Sekadar perkongsian buat semua, tanggal 19 Julai 2019 haritu, doktor telah mengesahkan yang mak aku telah mengalami kerosakan buah pinggang tahap akhir. Nama english dia, End Stage Renal Disease (ESRD). Bukan calang-calang rosak ye. Rosak yang kena cuci darah guna mesin tu. Bukan cuci sekali dua, tapi sepanjang hayat. Sebab tu nama entri ni “Diari Dialisis”. Catchy gituuu hehe
Lama dah nak cerita pasal ni sebenarnya. Tapi takde masa nak menaip dan fikiran pun agak jumbled pasal benda ni sebab ye la terkejut kan. Memula tak tahu nak mula dari mana. Kalini baru la dapat sembang bersama.
Ada beberapa benda penting yang aku rasa wajar dikongsi berkenaan ESRD tapi kisahnya panjang yang amat. Sebab tu aku pecahkan ikut part. Dalam part pertama ni, moh le kita baca dulu kronologi kisah bagaimana boleh tahu mama kena ESRD. Segalanya bermula masa bulan Julai ye. Masa aku tengah cuti semester.
MINGGU KEDUA JULAI (SEKITAR 7HB-14HB)
Aku tak ingat tarikh sebenar. Check gambar di galeri dan tweet di Twitter pun takde apa-apa yang menggambarkan aku di klinik (sebab selalunya ada je aku ambil gambar nombor giliran atau membebel di Twitter pasal servis klinik yang kura-kura hehe)
Tapi sekitar tempoh ni la kisah bermula.
Punca permulaannya adalah mama gastrik, almost tiap malam dia duk muntah-muntah. So abah dan aku pun bawa la ke klinik kesihatan (dulu dikenali sebagai klinik 1Malaysia). Lepas menunggu sekian lama dan jumpa doktor semua, farmasi bagi ubat minum warna putih tu. Dos cukup-cukup untuk seminggu.
Masa ni doktor takde terlintas nak diagnos apa-apa yang pelik lagi. Walaupun mama ada diabetes, tapi rekod perubatan dia cantik takde masalah. Diet dan paras gula dalam darah mama terkawal. Takde la rasa cam ada apa-apa masalah berat kan.
Masa ni doktor takde terlintas nak diagnos apa-apa yang pelik lagi. Walaupun mama ada diabetes, tapi rekod perubatan dia cantik takde masalah. Diet dan paras gula dalam darah mama terkawal. Takde la rasa cam ada apa-apa masalah berat kan.
Jadi, kami pun balik ke rumah. All was well…for a while.
17 JULAI 2019
(Kenapa aku ingat tarikh ni? Sebab dalam galeri foto ada gambar aku timbang berat di klinik masa mama tengah buat pemeriksaan saringan dengan nurse haha)
Maintain situ je berat aku 😂 |
Masa ni nightmare baru membuka tirai sikit-sikit.
Lepas habis ubat putih yang doktor bagi tu, gastrik mama datang lagi. Simptom yang sama. Perut masuk angin, mual-mual, muntah setiap malam. In fact mama jadi semput. Badan dia pun jadi berat semacam. Dah la wheelchair klinik buruk, struggle aku yang papan ni nak tolak ke hulu ke hilir di klinik.
Jumpa doktor, doktor pun pelik macam mana boleh kena gastrik 2 kali dalam 2 minggu berturut-turut. Tanya pasal pemakanan, takde pun makan benda yang boleh menyebabkan angin dalam badan. Masa ni baru doktor rasa ada something going wrong somewhere. Jadi selain check gula dalam darah di makmal, dia suruh kami ke bahagian kecemasan untuk ECG test. Sebab mama nampak semput sangat masa ni, doktor suspek ada masalah jantung.
Tapi yang takjubnya, the result was normal.
Takde abnormaliti dalam jantung, tahap gula dalam darah normal, tekanan darah je tinggi sikit sebab mama gigih kuatkan kaki nak naik katil klinik yang tinggi masa ECG test tu (mama obes sikit dan tulang kaki dia retak yang tak boleh dirawat so memang struggle la). Pendek kata takde nampak apa-apa yang bermasalah. Doktor tak boleh nak pinpoint apa masalah sebenar masa ni jadi dia bagi lagi ubat minum putih tu berserta satu lagi ubat gastrik lain dalam bentuk tablet.
Cuma sebelum kami balik, dia ada pesan kalau simptom gastrik tu tak berkurang juga, datang balik ke klinik dan dia akan buat test darah pula sebab ada kemungkinan darah “kotor” dan ada masalah dalaman lain.
Masa ni macam doktor dapat rasa, tapi dia belum dapat sahkan gitu.
19 JULAI 2019
This was when the REAL nightmare began.
Baru hari ketiga makan ubat tablet yang doktor bagi, badan mama membengkak. Sembab. Bukan sesetengah bahagian tapi SELURUH badan. Mama jadi sakit tak selesa nak tidur. Badan rasa menyucuk. Semput pun makin teruk. Tambah lagi dugaan, tarikh ni hari Jumaat. Kelantan cuti so klinik kesihatan pun tak buka. Rushing la kami ke bahagian kecemasan Hospital Tumpat.
Nasib Hospital Tumpat ni tak ramai macam Hospital Kota Bharu (KB) so tak lama mana nak tunggu nama kena panggil. Masuk jumpa pegawai perubatan di bahagian saringan, aku kata mama alergik ubat. Sebab sembab tu kan berlaku tiba-tiba lepas makan ubat gastrik baru tu. Tengok kondisi mama macam berat, pegawai tu suruh masuk unit kecemasan, pergi duduk di katil kosong di zon kuning.
Tapi sebab badan mama sembab teruk, walaupun katil tu dah direndahkan tahap maksima, dia tak boleh naik jugak. Ditambah dengan kaki dia yang retak, memang jadi susah nak berdiri lama. In the end tersadai je atas wheelchair dalam keadaan yang makin semput sebab duk paksa diri panjat katil tu.
Ada nurse sorang ni baik, dia pun jadi cam serba salah macam mana nak tolong mama naik atas katil dengan selamat. Sorang lagi nurse tu ya Allah… laser. Duk membebel kenapa tak naik-naik lagi atas katil padahal doktor duk panggil nama nak sahkan pesakit. Geram je aku. Like… kau boleh rilek sikit tak? Tengok la kondisi mak aku tu macam mana. Ingat dia suka-suka je ke duduk atas wheelchair?
Penyudahnya, doktor suruh aku tolak wheelchair mama ke meja dia. Dengan ilmu dia sebagai pakar kan, sekali tengok je mama sembab dan semput gitu, dia terus suruh mama duduk di katil zon merah. Betul-betul depan meja dia. And masa ni nurse laser tu berkumandang lagi. Tanya aku, “Takde orang lain ke selain awak? Ayah ada? Panggil la dia suruh angkat mak awak. Saya tak nak angkat. Berat.”
Aku masa tu dalam hati memang berapi je “THIS BITCH!!” Ayat tak boleh emphatic sikit ke, setan? Dah la orang tengah cuak sebab tetiba je tahu mak sendiri sakit berat.
Mujur ada nurse lain tolong. Hu hah sana sini, selamat la mak aku naik atas katil. Terus doktor suruh pakaikan oxygen mask, monitor tekanan darah, masukkan wayar kencing, suntik ubat kurangkan sembab, ambil darah untuk test, panggil unit radiology datang buat x-ray. Busy la busy. Nama pun zon merah.
Wayar berselirat sana sini. Masa ni mama macam separuh sedar. |
Then doktor panggil aku tanya sejarah perubatan mama. Dia dengar la cerita aku pasal ubat gastrik tu. Pastu dia tanya mama pasal kekerapan buang air kecil, mama kata kurang. Lastly… doktor pun bagitahu diagnosis awal yang benda ni takde kaitan dengan ubat tu. Sebaliknya dia syak mama mengalami kerosakan buah pinggang.
Blank otak aku. Tak boleh nak proses. Rasa macam mimpi pun ada. Aku datang emergency ni sebab ingatkan sembab tu tindakbalas ubat je weh. Ingatkan boleh sembuh cepat. Mana gua bersedia nak dengar buah pinggang rosak.
Tapi benda dah nak jadi kan.
Lepas keputusan x-ray dah ujian darah keluar, terbukti yang paras urea dalam darah mama memang tinggi. Dan sembab tu sebenarnya sisa air yang dah sesat masuk dalam darah. Doktor kata ni semua efek sebab mama diabetes dah lama. Buah pinggang mama beransur rosak dan tak boleh nak tapis air dari darah. Sebab tu mama kurang buang air kecil dan akhirnya semua sisa kumuhan (termasuk urea) yang sepatutnya dibuang melalui kencing tu terkumpul dalam tubuh.
Automatik masuk wad la cerita dia.
Kali terakhir aku teman mama kat wad tahun 2014. Tak expect akan datang ke sini semula 😔 |
Kata doktor, memandangkan keadaan mama berat dan hospital tu takde kemudahan sesuai, mama perlu dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan selanjutnya termasuklah cuci darah. Most likely Hospital KB la. Tapi sebab doktor call pakar di sana dan dapat tahu katil penuh, dia suruh bermalam di wad Tumpat dulu. Esok baru tahu pindah ke hospital mana.
Menggigil aku taip mesej di group WhatsApp family bagitahu adik beradik lain. Nak nangis sebab shocked pun ada tapi tak jadi. Tak nak la abah panik pulak. Nasib baik kak long aku di Penang memang dah on the way balik kampung untuk cuti weekend. Adik aku di Seremban pun lepas dapat tahu berita tu, malam tu juga dia naik bas balik Kelantan.
Malam pertama di wad, aku sorang je jaga. Abah dah balik. Abang aku yang datang naik motor nak escort abah sepanjang perjalanan sebab tahu dah kalau tak buat macam tu, abah lagi rela tidur di kaki lima hospital daripada balik ke rumah. Tapi kalau abah balik sorang-sorang pun, kami tak yakin juga sebab hospital jauh sejam dari rumah. Dah la jalan gelap dan kiri kanan tu banyak bendang.
Sebab datang sehelai sepinggang tak expect kena masuk wad, barai juga la gua tidur atas kerusi pakai seluar slack hahahah.
Rezeki satu katil depan tu kosong so ada la juga kerusi buat alas kaki nak berlunjur. |
Mujur juga la ada kucing comel buat peneman.
Sepanjang malam tu, takde la lena sangat aku tidur. Tidur atas kerusi kot. Sakit bontot haha. Lagipun mama pun banyak duk tidur jaga tidur jaga. Kejap minta buang topeng oksigen tu sebab rimas, kejap duk mengadu sakit perut sebab angin. Pastu pesakit di katil depan ni pula sakit paru-paru berair. Sepanjang malam tu duk batuk berkahak. Astaghfirullah kejang tubuh aku dalam usaha nak pekakkan telinga hehe.
20 JULAI 2019
Esoknya, kak long aku dah selamat sampai ke Kelantan. Tak rehat lama terus bawa rombongan datang ke hospital ziarah mama. Abah included hehe. Bergilir-gilir la semua masuk wad sebab datang pun pukul 10 pagi. Belum waktu melawat.
Menangis cucu jantan tengok nenek dia sakit.
Kasi can la buat drama air mata. Sebab jarang berpisah dengan nenek kan 😅 |
Sebab ramai yang datang, hari kedua di wad ni boleh la aku tukar shift dan balik rumah. Kakak aku sambung jaga dari pagi sampai petang. Malamnya pula kak long aku yang jaga sampai keesokan harinya. Aku kat rumah? Qadha tidur dari tengah hari sampai petang haha. Penat woi sumpah tak tipu.
21 JULAI 2019
Keputusan yang dinanti-nanti pun tiba.
Doktor sahkan yang mama kena transfer ke Hospital Pasir Mas sebab Hospital KB penuh. Lagipun doktor pakar buah pinggang tak datang ke Hospital Tumpat sebab kat situ cuma ada kemudahan dialisis je. Beza berbanding Hospital Pasir Mas yang memang ada wad khas nefrologi dan unit dialisis sekali. Dalam tengah hari macam tu, mama akhirnya dihantar ke Pasir Mas menaiki ambulans.
Rembat gambar kak long aku dari FB sebab masa transfer tu kak long yang jaga hehe |
Tapi butirannya nanti aku kongsi dalam Part 2. Sebab yang Part 1 ni pun dah panjang yang amat. Aku pun penat nak recall balik memori hahaha.
Sehingga bertemu lagi. Thanks for reading. Assalamualaikum. Bye.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤