Tatacara Permohonan Tangguh Pengajian di UUM | NaSa

Tatacara Permohonan Tangguh Pengajian di UUM

in , by NaSa, January 29, 2020
Assalamualaikum


Ingat tak dalam entri Diari Dialisis Part 4 haritu aku tulis yang aku buat keputusan untuk tangguh satu semester di UUM disebabkan satu kejadian ni? Meh baca meh apa kisahnya.

Ikutkan rancangan asal, aku akan uruskan mama ulang alik cuci darah sepanjang cuti semester bulan Ogos tu. Lepas cuti habis dan aku balik ke UUM untuk sambung semester 3 yang start bulan September, kaklong akan ambil alih teman mama cuci darah sebab abah tak boleh handle sorang dan adik beradik lain pula kerja yang susah ambil cuti.

Tu rancangan asal la…

Tapi lepas tahu mama kena masuk wad at least 2 hari setiap kali temujanji, aku terfikir macam mana kaklong nak ambil cuti 2-3 hari setiap 2 minggu sampai kami dapat tempat di pusat dialisis swasta? Tu pun kalau dapat awal? Kalau lambat? Penang dengan Kelantan pun bukan dekat? Mama ada IJC lagi. Nak kena pantau setiap hari tapi siapa nak check? Adik beradik aku kerja balik lambat? Abah dah tua so mata tak jelas. Anak-anak buah aku baru sekolah rendah. Hmmm…

Aku maleh nak fikir banyak sebab bila overthink nanti serabut. I hate serabut. Tu pun aku sempat mental breakdown jap 😂 Maka keputusan untuk tangguh pun dibuat sebagai penyelesaian. Berbanding adik beradik yang kerja, aku sebagai pelajar ni ada kos lebih rendah bila tangguh. Lain la adik beradik yang ada tanggungjawab dekat bos, ada limit cuti tahunan, pastu kalau duduk luar negeri macam kaklong aku nak kena travel jauh pula.

Lepas nekad nak tangguh, aku google la cara tangguh belajar di UUM. Jumpa website U-assist yang terangkan pasal prosedur dan syaratnya. Kebetulan juga aku ada save nombor kaunselor UUM yang handle group sukarelawan yang aku join, maka aku WhatsApp kaunselor tu terangkan keadaan aku.
Ya aku memang agak skema dalam berbahasa ni 😂
Encik Khairone namanya tapi aku save as Encik Keon (berdasarkan username beliau di WhatsApp). Ada la sesi soal jawab sikit sebelum Encik Keon suruh aku datang ke UUM masa hari daftar untuk selesaikan prosedur tangguh tu. Dan guwe kata roger!

Sebenarnya boleh je apply tangguh secara online tapi sebelum cuti sem haritu kan aku simpan barang dalam stor. Printer pun letak di bilik JKPS. Takkan nak biarkan oi sebab tu aku pergi sendiri. Barang-barang penting semua aku bawa balik pastu yang lain aku tinggal dalam stor sebelah bilik aku. Stor tu tak kunci so harap-harap makcik cleaner tak buang ataupun takde orang ambik huhu
Masa ni tutup sebab aku pergi dekat pukul 2 dan staff baru nak balik dari rehat makan tengah hari.
Aku balik UUM 6 September 2019 ni dah awal sebenarnya sebab tarikh daftar 8 September. Tapi pergi Pusat Kaunseling lambat juga 10 hb haha. Jumpa Encik Keon pun kejap je. Lepas sembang serba sikit, Encik Keon suruh aku pergi U-Assist untuk isi borang then jumpa dia balik untuk dia isi bahagian sokongan permohonan aku. Ingat boleh settle hari sama tapi tak sempat sebab dia rushing kena pergi mana entah. Busy betul lol

Lagipun masa di U-Assist je pun dah lama sebab penuh dengan makhluk yang nak apply sticker kenderaan la, transfer kredit la, extra credit hour la. Aku nak login portal U-Assist pun kena eh ah eh ah berebut PC dengan student lain. Mujur masa aku dapat turn ni, orang dah tak ramai so boleh la aku menggedik ambil gambar banyak-banyak 😏

Langkah pertama untuk permohonan tangguh belajar: Log in ke dalam portal U-Assist UUM guna emel pelajar dan nombor IC.
Langkah kedua: Kalau tak salah kena klik bahagian Academic Affairs kat menu bar merah tu, pilih deferment, kemudian isi maklumat pemohon.
Nama, alamat, nombor telefon, etc aku boleh jawab. Masuk latest CGPA, blur sebab masa tu belum check result exam sem 2. Sengaja aku amalkan konsep “selagi tak dapat notis kena repeat, tak payah check” sebab result exam kan selalu bikin stres. Aku tak suka benda stres-stres 😂
Langkah ketiga: Isikan sebab-sebab penangguhan. Ada peribadi, kewangan, dan apa benda entah option lain.
(Abaikan ruang autofill tu 😅)
Langkah keempat: Check semua details, pastikan semua dokumen sokongan dibawa, dan submit. Pastu boleh save dan PRINT??
Ateeeee aku panik kejap “nak print kat mana? Tak ada printer untuk kegunaan pelajar pun? Kena print di kedai fotostat terdekat ke?” Terkulat-kulat aku depan PC. Sekali staff di kaunter tu kata tak payah print. Nanti masa jumpa pegawai, pegawai tu yang akan print. Cehhh habaq la awal-awal.

Drama sebabak masa nombor aku dipanggil, aku jadi itik sesat kejap di situ. 2-3 kali aku tawaf kaunter yang ada. Aku yakin dia sebut nombor aku suruh pergi KAUNTER 27. Masalahnya kaunter last di situ adalah kaunter 26, tempat swipe kad debit untuk buat pembayaran (aku tahu sebab pernah swipe bayar RM50 untuk drop subjek hehe). Penat mencari, aku tanya la lecturer yang lalu sebelah aku dan dia tunjuk ke satu arah: BILIK kaunselor.

Ya Allah aku rasa macam nak bergaduh...😂

Masa ni baru aku tahu U-Assist ada kaunselor sendiri. Pasni tak payah jumpa Encik Keon untuk dapatkan sokongan permohonan tangguh tu pun takpe sebab kaunselor kat U-Assist ni sama je boleh support. Haaa senang. Jimat masa.

Kaunselor ni namanya Encik Noor Fitri, tapi untuk feeling member-member, dia bahasakan diri sebagai Bro Fitri. Merasa la ada abang baru kat sini hehe. Perjumpaan kami dimulakan dengan sesi taaruf ringkas untuk tahu asal-usul kenapa aku nak tangguh. Kemudian Bro Fitri print borang permohonan yang aku submit online tadi untuk aku sain dan dia bagi sekali sehelai borang refund. 

Oleh sebab aku ni peminjam PTPTN, yuran aku memang automatik ditolak setiap kali duit PTPTN masuk dalam akaun Bank Islam. Dan duit PTPTN untuk sem 3 ni memang masuk awal gila. Sebelum aku balik UUM lagi yuran dah selamat ditarik 1300+ sebab tu aku nak refund. I want my money back! Walaupun tu actually duit PTPTN 😂
“Sila sertakan salinan penyata bank” katanya.
Tapi Bro F suruh ambik mini statement dari ATM je sebab dia cuma nak bukti nombor akaun. Lepas refund diluluskan nanti duit akan di-transfer ke situ.
Tengok kelajuan UUM tarik yuran. 23 Ogos PTPTN masuk, serentak tu juga RM1,349 lesap.
Kalau nak tau, sebelum jumpa Bro F, aku ada tanya staff U-Assist lain pasal refund ni. Dan ada la puan ni datang kat aku cakap, “Refund tak akan dapat penuh. Patutnya awak apply tangguh sebelum tarikh daftar semester baru. Baru UUM tak caj yuran.”

Fuhhh statement dia boleh bikin panas. Tapi aku senyum dengan pokerface je. If only you know, puan. If only you know......

Bukannya esok dah nak start sem baru, harini aku baru decide nak tangguh. Aku nekad nak tangguh tu directly lepas Mama keluar wad iaitu 20 Ogos. Tapi somehow tahu-tahu je pinjaman PTPTN untuk sem baru tu awal gila masuk. 2 minggu sebelum start sem baru yakni 23 Ogos lagi dia dah masuk dalam akaun. Jarak masa, 3 HARI!!!

Dalam tempoh tu aku baru tengah kumpul semua dokumen sokongan. Tahu-tahu secepat tu juga duit PTPTN masuk dan yuran UUM kena tarik. Check akaun tengok tinggal elaun sara diri je...mana sempat nak pergi UUM awal-awal untuk buat permohonan tangguh...

Kalau aku boleh ramal masa depan, boleh tahu mama akan sakit dan aku kena jaga dia di rumah, memang aku akan apply tangguh awal-awal. Heck sebelum cuti start lagi aku akan hantar borang lol. Biar PTPTN suspend pinjaman. Biar UUM tak boleh tarik yuran. Tapi nak buat macam mana... Inilah yang dinamakan... tak ada rezeki 😌

Tapi kalau boleh, UUM tolong la consider bagi kami peminjam PTPTN ni option untuk buat manual payment supaya boleh pilih sendiri bila dan berapa nak bayar yuran 😢

Shortcut kepada esoknya, lepas aku dah fotostat penyata bank tu, lagi sekali aku ke U-Assist dengan semua benda yang nak kena submit. Antaranya, surat pengesahan mama sakit yang diberikan oleh pihak hospital. Biar kukuh sikit sebab kenapa aku nak ber”cuti” panjang ni.
Monthly bill untuk cuci darah berserta ubat, lebih 3k. Kira lumpsum tahunan, hampir 50k 💆🏻
Perjumpaan kali kedua ni kena isi borang temujanji la pula. Sebab aku datang tanpa nombor giliran kot?
Ingatkan lepas hantar borang, tamat la. Tapi eh ada sesi kaunseling. Kena jawab personality test la pula. Nervous I nak jawab sebab Bro F duk pandang kertas tu masa aku menulis. Feeling dia macam masa kita goreng jawapan bodo dalam exam pastu ada pengawas exam baca dari tepi 😂

Tarikh selesai berurusan dengan kaunselor, Rabu 11 September 2019. Memula aku ingat nak balik terus malam tu tapi tiket habisssss. Tarikh paling awal yang ada tiket yang aku nak adalah Sabtu 14 September 2019 bas 9 pagi so aku pun sambung lepak UUM lagi 2 hari :3
Tema dia makhluk halus ke Halloween entah la. Tapi entrance memang dipenuhi hantu hehe
Kebetulan Inasis Petronas ada anjurkan Petrofest bermula malam Khamis tu jadi sempat la aku menyibuk berjimba kejap di UUM buat kali terakhir in 2019. Ada la 2 malam straight aku dan Aimi jalan kaki ke inasis Petronas tu. Ada bas tapi malas nak tunggu haha. Aku siap bagi nombor matrik lagi sebagai peserta program ceramah dan penonton persembahan semester 1 untuk kutip merit. Tapi tak tahu la merit dikira ke tak bagi pelajar yang tangguh lol.

Tapi setiap yang bermula, ada penghujungnya. Lepas dah kemas barang, dah penat berjimba, dah puas download cerita guna UUMWiFi hehe, dah buat mini reunion jap dengan Emy dan Hajar (classmates rapat masa sem 2 dulu), akhirnya dah masuk waktu untuk pulang.

Menjelang pagi Sabtu, sayu sis angkut barang masuk kereta sapu untuk ke stesen bas Changlun. Sedihnya pasni tak jumpa dah ibu kucing yang aku selalu bagi makan. Next sem dah tak boleh jumpa Aimi sebab dia dah nak start intern. Aku pun nanti maybe kena pindah bilik atau inasis lebih daftar masuk UUM balik. No more TM ke pasni? Huhuhu
Bye bye UUM.
Lebih kurang 2 minggu kemudian, surat kelulusan pun selamat sampai ke rumah menandakan aku dah rasmi tangguh belajar.
Tengok berita sedih yang dia sampaikan dalam surat tu. Sem depan pinjaman PTPTN akan ditunda sebab duit dah dapat masa sem yang tangguh ni. Huuu dah la refund sikit pastu next sem kena bayar yuran penuh guna duit sendiri pulak sobs double fulus terbang 💆🏻

Walaupun surat dapat awal, tapi refund tu agak lama. Aku punya penat tunggu sampai ingatkan UUM dah lupakan aku lol. At some point aku sendiri lupa aku ada request untuk refund yuran. Tahu-tahu je masa aku check akaun Bank Islam bulan 11 haritu, duit dah masuk.

Excuse me, what? Hahahaha
Daripada 1300+, 700 lebih dia potong. Mana entah part Bro Fitri kata nanti dapat refund "HALF" daripada yuran yang dibayar. Potong lebih separuh ada la 😂 Tapi takpe la. Alhamdulillah at least dapat juga duit tu balik untuk kegunaan sem depan hmm

Aku bagitahu kat kaklong pastu dia kata takpe la dah nak buat cemana kan. Nanti dia topap balik duit tu. Dan aku pun tak kisah sangat sebab isu sekarang bukan duit tapi pasal nak jaga mama ulang alik hospital. Masalah sem depan kita tunggu sem depan la baru hadap. Tapi kemungkinan besar kena ikat perut next sem depan tu hahahah. Be strong, myself!! 💪🏼😌

Baca juga:
🔸Aktifkan Semula Status Pelajar di UUM Selepas Tangguh (Part 2)

Sampai di sini saja. 
Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum nak tanya. Kalau awak dah tangguh pastu nak daftar semula sem seterusnya Ada procedure lain tak? Minggu add drop awak boleh buat registration course ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Full story pasal proses pendaftaran semula untuk sambung next sem boleh baca kat link ni
      👉🏼 https://officialnasa28.blogspot.com/2020/02/back-in-uum-kembara-pengaktifan-status.html dan sambungan part 2 dia.

      Basically hari daftar tu kena pergi aktifkan status kat school dulu kemudian baru boleh apply inasis dan add drop course. Tp course tu saya add manual sbb haritu try add online, list course tak keluar walaupun dah aktifkan status. Maybe sbb ambil masa utk dia update fully pasal kita dalam sistem UUM kot

      Delete
  2. Saya nak tanya kalau saya tangguh semester 2 minggu sebelum tarikh duit ptptn dikreditkan, adakah saya masih dapat duit ptptn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bergantung juga sama ada status penangguhan tu sempat diterima oleh PTPTN sebelum tarikh kredit ke tak. Klu permohonan tangguh tu diluluskan dalam masa 2 minggu tu dan HEP dah update status tangguh pelajar dgn PTPTN, mungkin nama takkan masuk dlm list penerima pinjaman utk sem tu. Tp klu permohonan diluluskan lambat atau status tangguh tu PTPTN tahu lambat, mungkin duit tetap masuk dan pinjaman sem depan akan ditunda. Better confirmkan dgn HEP dan unit kewangan utk tahu tempoh kelulusan dan status PTPTN pelajar

      Delete
  3. Hi, kalau macam saya ada buat penangguhan semester lepas. semester depan saya akan sambung semula. adakah saya ptptn akan dikreditkan pada semester depan? dan saya membuat rayuan penangguhan selepas ptptn saya dikreditkan pada sem lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tangguh lepas ptptn dah masukkan duit, semester yg disambung nanti ptptn tak bagi duit dah. Kena guna duit yg dia dah bagi masa tangguh tu. Tunggu semester lagi satu baru ptptn dikreditkan seperti biasa.

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS