UPU Result: Welcome to UUM | NaSa

UPU Result: Welcome to UUM

in , , , by NaSa, August 07, 2018
ASSALAMUALAIKUM!!! *sepak pintu*

OMG lamanya tak datang sini. Berhabuk dah hahaha sorry sayangs. I duk rumah je tanam anggur je takde aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama kat sini :3

Anyway, jika anda masih ingat pasal entri lima kelebihan belajar di KPM ni, ada somewhere kat penghujung tu aku cakap pasal nak pergi konvo kan. Dalam ruang komen tu masa ada orang tanya graduan KPM boleh pergi oversea ke tak, aku cakap boleh sebab aku pun ada dapat offer pergi New Zealand kan. Tapi………

Aku tak pergi pun majlis konvo tu sebab ada masalah kewangan.
Dan aku tak pergi New Zealand atas sebab yang sama plus beberapa masalah peribadi yang lain hahahahahah.

Tapi sebab nak jugak ada gambar konvo sendiri, gigih aku edit tempek muka aku atas gambar konvo kakak aku lolololol inilah kebaikan ada adik beradik muka fotostat yang seiras >.<

Shawl tu edit jadi warna kuning sebab masa konvo tu, kod warna tudung untuk batch aku adalah kuning diraja.

HASIL AKHIR
Hahahahahahah GIGIH!!! :3

Kalau ikutkan, masuk ni dah kali kedua la aku terlepas peluang pergi oversea. Dulu Cardiff, ni New Zealand pula. Takpe la. Ada la tu hikmah di mana-mana yang Allah nak bagi tapi aku belum nampak kan. Mana tahu pasni bukan saja aku boleh pergi oversea, tapi siap kawin dengan mat saleh lagi. Siapa tau ^.^

Tapi....ingat New Zealand je ke ada universiti best hah? Malaysia pun ada banyak la :P

Sementara kawan-kawan bersesak di PICC sana, aku di rumah setelkan la permohonan UPU untuk ambilan September ni. Banyak benda nak kena buat untuk UPU ni. Fotostat sana. Print sini. Minta cop pengesahan lagi. Pastu kena scan upload online. Pastu eh eh tak cukup dokumen so kena repeat lagi step fotostat dan minta cop tu.

Aku syak pengerusi JKKK kampung tu pun dah fed up asyik muka aku je cari dia hahahahahah

Tapi berbaloi la lepas susah payah semua tu, akhirnya permohonan UPU aku selamat dihantar dan diterima masuk ke dalam sistem. Tengoklah kursus yang aku minta. Berderet ada nama perniagaan. Acah businesswoman sangat -____-

First choice: INTERNATIONAL BUSINESS MANAGEMENT (IBM)!!!!!

Asalnya…aku nak minta Business Admin/Studies. Tapi sebab masa diploma dah alami benda tu, aku ingat nak masuk la dalam bidang Ekonomi. Tapi masa final semester, lagi sekali fikiran aku berubah nak minta IBM pulak.

Motif? Aku pun tak tahu. Tapi hati memang kuat nak ke arah tu. Sebahagiannya sebab aku terpengaruh lepas belajar subjek International Business masa final sem dengan Madam Fazila a.k.a Madam Tiger (nickname from classmates aku lol).

Lagi sebahagian sebab IBM ni kena belajar bahasa asing dan aku memang minat dengan bahasa so hell yeah??? (macam la course lain takde belajar bahasa hahaha)

Kenapa first choice aku UUM?

Haaaaa… Masa memula cari IPT yang tawarkan kursus IB ni, ada rasa nak give up tau sebab kebanyakan jawapan yang keluar adalah IPTS yang yurannya azab tu. Mengeluh la aku di Twitter kejap. Pastu Asyrafdin a.k.a ex-presiden MPP KPMAM reply tweet aku bagitau ada je IPTA yang tawarkan kursus yang aku nak tu.

IPTA tersebut adalah UUM (Universiti Utara Malaysia), UniMAP (Universiti Malaysia Perlis), UMS (Universiti Malaysia Sabah), dan UiTM (Universiti Teknologi MARA).

Dengar nama UMS macam menarik weh. Bila google pun, macam best je kat sana. Tapi Sabah jauh gila kena ulang-alik naik flight so mesti parents aku tak bagi. Maka Sabah is cancelled. 

UniMAP? Ok la not bad. Yang UiTM pun okey yuran murah semua tapi kampus yang ada course IB tu di Melaka. Aku pun macam...tak nak la Melaka lagi sebab KPM pun dah di Melaka. So, REJECTED!

Oleh itu, sebab Kedah macam lagi dekat dengan Kelantan, kita pergi Kedah je la hahahahaha

Lepas tarikh UPU tutup, kita pun berserah dan redha la kepada Tuhan. Redha sampai tahap aku pun tak ingat aku apply UPU. Sampai la satu hari masa skrol twitter, nampak tweet roommate aku yang result UPU dah nak keluar???????????

Nervous beb. Kalau belah perut aku masa tu, mesti banyak rama-rama terbang keluar sebab cuak. Masa tu just fikir, tak dapat UUM pun takpe la. Asalkan jangan tak dapat mana-mana IPTA langsung. Sebab aku nak masuk U~~~~~~~ T_T

Dan sebab nervous jugak, even masa 31 Julai tu jam dah lebih pukul 12 tengah hari, aku tak check pun result UPU. Takut. Petang-petang sikit baru la beranikan diri. Tu pun intai sebelah mata je hahaha

DAN TADAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!


Aku dapat pilihan pertama yang aku nak wehhhhhhhhhhh ALHAMDULILLAH!!!!!!!!!!

Daftar 4 September wuwuu cuma lokasi daftar je belum tau lagi

Part yuran tu, semput juga masa mula-mula baca RM10,000 tu. Walaupun dah disubsidi sampai jadi RM2000+, ada lagi la rasa terkejut sikit-sikit sebab kat KPMAM kan dah terbiasa bayar duit pendaftaran RM180 je setiap sem hahaha

Tapi yuran 2k tu cuma untuk semester pertama sebab termasuk kos orientasi. Sem akan datang, dia jadi RM1300+ je. Dan jumlah tu memang berbaloi sebab dah termasuk sewa asrama, wifi, khidmat bas, dan lain-lain.

Asrama pun best sebab satu bilik 2 orang je. Pastu boleh duduk sampai habis belajar pula tu. Tak payah menyewa kat luar pun. RM490 untuk asrama selama 6 bulan??? Ya Allah I is crying dengan nikmatMu Subhanallah <3

Sekarang tinggal dalam 3 minggu lagi sebelum tarikh pendaftaran. Kakak aku dah settlekan hal tempat tinggal & tiket bas. Barang persiapan je belum lengkap.

Banyak ni nak kena beli. Bagasi, baju, kasut, beg… sebab yang masa diploma dulu banyak dah uzur dimakan masa. Hatta bagasi aku pun dah tercabut handle dan roda. Aku pun tak tau macam mana beg tu boleh survive usung barang yang banyak gila masa balik kampung lepas final exam haritu.

Buat masa ni, kita berpisah dulu. Sebelum tu, aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang dapat jawapan memuaskan daripada UPU. Kalau tak dapat, jangan berputus asa. Try buat rayuan, InsyaAllah ada penyelesaiannya.

Baca juga

Balik dulu.
Assalamualaikum. Bye.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Tahniah, dik! Selamat menempuh campus life!

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu CGPA KPM awak berapa?

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya nak tanya, anugerah-anugerah apa yang ada semasa konvokesyen dan setiap semester di UUM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sejujurnya, saya pun tak tahu sbb belum konvo 🤷🏼‍♀️
      anugerah semester ikut fakulti masing-masing kot

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS