ni. Terima kasih :D

No thanks to Dnars Skincare, I wasted 6 months of my life untuk setia dengan dia tapi bukannya kulit makin lawa pun. Sebaliknya kena luangkan lagi 7-8 bulan sebab nak pulihkan balik kulit muka yang rosak sebab dia. Kalau ditotalkan, SETAHUN lebih masa aku terbuang. Bukan sekejap tau? Kalau aku kahwin masa tu mesti sekarang lek-lek dah dapat anak sorang. Eh?? hahaha

Tapi takpe la. Benda dah lepas. Muka dah sembuh. Pengajaran pun dah dapat. Lain kali jangan mudah sangat terpengaruh dengan iklan produk yang konon berkesan dalam masa seminggu dua tu. Agenda Yahudi je semua tu lol. Sekarang, kita fokus ke arah hilangkan parut pulak. Banyak masa lagi ni sementara menunggu habis cuti sem. huhu

Lagi satu Insya ALLAH nanti aku review produk yang aku pakai untuk atasi rebound effect tu satu persatu kat sini. Mana tahu kot boleh bantu orang yang ada masalah sama kan. Buat masa sekarang ni kena kumpul kerajinan untuk menaip je. Huhu (^^)v

Assalamualaikum.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would
    be okay. I'm absolutely enjoying your blog and look forward to new
    posts.

    Check out my website ... cara menghilangkan jerawat bekas jerawat dengan cepat

    ReplyDelete
  2. So sekarang pakai ap ? Saya pon dah 2 tahun pakai dnars tapi disebabkan orang kata ada merkuri so i stop then jerawat naik banyak gila 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pakai cleanser cosmoderm tea tree oil, toner rose water/apple cider vinegar, dan moisturizer cosmoderm vitamin e. Utk jerawat slalu tempek pure tea tree oil. Pastu hari2 detox apple cider vinegar + madu + air so Alhamdulillah now jerawat dah jarang naik dan parut pudar. Awk blh try jgk klu nak, especially part detox tu sgt recommended sbb tu paling brkesan tlg sy atasi jerawat ni :)

      Delete
  3. Omg your skin is crazy bad. If u leave in klang valley, u should go to subang Dr ranjit. He give me some pills and some cream. I think after like 4 visits, I no longer have to see him anymore. Could be your hormone. Google him, he is really good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the suggestion, but thank God my skin has healed to normal already. No more sensitive skin and big ass pimples. Hail the acv detox, pharmacy products and some korean skincare haha. Sure it took a while to heal but all the efforts worth it. Just have to rid the scars now :)

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS