Dimulakan sambungan entri Diari Dialisis Part 1 ni dengan lafaz Bismillah.
Hehe maaflah lambat pula ceritanya menyusul. Aku malas nak menaip. Lagipun haritu tukar kad memori handphone pastu duk pindah-pindah folder sana sini, ada gambar hilang dan tak detect pula. Terus jadi “Maleh aku.”
Hehe maaflah lambat pula ceritanya menyusul. Aku malas nak menaip. Lagipun haritu tukar kad memori handphone pastu duk pindah-pindah folder sana sini, ada gambar hilang dan tak detect pula. Terus jadi “Maleh aku.”
Tapi sempena tahun baru 2020 ni aku nak la up sikit entri baru. Macam tahun lepas 2019 aku ada share pasal UUM kan. Tu pun terlebih rajin sebelum exam TITAS haha. Konon azam tahun baru 2019 masa tu nak aktif berblog la. Tapi last sekali hauk jugak hahahahaha
Tanpa membuang masa, ayuh la bercerita pasal sambungan lepas mama aku dipindahkan dari hospital Tumpat ke hospital Pasir Mas ni. Dan entri ni akan cerita pasal kisah sepanjang minggu pertama di hospital ni je. Pengalaman rawatan susulan akan bersambung di kemudian hari hehe. GET READY FOR A WHOLE LONG ASS ENTRY, OKAY?
Lepas mama selamat dipindahkan ke Pasir Mas, aku dengan adik aku pun menyusul ke sana lepas Zohor. Jaraknya dari rumah kami lebih kurang 30-40 minit sekali jalan kalau tak jem. Tapi untuk merumitkan cerita, ni pertama kali kami berurusan dengan Hospital Pasir Mas. Sebelum ni mana pernah datang sini. Makanya kami memang tak kenal jalan weh. Guna Google Maps pun masih sesat bodoe cari jalan hahaha. Dalam ceruk mana entah hospitalnya pun. Dua kali adik aku berpusing di roundabout bawah jambatan Pasir Mas sebab salah masuk simpang.
Sampai je di hospital, ngam-ngam masa tu mama baru siap diuruskan untuk masuk wad. Tapi sebelum tu, kena pergi cuci darah dulu. Elok aku masuk ke Unit Kecemasan, nampak kaklong aku dah ready nak ikut nurse tolak katil mama pergi ke Unit Haemodialisis (Unit HD). Automatik berderet kami mengekor belakang nurse. Masa ni yang ada, aku, kaklong, adik aku dengan anak buah aku dua orang. Petang sikit, kakak aku pula datang naik motor lepas habis kerja. Saja nak meramaikan suasana. Sambil tu jadi tukang angkat barang-barang masuk wad haha
Inilah destinasi kami. Unit HD ni belok kiri je lepas keluar dari Unit Kecemasan tapi agak jauh juga la berjalan. Dalam unit ni ada dalam 10 gitu kot mesin cuci darah. Aku tak ingat nak kira.
Kebanyakan mesin Unit HD ni diguna untuk rawatan pesakit luar. Pesakit buah pinggang yang berdaftar dengan hospital Pasir Mas untuk rutin cuci darah 3 kali seminggu tu, di sinilah mereka ditempatkan. Bayaran setiap kali rawatan lebih kurang RM10-RM25 kalau tak salah. Aku ada tanya sorang akak ni yang bawa mak dia ke sini tapi macam biasa…aku lupa.
Tak sangka aku akan bertemu dengan mesin buah pinggang ni in real life. Selalunya tengok kewujudan dia dalam TV je. Tapi bila tengok wayar dia berselirat, ada darah merah mengalir dalam wayar-wayar tu, dengar bunyi mesin bergegar-gegar, barulah terasa ditampar realiti bahawa betul la tu penyakit buah pinggang mama tu satu kenyataan. Sendu terus sis
Untuk makluman, setiap sesi cuci darah ni memakan masa EMPAT (4) jam sehari tau. Dan mama kena cuci darah SETIAP HARI sepanjang kami berkampung di hospital ni bermula 21 Julai sampailah 25 Julai 2019. Ya setiap hari. Selama 5 hari. Tabah sisturrr
Memandangkan ni kali pertama mama cuci darah, obviously mama tak ada tempat yang khas untuk cucuk wayar tu. Maka nurse pun cucuk di paha mama. Ada urat nama apa entah di situ. Aku tak tahu besar mana saiz jarum tu tapi yang pasti cuci darah melalui paha ni agak seksa. Mama kena baring je sepanjang cuci darah tu dan lepas tu pun tak boleh banyak bergerak. Malam pertama tu je pukul 1 pagi kot aku minta nurse tukarkan kapas baru di paha tu sebab luka terbuka dan darah menjejeh sampai mama kena tukar kain. Puncanya? Mama bangun duduk berlunjur atas katil je pun sebab penat baring 😶
Sesi pertama cuci darah ni start pukul 3 lebih masa tu. Jadi kalau ambil kira waktu 4 jam tu, masa Maghrib baru katil mama akhirnya selamat ditolak masuk ke dalam wad. Masa tu pak guard pun dah ronda wad suruh waris-waris pesakit keluar sebab waktu melawat dah tamat pukul 7. Tapi bagi chance la kat kami nak berlama sikit. Baru check in kot. Nak berbye-bye lagi, nak susun barang lagi…hehe
Siap ada surah Yasin lagi tersedia untuk kegunaan pesakit |
Satu benda pasal Wad Intan ni, ianya adalah wad lelaki yang ditukar jadi wad co-ed yakni bercampur lelaki dan perempuan. Ruang depan berdekatan kaunter nurse untuk pesakit perempuan. Ruang belakang sebelum tandas untuk pesakit lelaki. Tapi walaupun wad bercampur, sign di pintu tandas ni boleh pula dia khaskan untuk lelaki je. Dilema woi habis tu aku nak guna tandas mana? Tapi pastu aku tengok pesakit dan waris perempuan lain rilek je masuk so last sekali aku pun tumpang sekaki hahaha. Abaikan rasa awkward pakcik-pakcik duk pandang masa kau catwalk nak ke toilet itu haha
Masa first check in tu kan, ada nurse datang tanya siapa yang jaga mama malam tu. It’s my turn, y’all. Sebab kaklong kan dah sehari suntuk jaga dari hospital Tumpat sampailah pindah ke Pasir Mas. Pastu nurse suruh tandatangan satu borang akujanji. Antara isi perjanjian dalam borang tu: tidak akan guna phone dalam wad, tidak akan guna plug dalam wad, tidak membawa alat-alat elektrik yang tak dibenarkan seperti kipas, hanya seorang waris akan jaga pada sesuatu masa, etc…
Tak boleh guna phone yee……tapi aku rilek je skrol Twitter 👀 Pesakit lain pun siap ada yang bawa kipas sendiri cucuk di plug wad. Tapi nampak cam nurse tak kisah pun so it’s ok kot. Lagipun kadang tu memang ada pesakit yang tak nak pasang kipas wad. So pesakit lain yang panas tu bawa la kipas sendiri. Cuma rule tak boleh guna plug dalam wad tu je la aku patuh sebab aku caj phone pakai powerbank. Siap bawa 2 bijik kot powerbank (satu rompak adik aku punya).
Katil pun sedih je tengok. Tapi nasib baik ada je daripada takde ni |
Sepanjang 5 hari dalam wad, mama akan ditolak dengan katil sekali bila nak cuci darah sebab masa ni mama masih pakai beg air kencing tu dan sembab badan memang buat mama tak boleh berjalan. Waktu sesi cuci darah setiap hari tu tak tetap. Kadang-kadang seawal 6 pagi nurse dah datang tolak katil. Pastu ada hari yang tengah hari atau petang sikit baru cuci darah. Ikut kekosongan mesin. Kalau kena hari tu pesakit ramai dan tak sempat bergilir guna mesin dalam wad, akan ada la yang kena pergi ke unit HD di luar wad yang aku cerita awal-awal tadi tu.
Yang aku ingat rutin harian kat sini:
- Cuci darah 4 jam sehari
- Check blood pressure
- Check bacaan gula dalam darah
- Eat
- Sleep
- Repeat
Sumpah tak tipu. Terutamanya part check BP dan bacaan gula tu. Setiap 3-4 jam mesti ada nurse ronda wad bawa jarum cucuk jari tu duk bagitau “kita nak check gula ni”. Habis yang tu, ada pula nurse lain heret mesin check BP dari katil ke katil “makcik/pakcik, pinjam lengan jap nak check BP”. Bukan setakat masa siang hari, malam pukul 1 pagi dan dinihari pukul 5 pagi pun datang check weh hahaha
Abah je yang tak ambil turn jaga mama. Kalau tak salah abah datang melawat dalam wad sekali je masa ni. Tu pun siap kena naik kerusi roda sebab jarak wad dari tempat parking ni jauh. Abah pula kaki tak macam dulu sejak dia baik dari strok jadi memang kami tak bagi la abah jalan jauh-jauh. Sebab tu abah duduk rumah je jaga cucu 2 ketul a.k.a anak kaklong hehe.
Lepas seminggu tup tap tup tap bergilir ulang-alik hospital, akhirnya abang aku whatsapp pagi 25 Julai tu kata doktor dah benarkan mama balik sebab bacaan urea dalam darah dah okey, tekanan darah dan gula pun normal. Mesej tu hantarnya lepas Subuh tau. Tapi waktu discharge, nun pukul 10 malam. Punya lama menunggu surat discharge hahshahsha sampai mencarut-carut adik aku sebab kami datang sebelum tengah hari lagi. Ingatkan boleh balik lepas Zohor ke kan.
Kau tengok harga ubat murah gila huhu Malaysian healthcare is the BEST!! |
Aku yang tengok ni pula cuak. Sebab nurse kata pesakit buah pinggang ni kena hadkan pengambilan cecair. Habis tu bagi ubat banyak-banyak ni takkan nak telan dengan air liur je kot? Ingat boleh turun ke perut? Aaaa sis pening ahaha
Dekat pukul 10 malam baru nurse serahkan surat discharge tu. Maka berjalan la aku dengan penuh ketenangan ke Unit Hasil dengan GL kaklong aku untuk selesaikan bayaran bil. Mudah je prosedur dia. Bagi GL dekat kerani, pastu dah siap. Bil nanti dia caj dekat pemegang GL. Punya senang hidup. Untung kaklong aku cikgu kerajaan. Patutlah ramai berebut nak kerja sektor awam ye.
Selesai urusan bayar bil dan ambil surat untuk temujanji cuci darah seterusnya, semua barang pun dah angkut masuk dalam kereta, maka tibalah masa untuk balik. Abah aku pun datang tau masa ni. Dia tunggu dalam kereta hehe. Punya excited nak reunite. Dan nampak tak dalam gambar ni mama dah kurang besar berbanding masa mula-mula masuk wad dulu?
Hasil cuci darah selama 5 hari berturut-turut selama 4 jam sehari tu, total air yang berjaya dikeluarkan dari tubuh mama adalah sekitar 14 LITER tau. Hampir 3 botol besar minyak masak weh. Secara purata, setiap hari kira-kira 2.8 LITER ditapis dari darah mama. Subhanallah. Siapa sangka selama ni yang mama berat sangat nak bawa tubuh sendiri sampai kena berkerusi roda sebab tak larat nak berjalan tu rupanya sebab sisa kumuh air yang tak dapat ditapis oleh buah pinggang je. Bahaya tak bahaya kesan kencing manis kepada organ tubuh. Alhamdulillah kami berjaya kesan penyakit ni awal-awal sebelum melarat lebih teruk. Kalau tak, Wallahua'alam apa boleh jadi 😔
Tolak kerusi roda pun sumpah aku cakap dah makin ringan. |
Dan begitulah berakhirnya kisah kami berkampung di Hospital Pasir Mas ni. Kalau anda rasa ceritanya dah berakhir, heheheh belum bosskur. Sebagai pesakit buah pinggang yang baru didiagnos, mama kena datang ke hospital ni setiap dua minggu untuk cuci darah selagi kami belum dapat tempat di mana-mana pusat cuci darah awam atau swasta berdekatan rumah. Jadi secara automatik, masih ada sambungan bagi siri Diari Dialisis ni.
Semoga bertemu lagi dalam entri seterusnya. Kalau aku rajin. Harap sabar menunggu heheheheh.
Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤