Drama Drop Subjek di UUM 😂 | NaSa

Drama Drop Subjek di UUM 😂

in , , by NaSa, February 15, 2020
Assalamualaikum

Entah apa jenis blogger la aku ni kan. Biasanya budak universiti ramai yang jadi foodhunter tak pun traveller. Mesti share tempat-tempat menarik yang boleh pergi makan dan buat aktiviti menarik to create memories dengan kawan-kawan. Tapi aku share pasal cara drop subjek????

Tak boleh buat apa sebab aku cerewet bab makan dan tak minat aktiviti yang kena spend duit dan tenaga. My introverted ass lagi suka duduk dalam bilik untuk menulis, membaca, anime, dan KUCING!!! Plus alang-alang aku ada gambar masa drop subjek haritu, saja la aku share di sini lol
Ni cerita lama ni. Kisahnya bermula pada 19 Mac 2019, tahun lepas. Masa tu aku terlibat dalam program anjuran SLCP UUM iaitu Jelajah Sasterawan Negara bersama Dato’ Dr. Zurinah Hassan. Tak wajib pun tapi lecturer kelas Kewartawanan aku kata free and since program ni jatuh pada hari Selasa yang aku takde kelas, aku join la.

At least boleh juga release tension lepas bosan dalam bilik mengadap assignment memanjang. Merit dan makanan free pun dapat lol. Lagipun ni talk kan, kita duduk dan dengar je. Tak kena buat aktiviti berat so aku rajin la nak keluar bilik. Topik pun pasal bahasa, my favorite haha
Topik menarik tapi memori ikan emas aku lupa kupas pasal apa hahaha
Aku pilih seat kemain tengah sebab pergi awal gilos (takut sesat sebab tak pernah jejak DKG4 lol). Masa ni boleh la dengar first-hand Dato’ bersyair. Suara beliau ya Allah kemain merdu. Like my itik voice could never la kalau nak suruh aku bersyair, bersajak etc. Dewan pun fullhouse sebab budak sekolah dan orang luar pun ramai. Overall, the program was fun.

Tapi tengah-tengah aku enjoy dengar Dato’ kupas pasal tajuk “Ihsan dan Insan” tu, mood aku mula terganggu lepas dapat satu mesej dalam group WhatsApp kelas Marketing Management. Memang kacau la masa tu. Mood aku daripada happy terus jadi spoiled.

Kenapa?

Well… apa perasaan kau kalau group assignment kau tiba-tiba dibubarkan sebab ada ahli mulut puaka mengadu kat lecturer konon “ahli lain tak buat kerja dan dia sorang kena buat semua benda”?? Padahal benda tu TAK BETUL?

Mesti la hangin kan.

Itulah yang terjadi. Group assignment aku yang ada 4 ahli tiba-tiba dibubarkan dan setiap ahli dah dimasukkan dalam group lain. Mesej lecturer masa tu “This is a group assignment…everyone must contribute…you wanted to stay as 4-people group so you must give commitment…it’s not fair to let one person do all the task…” somewhere along the line macam tu la.

Dengan tak tahu salah apa, tiba-tba je kami 3 ketul ni kena sound dalam group kelas. Memang aku rasa nak seligi je budak tu yang aku namakan sebagai “Budak L”. Menggigil tangan aku masa tu. Apa yang Dato’ Zurinah cerita di depan pun dah tak masuk kepala. Dalam hati, aku duk mencarut kat “Budak L” je 😂

Kenapa lecturer tekankan “you wanted to stay as 4 people?

Sebab asalnya group kami 6 orang. Tapi 2 orang drop lepas lecturer dah bagi tajuk assignment so lecturer suruh la kami 4 orang ni bubar awal-awal. Katanya sebab assignment ni ‘berat’ and at least 5-6 orang ahli baru beban kerja tak banyak mana. Yakin je. Padahal group 5-6 orang pun kalau ada yang freerider, sama je macam kerja 3-4 orang hehehe (ni aku fikir dalam hati je lol)

Instead of bubar, aku masa tu terniat nak drop jugak sebab entah kenapa masa tu rasa tak sedap hati. Tapi tak jadi sebab:
1) Ahli-ahli lain beria yakinkan lecturer yang kami boleh buat 4 orang. "Budak L" tu pun sama naik cakap kami dah discuss tajuk etc so sayang kalau nak bubar. Kesian la pula kalau aku drop kan
2) Subjek Marketing Management ni lebih kurang sama dengan Principles of Marketing di KPM so content dia senang aku nak follow sebab dah belajar. So I stayed.

Dan lecturer bagi kami stay as group 4 orang dengan syarat: “Give commitment”.

And kami komited weh. Assignment utama tu kami dah bahagi pun siapa kena buat part mana. Aku siap ambik dua part lagi. "Budak L" pun kata takde masalah dengan part yang dia kena buat. Dalam kelas dia nampak kamceng je dengan semua orang. Siap gelak-gelak together lagi.

Tapi Allah nak tunjuk yang manusia ni perangai macam-macam kan… aku pun tak tahu apa yang mendorong "Budak L" tu pergi mengadu kat lecturer pasal kami “tak bagi kerjasama untuk assignment dalam kelas”?

Ayat lecturer yang aku ingat lepas aku tanya kenapa "Budak L" kata kami tak buat kerja: “He said you all are taking your own sweet time to do the task and he’s worried about the duedate. So he had to do it alone.

Kelakar pula bila ingat balik sebab assignment kelas tu ada 2. Satu individu, satu kumpulan. Yang kumpulan memang dah bahagi siapa kena buat apa. Yang individu tu nak compile dengan tugasan kumpulan dan submit sekaligus boleh, hantar asing pun boleh. Ada 2 situasi tau di situ. Lecturer bagi Khamis lepas dan dua-dua kena submit Khamis depan. Tempoh: 2 minggu. LAMBAT LAGI!!

Taking our own sweet time” pebende entah. Aku masa ni tengah struggle dengan Business Plan dan case study Supply Chain yang kena tunjuk kat lecturer Khamis minggu ni. Ahli 2 orang lagi pun ada tugasan lain lagi kena buat. Dah la sorang tu sem 5, lagi busy. Of course kami tak start lagi tugasan Marketing sebab yang tu due Khamis minggu depan. Priority kena la bagi dekat yang mana kena hantar dulu kan.

Tapi aku tak tahu la “Budak L” ni tak reti baca kalendar ke apa?

Dia punya kelajuan siapkan tugasan individu tu, memang laju. Tahu-tahu je dia dah show off dalam group assignment kata tugas individu dia dah siap. Siap attach apa dia buat sebab dia kata dah tanya lecturer dan lecturer kata dia buat tu betul. So dia nak kami buat macam dia dan compile dengan tugasan dia sebab dia nak submit. Aku masa tu cam bruh…can you chill? DUEDATE MINGGU DEPAN KOT?

Dan di sinilah all hell broke loose.

Sebab takde orang yang copy paste ke dalam tugasan dia yang dia attach tu, dia bagitahu lecturer yang kami tak respon WhatsApp dia dan tak bagi kerjasama untuk siapkan tugasan. Padahal kami reply je mesej dia. Dah bagitahu pun kami belum buat sebab boleh tak aku ulang, DUEDATE MINGGU DEPAN??

Aku tak tahu apa ayat kesian yang dia bagi kat lecturer tapi tu la hasilnya, group kami dibubarkan. "Budak L" pun laju keluar dari group assignment.

Kami bertiga terkedu hampir ke tahap infiniti. Yang "Budak L" buat sorang-sorang tu tugas individu. Bukannya dia buatkan tugas kumpulan pun. Kalau kumpulan, logik la juga dia nak mengadu. So tell me tang mana kami tak buat kerja dan kau kena buat sorang tu??? MANA??? 😭

Tak nak nampak kami bersalah, aku WhatsApp lecturer tu personally untuk bela diri. Sambil tu aku minta kepastian apa "Budak L" tu mengadu sampai kami kena bubar? Tapi lecturer tu kata "Budak L" takde mengadu pun. Lecturer tu sendiri nampak group kami tak ada potensi. Hmm ye-ye je. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang…?

(Btw aku ada WhatsApp "Budak L" tu personally lepas tanya dia apa benda dia duk burukkan kami kat lecturer tu tapi dia reply “I didn’t do anything.” Hanj…)

Daripada tak sedap hati, perasaan aku terus jadi “fvck off.” Malas fikir panjang, aku WhatsApp lagi lecturer tu kata aku nak drop subjek ni. Bukan sebab hati tisu ke apa. Masa sem 1 ada je kes dengan groupmate yang lagi teruk tapi aku boleh je handle tanpa rasa nak drop. Habis kuat pun, aku carut je groupmate bermasalah tu.

Tapi untuk subjek ni, gerak hati aku betul-betul rasa serba tak kena. Aku masuk kelas pun rasa suffocated, tak macam kelas lain. Tambah dengan "Budak L" ni, lagi rasa nak drop. Dan sem tu pula aku ambil 7 subjek so macam heavy la. Plus reputasi kami dalam kelas pun macam dah jatuh lepas kena sound dalam group WhatsApp tu. Entah-entah ada yang fikir kami ni freerider padahal "Budak L" tu yang jenis tak menyempat 🙄

Lecturer tu kata it’s ok dia faham. Dia pun setuju yang 7 subjek dalam satu sem tu susah (walaupun bukan subjek tu yang heavy tapi manusia mulut puaka macam "Budak L" yang buat subjek tu jadi unbearable lol). So dia chill suruh aku jumpa dia petang Rabu esok lepas dia habis kelas pukul 2.

Lepas dah confirm, aku bagitahu lagi 2 orang tu aku nak drop. 2 ketul ni pun kata nak drop juga tapi last sekali tak jadi. Diorang course Marketing so kalau drop pun sem depan kena ambil Marketing Management juga. Baik teruskan je sem ni. Aku takpe sebab ni elektif aku je. Banyak lagi subjek aku boleh pilih hahaha

Fast forward to Rabu, gigih aku ulang alik SOIS->U-Assist->SOIS->COB->U-Assist demi siapkan proses drop ni secepat mungkin. Malas tunggu lama sebab Khamis ni ada kelas Marketing dan aku dah malas mengadap kelas tu lol. That’s why lepas habis kelas Export di SOIS, aku naik bas E turun di COB dan berjalan ke U-Assist.
Tak cerita panjang, terus isi borang dalam online portal.
Then ambil nombor giliran jumpa pegawai U-Assist untuk dia print borang tu.
PRINTED!!!
Masa jumpa puan pegawai tu, dia tanya confirm ke nak drop sebab masa ni tempoh permohonan gugur subjek for free dah tamat. Kalau nak drop juga, kena bayar RM50. Duit makan aku seminggu tu~ tapi demi kesejahteraan mental health aku, aku confirm je. Better lapar perut daripada bagi someone kenyang penumbuk lol

Lepas dah dapat borang ni, kena dapatkan sign lecturer sebelum pulangkan ke U-Assist. Tapi aku naik bas balik ke SOIS dulu sebab pukul 1 ada kelas International M&A di situ. Pukul 2 lebih baru aku pergi ke bilik lecturer tu di COB seperti yang dijanjikan.

Di bilik lecturer tu, dalam pada nak minta sign tu, sempat lagi kena ceramah pasal “commitment”. Aku angguk je sebab kalau nak repeat bela diri banyak kali ni, nampak melawan pula. Cukup la aku dah explain yang "Budak L" tu tak betul haha.

But one thing I respected about the lecturer, beliau tak menyebelahi mana-mana pihak. Nasihat beliau lebih kepada general for future so aku dengar je la. Kalau beliau terang-terang bela "Budak L" tu, mau merajuk aku sebab tak adil hahaha.

Selesai sesi nasihat dan turunkan tandatangan, lecturer tu pulangkan sekali kertas kuiz yang aku jawab haritu. Huuu ralat kejap. I got 14/15, the highest mark weh. Aku dah kata subjek ni senang 😭
The only kenangan terindah dalam kelas Marketing masa tu hahaha~
Tapi nak buat macam mana. I dah tawar hati so drop tetap drop. Lepas cakap terima kasih kat lecturer tu dan minta maaf, minta halalkan semua ilmu, aku balik ke U-Assist dan ambil nombor giliran lagi sekali.
Sebelum submit borang, kena bayar dulu~
Beria aku withdraw duit dari ATM tapi rupanya tak pakai cash pun. Swipe kad debit di kaunter 26 je. Maju benorr hahaha. Nasib takde paywave option 😂
Terbang RM50 💸💸
Selesai dapat resit semua, tibalah masa untuk submit borang yang dah lengkap kepada pegawai U-Assist. In less than few minutes, kelas Marketing Management aku setiap Isnin/Khamis pukul 2.30-4.00 petang pun hilang dari jadual. GUWE BEBAS!! Pasni lepas habis kelas Supply Chain, aku boleh terus balik dan berjimba dalam keamanan bilik sendiri huhu.

In a sense, aku nak berterima kasih juga kat "Budak L" ni sebab ajar aku realiti hidup universiti ni macam mana. Boleh la guwe guna pengalaman ni to prepare for worklife pula.

Thanks ye "Budak L".  Aku harap kau tak repeat la benda mengadu domba ni dalam kelas lain. Kesian groupmates kau. And may we never meet each other again pasni 😂

Oh dan tahukah anda? "Budak L" ni sebenarnya LELAKI? lol

Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Kalau withdraw subject through uassist dia akan effect dekat transkrip ke mana mana tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau drop selepas minggu add/drop tamat, rasanya dia jadi status TD (tarik diri) dalam transkrip. tp pointer or anything tak effect pun.

      Delete
  2. apa jadi kalau drop subjek

    ReplyDelete
  3. Hi sis, nak tanya permohonan khusus utk tarik diri amik masa dalam berapa hari ye untuk hea comfirmkan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat manual di u-assist haritu sehari je dah siap sbb cepat dapatkan cop & sign lecturer. kalau online ni tak pasti la pula prosedur dia mcm mana utk dapatkan kelulusan lecturer di borang tu. sebaiknya emel HEA terus utk maklumat lanjut.

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS