Back in UUM: Kembara Pengaktifan Status Pelajar (Part 2) | NaSa
Assalamualaikum

Yoshhh bertemu lagi kita dalam bahagian kedua kisah aku jadi tayar bas Didi and Friends berpusing-pusing dalam kampus UUM. Dalam entri bahagian pertama dah cerita pasal pengaktifan status dan add subjek kan. Kalini kita cerita pasal sambungannya pula iaitu proses permohonan bilik. Mana boleh jadi ada kelas tapi takde bilik woi. Aku nak tidur kat mana?? Takkan nak menumpang bilik member. Aku dah la member tak ramai sangat kat sini hahahah #loner


Untuk segala benda berkaitan bilik di UUM, kita kena pergi berurusan di Pusat Penginapan Pelajar. Nama mat saleh Students Accommodation Center, tapi nama manja kita panggil SAC je. Letaknya antara Inasis Tradewinds dan Pusat Budaya & Seni, tidak jauh dari Vmall. Nak ke sini kena turun dari bas A/B/AB di bus stop Inasis Tradewinds dan berjalan ke dalam sebab dia ni kat belakang.

Cantik tak skill photography aku? hahaha~
Aku datang sini petang sikit. Dalam pukul 2.30 lepas habis waktu staf rehat tengah hari. Sementara menunggu, aku lepak di bilik Hajar yang kebetulan dah balik ke UUM pada hari sama. Untung dia masih dapat bilik yang sama di inasis yang sama yakni TM juga. Boleh aku tumpang lepaskan penat sambil tumpang letak beg laptop. Tak larat aku nak pikul ke SAC sebab dah seharian aku pikul dari COB ke SOIS pastu COB balik. Macam nak tercabut dah bahu aku masa tu.

Masa bersembang dengan Hajar pasal bilik tu, saja la aku bergurau kata "harap-harap tak tukar inasis tapi tukar bilik je. Kalau boleh aku nak bilik aras paling bawah". Hajar bantah sebab dia kata bilik bawah banyak risiko lipas (universiti dalam hutan kan) tapi aku tak takut lipas so aku tak kisah pun hehehehehe~

"Selamat Datang"
Masuk-masuk je, dah ramai yang beratur depan kaunter. Menunggu le kejap sebelum tiba turn aku cakap kat kerani "nak mohon bilik." Sambil tu aku serahkan sekali surat yang disahkan oleh Ketua Penolong Pendaftar SOIS yang menandakan status aku dah diaktifkan tu. In exchange, kerani tu bagi aku satu borang untuk diisi.
Dia tulis rate local student RM480 tapi dalam account statement, RM476 je
Settle isi semua details yang diminta, aku pulangkan balik borang ni kepada kerani tu. Lepas dia catatkan nama inasis lama aku yakni TM, dia menghilang ke dalam pejabat admin bersama surat kelulusan tangguh aku dan suruh aku tunggu "sebentar".

Sebentar tak sebentar la. Dekat setengah jam juga aku tercongok atas kerusi bertemankan phone yang bateri dah nyawa-nyawa ikan. Lama sebab memang ramai orang yang datang berurusan. Ada student yang nak sewa bilik untuk stay masa internship la, international students yang baru nak apply bilik la, orang yang nak sewa bilik/kemudahan UUM untuk program la. Tak menang tangan aku tengok kerani tu nak layan.
Sebab bosan menunggu, nah aku belanja gambar direktori SAC UUM sekeping.
APPROVED!
Hampir setengah jam kemudian, baru kerani tu muncul semula bersama borang permohonan yang dah diluluskan oleh pegawai SAC. Inasis yang aku dapat: INASIS TM!!

Alhamdulillah~ aku sebenarnya tak harap pun dapat kekalkan inasis yang sama sebab normally student yang tangguh ni kena tukar inasis lepas mereka daftar balik. Tapi mungkin sebab ni semester second intake so student baru tak ramai that's why bilik banyak kosong. Kalau first intake yang melibatkan pelajar matrik/asasi/STPM yang ramai gila tu, mungkin la aku kena pindah sebab besar kemungkinan inasis pun penuh.


Tapi walaupun inasis aku maintain TM, nombor bilik belum ditetapkan sebab bergantung pada budi bicara pejabat inasis nak bagi aku bilik mana. Jadi kerani tu suruh aku bawa borang yang dah diluluskan ke pejabat inasis TM dan kautim sendiri kat sana. Rushing aku naik bas sebab masa tu dah 3.30. Takut pejabat tutup. Dah la nak balik ke TM tu bas akan pusing seluruh UUM dulu 😂

**Btw just in case korang keliru apa benda aku sebut inasis sana sini tu, ianya singkatan kepada INAPAN SISWA a.k.a ASRAMA PELAJAR. Fancy kan hehe**
Cari kucing tersembunyi 👀
Hampir pukul 4 baru aku sampai ke pejabat. Mujur masih beroperasi dan tak ramai orang sangat. Tapi aku still kena tunggu sebab kes aku ni special dan mereka nak bagi laluan kepada pelajar yang nak ambil kunci dulu. Dekat sepuluh minit baru staf panggil aku masuk untuk cari bilik mana yang masih ada kekosongan. Dalam hati, aku teringin je nak tanya bilik lama aku kosong tak (sebab ex-roommate aku kan dah start internship) haha

Godek punya godek, staf tu pun jumpa satu bilik ni. The catch was......bilik ni di Blok A.  Allahu... Maksudnya aku kena pindah blok la sebab bilik lama aku (dan stor tempat aku letak barang tu) di Blok B. Masa tu dalam kepala dah boleh imagine penat usung barang tu macam mana. But the good news was...BILIK NI DI ARAS PALING BAWAH!

Makbul kata-kata aku yang aku cakap kat Hajar sebelum pergi SAC tadi hahahahahahahaha
Hello, yellow~ 😆
Setiap blok di Inasis TM ada keychain TM UUM ni dalam warna berlainan tau. Oleh sebab ada 6 blok ABCDEF, ada 6 warna la. Tahun lepas aku duduk Blok B dapat keychain merah. Tapi ni dah tukar Blok A, dapat la keychain kuning. Tapi Hajar kata dia paling suka keychain Blok F sebab warna purple. Sayangnya tu blok lelaki so memang kami takkan merasa la nak dapat keychain tu lol
Asselamat datang ke bilik baru
Jenuh memunggah (dan ada satu lagi luggage besar yang takde dalam gambar) 💆🏼‍♀️
Lepas dah confirm bilik, aku pergi la ke stor Blok B tempat barang aku berkumpul. Asalnya nak ambil beg yang ada cadar dan baju untuk buat tidur je then Selasa time takde kelas baru angkut semua pergi bilik baru. Tapi hati masa ni malas nak bertangguh dan nak settle semua cepat-cepat so 5 kali aku ulang-alik antara Blok B dan Blok A angkut semua ni 🙂 tu pun ada lagi kotak buku dan kotak barang lain yang aku tinggal dulu dalam stor sebab tak larat sangat dah nak jalan.

Malamnya, mendapat la cramp segala otot kaki sebab banyak sangat berjalan tanpa warm up badan properly. Mujur aku tak demam je malam tu.


Tiba hari Isnin, aku ingat nak rehat je tapi sebab pukul 1 ada kelas Logistics Management, aku gagahkan diri pergi ke STML sebab lecturer tu dah tulis di portal "Attendance is compulsory. Absence will be de-merited." Fuhh kemain. Dan kelas ni patutnya sama dengan Hajar tapi pagi Isnin tu lagi dia dah pergi drop di SOIS. Katanya ramai suruh drop since lecturer yang ajar tu "killer".


Dan terbukti benar la sebab masuk je kelas, lecturer tu tiberrr suruh AKU yang drop. Katanya dia "cuma ajar semester 4 ke atas" dan aku ni "baru semester 3 so bagi peluang dekat senior ambil kelas minor ni dulu." Disuruhnya aku "belajar subjek IB banyak-banyak dulu baru ambil kelas ni" sebab walaupun aku lepasan diploma, "jangan ingat diploma student boleh carry subjek ni macam senang." Her most memorable quote: "If you don't drop this subject, I will make you drop it."


Aku tak tahu apa pengalaman buruk dia dengan budak semester 3 dan lepasan diploma tapi betul punya strict ye. Patut la Hajar beria nak drop. Tapi tbh bila tengok slides, content dia lebih kurang je dengan Supply Chain Management yang aku ambil masa sem 2. Plus Supply Chain tu kod 3200 yang lagi susah daripada kelas ni (kod 3100) and I still got an A so yakin sangat nak pukul rata yang aku pun "tak boleh carry" kenapa?


Tapi I malas cakap banyak so ok fine I'll drop. Dan next sem aku takde plan nak ambil subjek tu lagi kalau lecturer sama yang ajar hahah


Masuk hari Selasa, seperti yang dijadualkan ni adalah hari online add/drop untuk semester 3 dan 4. Besar harapan aku nak drop kelas Logistics Management tu online je. Semangat tahap belum pukul 12 tengah hari lagi aku dah standby log in dalam portal. Tapi malangnya entah kenapa nama aku masih belum masuk dalam sistem (like i don't know why so lambat ughhh) jadi tak dapat la aku berbuat demikian sebab tak boleh akses pun page add/drop tu.

Aku tekan semua benda pun dia tetap keluar "register course" tu je.
Aku whatsapp Qila tanya dia alami benda sama ke tapi dia kata elok je keluar senarai subjek. Ertinya aku sorang je la problem. Nak tak nak terpaksa aku gagahkan diri naik bas E ke SOIS lagi untuk drop secara manual. Dugaan betul kena travel kemain jauh semata-mata nak drop subjek sebijik je. Jadi untuk tak rugikan perjalanan, aku isi sekali kelas Multinational Corporation dalam borang add/drop tu untuk ganti Logistics Management 😂

Untuk memeriahkan lagi jadual, on the way balik aku pergi ke makmal bahasa SMMTC add subjek Public Speaking lepas tu pergi Pusat Kokurikulum untuk dapatkan kelas kokurikulum pula.
Aku literally tertukar lokasi Pusat Kokurikulum dengan Pusat Sukan tau sebelum sampai sini hahahah
Nak datang ke sini je dah haru. Dah la kena jalan jauh melepasi Pusat Kesihatan dan Pusat PALAPES, then ada 3 kaunter pula di Pusat Kokurikulum ni. Setiap kaunter ada fungsi berbeza dan untuk add/drop subjek kokurikulum, kena jalan lagi ke Kaunter Akademik di belakaaaaaaang sekali. Allahu masa tu aku rasa macam "bunoh la aque" sebab kaki aku tak rasa macam kaki dah sobs.
Ye aku ambik Kewartawanan. Sebab I kan kepochi. Kau tengok la blog ni macam mana lol
Mujur proses add kelas ko-k ni cepat. Staf tu key in je info aku, terus masuk dalam jadual. Dapat kelas pagi pula tu Alhamdulillah di manakah nikmat Tuhan yang kau dustakannnnn 😂 Aku memang prefer kelas pagi sebab petang akan ada banyak masa free. Kalau kelas petang, pagi tu rasa rushing je nak buat apa-apa. Nak fokus dalam kelas pun tak boleh. Cukup la sem 1 dulu dapat kelas pukul 12.30 dan sem 2 lagi teruk pukul 2.30 pehhhhh memang mengantuk habis dalam kelas.

Since kelas kokurikulum aku jadi satu level ke bawah daripada classmates Kewartawanan lain, aku ingatkan nanti kelas dengan junior. Tapi masuk kelas eh eh muka sama je yang aku mengadap dari sem 1. Rupanya batch A182 yang masuk lepas kami (A181) tu takde kelas Kewartawanan so madam suruh aku ambil kelas 4 dulu. Next sem baru ambil kelas 3. Em mana-mana pun ok, madam 😁
Muka korang lagi 😂
Muka Ila takde sebab dia photographer hahaha
7 subjek + 1 kokurikulum = Genap maksimum 22 jam kredit fuhhh
Dengan itu, selesai la kisah aku berkelana sana sini dalam UUM untuk dapatkan hidup sebagai seorang pelajar yang normal. Penuh susah payah weh aku nak cukupkan kelas dalam jadual ni so aku harap sangat classmates pun okey je. Tolong la behave, korang woi. Jangan ada yang buat taik macam kelas Marketing tahun lepas yang buat aku lagi rela drop dan bayar RM50 daripada tumbuk muka penyek dia dalam kelas huh

By the way, tengok la bilik aku, gais~ Kemain berlampu lip-lap bagai hahahah. 

Asalnya aku berbelah bahagi nak pilih katil belah mana sebab staf pejabat kata aku sebilik dengan senior. Takut la kalau aku terambil side katil yang dia guna sebelum ni kan. So aku tak unpack la barang-barang aku sebab nak tunggu discuss dulu dengan new roommate ni. Begitu aku punya 'gentleman' lol. Lagipun aku tengah sakit badan so memang malas la nak start aktiviti mengemas.

Tapi aku tunggu sehari, dua hari, tiga hari...tak balik-balik pun new roommate ni. Aku pun was-was dia wujud ke tak. Sampai la masuk hari keempat (Rabu) aku balik dari kelas Road Transport tengok-tengok katil sebelah dah pasang cadar. Cuma bayang dia tetap tak kelihatan saaaaampai la Isnin depan baru ketemu. Masa tu dia takde cakap apa pun pasal katil so I guess it's okay if I take this side of the room??? Tu yang aku pasang je mandala dan fairylight ni macam bilik lama 😅

Overall, design bilik Blok A ni sama je dengan design bilik lama aku di Blok B. Bezanya cuma saiz bilik baru ni kecil sikit. Macam mana aku tahu?

Definisi buat macam rumah sendiri 😂
Bilik Blok B punya luas tu tahap boleh susun rak makanan ni berderet secara horizontal dengan meja study, katil, dan almari and still ada ruang extra untuk letak baldi antara almari dan dinding. Tapi Blok A ni, aku dah rapatkan almari ke dinding pun still tak boleh susun rak makanan ni tepi meja study. Sebaliknya kena tukar posisi meja study tu baru ada space untuk rak. Tu pun tetap takde extra space untuk baldi. Ah sedih 💆🏼‍♀️
How my meja looks right now.
Bila susun meja macam ni aku rasa dah serupa kerja pejabat pula. Dalam pada sakit kaki dan badan tu, gigih juga aku alih meja, katil, dan almari. Begitu punya gigih buat apa entah hahaha.

Take note yang aku bukan komplen ni tau. Nak cakap yang saiz bilik di setiap inasis tu mungkin berbeza antara setiap blok je. Overall aku takde masalah pun dengan bilik ni. Lagi suka ada la sebab dekat dengan kafe. Dan bilik ni pun sama strategik macam bilik yang lepas sebab dekat dengan tandas. Rezeki aku kot selalu dapat bilik dekat dengan tandas lol. Cuma dia kena beringat sikit bila buka pintu sebab bilik ni betul-betul menghadap kawasan parking dan koridor blok lelaki. Kang terbuat free show pula depan tu 👀 


Memandangkan semua benda dah selesai dari soal subjek sampai la ke bilik, itu saja la aku nak cerita kali ni. Sebelum berpisah, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan perjalanan aku kembali menjadi pelajar di UUM ni. At least takde la rasa ketinggalan sangat aku ni lepas satu sem bercuti tahun lepas. Kalau tak, mau aku menangis di bucu bus stop sebab rasa kepulangan tak dialu-alukan hahahah.


Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Zaman saya sekolah dulu, dapat bilik dengan sama sem. hehe. Tapi adik2 i sekarang, mostly campur. Itu yang siap doa supaya dapat roomate 1 sem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini dia utamakan roommate supaya sama agama/bangsa utk keselesaan beribadah. Part sem tu main campur je ikut kekosongan. Kalau dapat sama sem tu untung la 😂

      Delete
  2. Hi Sis, is it ok kalau saya nak tahu, siapa lecturer yg strict tu?

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS