Akak pemalas menaip lagi. Yeay *tabur konfetti cucuh bunga api meraikan kerajinan dia yang rare ni* haha
Apa khabar gojes dan hensem sekalian? Harapnya sihat walafiat la di samping keluarga tercinta. Dah nak raya ni. Tak mau la sakit-sakit badan ke apa. Nanti kesian orang lain kemain melaram pergi beraya, kome kena tinggal kat rumah huhu menangis tak berlagu.
Anyway, maaf sebab ambil lama nak update blog. Sis busy layan anime Fairy Tail lol
Tapi sekarang semua episod dah habis tengok so boleh la kita bersembang kejap pasal satu produk ni yang bernama Dalacin T Topical Solution.
Jika anda rajin research pasal jerawat, atau anda ada masalah jerawat, atau anda jenis kedua-duanya sekali macam saya, mungkin anda akan pernah dengar la pasal produk ni.
Apa itu Dalacin T?
Ianya adalah sejenis cecair antibiotik yang mengandungi 1% clindamycin phosphate yang berfungsi untuk mematikan kuman jerawat. Berdasarkan sana sini forum yang aku masuk, most feedback semua kata Dalacin T ni berkesan and jerawat batu dah jarang naik lepas pakai secara konsisten.
Reaksi aku lepas baca tu, semestinya WOW!! *mata keluar bling-bling*
Masa tu (Julai 2015), ada la dalam 3 bulan camtu lepas aku berhenti pakai Dnars dan jerawat batu tengah tumbuh dengan subur dan jayanya di muka. Tak sanggup rasa nak berhadapan dengan orang ramai. Dah la masa tu puasa. Gila tak sedih kena beraya dengan muka yang elok sikit je daripada jalan tar? :’(
Gambar bertarikh 15 Julai 2015 |
Rezeki Ramadhan, walaupun elaun sebenarnya lambat lagi nak dapat sebab baru daftar masuk sem satu kan, tapi kolej ada bagi duit raya RM100 untuk pelajar dari keluarga kurang mampu macam aku.
Maka balik je ke kampung, berterbanganlah daku ke macam-macam farmasi untuk mencari Dalacin T ni. Dan akhirnya jumpa juga di Farmasi Cahaya Timur. Last stock pula tu kat situ. Nasib baik sangat-sangat. Macam nak peluk je akak pharmacist tu haritu hahahah...
Harga asal sepatutnya RM48, tapi aku beli ni RM50.88 sebab termasuk dengan GST sekali. Habis macam tu je duit raya aku huhu
|
Cara pakai Dalacin T ni mudah je.
1 – Tekankan dabber kapas yang label love merah tu di mulut botol sampai rapat
2 – Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas dia basah
3 – Dab (tepek) kapas basah tu sikit-sikit di JERAWAT SAHAJA
4 – Tutup pakai penutup yang label love biru tu lepas siap pakai. Penutup botol yang asal tu boleh pergi meninggal dibuang je sebab tak guna dah.
Pengalaman mula-mula guna Dalacin T ni, rasa macam ada semut gigit je kat kawasan jerawat tu haha. Dia pedih plus gatal sikit tapi tak menyucuk sangat. Dalam seminit dua camtu sakit tu hilang. Tapi bau dia gua kasitau awal-awal, sangat-sangat berbau ubat. Seolah-olah kena injek dengan misi pula.
Well… nama pun antibiotik kan so hadap je la XD
Kesan pakai Dalacin T di muka?
Aku suka sebab jerawat takde mata kat kulit aku tu surut bengkaknya sikit-sikit. Takde la nampak berbonjol sangat muka aku. Yang bernanah tu pulak, bahagian kulit yang nampak putih-putih tu jadi kering sampai lama kelamaan dia jadi gelap macam kuping kudis gitu. Bila dah kering sangat, kulit kering tu boleh terkopek sendiri (selalunya aku yang tarik sebab geram haha).
Tapi kena standby dengan tisu la sebab walaupun jerawat tu nampak kering, dalam tu sebenarnya masih ada nanah. Bila kuping tu tertanggal, pori jerawat tu akan terbuka dan akan ada la nanah bercampur darah yang keluar. Memang disgusting la kalau orang tengok.
Bagi aku bagus juga bila nanah tu keluar. Siap I tolong picit lagi biar dia cepat keluar sampai habis. Sebabnya lepas tu bengkak di muka akan hilang dan warna kulit aku pun akan makin sekata sikit. Tapi yang tak bagusnya, kalau tak gentle time picit tu, ada kemungkinan untuk dapat parut huhu
**jangan contohi sikap ini**
Aku pakai Dalacin T ni dalam 4 bulan camtu. Sambil tu aku amalkan makan Olicandy sekali dan juga guna produk yang ada tea tree oil (lain kali review). Alhamdulillah nampak la perubahan sikit di muka. Maka bila start je cuti semester bulan November 2015 tu, muka aku dah improved macam kat bawah :D
12 November 2015 – yeay \(O_O)/ |
Jerawat batu semua dah hilang, guys!!! Dan sampai sekarang dia memang dah jarang naik kecuali kalau time period ahaks. Kalau compare gambar ni dengan gambar bulan Julai tu, memang ketara sangat beza dia. Macam tak percaya pun ada.
The best part is, aku pakai Dalacin T tu setengah botol je tau. Tak habis pun. Tapi kesan yang aku dapat memang capai target yang aku nak. Alhamdulillah syukur. Sekarang aku faham kenapa ramai orang rekomen pakai Dalacin T kalau ada masalah jerawat. Awak pun boleh la try kalau ada masalah sama :)
Kesimpulannya, aku bagi 4.5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanan beliau.
**0.5 lagi hilang sebab bau dia macam ubat ahaks**
Beberapa pantang larang semasa pakai Dalacin T:
1 - Dab sahaja: Maksudnya tepek sikit-sikit je dabber kapas tu ke muka. Jangan tenyeh macam kau tengah pakai Ammeltz Yoko-Yoko.2 - Pakai apabila perlu sahaja: Hanya guna bila ada jerawat naik. Jangan pakai masa muka dah clear, dan jangan guna untuk rawat parut sebab dia bukan untuk parut. Bahan utama dalam ni adalah antibiotik yang khas untuk jerawat.
Kalau guna unnecessarily masa takde jerawat atau untuk parut, ada risiko untuk overdose. Tak memasal nanti kulit immune dan antibiotik tu dah tak berkesan lagi terhadap jerawat. Rugi beb.
3 – Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain: Kalau nak pakai Dalacin T, jangan combine dengan Oxy, T3, Benzac AC, etc walaupun pakai lain-lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita (dan mungkin boleh sebabkan overdose juga)
4 – Selalu pakai krim pelembap: Selain keringkan jerawat, Dalacin T juga boleh keringkan kulit. Jadi krim pelembap tu penting untuk kekalkan kesihatan kulit. Tapi kalau tak nak pakai pun takpe. Ikut kerajinan masing-masing.
Nota: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang menggunakan produk tersebut. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Hentikan penggunaan jika ada kesan sampingan dan rujuk kepada yang lebih pakar.
Sekian, terima kasih sebab baca dan sebarang soalan boleh komen di bawah. Jumpa di lain review. Assalamualaikum. <3
Wow bagusnya dah baik jerawat. Alhamdulillah :) sy pun ada masalah jerawat mcm akak/sis/adik juga. Mmg teruk. Gara gara dnars juga. Skrg ni tktau nak pakai apa uk hilangkan jerawat ni huhu :'( tp baru baru ni ada beli juga dalacin T ni. Tp tak pakai lg sbb nak tgk review dlu haha. And terjumpa la review sis ni. Rasa tak sabar pula nk cuba. Mcm mana kulit sis sekarang? Makin elokkah? Sy was was juga and takut nk pakai dalacin T ni huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah kulit dah makin okey. Jerawat batu takde mata tu dah surut dah makin jarang naik dah sekarang kecuali dekat-dekat time nak period tu haha. Kesan dia makan masa 2-3 bulan juga baru boleh. So kena pakai konsisten la baru ada perubahan sikit di muka tu :)
Deletemesti awk berhenti pakai dnars then jerawat tumbuh byk2 kan..sama macam sy..jerawat batu bernanah lg tumbuh lepas berhenti pakai dnars.
Delete:( muka breakout sbb dnars.....
DeleteHi sis.. hepi kulit dah ok.. sy dlm proses merawat jerawat2 juga. Tapi sy guna T3 mycin. Apa beza dalacin T & T3 mycin ye? Dr segi keberkesanan nye juga?
ReplyDeleteHai.. Dalacin T dgn T3 mycin tak banyak beza pun. Dua-dua mengandungi clindamycin, sejenis antibiotik utk bunuh kuman jerawat. Cuma dalacin T ni dalam bentuk cecair, dan T3 mycin plk dalam bentuk gel. :)
DeleteSalam sis. Nak tanya. Dalacin T ni untuk jerawat baru nak tumbuh je ya? Kalau parut jerawat hilang ke?
ReplyDeleteYa, dalacin T hanya utk jerawat. Tak boleh guna utk parut sbb kandungan antibiotic dia hanya utk matikan jerawat. Klu nak hilangkan parut, better cari produk yg ada vitamin e, gel aloe vera @ masker kunyit. InsyaAllah klu guna konsisten blh hilang parut
DeletePakai waktu malam je ke sis?
ReplyDeleteWaktu siang pun boleh pakai. Asalkan sapu dekat tempat jerawat je.
Deleteslm sis .awk gune plembab ape lps gune dalacin tuu ? btw ,sayaa bru nk try dalacin ni :-)
ReplyDeleteWassalam. Sy pakai pelembab vitamin e from cosmoderm. Tp klu nak pakai pelembab jenama lain pun blh asalkan sesuai dgn jenis kulit. Kulit berminyak better cari yg water-based/oil-free, kulit kering cari yg jenis cream :)
DeleteSlm sis.nk tnye..brpa kali sehari ye bole sapu dalcin t ni dekat jerawat?
ReplyDeleteMaximum dua kali sehari dan bila ada jerawat je. Jangan lebih sbb takut overdose antibiotik nnt dia dah tak berkesan dkt jerawat.
Deleteassalamualaikum . saya nak tanya . masa mula2 pakai tu kan . ada tumbuh jerawat baru tak ? sbb saya baru pakai seminggu tp byk jerawat baru naik. normal ke nie ehh ? risau saya
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Em tak ingat pulak naik jerawat ke tak, tp rasanya takde. Tp klu naik jerawat masa memula pakai pun rasanya agak normal. Mgkn awk tengah alami healing crisis, di mana antibiotik tu tgh paksa keluarkan toksin dr dlm tubuh utk cepatkan proses penyembuhan. Sbb tu jerawat naik. Selalunya jerawat healing crisis ni jenis yg ada mata putih tu dan akn hilang dlm masa seminggu. Buat masa ni, cuba teruskan guna dalacin t tu utk beberapa minggu lagi. Klu jerawat tu tak hilang dan naik makin teruk, mgkn dalacin t tak sesuai dgn awk.
DeleteJalan selamat, amalkan skali minum air putih 3liter sehari dan juga detox utk mudahkan penyingkiran toksin dr tubuh. InsyaAllah jerawat akn mudah hilang :)
Salam sis nak tanya. Dalacin T ni apply after@before serum ya? Sbb sye ade pakai serum utk kecut kan jerawat. So perlu pakai serum tu lg atau tak ye?
ReplyDeleteWassalam. Apa² ubat jerawat biasanya elok sapu selepas toner dan sebelum produk lain, baru last skali pakai moisturizer. Sbb kita nk rawat jerawat tu directly dulu baru guna serum utk improve kulit kita secara keseluruhan. So kiranya pakai dalacin t dulu baru pakai serum.
DeleteTp klu awk was-was jgk tak tahu nak pakai yg mana dulu, mungkin blh buat sistem giliran. Pagi pakai dalacin t, malam pakai serum. Ataupun selang sehari cam harini pakai dalacin t, esok pakai serum, pastu repeat hahaha
Thanks ya dear sbb bg explanation n thanks for helping me😘. Now i pakai serum after tonyoh dalacin tu hah hihihihi
ReplyDeletekalau pakai dalacin t lepastu pakai night cream,boleh kan?
ReplyDeleteBoleh takde masalah :)
DeleteNak tanya, kapas tu lepas dah guna, just biar kering gitu or kena simpan dekat specific place?
ReplyDeleteKapas tu mmg kena pasang di mulut botol. So lepas pakai, tak perlu cabut dan keringkan/simpan tempat lain. Biar mcm tu je kat botol, cuma perlu tutup dgn penutup baru yg dia bagi dlm kotak tu je :)
DeleteAssalamualaikum. Saya pun baru nak try Dalacin T. Nak tanya, lepas pakai Dalacin T tu perlu cuci muka dulu ke sebelum apply serum or any product? Atau lepas pakai Dalacin T boleh terus apply serum or any product tanpa cuci muka? Sebab saya pakai Cetaphil.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Lepas pakai Dalacin T tak perlu cuci muka. Boleh terus pakai serum @ produk² lain dlm skincare 😊
Deletesis,kalau pakai dalacin t ni sekali dengan ubat parut jenama lain boleh tak?
ReplyDeleteRasanya boleh je.. :)
DeleteᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ .. nak tye.. sy baru je pakai dalacin t ni seminggu, jerawat kecik² bnyak tumbuh di dahi . Ni mmg normal ke atau sy tak seauai pakai dalacin t ni .. risau pulak sbb nye sebelom ni tak penah naik jerawat kecik² banyak mcm ni ..
ReplyDeleteProses ni agak normal. Sbb badan tengah alami healing crisis, di mana antibiotik dlm dalacin t tgh keluarkan kuman jerawat dr dlm tubuh utk cepatkan proses penyembuhan. Sbb tu jerawat naik. Selalunya jerawat healing crisis ni jenis ada mata putih dan hilang dlm masa beberapa hari. Buat masa ni, cuba teruskan guna dalacin t tu utk beberapa minggu lagi utk lebih kepastian. Klu jerawat baru tu tak hilang dan makin teruk, mgkn dalacin t mmg tak sesuai dgn awk.
DeleteJalan selamat, amalkan skali minum air putih 3liter sehari dan juga detox utk mudahkan penyingkiran toksin dr tubuh. InsyaAllah jerawat akn lebih mudah hilang :)
Salam..kalau pakai t3 yg jnis cecair Boley hilang tak jerawat batu..sblum pkai t3 sy cuci dgn cetaphill dlu..
ReplyDeleteWassalam. InsyaAllah boleh. Sbb rasanya bahan dalam t3 tu pun ada clindamycin mcm dalacin T jgk.
Deletesalam sis.. saya dah try dh pakai dalacin. kalau nak pakai toner tu, selepas tonyoh dalacin or sebelum dalacin?
ReplyDeleteWassalam. Toner pakai sebelum sapu dalacin T. Tujuannya biar kulit jd lebih bersih supaya senang dalacin t meresap dlm kulit dan sembuhkan jerawat :)
DeleteSalam sis. Saya baru nak try pakai dalacin T ni tapi agak konfius sebab mana lagi elok dalacin ke mederma? Sebab saya ada jerawat merah resdung + silap pakai produk. Saya perlu beli dalacin ke mederma ye? Btw utk pencuci muka sy setia dengan cetaphil. Harap ade respon, tq :)
ReplyDeleteWassalam. Sy tak pernah guna mederma jd tak arif sangat. Tp menurut pengalaman pengguna lain, mederma lebih sesuai utk parut jerawat. Jd klu nak rawat jerawat, better bahan berantibiotik mcm dalacin t atau t3 mycin
DeleteDalacin t - utk jerawat
DeleteMederma - utk parut jerawat.
Sebenarnya mederma untuk hilangkan parut dear...kalau utk jerawat,better try dalacin t atau t3 mycin
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan. Sangat membantu :)
DeleteSy dulu pernah guna mederma sbb nak hilangkan parut..kalau utk jerawat mmg xsesuai,better try dalacin t atau t3 mycin...
ReplyDeletesalam sis.. nak tanya.. kalau budak umur 13 tahun pakai dalacin T ni boleh ke?sebab jerawat kat muka saya agak teruk..nak cube try pki dalacin T ni.. sebab takut budak2 xboleh pakai dalacin T ni.. tu yg tnye sis ni hehe.. harap sis balas..
ReplyDeleteWassalam. InsyaAllah boleh pakai tak ada masalah, asalkan jgn lebih dos yg ditetapkan. Biasanya remaja ni banyak jerawat sbb hormon kurang stabil. Jd slain dalacin t, sis nasihatkan agar jaga pemakanan dan kesihatan juga. InsyaAllah akan pulih nnt.
DeleteDan jgn la cepat terpengaruh dgn apa² suplemen kecantikan sbb you're still young. Badan masih blh produce semua benda penting utk kekal muda, tak perlukan suplemen pun. Bahayakan buah pinggang je. Tp klu nak amalkan detox berasaskan bahan organik & natural, tu InsyaAllah takpe ✌
Salam sis. Kalau utk hilangkan parut jerawat, produk apakah yg sis cadangkan? Jerawat dah makin kurang dan susah naik slps pakai dalacin T, cuma sy sedang cari solusi utk hilangkan parut pula.
ReplyDeleteTq��
Wassalam. Utk parut, boleh cari produk yg mengandungi vitamin e. Cth mcm krim pelembap dpd jenama Organic Aid atau Cosmoderm. Nak pakai serum pun blh. Cth Garden of Eden Natur E. Tapi kena cari review dulu tengok produk tu sesuai utk jenis kulit mcm mana.
DeleteUtk alternatif natural, rajinkan diri sapu aloe vera di muka InsyaAllah berkesan juga 😄
Salam, maaf mencelah yea. Pengalaman untuk parut pun hilang jugak. bukan setakat jerawat je. boleh cuba. pakai 2 kali sehari dekat tempat jerawat dan bekas jerawat ;)
ReplyDeleteSalam sis, jerawat pasir bole guna dalacin t juga ka?
ReplyDeleteWassalam. Boleh je takde masalah. :)
Deletesalam sya nk tnya. dalacin T ni bolh apply utk jrawat dkt badan tak? mohon pncerahan..
ReplyDeletesalam.. dalacin T ni bolh apply dkt jerawat badan tak? mohon pencerahan :)
ReplyDeleteWassalam. InsyaAllah boleh :)
DeleteSalam sis. Lepas sis guna dalacin t ni, jerawat makin ok kn? Skrng muka sis ada pori2 tak? Atau ada parut je?
ReplyDeleteWassalam. Alhamdulillah lepas guna tu kulit mmg makin ok. Semua jerawat batu yg naik sbb dnars tu hilang. Parut akibat jerawat tu pun mostly dah takde skrg. Klu ada pun sbb jerawat yg baru naik sbb nak period je. Klu pori, tu mmg masalah dr azali lg susah hilang hahahah
DeleteSaya baru tau psl dalacin t nih. Muka saya dulu elok jer. Tapi lps pakai satu produk tu, terus terok muka saya. Tumbuh jerawat. Nak keluar pun malu. Org asyik tegur. 😂. Sekarang sy tgh try produk cni, mahal. Dah nak masok set ke 2, tak jugak kurang jerawat nih. Lps ni better sy try dalacin t. Harap2 berkesanlah.
ReplyDeleteSangat berkesan untuk jerawat..waktu mengandung pun blh guna
ReplyDeleteMmg normal eh klau lepas gune dalacin t ni tmboh jerawat kcik2 tu? Sblm ni skit je skrg mcm btmbah 😪😪
ReplyDeleteBlh jadi tindakbalas healing crisis antara antibiotik dlm dalacin t dgn kulit. Dia paksa semua jerawat tu keluar dr dlm kemudian baru ok.
DeleteBtw sis dah guna berapa lama? Klu baru lg, cuba teruskan guna utk seminggu. Tengok jerawat tu mudah hilang ke tak. Tp klu dah lama guna tp masalah tu sama je, mgkn dalacin t x sesuai dgn kulit sis.
Salam sis..nk tanya lepas guna dalacin t or t3 mycin lotion boleh x sapu ubat parut?
ReplyDeleteya Allah now i feel like hugging you just the way you wanna hug the kakak pharmacist. thankyou so much ! hope it helps me soon. sbb another 3 weeks ja ray and im facing some skin problems. gotta get Delacin T soon !
ReplyDeleteAssalammualaikum .. sis nk tnya, dalacin nie klau pkai lebih dripda dua kali sehari x pa kaa ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Tak digalakkan lebih dua kali sbb dia antibiotik. Klu overdose, nnt dah tak efektif kat jerawat. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam sis..kalau lepas pakai dalacin t blh ke pkai menderma pulak?dan lagi satu..sy dulu pkai pncuci muke dari farmasi jgk bkn skincare skrang sy nk bertukar kpda cetaphill perlu ke sy rest muke selama 1minggu??mohon respond😭
ReplyDeleteWassalam. Rasanya blh je sbb mederma utk parut kan. Tp lepas pakai dalacin t, elok jarakkan masa dlm 5 minit sebelum sapu mederma. Biar dalacin t resap masuk dlm kulit dulu. Psl pencuci muka tu, nak rest muka pun blh. Tak nak pun takpe. Klu rasa seminggu tu lama sangat, 2-3 hari pun ok dah :)
Deleteassalam sis...nk tnya dalacin T ni laki bole ke pkai..i nk bg adik i try coz muka dy mcm dh mkin terok jerawat..skrg dy pkai sendayu tinggi 2 bln dh tp mcm xde kesan plak..ingt nk try dalacin T ni plak..huhu
ReplyDeleteWassalam. Jangan risau. Semua jantina boleh pakai. Takde masalah lelaki ke perempuan :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum sis..maaf gnggu..boleh tak kalau sy nak minta tolong belikan dalacin t tu?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Sy pun tengah cari jgk dalacin t ni sbb haritu punya dah habis. Tp semua farmasi mmg cakap stok mereka dah takde dan paling awal stok baru sampai maybe bulan Oktober 😭😭
Deletekalau pakai utk jerawat kecik2 boleh tak sis?
ReplyDeleteSaya pun baru dpt kan dalacin t ni kat klinik...harap boleh membantu sbb saya pun kena breakout jerawat kecik2 tu then ada gak jerawat besar lepas pakai foundation charms.
ReplyDeleteSaya pun baru dpt kan dalacin t ni kat klinik...harap boleh membantu sbb saya pun kena breakout jerawat kecik2 tu then ada gak jerawat besar lepas pakai foundation charms.
ReplyDeletesalam sis, guna dalacin t ni hari hari atau lepas tiga hari pakai stop 1 or 2 hari ? saya dengar kena stop sbb kalau tk stop die mcm kebal lepastu
ReplyDeleteWassalam. Dalacin T ni boleh je pakai hari². Rasanya takde pantang larang kena pakai, stop, pakai, stop. Cuma kena pastikan:
Delete1) Jangan pakai dgn ubat jerawat lain
2) Pakai bila ada jerawat sahaja 3) Sapu di tempat yg berjerawat sahaja. Tempat lain jangan sapu
Sama juga kalau masa takde jerawat, jangan la pakai sbb tu nnt yg akan buat kulit jd kebal. Tp atas citarasa masing² la kot. Klu sis nak ada gap masa pakai tu boleh je :)
salam sis.tumpang tnya.mlm2 sy akan pakai serum dan night cream.kalau sy nak pakai dalacin t ni mana yg perlu sy
ReplyDeletepakai dulu ya?
Wassalam. Boleh ikut turutan cleanser>toner>dalacin t>serum>krim malam :)
DeleteAkk bleh x suggest kan moisturiser (mcm slh eja je ntahlah) yg bgus..tkutla nk bli sembarangan
ReplyDeleteMoisturiser bergantung pada jenis & masalah kulit so takleh nak recommend sembarangan jgk. Utk kulit berminyak & acne prone, cari jenis lightweight @ gel utk mudah serap & tak sumbat pori. Kulit kering kena cari jenis heavy cream.
DeleteKenal pasti dulu apa jenis & masalah kulit pastu google ingredient apa yg penting utk atasi masalah tu. Then baru cari moisturiser yg ada ingredients tu semua. Sama juga tips ni utk cleanser & toner
Bila msa pkai mosturiser ye sis?? Lps pkai dalacin t tu?
ReplyDeleteLagi 1..msti pkai dabber tu eh? Klau ltk trus?
DeleteYes moisturizer lepas dalacin t. Step dia cleanser>toner>dalacin t>moisturiser.
DeleteKena guna dabber tu sbb senang nak kawal banyk mana nak sapu di jerawat & lagi hygienic. Klu tak, takkan nak tuang atas tangan or celup dlm botol lol
assalam saye nk tnye la. mane lg eh nk jmp dalacin t ?? susah betul saye nk jumpe skrg . terputus stock dh skrg . plus pakai dy mmg tk mnyesal la yg pasti .kalau ad suggestion bg tau ye . thank you .
ReplyDeleteWassalam. Memang susah punnnn..sy dah pergi banyak farmasi, semua kata Dalacin T takde stok :'(
DeleteSekarang sy cuma guna gel Tidact je. Fungsi & kandungan clindamycin phosphate dia sama dgn Dalacin T cuma beza dia Tidact ni dlm bentuk gel. Dan for sure lagi senang nak dapat hahaha
Klu alternatif dlm bentuk liquid, ada juga orang suggest Axcel. Dia dlm botol cam dalacin T jgk. Klu alternatif gel, cam Tidact, T3, Oxy. Ramai kata okey tp awk boleh cari review dulu tengok sesuai ke tak dgn jenis kulit :)
Boleh guna tropicil juga, sama ingredients
DeleteHai, saya cari review tentang dalacin t, hingga find this blog, saya hendak mencoba dalacin untuk putra remaja saya, dalacin msh ada di online market place "shopee". Tapi Made in Thailand. Harganya sekitar IDR 200.000. btw this blog is very helpful. Thanks
ReplyDeleteHi sis,delacin t, ni biasanya boleh dapatkan di mana ye, mana2 farmasi ade ke? Kalau untuk kulit berminyak boleh kan?
ReplyDeleteBoleh cari kat farmasi tp agak susah nak dapat sekarang. Kulit berminyak rasanya takde masalah sbb saya dulu pun macam tu. Tapi sangat sangat sangat digalakkan utk consult doktor dulu sebelum beli antibiotik jerawat mcm dalacin T ni. Better doktor yg tentukan ubat apa yg kena makan/pakai dan berapa lama berdasarkan keadaan kulit. Sbb klu pakai antibiotik ni sendiri, ada kemungkinan kita terlebih pakai dan kulit ada risiko utk imun kpd antibiotik tu nanti.
Delete