Dah
baca bahagian-bahagian terdahulu ke belum? Kalau belum, singgah di bawah dulu:
Kemudian
baru kita bersambung kepada kisah kali ini iaitu tarikh temujanji kedua pada…
Again,
12 hari selepas tarikh temujanji terakhir. Masuk ni, dah 24 hari berlalu lepas
kali terakhir mama cuci darah (25 Julai). Dalam erti kata lain, dah lebih 3
minggu. Sepanjang 3 minggu tu, ada 2-3 kali mama demam sebab ye la darah dah
lama tak cuci kan. Antibodi pun lemah. Cuaca pula tak tetap. Dugaan sangat.
Macam
biasa, kita bertapa di Unit Hasil dulu sebelum pergi ke wad.
|
Lepas dapat katil dan tukar pakai baju hospital, pukul 8.30 lebih ada 2 orang doktor masuk meronda
dalam wad. Sorang doktor Kelantan, sorang lagi pakar dari luar. Cakap ada bunyi
slang KL gitu ecewah. Mereka baca rekod dalam fail mama sambil belek-belek kaki
mama yang sembab akibat banyak minum air masa demam dulu. Kaki pesakit diabetes
pulak. Bila bengkak tu nampak teruk la daripada kaki orang lain.
Sambil
baca fail pesakit, doktor berdua tu tanya macam-macam soalan kat kami (padahal
jawapan dah ada dalam rekod). Perangai macam cikgu-cikgu lol. Antara soalannya,
bila dapat tahu pasal sakit ni, bila last cuci darah, haritu cuci melalui
bahagian mana, dah ada rancangan nak pasang fistula (tempat khas di lengan
untuk cuci darah), nak pasang fistula kat mana etc…
Aku
jawab la “dapat tahu bulan Julai lepas, kali terakhir cuci darah 25 Julai, cuci
melalui cucuk wayar di paha, fistula dalam proses tengah survey hospital swasta
yang sesuai”. Doktor slang KL tu pun sambung belek fail dan sesekali tenung
muka mama. Habis menilik rekod tu, doktor tu tetiba bagi satu proposal kat kami.
“Macam mana kalau kita pasang wayar IJC kat leher makcik?”
IJC mama lebih kurang macam ni juga. Photo credit: Merit Medical |
IJC ni
nama penuh dia Internal Jugular Catheter. Masa dipasang, "jarum" IJC part warna putih tu dicucuk(?) ke dalam urat superior vena cava di bahagian leher belah
kanan, iaitu urat besar yang bersambung direct ke jantung. Pastu dua wayar dia
tu salah satunya alirkan darah ke dalam mesin dialisis. Manakala wayar lagi satu
alirkan darah yang dah ditapis masuk semula ke dalam badan.
Kenapa
doktor suggest pasang benda ni?
KELEBIHAN IJC LEHER
🔸 Senang digunakan.
Masa cuci darah boleh terus sambung wayar mesin dialisis di IJC.
Selamat juga sebab dah tak payah cucuk wayar di paha
macam masa mula-mula masuk wad sebab kalau cucuk banyak kali, urat paha boleh
rosak.
🔸 Tahan selama beberapa bulan.
Doktor tu kata IJC ni boleh guna dalam 3 bulan. Kalau pandai jaga atau unuk keperluan yang lama, pun boleh tahan lama. Jadi elok la
guna IJC sementara tunggu fistula dipasang di lengan sampai betul-betul matang sebab
fistula perlukan at least 2 bulan baru boleh guna untuk cuci darah.
🔸 Pemasangan percuma!!
KEKURANGAN IJC LEHER
🔸 Prone to infection.
Kalau tak jaga
betul-betul, risiko jangkitan kuman merebak dalam darah sangat tinggi
dan kesannya sangat bahaya. Musuh utama IJC: keadaan lembab sebab kuman
mudah membiak. Sebab tu IJC ni mesti dipantau selalu untuk pastikan
dressing dia kering.
Tapi
doktor kata dia suggestkan mama pasang IJC ni pun sebab dia tengok dari segi
luaran, mama nampak macam someone yang boleh jaga kebersihan. Muka orang suci
gittew. Kalau tak, dia takkan suggest sebab siapa je nak tanggung risiko kan.
Jawapan
mama, “buatlah apa yang terbaik, doktor.” Sebab mama bagi green light, tak lama pastu nurse datang bawa surat kebenaran pembedahan untuk mama sain dan lebih
kurang pukul 10, doktor suruh aku bawa mama masuk ke bilik steril untuk buat
“mini surgery”. Lepas setengah jam, IJC siap dipasang dan mama boleh terus start
cuci darah.
How
it looks like bila cuci darah guna wayar IJC. Direct sambung ke leher je.
|
Sementara
menunggu mama siap cuci darah, guwe merayau ke unit kecemasan lepak dengan abah kejap.
|
Salah
satu hiburan masa menunggu di wad ni, kucing bersepah. Gemuk dan sihat pula tu.
|
AND NOW
THIS IS WHERE THE REAL THING STARTED.
Masa
ni, ada satu silap percaturan tau. Aku ingatkan lepas cuci darah hari
ni, dah boleh balik. Tapi OH TIDAK. Naifnya pemikiran anak muda.
Rupa-rupanya pesakit yang datang temujanji 2 minggu sekali ni kena bermalam di
wad sekurang-kurangnya satu malam dan cuci darah sekurang-kurangnya 2 hari
berturut-turut. Kalau keputusan ujian darah lepas 2 kali cuci tu cantik, boleh
la balik. Kalau tak, kena duduk lagi lama. Guwe baru tahu siaaaaaaa apasal
nurse tak cakap awal-awal hahahah
[[Disebabkan
kejadian ini, aku buat keputusan untuk tangguh pembelajaran aku di UUM tahun lepas . Cerita pasal ni agak panjang so
nanti aku kongsi dalam entri lain kay]]
Aku
datang sehelai sepinggang kot. Kalau tahu awal-awal, boleh aku bawa barang
persiapan lebih sikit. Baju persalinan, pencuci muka, berus dan ubat gigi, etc. Tapi nak buat macam mana petang tu baru tahu. Dah terlambat. Nak balik
ambil baju dengan abah, macam tak berbaloi ditambah pula bahaya drive jauh-jauh
waktu malam. So tabah je la aku tidur di wad pakai blaus.
Menjelang
malam, perut semestinya laperrrrr tapi masalah hospital ni, dia dalam ceruk
sikit so agak jauh dari kedai-kedai.
Kafe pula tak jual makanan berat. Dia jual
nasi lemak pagi-pagi tu pun sebab ada third party yang tumpang letak atas meja.
Kalau habis, habis la. Siapa nak makan makanan berat lepas tu memang kena cari
kat luar. Huh. Benci tau kafe dia. Dah la mahal dan tak display harga air. Rasa
nak je aku report kat KPDNKK kahkahkah saja je cari point nak menyampah.
Separa
dinner……
Masa
kat hospital aku memang jatuh cinta teruk dengan roti ni
|
Kalau
tak salah untuk dinner masa ni abah beli kat kedai luar masa dia pergi solat jemaah
di masjid berdekatan. Sementara tunggu abah balik, aku pekena dulu roti
serunding Mighty White ni. Atas roti ni ada serunding ayam, dalam dia ada
sambal nasi lemak. Harga dia RM1.90 mahal sikit daripada roti lain tapi takpe
aku izinkan sebab pedas dia ya Allah sedap nak mampos hahahahah
Guess
what? Aku tengah “menyorok” daripada nurse lmao
|
Sebab last minute baru tahu kena bermalam di wad, abah tak balik sebab mata tak jelas
nak drive malam-malam. Lagipun esoknya dia takut tak larat nak drive semula ke
hospital. Jadi aku dengan abah sama-sama menumpang dalam wad secara "haram" hehe. Masa ni abah duduk atas kerusi, aku atas
lantai.
Berani padahal rules kata seorang je waris boleh jaga pesakit pada
sesuatu masa. Tu yang aku hampir terperosok bawah katil masa nurse datang check
BP mama ni. Takut kantoi lol macam la nurse tak nampak hahaha
Tapi
masa ni nurse nampak tak kisah pula aku dengan abah dua-dua duduk tepi katil
mama padahal bukan waktu melawat. Mungkin sebab mereka tengok abah warga emas kot. Berjalan pun seret kaki
sebab kaki kanan tempang so tak sampai hati nak suruh abah keluar. Tapi takpe
tau sebab abah aku behave je duduk di kerusi, tak kacau orang, tak buat bising
so maafkanlah beliau hehe
Cumanya
malam tu aku tak lena pun. Satu sebab tidur atas lantai sejuk tanpa lapik. Jem
satu badan sebab tulang sejuk. Pastu jiran sebelah katil mama masa tu ya
Allahhhh. Pukul 3 pagi dia boleh merengus marah-marah suruh suami dia yang
tengah tidur tu bangun angkat dia sebab dia nak duduk bersandar.
Sepanjang
malam dia bising. Aku ni kejap-kejap tersentak, kejap-kejap terjaga sebab dia.
Abah yang tidur atas kerusi pun tak lena. Nasib baik lepas cuci darah esoknya
tu doktor kata dah boleh balik. Alhamdulillah!
Hari kedua, mama siap cuci darah sekitar 12.30 tengah hari jadi sempat la nurse ronda hantar makanan tengah hari. Mama tak makan pun sebab makanan hospital tawar bohh. Aku tengok pun tak terliur. Yang habiskan makanan hospital ni, abah la. Patut la sihat perut maju ke depan
Siapa
yang sakit sebenarnya ni lmao
|
Setiap kali waktu makan ada je
pesakit komplen lauk tak cukup rasa. Pastu nurse pun sama naik menyahut “pakcik
sakit mana boleh makan garam banyak” hahhaahah.
Tunggu abah gi ambil kereta. |
Sekitar
lepas Zohor, nurse datang bagi surat discharge dan ubat daripada farmasi (lagi).
Berkotak-kotak untuk bekal sebulan. Padahal ubat yang dia bagi masa memula
masuk wad dulu pun tak luak lagi. Tapi tak kisah la. Yang penting, yeay boleh
balik! Nanti 2 minggu kemudian pula baru datang balik.
Bersambung
ke tarikh temujanji seterusnya…
Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤