Kalau anda seorang warga Twitter yang aktif dan prihatin pasal kecantikan, mesti anda tahu pasal kewujudan skincare Twitter. Mereka ni golongan skincare enthusiasts yang rajin kongsi pelbagai review produk. Ada yang affordable, ada yang mahal tahap terkoyak poket lol. Macam-macam la ada dan yang pasti amat membantu other users like me untuk buat pilihan nak cuba produk apa.
Aku jumpa golongan skincare Twitter ni tahun 2014 masa zaman kegemilangan akaun @twtkecantikan. Famous akaun ni. Curators lawa. Followers pun lebih 50k. Sayang sekarang tak gemilang dah sebab akaun tu kena hack dan tips best yang curators share semua hilang. So aku follow akaun personal para curator pula.
Salah seorang curator yang aku follow, @amaazmi or Kak Ama. Aku suka sangat tips natural remedies yang Kak Ama kongsi untuk improve keadaan kulit. Khasiat madu, chia seeds, green tea, coconut oil, tea tree oil, epsom salt, air kunyit, bawang putih, semua aku belajar daripada Kak Ama. Hatta produk yang aku nak review harini pun daripada Kak Ama hahaha
Yellow Gorgeous Oatmeal Turmeric Mask & Scrub atau kami biasa panggil YG ni adalah mask kunyit dan oatmeal yang asalnya Kak Ama ajar untuk buat sendiri di rumah. Tapi akhirnya Kak Ama buat dan jual atas permintaan ramai yang mana mostly student sebab ye la kalau aku pun, mana nak dapat blender untuk blend oatmeal dan kunyit tu di asrama kan 😂
Dari situ, lahirlah mask kunyit YG di pasaran.
Penampilan sulung Yellow Gorgeous Photo credit: @amaazmi |
Lepas grad dari KPM dan sambung masuk UUM baru ada rezeki nak beli sebab dapat duit PTPTN hahaha. Tapi masa ni, YG dah tukar packaging. Instead of botol jernih bertampal stiker hitam, YG baru yang aku dapat tu berbentuk begini:
No more stickers. The words are printed on the bottle itself. |
Masa Kak Ama umum nak tukar botol, aku sedih juga sebab tak sempat merasa botol hitam kuning tu haha. Tapi botol baru ni pun best je. Material dia smooth dan ringan. Sedap je pegang. Penutup pun jenis kedap dan tak perlukan alas putih extra macam botol lama untuk elakkan moisture masuk ke dalam botol. (Aku tahu bentuk botol lama sebab roommate KPM pernah beli dulu hehe)
Selain botol, logo YG pun dah berubah. Simple je huruf YG dalam circle kuning tu tapi nampak lebih kemas dan unik. Jenis sekali tengok dah tahu tu brand apa. Dan botol dia ni BESAR tau. Dalam gambar iklan aku tengok macam kecik tapi bila sampai ke tangan sendiri, ambik kau!
Take note keyword dia: “specifically formulated to heal acne and to reduce acne scars appearance.” Basically sesiapa yang ada masalah jerawat boleh pakai YG tak kira lelaki mahupun perempuan sebab jerawat pun takde diskriminasi kan. Dia naik di muka manusia tanpa mengenal jantina hahaha
"DO NOT ACCEPT IF SEAL IS BROKEN" |
Looking forward for the new upgrade 💪🏼 |
Peep the ingredients. Lima bahan je. |
Recommended untuk buat patch test sebelum pakai tapi aku redah pakai whole face terus lol please don’t do this kalau kulit korang sensitif. Aku sebab dah biasa pakai masker oat dan takde kesan alergi sebab tu aku berani hehe
Setiap pembelian YG juga akan dapat kertas tutorial. Kalau tak salah ada 2 page sebab satu ajar cara pakai sebagai mask, satu lagi untuk scrub. Siapa yang tanya lagi macam mana nak pakai tu tak tahu la nak cakap apa.
The powdery goodness. |
Texture YG bagi aku just nice. Dia tak halus sangat sampai cair meleleh bila buat mask, tapi tak kasar sangat sampai terguris kulit muka bila sental as skrub. Kadang tu ada bits of epsom salt atau oatmeal yang tak hancur dan bagi risiko tercalar kulit. Tapi aku akan mix lama sikit biar epsom salt tu cair atau oatmeal tu lembik lepas serap air.
Aku agak particular dengan texture sebab sebelum ni aku pakai skrub St. Ives aprikot dan green tea yang orang duk rave sangat tu. Tapi skrub aprikot tu kasar dan buat kulit aku jadi merah-merah. Green tea pula halus sangat macam tak gosok apa pun di muka. Pastu dapat tahu skrub aprikot tu bahaya sebab boleh sebabkan microcuts di muka so taubat tak nak beli St. Ives dah haha
As for cara bancuh, ada banyak pilihan yang boleh kita guna. Kak Ama suggest Greek yogurt sebab ada lactic acid yang boleh pudarkan jerawat. Tapi aku tak makan yogurt so kalau beli semata-mata nak guna sesudu untuk mask pastu buang, rugi la. Nak simpan, duduk inasis UUM mana ada peti sejuk. Nak bagi kat orang, I tak ramai kawan 😂
Jadi aku biasanya mix YG dengan salah satu antara tiga benda ni:
Jadi aku biasanya mix YG dengan salah satu antara tiga benda ni:
1) Rose water
My first YG mask : 22 October 2018. |
Rose water ni khasiatnya hydrating dan anti-inflammatory. Bila campur dengan YG as mask, rasa sejuk je muka. Kalau anda have-have, try la campur dengan rose water Mario Badescu ke Super Mario entah yang mahal tu haha. Kalau aku, hanya mampu beli rose water dari kedai India tempat mama selalu beli rempah nasi beriani je. Sebotol RM3.50. Jimat banyak 😂
Lepas cuci muka. |
Gambar ni muka aku agak terlebih nur dan smooth sebab lampu bilik atas kepala. Tapi still nampak kan closed comedones di dahi tu banyak mana haha. Hasil skrub dengan YG+rose water ni, most clogged pores yang menggerutu tu hilang. Kulit rasa lembap dan lembut je. Kebetulan masa pakai ni aku ada 2 jerawat besar di batang hidung dan bawah bibir. Lepas cuci mask tu, hilang radang merah dia 💃🏻
Ada orang bimbang muka jadi kuning kan kalau pakai mask kunyit. Tapi YG ni tak tinggalkan kesan sangat pun sebab oatmeal dalam tu akan skrub kesan kuning tu sekali masa bilas muka. For me selalunya kesan kuning tu faintly visible je dan lepas sambung dengan rutin skincare lain macam toner dan moisturiser, ia akan hilang diserap kulit masa duk urut dua benda tu di muka.
Kadar stain kuning ni pun depends berapa banyak mask kita letak. Kalau banyak, memang kuning la muka. (Like that time masa aku nak habiskan sisa YG yang terakhir sampai muka macam ikan goreng kunyit 🙂) Tapi kalau ada kesan pun, biasanya dia akan pudar sendiri lepas bangun tidur 😉
Ada orang bimbang muka jadi kuning kan kalau pakai mask kunyit. Tapi YG ni tak tinggalkan kesan sangat pun sebab oatmeal dalam tu akan skrub kesan kuning tu sekali masa bilas muka. For me selalunya kesan kuning tu faintly visible je dan lepas sambung dengan rutin skincare lain macam toner dan moisturiser, ia akan hilang diserap kulit masa duk urut dua benda tu di muka.
Kadar stain kuning ni pun depends berapa banyak mask kita letak. Kalau banyak, memang kuning la muka. (Like that time masa aku nak habiskan sisa YG yang terakhir sampai muka macam ikan goreng kunyit 🙂) Tapi kalau ada kesan pun, biasanya dia akan pudar sendiri lepas bangun tidur 😉
Gambar from Encik Google |
2) Green tea
Bukan green tea yang korang beli di kafe viral yang campur susu pekat setengah tin manis nak potong kaki tu tapi pure green tea yang orang Jepun minum tanpa gula. Ya aku suka minum green tea ni. Most my friends tak suka rasa dia tapi bagi aku, pahit-pahit dia tu best 😗
Dah rupa pilis yang orang tampal di dahi ibu pantang lepas bersalin 😂 |
Tapi dalam gambar ni muka aku terlebih daun sebab masa first time try, aku terletak satu teabag tau. Tak memasal mask terlebih cair sebab daun teh kan serap air. Bila letak daun tu banyak, banyak la air masuk dalam mask. Pengajaran 😂
Aku guna Ahmad Tea. |
Ahmad Tea kotak 100 uncang ni dulu RM17+ di Tesco. Sekarang tak tahu la berapa. Yang 25 uncang pun ada RM5 lebih. Antara green tea Ahmad dan BOH, aku prefer Ahmad sebab BOH pahit sangat. Terlebih rendam je air dia terus jadi warna coklat. Tang mana yang GREEN tea entah 🙄
3) Madu
Aku guna madu Borneo apa benda entah yang beli di AEON Bandaraya Melaka dulu. Tu pun stok lama yang guna untuk minum dengan Apple Cider Vinegar masa di KPM dulu.
Basically whatever madu pun boleh. Lagi bagus kalau madu asli. Nak lebih bagus, guna "raw manuka honey" macam yang Kak Ama suggest. Yang tu mau cecah RM200 untuk sebotol kecil. Aku dari tahun 2015 sampai 2020 ni hanya mampu pandang je. Tak terbeli-beli lol
Khasiat madu sama macam rosewater sebab kulit jadi soft and lembap juga. Cuma aku tak tahu kenapa kulit rasa panas bila tempek madu ni di muka. Dan madu ni leceh sikit sebab dia tak kering dan bila pakai lama-lama, dia akan cair dan meleleh. Akibatnya, MELEKIT HAWAU! Satu kerja kalau menitik atas baju sebab melengas tu satu, melekat kesan kuning pun satu 😂
DAN!! Tak kisah la liquid apa pun yang aku guna untuk mix YG, ada satu lagi benda yang aku wajib campur dalam mask YG (or whatever homemade mask I do): TEA TREE OIL!
Aku guna jenama Aiken. |
Tea tree oil ni sejenis essential oil yang berangin dan ada ciri-ciri menentang pembentukan jerawat juga. Bila campur dengan YG, dia bagi booster effect gitu. Cepat je jerawat kecut.
Tak letak banyak pun tea tree oil ni. 1-3 titik dah cukup. Hasilnya, mask jadi makin sejuk. Aku suka sebab bau pun best dan rasa nyaman je tempek malam-malam then relax atas katil tengok anime haha. Tapi my roommate akan pelik la sebab "apa benda yang bau minyak angin ni?" 😂
Overall aku ambil masa 4 bulan camtu kot untuk habiskan sebekas YG ni. Beli Oktober 2018, habis around Februari 2019.
Cuma kalau orang lain daripada berjerawat dan berparut berubah jadi flawless lepas pakai YG, aku tak ada kesan tu haha. Bukan sebab YG tak bagus tau. Aku yang tak konsisten pakai YG so memang la tak dapat hasil “before vs after” yang ketara 😅
Tapi……just because tak nampak kesan ketara, tak bermaksud tak ada kesan positif kan?
Hasil on off sental kulit mati dengan YG beberapa bulan tu, kulit aku rasa makin smooth. Tiny bumps yang selalu menggerutu di pipi dan dahi tu mostly berkurang. Parut lama yang brownish pun pudar. Kalau pakai masa ada jerawat naik, cepat je jerawat tu kecut.
Cumanya awal tahun 2019 tu berulang lagi kisah hormon tak stabil ahh hanj... Kulit aku yang normal dan kurang masalah jerawat sejak amalkan suplemen evening primrose oil tu tetiba repeat naik jerawat segugus tak kena masa walaupun di luar waktu period. Akibatnya parut lama yang dah pudar tu asyik berganti dengan parut merah baru so bukan salah YG la aku tak flawless 😂
Parut lama makin pudar but parut baru duk menonjol sana sini ergh stress jemah |
(Aku stress sampai jumpa doktor baru kulit aku elok tau which akan cerita dalam entri lain huhu)
For overall verdict, I love this product. Semua aku suka dari segi texture, ramuan, macam mana mask ni senang diguna, ada fungsi 2-in-1, dan paling utama, FOUNDER’S TRANSPARENCY.
Kak Ama bukan jual saja-saja YG ni tapi dia sendiri amalkan sampai kulit dia betul-betul pulih. Lepas terbukti bahan yang diguna tu berkesan baru dia buat dan jual. Bukan macam founder yang beli produk timbang kilo dan tempek sticker brand sendiri pastu mengaku kulit dia cantik sebab pakai benda tu padahal buat treatment cucuk sana sini 👀
Dan YG la yang berjaya kembalikan kepercayaan aku kepada produk lokal sampai aku terbuka nak try produk lain daripada beberapa local founder yang lain. Sebab sejak terkena dengan Dnars Skincare dulu, aku skeptikal sikit dengan founder Melayu ni. Macam 'ye-ye je produk kau tu berkesan'. But since aku sendiri follow progress YG ni di Twitter, aku tak skeptik la. Sebaliknya aku rasa “NI BARU BETUL PRODUK LOKAL YANG BERKUALITI!”😂
Will I repurchase? BIG YES.
Dan nanti aku nak cuba pakai secara konsisten 3 kali seminggu sebab tak nak la setakat kulit rasa smooth je. Aku nak kulit smooth yang bebas parut dan jerawat sekali hahaha.
Alang-alang nak repurchase mask nanti boleh la kot try produk baru Kak Ama sekali sebab bermula tahun 2020, Kak Ama dah rebrand YG kepada nama baru iaitu Yello Skincare. Produk baru pertama yang diperkenalkan: SnowMeric Hydra-Boost Brightening Serum. List bahan-bahan dia ya Allah…menggoda 😍
Hello, yello fellow 💛 Photo credit: Twitter Yello Skincare |
Tapi bukan beli dalam masa terdekat kot. Sem ni kewangan aku agak terhad sebab lepas tangguh pengajian September 2019 haritu, PTPTN aku untuk sem pertama 2020 ni ditangguh. Kena berjimat cermat dulu la. Tunggu next sem bila dapat PTPTN nilai full baru aku try hahaha. Mana tahu ada rezeki Kak Ama buat promosi masa tu so jimat sikit kan lol
That's all for now kot. Tunggu aku taip review lain pula di lain hari dan semoga bertemu lagi 😘
By the way this review is not sponsored. YG Oatmeal & Turmeric Scrub ni dibeli dengan duit sendiri dan semua pandangan pun hasil pengalaman sendiri. Aku puji bersebab la, bukan sebab minat founder semata-mata. Kalau produk tu ada kesan tak best, memang aku cakap terus terang macam Cosmoderm, Cetaphil, dan Dnars Skincare tu hahahaha
UPDATE (November 2021):
Saya dah cuba guna serum Snowmeric daripada Yello Skincare. Boleh baca review di sini 👉 Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum
Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤