Tips untuk menarik minat pembaca: letak tajuk berunsur provokasi.
Lol gurau. Entri ni adalah follow-up kepada entri bulan April haritu. Sepatutnya ditulis sejak lepas habis orientasi lagi tapi dasar pemalas, walau dah beli 70GB kuota wifi di kolej pun tetap takkan tulis. Bila dah balik rumah, takde internet baru nak terhegeh-hegeh. huhu
Yang aku boleh cakap, not bad la.
Duduk di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang di kiri kanan kolej cuma nampak pokok kelapa saaaaaawit manjang, rasa hijau & tenaaang je otak. Godaan duniawi yang buat diri nak lepak, bazirkan duit dan malas study pun kurang. Sebab jiran terdekat pun cuma akademi JPJ & pusat serenti, bukan macam kolej lain yang dekat dengan mall etc. Agaknya sebab tu kot KPMAM ramai 4 flat. XD
Malam-malam boleh dengar anjing |
Bukan nak nganjing tapi hakikat. Hidup kami di KPMAM memang diselubungi kehijauan flora dan fauna. Sebab tu bagi jenis bandar yang manjang takleh hidup tanpa fastfoods, Starbucks, wayang etc, poket kena tebal. Weekend boleh sewa bas Panorama pergi Mahkota Parade/Dataran Pahlawan.
Tapi tak cakap kat yang bandar je la sebab aku yang kampung ni pun selalu juga tebalkan poket bila ada sudden craving pejadah tu. (n.n")
Selain lokasi yang unik, asrama sini pun best. Well… puji la sebab dapat asrama baru kan. Gila kau tak seronok dapat bilik lagi luas. Tapi sebagai orang jauh, aku paling suka part tak payah bawa water heater dari rumah. Sebabnya asrama dah sediakan siap-siap di bilik utiliti. Siap bagi microwave & toaster. Amboi... :)
So far so good. Kalau ada kureng sikit pun cuma sebab takleh bawa extension cord (asrama lelaki je boleh -.-), bangunan asrama ada 4 aras, semestinya takde lif dan semua pelajar sem satu WAJIB duduk di aras PALING ATAS!
Bukan nak komplen tapi fuhhh hari-hari turun naik tangga botingkek-tingkek memang sado kejap otot kaki kahkahkah
Laman asrama Tun Teja yang selalu jadi pilihan siswi untuk wefie dengan BFF atau selfie OOTD. |
Look at the furniture's colour, ORANGE! ❤ |
Sibbaik bukan double decker. Buatnya dapat katil atas nanti satu kerja nak panjat memanjat. Dah la aku tinggi. Seriau takut terpancung dek kipas siling kat atas lol. Setiap bilik maximum ada 4 orang ahli jadi tak la sesak sangat. Privacy pun masih terjamin. Kalau di KPM lain aku dengar sampai ada yang enam sebilik.
Kalau roommates semua jenis muafakat takpe. Tapi kalau tak sebulu, tak tahu la. Yang berempat ni je pun dah macam-macam karenah nak kena menghadap. Pening kepala ai
My favourite moment, bila gerombolan askar kucing datang tunggu bawah meja dan pandang kita dengan bijik mata yang besar :3 |
Situasi biasa di kafe hatta mana-mana kedai makan. Pantang tengok orang tengah suap nasi. --" Tapi ni dulu, masa awal-awal masuk. Sekarang kucing tak ramai dah. Admin dah upah orang untuk tangkap & buang diorang ke tempat lain. Dengan kucing surau favourite aku sekali kena. Sedih aku. Takde dah teman bermain time kelas Amal Islami :(
Untuk hilangkan sedih di hati, kita jalankan la hobi perempuan iaitu makan.
4 kedai nasi, 1 kedai burger & 1 gerai roti canai, fulamak banyak sangat pilihan makanan yang ada. Rasa macam hari-hari nak breakfast, lunch and dinner di kedai yang berlainan. Nasib perut kecik tak boleh makan banyak
Kalau RM3000 lain la cerita. kahkahkah
Luckily for us though sebab ada satu kedai ni faham yang students ada bajet terhad. So diorang bermurah hati jual nasi goreng dengan harga singgit. Jimat belanja untuk dinner.
Tapi kena turun awal sebab kalau tidak, line panjang sampai masuk kedai orang lain. XD Popular benau sebab singgit-singgit dia, kuantiti banyak sampai kenyang membuncit kot. Atau mungkin tu kenyang air sebab nasi tu serius sangat pedas. hahahaha
.
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)
Assalamualaikum.
Assalamualaikum....
ReplyDeletealaaaa tomeinye tucin, akak pantang nampak kucing.... ^_^
Tapi kucing dah banyak kena tangkap kak. Kesian. Saya dah la takleh kalau takde kucing ni :'(
Deletelol, pahal lawa sangat furniture tuh? I dapat locker je wehh, sedih =,=
ReplyDeleteAsrama baru katanya. Saja nak bagi nampak lawa sikit hahaha ;)
DeleteSlm..nk tnya..dkat kpm ayer molek kalau nk prgi kelas pakai bju kurung ataupn bebas?bawal crepe blh kan?
ReplyDeletePakaian kelas kena baju kurung/jubah je. Boleh pakai bawal crepe. And skrg shawl pun dah blh pakai sbnarnya asalkan labuh tutup dada ^.^
DeleteCan i have ur ws number? Nk tnya lebih detail psal kpmam. Lps sy ws awk, awk delete la comment ni. 🙂
ReplyDeleteSis nk tnya DBS nnti kita bljar ap je? bleh tk mnta num sis?😉 Nk ws. 12/7/16 saya dftar msuk KPM.So,nk tnya lbih detail psal kpmam.😊
ReplyDeleteHai bakal junior 🙋 emm ada twitter tak? Klu ada blh follow akak kat @_naddddzirah. Blh DM kat situ je nombor sbb private sikit. Aritu prnah bagi kat sini skali tp orang tak brkenaan pula yg kacau 😅
Deletehai . sis ade insta tak ? kite pun nak tnye psal kpm . sbb lepas raye nnti kite masuk ambik dbs jugak :)
DeleteHai dear. Insta blh cari @nasaaaa_. InsyaAllah bila free akak reply. Now tgh exam :)
Deleteokay thanks kak . @nabilahmdy ni insta kite nnti akak taulah klau kite tnye nnti .thanks again. :]
DeleteBilik asrpuri sambung dengan bilik air tak? ke jauh dari bilik?
ReplyDeleteTak sambung dgn bilik. Tandas ada kat setiap penjuru bangunan. so setiap aras ada empat kawasan bilik air.
DeleteHye sis.saya baru nk daftar isnin ni 17/6/2019..nak tanya bilik dia mcm mana ye...baru ke atau mcm mana and bilkk air dia dlm atau luar. Byk kemudahan tk
DeleteKalau perempuan, asrama boleh dikatakan baru jugak. Dan komen atas tu dah tulis bilik air tak bersambung dgn bilik so bilik air kat luar la. Gambar bilik dan kemudahan boleh baca di entri bawah ni 😊
Deletehttps://officialnasa28.blogspot.com/2016/05/soalan-lazim-faqs-pelajar-baru-tentang.html
dekat KPMAM ni budak2 kos ap je? DBS DIA.lagi?? hai.saya intake jul.junior la kira nya ni😂 orang kate KPMAM ni jauh.terpencil.takot pulak dgr.bukan takot ape.takot nanti tersesat tak jmpe time pendaftaran nnt.hhhha
ReplyDeleteMemang DBS & DIA tu je kos yg ada. Satu lagi kos pra-dip (PIP). Takpe klu sesat pun masih ada waze & google maps hahahah
DeleteAssalamualaikum, apa tu kos DBS?
ReplyDeleteDBS - Diploma in Business Studies. Belajar teori psl business, cara handle business, etc...
Deletediploma ni higher national diploma ke? yg equal dg degree? ke tak?
ReplyDeletedekat kpm aymo ade wataniah x? kesatria ke?
ReplyDeleteWataniah dulu ada tp sekarang tak pasti masih diteruskan atau tak. Kesatria ada & mmg koku wajib utk budak sem 1 pun
DeleteKak klau smbung kt kpm tkde laptop , bole Ke?😅
DeleteKalau dulu boleh je sbb duduk di kampus boleh pinjam kawan² atau guna yg library. Tp tengok keadaan la kalau COVID ni tak turun dan KPM kena terus belajar online, elok ada laptop utk buat assignment sbb susah kalau nak guna phone sahaja
DeleteHi kak, d kpmam ada non muslim ka?
ReplyDeleteYa ada juga pelajar bumiputera Sabah Sarawak non-muslim yg daftar masuk. Tp mungkin tak ramai sangat ☺️
DeleteKak, bole ka sambung blaja oversea melalui kpmam?
ReplyDelete