Diari Dialisis Finale: Ke Hudaz Dialysis Centre! | NaSa
Assalamualaikum

Akhirnya… selepas berpart-part, siri buah pinggang ini bakal tamat juga siarannya. Lepas ni aku nak update pasal apa agaknya? Review produk-produk yang aku ambil gambar tapi tak tertulis pengalaman aku masa guna kot. Alang-alang folder pictures aku pun dah padat kan. Tapi kalau jumpa semangat rajin la 😂

Tapi sebelum fikir apa nak buat pasni, kita kupas dulu topik dalam tajuk di atas ya.

APAKAH ITU HUDAZ DIALYSIS CENTRE?
Hudaz Dialysis Centre Sdn. Bhd. atau nama pendeknya, Hudaz, adalah salah satu daripada banyak pusat dialisis swasta yang beroperasi di Kelantan. Setakat ni, Hudaz ada 2 cawangan. Satu di Tunjong dan satu lagi di Pasir Pekan. Di Hudaz ni la tempat mama jalani rawatan haemodialisis a.k.a cuci darah 3 kali seminggu untuk sakit buah pinggang mama tu.

Kenapa kami pilih khidmat Hudaz?
Jawapan paling utama, sebab Hudaz cawangan Pasir Pekan tu dekat yang teramat sangat dengan rumah kami. Serius tak tipu. Jalan kaki pun sampai hahaha. Senang la abah ulang-alik hantar mama ke situ dan balik rumah sementara tunggu mama cuci darah 4 jam.

Laju tau kami usahakan untuk mama masuk ke Hudaz ni. Masa mama masih dalam wad lagi aku dah ke Hudaz Pasir Pekan tanya pasal proses kemasukan. Nurse kat situ bagitahu yang Hudaz cuma tempat untuk haemodialisis. Untuk mohon masuk, kena buat permohonan melalui HQ Hudaz iaitu Klinik Dr. Laili di Wakaf Bharu dan perlu diluluskan oleh Doktor Rosemalaili Omar, pengurus Hudaz.

Aku sampaikan kepada kaklong, dan kaklong pun berhubungan dengan orang yang in-charge pasal Hudaz di klinik tu. Wan Hayati namanya kalau tak salah. Kami panggil Cik Wan.

Urusan soal jawab dan dokumentasi awal dengan Cik Wan ni kaklong yang handle. Aku tukang jaga mama di rumah je. Tahu-tahu 8 Oktober 2019 tu kaklong suruh aku dan mama ke klinik Dr. Laili dan jumpa Cik Wan untuk sain dokumen yang menandakan mama dah boleh masuk ke Hudaz. Ewah! 💃🏻

Pergi ke klinik, Cik Wan terangkan kat aku pasal billing procedure. Katanya invois akan dihantar setiap hujung bulan dan bayaran perlu dijelaskan secara online. Tapi bil cover kos dialisis dan suntikan erythropoeitin (EPO) sahaja. Pada waktu tertentu, doktor akan turun ke Hudaz untuk check pesakit. Kalau doktor rasa perlu bagi ubat tambahan, tu kena bayar sendiri secara tunai di Hudaz. NOTED!

Satu je impian tak tertunai; masa tu Hudaz Pasir Pekan yang dekat dengan rumah kami tu belum ada kekosongan. Jadi mama dihantar ke cawangan Tunjong dulu untuk rawatan awal dan nama mama dimasukkan ke dalam senarai menunggu. Cik Wan kata dah ada 2 orang dalam senarai tu dan mama adalah orang ketiga. Tapi kalau cepat prosesnya, InsyaAllah in no time mama pun akan dipindahkan ke Pasir Pekan.

But you know what? Kami tak kisah pun dapat cawangan mana. Asalkan boleh balik hari lol

Lepas sain surat keizinan rawatan dan perjanjian pembayaran, Cik Wan suruh kami ke Hudaz Pasir Pekan pula untuk ambil darah. Antara tujuannya, untuk ujian Hepatitis B. Ini penting ya. Hepatitis B boleh berjangkit melalui darah so pesakit yang positif Hepatitis B kena cuci darah di fasiliti yang ada kemudahan khas. Aku tak pasti kemudahan macam mana tapi Cik Wan kata kalau mama ada Hep B, tak boleh masuk Hudaz la sebab Hudaz tak ada kemudahan tu.
Caj untuk ambil sample darah masa kami pergi ni, RM90 💸
Nak ambil darah pun bercinta cari urat. Nak ambil di tangan kiri, tak boleh sebab situ ada fistula dan TAK BOLEH dikacau.
Alhamdulillah mama memang tak ada penyakit hepatitis. Ujian HIV di hospital haritu pun clear.
Lepas ambil darah, kami kembali ke Hospital Pasir Mas untuk temujanji terakhir cuci darah pada 14 Oktober 2019. Alang-alang tu jumpa doktor sekali untuk ambil semua dokumen yang diperlukan sebelum berpindah ke Hudaz. Tidur lagi satu malam di wad dan akhirnya tanggal 15 Oktober 2019, kami dah bebas daripada bergelar pesakit berulang Hospital Pasir Mas lol

Sebaliknya, kami jadi pengunjung tetap Hudaz Dialysis Centre pula. Dan rawatan pertama mama di Hudaz Tunjong ni bermula pada 19 Oktober 2019
Henlo~ btw sebelah tu klinik haiwan 🙋🏻
Jarak Hudaz Tunjong dari rumah lebih kurang je macam kami nak ke Hospital Pasir Mas. Hampir 20-30 minit sekali jalan. Tapi demi “cuci darah balik hari”, mama abah sanggup je redah jem setiap Isnin, Rabu, dan Sabtu hahaha.

Sesi cuci darah di Hudaz ni ada tiga: 6 pagi, 10 pagi, dan 2 petang. Jarak empat-empat jam sebab tempoh haemodialisis pun biasanya 4 jam. Mama dapat sesi 10 pagi. Aku masa ni tak tahu ada sesi 6 pagi. Lepas tahu baru rasa mujur tak dapat sesi tu sebab kesian abah nak drive jauh Subuh-Subuh. Nanti jadi Allahyarham P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok: “Sebelum Subuh beta sampai.” 😂
Cue suara Doraemon: kEruSi aJaiB~
Benda pertama kena buat bila datang ke Hudaz adalah duduk atas kerusi ajaib ni. Kenapa ajaib? Sebab asal duduk je, nanti keluar berat kau di digital scale merah tu. Aku teringin nak try tapi disebabkan kerusi ni sebelah pintu masuk dan meja nurse, taknak la tunjuk bodoh aku secara terbuka di situ. Malu kihkihkih

Timbang-menimbang berat ni wajib dibuat sebelum dan selepas cuci darah. Nanti nurse akan tulis dalam fail pesakit untuk rekod “before vs after.” Penting untuk tahu berapa banyak cecair dikeluarkan dari badan lepas setiap sesi dialisis. Kali pertama mama timbang atas kerusi ni, berat mama hampir 110kg kalau tak salah.
Hudaz Tunjong ni ada dalam 12 ke berapa belas mesin dialisis entah
Lepas timbang berat, kena tunggu mesin kosong pula. Biasanya dalam 5 minit gitu sementara nurse sanitize kerusi dan prep mesin tu untuk pasang dialyzer pesakit lain. Masa menunggu, ada nurse lain akan prep channel yang pesakit guna untuk cuci darah (sama ada IJC atau fistula). Awal-awal ni mama guna IJC so aku perhati je nurse sanitize kawasan IJC tu dan tukar dressing baru.

Kalau yang guna fistula pula, nurse akan cucuk siap-siap 2 jarum catheter di bahagian fistula mereka (1 untuk darah keluar, 1 untuk darah masuk). Senang nanti nurse tinggal sambung je catheter tu di mesin.
Dialyzer a.k.a buah pinggang tiruan 😗
By the way benda silinder ni la dialyzer yang aku cakap tadi. Dialyzer ni fungsinya turas dan tapis sisa air dan toksik sebelum darah yang dah bersih dimasukkan semula ke dalam badan. Dialyzer ni tak boleh dikongsi. Cuma pemilik dia sahaja boleh reuse dialyzer ni lepas dah properly disinfect dan sanitize. Tapi setiap pesakit memang ada dialyzer sendiri pun. Nurse simpan dalam fail khas masing-masing.
Selamat hari raya apa entah padahal masa tu dah Deepavali hahaha
Masa awal-awal cuci darah di Hudaz Tunjong, aku dengan abah tak balik pun lepas hantar mama. Kami tunggu sampai habis cuci darah sebab belum biasa di tempat tu kan. Selain jauh nak ulang-alik, just in case juga kalau ada nurse nak inform apa-apa maklumat ke. So sepanjang 4 jam tu memang aku dan sofa Hudaz ni "bestfriend". Mujur kawasan menunggu tu ada aircond 😚
Piagam pelanggan Hudaz pun dah jadi bahan bacaan sementara menunggu 😂
Bling bling~
Agak-agak bila jemu asyik menghadap dinding Hudaz, aku jalan-jalan la pergi usya chandelier di G-Orange Mall. Tak jauh pun nak jalan kaki sebab dia sebelah bangunan Hudaz je lol. Alang-alang tu window shopping di Watsons dan try menu baru KFC sekali 😂

Masuk minggu kedua baru mama rasa yakin nak pergi berdua dengan abah je. So aku duduk rumah tunggu anak-anak buah balik sekolah dan uruskan mereka makan tengah hari. Tapi honestly aku banyak tidur je. Dasar anak tak guna.

Rezeki Allah bagi, mama tak lama pun di Hudaz Tunjong. Masuk bulan Disember, mama dah boleh pindah ke Hudaz Pasir Pekan. Lebih kurang 2 bulan je nama mama duduk dalam senarai menunggu tu. Cepat, kan? Aku pun tak sangka.
Nampak tak aku dalam kereta biru tu hahaha
Hari temujanji masih sama; Isnin, Rabu, Sabtu. Masa je berubah sebab mama dapat sesi 6 pagi. Awal memang awal tapi aku tak ralat sangat sebab dah dekat dengan rumah kan. Hudaz Pasir Pekan ni 3 minit je pun dari rumah. Mudah la abah nak hantar mama ke sini lepas solat Subuh pastu balik rumah sementara tunggu mama cuci darah 4 jam tu.

Untung kan bila rumah dekat dengan pusat dialisis ni? 😂

Actually ada satu lagi pusat dialisis yang dekat dengan rumah kami iaitu Pusat Dialisis Waqaf An-Nur di Masjid Al-Ismaili sebelah roundabout yang menghala ke Wakaf Bharu. Pusat ni berjiran je dengan Hudaz Pasir Pekan tu. Pun sama juga ada sediakan khidmat haemodialysis guna mesin.
Kredit: Masjid Al-Ismaili
Aku ada usulkan dekat kaklong kenapa tak mohon di masjid tu alang-alang dekat kan. Tapi kaklong kata klinik waqaf di masjid tu utamakan asnaf atau orang yang kurang mampu. Kita yang ada kemampuan ni better cari ikhtiar lain dulu. Kalau tak ada baru cuba mohon di masjid tu. Oooo…

Tapi sebab dah dapat Hudaz ni, tak apa la kan 😁

By the way, nak tahu tak apa jadi kat mama lepas cuci darah berterusan 3 kali seminggu di Hudaz selama 2 bulan pertama ni? *drumroll* 🥁
.
.
.
.
.
MAMA DAH BOLEH BERJALAN SENDIRI, U'OLLS!!!
Gambar ni diambil masa minggu pertama Januari 2020. Sangat banyak peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ni. Kalau dulu kaki mama bengkak, sembab, dan tak boleh berjalan tanpa orang papah atau kerusi roda, sekarang most aktiviti yang dia biasa buat masa sihat dulu dah boleh buat balik. Berkebun pun takde hal 😂

Kena pula awal tahun tu abang aku kahwin. Busy la mama buat persiapan. Tu yang dia sendiri masuk kedai RM2 pilih bunga untuk hias rumah dan dulang hantaran. Siap pergi sendiri ke pasar Wakaf Bharu cari bunga telur dan beli barang makanan untuk kenduri belah kami nanti.

Masa kenduri belah perempuan pun mama boleh berarak sekali tau. Dulu mana boleh buat semua ni sebab berjalan sikit je mama akan cepat penat. Dan bila penat, dia akan mudah demam. Tu yang almost all the time mama duduk atas katil je.
Siap join makan beradab lagi hahaha
Tahu tak? Berat terkumpul air yang ditapis keluar dari badan mama sepanjang cuci darah di Hudaz, hampir 30kg. Tambah dengan 14kg air masa di Hospital Pasir Mas dulu, TOTAL lebih 40kg air berjaya dikeluarkan. Daripada berat awal 120kg+, sekarang berat mama around 80kg+ je sebab tu badan mama dah jadi ringan nak bergerak.

Kesimpulannya, Alhamdulillah kami akhiri tahun 2019 dengan happy ending sebab:
1) Mama dah dapat tempat di pusat dialisis swasta
2) Fistula mama dah boleh guna.
3) Kesihatan mama dah banyak meningkat

Memang syukur la mama dapat masuk Hudaz tahun 2019 tu juga. Kalau senarai menunggu tu panjang, entah-entah dah masuk 2020 pun mama ulang-alik masuk wad 2 minggu sekali di Hospital Pasir Mas lagi. Pastu repeat demam every week sebab darah tak bersih. Kalau macam tu, memang tak tenang aku nak balik UUM 😅
Bil sebulan 3k. Setahun hampir 50k bosskurr
Syukur juga Hudaz ni tersenarai dalam panel dialisis JPA. Sebab tahukah anda, JPA memang akan biaya maksimum RM200 bagi setiap rawatan dialisis dan RM80 untuk setiap suntikan EPO bagi kakitangan awam dan ahli keluarga mereka yang dibenarkan? Kurang la beban kaklong nak tanggung kos rawatan mama sebab boleh claim daripada Kementerian Pendidikan.

Aku pun boleh lapor diri semula dengan tenang di UUM 9 Februari ni. Cuma nervous sikit je sebab sis kan dah lebih setengah tahun bercuti. Semoga dipermudahkan urusan aku masuk kelas semester depan dan semoga aku dikurniakan roommate baru dan classmates yang membantu, bukan memeningkan kepala. Amin…… 😢

Dengan ini, berakhirlah siri Diari Dialisis ni. Jutaan terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang jaga mama di hospital Pasir Mas dan team Hudaz. Tak lupa juga semua ahli keluarga dan sahabat yang banyak beri sokongan moral kepada kami. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah mampu balas jasa baik kalian. Jzkk ❤

Terima kasih juga kerana membaca. Assalamualaikum. 
**All prices stated here may or may not be subject to changes. I take no responsibilities over that and DO NOT use my photos outside this blog, especially for "BUSINESS" purposes ☺
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS