Review: Plaster Herba Menosmooth Untuk Senggugut | NaSa
Assalamualaikum

Dalam review heat patch Ammeltz Yoko Yoko yang lepas, aku ada sebut pasal 2 lagi produk yang aku cuba untuk kurangkan sakit senggugut masa period. Salah satu produk tu lebih murah daripada Ammeltz manakala lagi satu tu lebih mahal. Dalam entri kali ni, aku akan review produk alternatif yang lebih murah tu dulu iaitu MENOSMOOTH HERBAL PLASTER.
Pinkeu, pinkeu~
Kewujudan Menosmooth ni aku tak jumpa melalui Twitter macam Ammeltz. Sebaliknya aku jumpa di Shopee masa tengah survey kot-kot ada yang jual Ammeltz secara online pada harga lebih murah. Sebabnya masa tu Julai 2019 tengah cuti sem dan aku malas nak keluar rumah pergi Watsons. Lagipun aku tengah broke juga sebab baki duit PTPTN yang ada masa tu aku dah invest beli meja study sebijik letak dalam bilik muahaha terbang RM200 aku 😗

Masa aku skrol Shopee tu, ada je orang yang jual heat patch Ammeltz tapi mostly seller yang bukan preferred jadi maksudnya shipping tak free la. Pastu dah la Shopee tukar rules so kalau beli dari seller yang bukan preferred nanti tak dapat claim coins daripada duit yang kita bayar. Sebagai seorang yang berkira, tak gemar aku dua benda ni hehehe... Sebab tu aku sambung skrol sampai la jumpa Menosmooth daripada @sistersgrocer ni.

<<Tapi kalau korang cari Ammeltz di Shopee sekarang, ada je farmasi preferred yang dah jual heat patch Ammeltz pada harga lebih murah dan dapat free shipping. So kalau anda malas keluar rumah macam saya, go fill the cart haha>>
Sekarang dah tukar beli ⩾6 keping baru dapat harga borong 
Harga Menosmooth dari @sistersgrocer ni satu pek RM5.90. Masa tu kalau beli 5 pek ke atas, dapat harga borong RM5.50/pekAku buat kira-kira, beli 5 pek pun untung dapat 10 keping bawah RM30 sebab RM5.50 x 5 = baru RM27.50. Kalau beli Ammeltz, RM27 paling-paling baru dapat 3 kotak (6 keping). Tu pun kalau beli masa promosi RM9 sekotak. Kalau takde promosi, paling banyak aku boleh dapat 2 kotak je dengan duit banyak tu. Hmm...🤔

Sebelum beli tu ada juga aku survey seller lain yang jual Menosmooth tapi mostly bukan preferred dan harga pun lagi mahal. Jadi memang aku order dari @sistersgrocer la alang-alang dia preferred seller so dapat la coins dan free shipping for belian RM19 ke atas. Preferred, harga borong, free shipping = memang appealing kepada manusia kurang duit macam aku ni haha
TADAAA~~
Ada sebab kenapa aku beli 5 pek ni. Masa ni kan bulan Julai so kalau beli 5 pek, ngam-ngam la aku pakai satu pek setiap bulan sampai bulan Disember. Stok sepanjang setengah tahun bhaii. Plus bila beli banyak macam ni dan pakai secara berterusan, boleh la tengok sejauh mana keberkesanan dia dalam melegakan senggugut tu. Kalau pakai sekali je, mana i nak tahu kesan dia OK ke tak kan.
Isi dalam.
No wonder packaging dia nipis sebab isi dalam dia memang nipis ye walaupun 2 keping. Dah serupa kain bandage je aku tengok. Berbeza dengan Ammeltz yang tebal sebab ruang heat patch dia tu berisi iron powder dan activated carbon.
Additional info on the packaging.
Bahan-bahan yang diguna dalam herbal plaster Menosmooth ni (ikut turutan): ginseng, mugwort, kayu manis, halia, dan cili. Ye gigih aku cari maksud setiap nama saintifik tu. Cuma mugwort je aku tak tahu nama Melayu dia apa. Semua bahan ni memang diguna secara tradisional dalam perubatan Cina untuk meningkatkan aliran darah tau. Sesuai la untuk wanita senggugut sebab boleh kurangkan cramp perut kita masa senggugut.

Kenapa guna herba Cina?


Sebab Menosmooth pun asalnya dikilangkan di wilayah Jiang Su, China dan diedarkan oleh Sun Ten Pharmaceutical di Malaysia. Tapi tak perlu bimbang sebab Menosmooth berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Sticker hologram KKM pun adaBila check nombor MAL Menosmooth, ada nama Menosmooth dan Sun Ten dalam senarai produk berdaftar tu.
Boleh check no MAL di website NPRA Malaysia.
Sticker hologram KKM.
Pandangan depan dan belakang herbal plaster Menosmooth ni.
Pengalaman aku sepanjang gunakan Menosmooth ni kalau nak describe dalam satu ayat:

SAKIT HIDUNG OOOIII~~~!!!

Bau dia kuat gilaSumpah tak tipu. Buka je plastik tu, hidung kita akan diterjah bau herba yang sangat kuat. Bukan setakat aku yang pakai ni boleh hidu, orang berdekatan pun boleh detect bau dia. Cuba bayangkan aku duduk jarak semeter dengan kakak aku di dapur pun dia boleh tanya "kau sakit perut ke? pakai minyak apa bau kuat sangat ni?" 😅

Bau dia siap melekat di tangan lagi. Kalau buang dalam tong sampah dalam bilik, akan ada saki baki bau herba tu merayap dalam bilik tau 😂 Berhantu sampai aku siap bagi review di page seller tu "siapa yang hidung sensitif jangan beli" lol. Walaupun aku sendiri sensitif dengan bau, tapi mujur aku okey je dengan produk ni sebab dia bau herba. I like herba.  Kalau bau alkohol atau chemical, memang aku tak pakai dah Menosmooth ni sampai habis.

Contoh terbaik untuk aku gambarkan bau Menosmooth ni, sebijik macam koyok Neobun yang orang selalu guna untuk sakit kepala.
Ni koyok yang ni hahahahahah
Kredit: Google
Dari segi tahap kepanasan, dia panas tapi bukan macam heat patch Ammeltz yang macam batu panas hasil iron powder. Sebaliknya dia macam panas pijar. Seolah-olah macam bekas tangan kita terpegang cili pun ada. Nak buat macam mana dah bahan utama dia pun memang cili, halia, kayu manis semua tu kan.

Tempoh kepanasan pula, tak lama pun. Kesannya dalam 2-3 jam macam tu je sebelum dah tak rasa apa-apa. Ye la kau tengok la dia tebal mana kan. Sama nipis macam koyok Neobun tu je so lama mana sangat la kesannya bertahan. Harapkan bau je la yang jaguh tahan sampai berpuluh jam hahahaha. Tapi ni yang aku alami je la. Lain orang mungkin lain tempoh panas dia so idk 🤷🏼‍♀️

Bercakap pasal kesan pemanasan, not bad sebab ada la rasa cramp perut aku berkurang. Bahagian perut yang keras masa senggugut tu ada rasa lembut sikit tapi tak selembut kesan lepas pakai heat patch Ammeltz. Macam aliran darah tak berapa meningkat sangat lepas pakai Menosmooth ni. Mungkin sebab tempoh kepanasan dia pendek sampai tak berkesan? Atau bahan-bahan dia tak sesuai dengan aku? Entah la...

Tapi yang pasti, aku tak berapa rajin la nak repeat order untuk Menosmooth sebab selain kesan yang tidak berapa memberangsangkan, aku ada isu dengan pelekat dia juga.

Pelekat dia ni kalau nak tau, sangat kuat. Aku repeat, SANGAT kuat.

In a sense, baguslah pelekat dia kuat sebab tak payah bimbang herbal plaster ni tertanggal atau jatuh masa kita buat apa-apa aktiviti. Tak macam heat patch Ammeltz yang aku kata seram takut jatuh dalam mangkuk toilet tu kan hahahaha

Tapi risikonya, Menosmooth ni amat mudah "accident" 🤣 Since dia nipis, katakan masa nak tampal tu ada angin bertiup sampai pelekat tu "ter"lekat sesama sendiri kan, haaa jangan mimpi la nak pisahkan dia. Memang dia akan bercantum sampai ke sudah. Aku ada 2-3 kali jadi macam ni. Nak buang, sayang. So aku tampal je la di perut dengan keadaan pelekat dia tu masih melekat sesama sendiri. Hasilnya, surface herba tu berkurang maka kuranglah kesan panas yang aku rasa huhu sad life.

Lagi satu masalah yang timbul hasil kuat melekat dan nipis tu, SEKSA woi nak tanggalkan. Jenuh tercabut bulu roma di bahagian perut setiap kali tarik hahahaha sakit bodo. Feeling macam buat waxing pula tapi bezanya waxing pun tak la sakit macam tu sebab wax strips ni lagi laju kita tarik, lagi kurang sakit. Beza dengan Menosmooth yang tarik laju pun sakit, tarik lambat pun sakit 😂

Selain tu, kesan panas dia yang pijar tu buat kulit di bahagian perut aku jadi gatal-gatal serupa ada ruam. Serupa je la. Takde ruam betul-betul pun. Tapi still takleh terima sebab tak selesa dan lepas tanggalkan tu pun, kulit aku jadi merah merah-merah. Tambah pula dengan sisa getah yang kadang-kadang melekat di kulit lepas kita cabut pelekat tu fuhhhh lagi la ada rasa nak menggaru. Dia macam hilang satu sakit, dapat sakit lain pulak ehhh pobondo janggg

Kalau nak aku rate untuk Menosmooth, aku akan bagi 3.5 bintang0.5 bintang tu hilang sebab bau kuat sangat, 0.5 lagi sebab kesannya yang buat kulit aku jadi gatal-gatal, dan 0.5 selebihnya  sebab sakit bila nak cabut hahahah. Tapi not bad la tu. 3.5 daripada 5 bintang agak tinggi la kan.

Overall, Menosmooth ni boleh la kalau setakat beli buat emergency backup masa sengkek takde duit nak beli better heat patch. At least ada juga panas geli-geli yang boleh legakan cramp perut sikit daripada takde langsung kan.

Kalau katakan aku terbeli lagi Menosmooth ni satu hari nanti, maybe aku akan pakai pada hari kedua atau ketiga period masa senggugut tak teruk sangat. Sebab kesan dia kan mild je. Dan yang pasti, aku akan pakai hanya masa di rumah atau di bilik asrama je. Tak mau aku pakai masa keluar ke mana-mana terutamanya kalau pergi kelas. Takde kerja aku nak belanja lubang hidung classmates dan orang ramai dengan bau herba ni. Seolah-olah nak buat announcement yang aku tengah period pula hahahahah

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. hahahaha memahami sangat betapa seksa nak tanggalkan koyok tu lepastu cari minyak nak buang gam dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jadi double sakit. Sakit perut kat dalam lagi, sakit perut sbb tertarik kulit di luar lagi 😂

      Delete
  2. dah lama tak pakai plaster herba mcm ni. btw i love the packging. it's purple hehe

    singgah follow sini skali #205

    ReplyDelete
    Replies
    1. Packaging dia memang lawa tapi sekali bila buka, bau dia Allahuakbar 😂

      Done followback. Terima kasih sudi melawat ke sini, Ray :)

      Delete
  3. my solution utk sengugut kalau duduk rumah selalu sapu minyak yuyi je. kalau oergi kelas selalu guna hot pack beli kat daiso je. satu jela leceh tak melekat kita kena pegang dia tapi panas dia best gila rasa tengah gelek botol air panas atas perut

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS