Selamat Datang ke Inasis TM, UUM | NaSa

Selamat Datang ke Inasis TM, UUM

in , , by NaSa, January 28, 2019
Assalamualaikum

Yuhuuu~ apa khabar anak-anak? Harap anda semua dalam keadaan baik ❤

Cuti aku ada baki dalam seminggu lebih lagi ni. 10 Februari dah kena start kelas balik huuu cannot wait. InsyaAllah 8 Februari ni aku bertolak balik ke UUM naik bas catar yang disewa oleh pelajar UUM.

Niat asal nak naik bas ekspres tapi kalau naik bas pagi, aku sampai petang dan nanti pejabat inasis dah tutup untuk aku ambil kunci bilik. Kalau bas malam, sampai dinihari cam creepy pula nak cari teksi atau Grab di stesen bas Changlun tu. Jadi naik bas catar je la sebab dia hantar balik inasis terus. Senang.

Apa benda inasis tu?


Inasis, atau inapan siswa, adalah asrama penginapan pelajar di UUM. Ada 15 inasis di UUM yang dibahagi mengikut empat laluan ABCD. Setiap bilik di inasis UUM boleh muatkan 2 orang pelajar, kecuali Inasis Maybank yang khas untuk pelajar UUM yang dah berkahwin dan bawa keluarga mereka ke kampus.

Inasis yang ada di laluan ABC semua duduk dalam kampus UUM. Inasis yang ada di laluan D saja terletak di luar kampus iaitu di Bukit Kachi. Jauh sikit dari pagar utama UUM tapi kelebihan inasis di Bukit Kachi ni, bangunan lebih baru dan saiz bilik pun lebih luas daripada inasis dalam.

Bercerita pasal inasis, kali ni aku nak cerita pasal bilik Inasis TM yang aku inapi sepanjang 1 semester ni.

Saja aku nak tulis supaya membantu bagi bakal anak-anak UUM di masa akan datang. Sebab aku tahu akan ada orang yang sama spesis dengan aku iaitu sejenis yang sebelum pergi ke sesuatu tempat, mesti akan kaji dulu macam mana keadaan tempat tu untuk bantu buat persiapan kan.

Sebelum masuk UUM dulu, gigih tau aku google rupa bentuk bilik di Inasis TM sebab nak senaraikan barang yang perlu dibawa. Almaklumlah rumah jauh. Baik beli siap-siap semua benda supaya tak kalut di masa depan. Lagipun family yang bayarkan barang so ni la masa untuk borong bebanyak πŸ˜‚

Sayangnya walaupun banyak keyword aku guna, takde satu pun blog yang ceritakan dengan lanjut pasal keadaan bilik Inasis TM. Yang ada semua pasal inasis lain. Itu pun entri bertahun-tahun yang lepas. Stres sis. Jadi alang-alang aku pernah tinggal di Inasis TM, biar aku je tulis pasal inasis tu biar keyword tu wujud. Orang cari pasni, dia akan jumpa entri lengkap aku. Baru best kan hehe

Maka terimalah…gambar-gambar segenap ceruk dalam bilik Inasis TM yang gigih aku snap haritu πŸ˜†


First off, kita mulakan dengan pemandangan sebaik kita buka pintu bilik iaitu almari. Sebelah almari tu ada palang untuk sangkut kain tuala. And you can see suis kipas dan lampu jugak di situ. Ada satu je kipas dan lampu sebab bilik ni ngam-ngam muatkan 2 orang je kan. Tu pun satu kipas ni dah cukup buatkan kami sejuk malas nak bangun pagi.

By the way, siling tu takde la tinggi sangat. Aku yang tinggi 166cm ni kalau terangkat tangan masa berdiri pun boleh tersagat hujung jari di kipas. Kalau korang yang lagi tinggi tu tak tahu la, especially lelaki kan haha. So jaga-jaga la kepala tu.


Almari TM ni kan, hampir sama dengan almari aku masa di KPM Ayer Molek dulu sebab ia besi pastu warna oren. Kawan-kawan perempuan aku yang tengok gambar almari ni semua “Weyy almari Aymo do!” Kawan lelaki je yang tak boleh relate sebab almari diorang jenis kayu lama.

Tapi kalau compare dari segi design, ada la beza sikit. Almari UUM ni ada ruang kasut kat bawah dan ruang letak barang di atas. KPMAM punya takde tempat letak kasut tapi ada rak berpintu di bahagian atas. Satu lagi, almari KPMAM ada cermin kat belah dalam pintu almari, UUM takde cermin ergh.


Kau nak tahu di mana cermin dalam bilik Inasis TM ni?


Ada sekeping je cermin di pintu bilik tu. Dah la kecik. Seksa sangat la jemah kalau pagi-pagi nak pergi kelas aku nak pakai bedak apa semua pastu roommate pula nak pakai tudung ke apa. Nasib roommate tu rendah dan aku pula tinggi. Jadi boleh la layer dia berdiri di depan, aku di belakang haha

Tapi ada je aku beli cermin lain letak dalam almari. Orang lain pun ada yang beli cermin lagi panjang sangkut di pintu almari tu. Jadi kalau anda jenis fashionista nak kena tenung penampilan dari kepala sampai hujung kaki sebelum pergi kelas, beli la cermin sendiri sebelum datang UUM ni.


Ni pandangan kalau berdiri depan pintu menghadap tingkap. Boleh dilihat jelas keluasan bilik ni yang sekangkang monyet UUM. Kalau OTP dengan pakwe, berbisik bawah bantal dan selimut pun roommate boleh dengar. Jadi diharap jangan sweet sangat bercinta dalam bilik. Hormati orang single πŸ˜‚

Jarak antara dua katil tu dalam 1 meter lebih. Culture shock sikit aku sebab di KPMAM dah biasa ruang tengah bilik luas sampai boleh study group ramai-ramai masa musim test atau exam haha. Tapi ada je bilik yang ruang tengah tu lebih besar dari ni. Ikut inasis dan lokasi bilik dalam blok jugak la.

By the way kan…tengok la katil kami!!!!


Ada laci bawah katil dan OREN jugak sebab ikut tema penaja yakni Telekom Malaysia (TM) πŸ˜‰ Honestly walaupun bilik ni kecil, banyak gila space nak simpan barang sampai aku tak terguna pun laci katil ni.

Tapi tikar getah tu tak termasuk dalam pakej bilik ni.

Lantai di semua inasis memang pure konkrit. Setengah orang memang biar je lantai simen tu kosong. Tapi aku tak tahan kalau kaki sejuk so syukur sangat roommate aku dah beli tikar getah ni masa dia masuk. Cumanya tikar getah ni sebelum cuti sem, kena tanggalkan dan simpan dalam stor.

Boleh je tinggalkan tikar getah tu dalam bilik. Kadang-kadang selamat je. Tapi tetap ada kemungkinan yang makcik cleaner akan buang untuk pastikan semua bilik betul-betul kosong macam sebelum pelajar masuk. Kena jaga-jaga la. Unless kalau kau kaya dan rajin nak beli tikar getah baru setiap sem haha

Kalau tak nak tikar getah, boleh jugak beli karpet di Varsity Mall (V-Mall), pasar raya dalam kampus UUM.

In fact, bantal pun tak ada dalam pakej bilik ni. Katil tu cuma ada tilam sahaja. Kena bawa bantal sendiri, atau boleh jugak beli di V-Mall. Aku pun beli dua-dua benda tu di mall sebab aku datang ke Kedah ni kan naik bas. Takkan nak usung dalam bas haha (Tapi bantal di V-Mall tak best sebab lembik lol okbai)


Ni ruang meja study kami. Kemain meja pun sedondon dengan warna penaja haha

Rak buku boleh tahan besar atas kepala. Laci meja tu pun ada rak 2 tingkat di dalam, dan boleh dikunci. Tapi aku tak ada buku sangat pun nak disimpan. Jadi ruang laci tu aku buat simpan stok makanan.

Memula simpan makanan dalam rak meja tu pastu susah nak buka tutup pintu ambik barang so aku beli rak asing letak kat luar.

Whiteboard dan notice board tu ikut rezeki dapat yang elok atau yang Nau'dzubillah. Ada je notice board yang dah pecah-pecah, whiteboard pula berkerak dengan sisa marker daripada pengguna lama.

Notice board aku tu pun pecah jugak. Siap ada jarum peniti berkarat yang orang dulu-dulu tinggal. Satu kerja aku nak kena cabut huhu. Tapi dari gambar ni, board tu nampak cantik bercorak sebab aku tampal dengan pembalut hadiah untuk sembunyikan kesan pecah-pecah tu.

White board tu pun bersih elok sebab jenuh aku spray bekas marker lama tu dengan alcohol sanitizer dan sental dengan tisu. Jadi korang pun elok la standby hand sanitizer atau alcohol wipes bebanyak. Dan make sure korang jaga elok-elok 2 benda tu. Kalau tak, kesian pengguna lain lepas ni.

Marker pen dan jarum untuk cucuk kertas atas notice board tu tidak disediakan. Bawa la sendiri haha


Di dinding sebelah meja ni, ada terletak satu plug. Setiap pelajar dapat plug sendiri jadi tak perlu gaduh-gaduh. Dan boleh bawa extension jugak so lantak kau la nak bawa extension yang ada berapa lubang sekalipun. Aku beli yang 5 lubang untuk laptop, phone charger, printer, water heater, dan iron.

Lampu belajar aku tak bawa sebab dah ada lampu di meja tu (bawah palang merah tu). So boleh pasang lampu tu je kalau nak berjaga malam untuk buat assignment. Kalau lampu tak hidup, buat aduan di pejabat minta mereka gantikan bulb lampu. Jimat duit kita tak payah beli bulb sendiri huhu

Rajin berjaga malam, atau buat assignment waktu last minute? Haa cuba teka.

Stiker barang elektrik UUM

Setiap barangan elektronik yang dibawa of course la kena daftarkan di pejabat dan beli stiker kebenaran kan. Tapi best UUM ni, harga stiker elektrik tu tak mahal pun. Satu barang cuma SATU RINGGIT sahaja. Paling untung, yuran untuk charger laptop dan printer adalah PERCUMA. Pehh mantop UUM πŸ‘πŸ»

Aku memula tak percaya sebab kawan-kawan di IPT lain kena bayar semua gajet tu. Harga diorang pula dalam RM3-5 untuk setiap alat elektronik. Tapi betul rupanya caj di UUM tak mahal pun. Satu sem tu aku cuma bayar total RM3 untuk 3 barang elektronik iaitu iron, water heater, dan phone charger.

Hair dryer pun boleh bawa jugak. Alat memasak je la of course tak boleh. Tapi ada je yang seludup secara har0m (pepandai la sorok). Pastu memasak berasap dalam bilik dan trigger fire alarm. Satu kerja nak tunggu technician datang matikan suis di kotak litar blok πŸ’€

Contoh loceng kebakaran Inasis TM

Tapi loceng kebakaran di blok inasis ni, walaupun takde asap apa-apa, ada masa dia berbunyi sesuka hati jugak. Tak kira siang atau malam. So redha je la tadah telinga dengar dia memekak tu. Kekadang tengah jalan di koridor tetiba fius loceng tu short dan berbunyi, fuhh nak tercabut jantung jemah.

Mula-mula memang serabut dan rasa terganggu dengan bising loceng tu. Tapi lama-lama jadi terbiasa sendiri. Siap boleh tidur tanpa masalah. Anggap la loceng tu music box atau orang dodoi tidur πŸ˜‚

Ni pemandangan lepas aku siap kemas bilik.

Lawa kan cadar aku. Serius navy blue dengan kuning memang lawa teruks. Orang datang bilik pun puji cadar aku cantik fuhhh kembang hidung I kejap. Dan selimut hitam tu aku baru beli di Pasar Raya Ten Ten sebab ada diskaun peh best je dia bulu-bulu lembut. Tebal pun best sebab rasa kena peluk haha

By the way, lantai aku kejap ada tikar getah, kejap tak ada tu sebab aku ambik gambar ni masa 2 sem berlainan. Yang ada tikar getah tu masa sem 1, roommate aku balik dulu sebab dia fasilitator orientasi aku. Yang takde tikar getah tu masa daftar sem 2, aku balik awal ke UUM sebelum roommate ✌🏻


Meja belajar aku dari jarak dekat. Gigih kan aku siap beli alas meja dari kedai Ecoshop untuk bagi vibes macam di rumah sendiri. Barulah bilik ni terasa home sweet home gituuu~ hahahahahaha

ANTARA KEMUDAHAN LAIN YANG ADA DI INASIS TM:


Kafe dan aneka lauk-pauk. Harga semua berpatutan dan ada kemudahan bayar pakai e-wallet KiplePay kalau malas bawa cash.

Kedai runcit. Ada dari jajan, alat tulis, barang rumah, bahan makanan kering, sampai la beras tepung minyak masak rempah ratus memasak (untuk yang berani seludup periuk elektrik tu πŸ˜‰)

Tempat ampaian yang luas.

Garaj motor di tengah-tengah kawasan inasis.

Court untuk main bola keranjang dan bola tampar. Ni pun tempat untuk buat festival jugak setiap sem.

Student lounge. Best sebab ada sofa, aircond, dan komputer skrin besar. Tapi buka waktu tertentu sahaja. Nak masuk, kena scan kad ID pelajar.

Bilik stor. Tak best untuk budak-budak aras paling bawah sebab kena simpan barang di tingkat 2 dan ke atas, dan SELALU BERSEPAH waktu nak ambik barang sendiri waktu buka sem.

Overall, kemudahan di Inasis TM ni lengkap. Cuma ada la beberapa benda yang agak sendu bagi aku. 

Antaranya, dalam blok Inasis TM TAK ADA MESIN BASUH. Ada 3 pilihan untuk basuh baju: basuh tangan, langgan servis dobi pickup, atau pergi pusat dobi layan diri di Inasis MISC atau di V-Mall. Tak aci jugak la sebab inasis lain ada yang dah ada mesin basuh di tandas blok diorang huhu

Aku selalu basuh guna tangan sebab jimat. Tapi kalau musim hujan, memang kena dobi la. Biasanya kami guna dobi di Inasis MISC je sebab dekat (seberang jalan depan Inasis TM). Tapi tu la kena lintas bus stop inasis dulu untuk ke dobi tu. Free je orang lain perhati kau usung bakul baju dengan sabun tau πŸ˜‚

Contoh kena berkunjung ke dobi Inasis MISC waktu musim hujan huhu. Dobi ni buka 24 jam.

Basuh baju, RM4. Dryer, RM4+. Kena guna syiling 50 sen. Sabun tak disediakan, kena bawa sendiri.

Mesin tukar duit syiling dobi MISC. Aku suka mesin ni sebab bunyi macam menang game di kasin0 lol

Renyah sikit tapi kira okey la. At least ada dobi yang dekat. Kalau tidak, satu kerja nak pergi dobi V-Mall sebab kena naik bas. Kalau ada kereta nak ulang-alik, takpe la jugak kan. Tapi biasanya ada je pelajar yang sanggup sumbat baju kotor dalam luggage dan angkut naik bas tu. Penat, tapi berbaloi sebab dobi V-Mall ada lagi banyak mesin basuh dan dryer daripada dobi MISC. Tak perlu berebut.

Kat MISC ni, kita letak bakul baju depan mesin untuk cop pun ada orang sailang mesin tu. Hanjeng 🀬

Satu lagi benda yang tak selesa bagi aku, water dispenser yang agak questionable kebersihannya πŸ˜…

Tapi ni aku je la memilih sebab di KPMAM dulu ada mesin Coway yang setiap beberapa bulan ada akak Cody datang servis. UUM ni ada mesin air panas dan sejuk macam ni je yang aku tak tau sekerap mana diservis. So aku was-was sikit la filter dia okey ke tidak. Aku kan kuat minum air. Tu yang berkira tu.

That's why aku lagi rela jerang air dalam water heater setiap hari buat bekal air masak. Pastu simpan air tu dalam jag dan botol bebanyak haha

Dan gambar mesin air ni pun kebetulan je ada dalam galeri aku. Punca sebenar aku ambik, sebab nak snap gambar anjing yang sesat dalam kawasan inasis tu (cer cari mana anjing tu). Kampus dalam hutan kan. Normal la ada haiwan liar berkeliaran macam ni. TERUTAMANYA... mamalia bernama MONYET!

Bawak geng tuuu.

Monyet ni memang pengacau setiap hari di semua inasis 😩 Petang-petang, ramai la geng dia mengganas selongkar tong sampah untuk cari makanan. Tong sampah terbalik dan sampah berterabur tu memang lumrah hari-hari. Bilik aku dah la sebelah tong sampah tu. Petang-petang, aku dan roommate la kena kaut sampah dan masukkan semula dalam tong sebab makcik cleaner dah balik.

Siapa yang dapat bilik hujung macam aku, hati kena berani la. Kadang nak pergi tandas pun seram sebab geng monyet ni tak lari pun bila kita mendekat. Siap dia pulak yang nak kejar kita. Bilik pun kena selalu kunci. Kot la monyet masuk, mampos la dia sepahkan bilik dan curi barang yang dia berkenan.

Dugaan belajar dalam hutan πŸ˜‚

Kalau nak tengok aku bebel pasal bilik Inasis TM ni boleh la tengok video di bawah. Haritu member di Inasis Bank Rakyat di Bukit Kachi sibuk suruh buat room tour sebab nak tengok bilik aku, jadi aku rekod la. Mana tau korang dapat inspirasi barang dalam bilik, boleh beli di Shopee pasni kan.


Perkara terakhir aku nak sentuh pasal cerita inasis ni, aku rasa la kan, setiap inasis ni ada perabot yang mengikut colour scheme tersendiri mengikut nama syarikat yang ada dalam nama inasis tu. 
Ni aku rasa je la sebab aku cuma nampak perabot beberapa inasis je, tak nampak semua hehe. Contoh:

Inasis Bank Rakyat - Tema kelabu dan oren
Credit: Aqilah 
(aku ambil dari story WhatsApp beliau hehe)

Inasis Tradewinds - Tema biru dan putih
Credit: Aiman
(Ni pun rembat dari story whatsapp sebab ramai pakat share gambar kemas barang nak balik cuti lepas final exam)

Inasis Yayasan Al-Bukhary - Tema dark grey dan kuning
Credit: Sara

Ni je gambar yang tak rembat dari story WhatsApp. Sara yang send di group kami masa hari kedua orientasi sebab ada papan siling jatuh atas katil dia tu. Dan ye anda boleh lihat tema perabot YAB ni kuning dan dark grey. Pastu cadar Sara pulak full black. Fuhhh serius ni tema paling stail haha jeles I.

Tu je la cerita pasal inasis di UUM ni. Panjang kan. Penuh dengan gambar je. Aku memang suka tulis entri panjang. Baru function blog aku sebab lengkap. Siapa yang skrol sampai habis tu, TAHNIAH.

Semoga sesiapa yang cari info pasal inasis di UUM ni dapat ambil manfaat dari entri ni. Sebab aku tahu betapa fed up nye bila kita dah google macam-macam tapi tak jumpa apa yang kita nak sobs. Dan walaupun nama entri ni pasal Inasis TM, tapi in general, inasis lain pun hampir sama je dengan apa yang aku cerita. Jadi masih boleh ambil info untuk buat persiapan sebelum masuk UUM.

Nak baca cerita lain pasal hidup aku di UUM, boleh singgah ke page HIDUP DI UUM SINTOK ni. Semua benda dah lengkap aku tulis haha. Selamat masuk UUM ye adik-adik sekalian.

Bye. Assalamualaikum.
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Nak tanya,bantal tuh mmg dah disediakan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantal tidak disediakan. Hanya tilam je yang ada. Cadar, bantal, selimut etc semua kena bawa sendiri 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Blok bangunan bentuk L so tandas ada kat luar di setiap bucu tu

      Delete
  3. apa beza setiap inasis tu? ikut course ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada inasis yg ikut course mcm TM ni mostly utk student course international business, international affairs, law etc. Ada yg ikut aktiviti student mcm MISC mostly utk atlet. Ada juga yg utk student asasi dan yg khas utk student perempuan shj. Tapi mostly setiap inasis random je letak ikut kekosongan

      Delete
  4. For new student, normally stay which inasis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Accommodation determined randomly before students register on first day, except for some courses that might require student to be put in certain inasis only

      Delete
  5. Hahaha, aku la tu yg cri maklumat dlu psl inasis sblm masuk.. selamat la ade blog sis yg cter psl inasis TM ni.. btw aku kemasukan oktober 2020/21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa aku pon cari jugak sebelum masuk oktober 2020/21 ni 🀣. Semoga bertemu πŸ˜…

      Delete
  6. kat UUM boleh bawak kereta tak ?? siapa yang tahu tolong rep ye 🫢🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sem 2 ke sem 3 camtu boleh bawak. Tp kena apply & bayar utk stiker kebenaran bawa kenderaan dulu

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS