Back in UUM: Kembara Pengaktifan Status Pelajar (Part 1) | NaSa
Assalamualaikum

Iyaaaa akhirnya aku berjaya merajinkan diri untuk tulis entri berkenaan kisah ke hulu ke hilir dalam UUM haritu untuk uruskan pengaktifan status dan pendaftaran bilik segala bagai haritu. Penat woi penat. 3-4 hari juga aku sakit urat lepas balik sini sebab ye la otot terkejut tetiba kena berjalan banyak-banyak lepas setengah tahun terperap dalam rumah je haha. Jaga-jaga sebab entri ni mungkin panjang (mostly sebab gambar besar je 🤣)

Kisah pengembaraan ini bermula pada 9 Februari 2020 seperti yang dirancang. Usai angkut semua barang turun ke tingkat bawah OYO Changlun Star Motel, pulangkan kunci bilik, dan dapatkan balik deposit (dia literally check keadaan bilik sebelum bagi duit tu tau haha), aku tempah Grab sebiji dan pukul 9 pagi tu, bergeraklah aku menuju ke Inasis TM UUM. Tambang sekali jalan RM13. Mujur e-wallet Grab aku dah claim duit RM30 yang kerajaan bagi haritu so jimat duit aku.
Goodbye katil OYO 😆
Since aku belum ada bilik kan, plan asalnya aku nak tumpang letak barang di bilik Qila di Inasis Bank Rakyat sementara aku berpusing dalam UUM. Tapi aku tukar plan last minute sebab Inasis Bank Rakyat ni di luar kampus utama nun di Bukit Kachi sana. Proses tukar-tukar bas dari Bukit Kachi ni aku tak familiar sangat. Bilik Qila pun aras 4 so nak usung barang naik turun tu Allahu rasa beratnya kaki hahaha. Lagipun Qila sendiri baru sampai UUM Subuh tu sebab naik bas malam so taknak la kacau dia rehat dan kemas bilik.

Sebab tu aku balik ke TM dan letakkan barang aku dalam stor tempat barang aku yang lain tengah kumpul habuk sepanjang aku cuti tu. Mudah sikit sebab kalau aku kena pindah bilik atau inasis, boleh aku usung semua barang sekaligus. Tak payah nak gerak ambil barang di Bank Rakyat pula. Plus stor tu aras 2 so tak penat sangat nak panjat tangga 😂

Selesai letak barang, aku naik bas ke COB sebelum jalan kaki ke U-Assist walaupun surat UUM suruh pergi ke pusat pengajian. Sebabnya Wani, kawan aku kata dulu dia aktifkan status di U-Assist. Jadi aku saja nakkan kepastian kat mana sepatutnya kena buat benda tu sebab pusat pengajian aku di luar kampus utama. Malas la kalau aku dah penat-penat pergi ke sana tetiba dia suruh aku masuk UUM balik pergi U-Assist. Nak ulang-alik banyak kali tu annoying. Kalau dari U-Assist nak kena keluar takpe (walaupun technically takde beza pun hehe )

Lepas tanya pegawai U-Assist dan dia confirmkan memang kena pergi ke pusat pengajian, baru la aku naik bas E yang khas untuk ke Pusat Pengajian Antarabangsa.
Hotel EDC-UUM.
By the way inilah dia hotel EDC-UUM yang aku cerita haritu tempat kakak aku suruh aku tempah bilik sementara aku uruskan proses pendaftaran ni. Lokasi dia memang ideal sebab dekat dengan pagar utama UUM dan sehala juga dengan pusat pengajian aku so mudah la nak ulang-alik. Tapi tu la harga dia yang tak senang nak membayar lol
Pusat Pengajian Antarabangsa UUM.
Nama Melayu dia itulah seperti di caption. Nama Inggeris dia School of International Studies. Tapi demi kesihatan lidah daripada berbelit-belit, kami panggil SOIS je. Kalau di universiti lain, status dia macam bangunan fakulti la. SOIS ni bangunan pusat pengajian paling baru dibina berbanding pusat pengajian lain di UUM sebab tu lokasi dia pun tercampak ke luar kahkahkah. Tapi best sebab fasiliti dia mostly baru dan luas. Cuma kafe dia je yang aku benci sejak sem 1 hahaha tiberrr.

Sampai ke sini, aku terus ke pejabat koordinator sebab tu je pejabat di SOIS yang aku familiar. Tapi pegawai kat situ kata tempat tu cuma uruskan berkaitan subjek. Untuk aktifkan status segala bagai ni dia suruh aku ke pejabat Dekan di aras empat. Mujur ada lif so guwe tak keberatan sangat la nak naik tinggi-tinggi.
Agak tersembunyi juga pejabat ni. Jenuh mencari sampai ke hujung 💆🏼‍♀️
Masuk je dalam pejabat Dekan, aku perhati je staf semua berbungkus dalam mask haha. Almaklum kes coronavirus atau COVID-19 tengah hangat masa tu so semua staf kena ambil extra measure la masa tu. Plus international students di UUM pun boleh tahan banyak kan.

Aku bagi surat kelulusan tangguh yang aku terima haritu kat salah seorang staf yang ada. Lama juga dia nak habiskan baca surat aku tu sebelum dia call untuk tanya keberadaan Dr. Alisha, coordinator course aku. Maybe Dr. Alisha yang kena uruskan kot tapi beliau takde masa tu. So staf ni suruh aku ikut dia ke suatu bilik jumpa pegawai lain.
Jumpa Ketua Penolong Pendaftar terosss.
Ramah orangnya. Santai je tanya khabar dan buat interview sikit-sikit pasal kenapa aku tangguh haritu. Sempat bagi kata semangat lagi lepas aku cakap pasal penyakit mama tu hahaha terima kasih, Puan Yus.
Status: ACTIVATED!!
Memandangkan status aku dah diaktifkan, boleh la aku add subjek masuk jadual dan apply untuk dapatkan bilik kediaman untuk semester ni. So aku turun semula ke aras dua pergi pejabat koordinator tu sebab katanya student yang baru balik daripada tangguh ni boleh add subjek secara manual di pusat pengajian.

Tapi kan haaaaaa berangan la kalau proses tu nak mudah di SOIS ni.
Simple je borang dia.
Staf sama yang suruh aku naik ke aras 4 tadi bagi aku borang add/drop ni untuk aku isi. Katanya, aku boleh isi mana-mana kelas dari pelbagai pusat pengajian yang ada. Tapi dia cuma boleh add masuk ke kelas yang ada kekosongan je. Kalau kelas under pusat lain yang aku nak tu penuh, kena pergi ke pusat pengajian tu sendiri untuk add manual kat sana.

Dengar macam mudah BUT NOPE!!
Pakai turn ikut hari segala
Sistem add/drop manual di SOIS ni ikut jadual sama macam add/drop online. Jadi aku sebagai pelajar yang baru masuk sem 3 ni kena tunggu hari Selasa baru boleh add manual weh. Pehhhh angin aku. Dah la staf tu pun tak mesra alam. Moody semacam gi marah aku masa aku tanya pasal borang tu sebab "Awak sem 3 kan? Mana boleh hantar borang harini. Pergi baca jadual kat depan tu fahamkan betul-betul" dengan nada jengkel.

Eh aku lagi jengkel okey. Memang aku sem 3 tapi masalahnya takkan takde leniency langsung. Aku baru aktifkan status kot. Maksudnya jadual aku COMPLETELY KOSONG sebab masa add/drop online semester lepas aku tak boleh buat since status aku tak aktif. Pelajar sem 3 lain takpe la at least diorang mesti ada juga subjek sebiji dua dalam jadual.

TAPI JADUAL AKU MEMANG TAKDE APA-APA! Kalau nak menunggu selama tu, mau kelas yang aku nak tu daripada elok-elok kosong, terus jadi penuh. Nanti aku nak belajar apa? Stress jemah 😪

Aku nyaris jeling sampai terbalik biji mata dah masa tu sebab annoyed hahaha. Nasib baik masa check story whatsapp, aku nampak Teah, junior di KPMAM dulu update story yang kelas dia dah berjaya add semua. Aku tanya la dia add manual ke online? Katanya manual di School of Business Management (SBM) dan dia rekomen aku add kat situ sebab tak ramai orang.

Terus aku blah naik bas masuk semula ke kampus utama UUM dan turun lagi di COB.
Syarat dia tu adoi tetiba je 😂
Nasib baik kali ni buat di makmal komputer bawah, bukan kena panjat tangga tinggi-tinggi macam masa memula aku dan kawan-kawan nak add manual masa sem 1 dulu haha. Cumanya baca part take note dia tu Allahu kena print borang add/drop sendiri la pula. Dah kena patah balik pergi ke kedai fotokopi sebelah kafe COB. Mental aku yang penat masa tu dah jadi makin penat dah. Nyaris guwe burned out 😂

Sesak pusat fotokopi tu dengan makhluk kemain ramai lagi duk print dan fotostat. Yang print borang add/drop macam aku ni boleh faham la juga tapi yang aku tengok duk print seakan-akan report dan nota tu aku takjub juga. Baru first day dah start kelas ke hahaha
Borang berbeza dengan borang di SOIS tadi.
For "just in case" purposes, aku print borang ni dua helai sebab aku bawa pen sebatang je masa ni so kalau ada salah isi ke apa, takde correction tape nak betulkan huhu.

Tapi lepas aku isi semua subjek yang aku nak add dan pergi balik ke makmal komputer tadi, ada supervisor(?) kat situ yang cross beberapa subjek dalam borang aku sebab dia kata subjek tu under school lain dan dia cuma accept subjek under SBM je. Tu pun setiap subjek tu kena guna borang asing mengikut department.

Contoh, Marketing dan Management dua-dua bawah SBM. Tapi Marketing kena guna satu borang hantar ke department Marketing, Management kena guna borang asing hantar di department BBA. Alang-alang aku ada 2 borang, dia kata cukup la untuk add manual dua subjek tu. Untuk subjek yang dia cross tadi, kena pergi School of Technology Management & Logistics (STML) dan SOIS sebab tu subjek under 2 pusat tu.

Me:.....tak mesra alam sekitar nye kena print borang banyak-banyak for one subject......

Dan STML maybe aku boleh try pergi tapi masalahnya SOIS tu la tak nak bagi aku add harini........ tapi aku dah malas berfikir masa tu so aku asingkan jugak la satu subjek dalam setiap borang. Otak aku masa tu "at least boleh tambah 2 subjek dalam jadual pun jadi la daripada takde langsung."

Namun rezeki Allah ni ada di mana-mana.

Staf yang bertugas di kaunter BBA masa aku hantar borang tu baik sangaaaaat. Subjek Management Ethics yang aku nak tu tak boleh add sebenarnya sebab tak cukup prasyarat. Tapi dia terkejut tengok jadual aku masih kosong + kesian sebab aku tangguh untuk jaga mama last sem, so dia suruh aku isi semua subjek yang aku nak add dalam satu borang. Nanti dia akan addkan semua yang mana ada kosong, termasuk subjek yang bukan under SBM 😅

Masa aku beratur untuk kali kedua, dah masuk waktu rehat tengah hari untuk staf sebenarnya. Staf department lain semua dah tutup kaunter masa tu dan suruh mana-mana student yang baru masuk untuk datang balik pukul 2.30. Mereka siap membebel lagi sebab ramai student under pusat pengajian lain duk datang add subjek kat sini. Siap cakap pasni nak khaskan student under SBM je yang boleh add subjek secara manual di SBM.

Aku dah cuak masa tu sebab aku la salah seorang pelajar pusat pengajian lain yang datang add di SBM tu hahahahahah. Kemain aku cover borang aku takut kantoi nak add subjek yang bukan under SBM lol. Kecut perut pun ada takut tak sempat turn aku dan kena halau datang balik lepas lunch. Mana tahu nanti lepas lunch dia tukar staf di kaunter BBA dan staf tu nanti hanya akan terima permohonan melibatkan subjek under SBM je.

Tapi kan...staf BBA ni punya baik, dia tak tutup pun kaunter walaupun dah masuk waktu rehat. Dan dia tak suruh pun kami yang masih beratur ni untuk keluar. Staf department lain dah perli-perli dah "BBA buat overtime" tapi staf ni rilek je add subjek semua pelajar dalam line tu, termasuk aku. Huuuuuuu thank you, puan. Saya sayang puan 😘
(maaf aku tak sempat usha siapa nama puan staf ni huhu)

Aku isi 7 subjek dalam borang tu dan Alhamdulillah 6 daripada 7 subjek tu boleh ditambah masuk ke dalam jadual aku. Public Speaking je tak boleh add sebab sistem kata aku tak cukup prasyarat(???) Sedangkan kalau ikut keputusan MUET dan rules UUM, aku dapat band 5 so seharusnya layak je ambil kelas tu tanpa ambil kelas persiapan English yang lain.

But who cares? Tu kira masalah kecil je. Lepas ni aku boleh add manual sendiri di pusat bahasa. Berita gembira sekarang jadual aku dah ada 6 subjek (18 jam kredit). 2 daripada tu subjek core aku dan ada 2 subjek minor juga (yang mana memang berebut sangat nak add sebab kelas tak cukup). Heaven dah tu. Jimat masa juga sebab aku tunggu dalam sejam lebih je kat SBM ni. Tak payah aku tunggu Selasa ni baru boleh add di SOIS.
Penuh jadual aku.
Funny thing is dengan staf tu sekali tumpang excited sebab "Tengok la berkat rezeki awak jaga mak awak tahun lepas, senang je awak dapat add kelas." 😂 Ada betulnya juga tu. Tapi part of it pun atas bantuan staf ni juga sebab sudi bantu aku add kelas-kelas yang aku nak. Kalau aku jumpa staf lain, belum tentu dapat add semua sekaligus. Alhamdulillah  Allah temukan aku dengan staf baik hati ni. Makbul doa aku semoga urusan aku add subjek ni dipermudahkan hahaha.

Now...status dah aktif, jadual pun dah penuh, tinggal part bilik dan kelas kokurikulum je yang masih belum settle. Maksudnya belum habis lagi la kisah aku berjalan dalam UUM ni. Tapi kisahnya nanti aku tulis dalam part 2 sebab yang ni pun dah panjang sangat. Guwe penat.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.


BAHAGIAN DUA BACA KAT SINI 😁

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Susah jugak nak add kelas ya?.. mujur akk tu baik hati kan... baca entry nasa ni... dpt feel mcm mn susah payah tu nak add kelas... keep strong nasa... gud luck ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah...tahap masa nak add drop online tu, rasa cam tengah prepare nak gi perang 😂 thank you, mell. Akan kucuba gagahkan diri utk sem-sem depan sekali 🤧

      Delete
  2. same uni but rajinnya tulis entri panjang2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb jenis tak cakap banyak so the only way utk cerita panjang² kat orang hanya dgn menulis 😆

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS