COVID-19: Tersadai di UUM #Day1 | NaSa

COVID-19: Tersadai di UUM #Day1

in , , , , by NaSa, March 18, 2020
Assalamualaikum

Lain macam je tajuk entri, kan?

Tapi itulah hakikatnya, kawan-kawan. Mulai harini yakni 18 Mac 2020, aku akan tersadai di UUM ni sepanjang 2 minggu sampai 31 Mac 2020. Dan tempoh tu mungkin dilanjutkan jadi 3 minggu sebab aku sebenarnya ada temujanji doktor di klinik sakit puan di Changlun 7 April 2020 ni. Malas nak ulang-alik antara Kelantan-Kedah banyak kali so aku fikir baik stay di UUM dan selesaikan semua urusan di sini sebelum aku balik ke pangkuan keluarga.

Kenapa aku tersadai di UUM ni?

16 MAC 2020
Masing-masing tau kan disebabkan peningkatan mendadak dalam bilangan pesakit yang dijangkiti COVID-19, pada tarikh ni Perdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin dah isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sampailah 31 Mac 2020. Memang semua sekolah, kolej/universiti awam dan swasta, dan pejabat yang mana berkenaan tu disuruh bercuti selama 2 minggu dalam usaha kerajaan nak kurangkan risiko jangkitan virus tu dalam kalangan rakyat.

Lepas PM buat pengumuman tu, aku jadi berbelah bahagi juga sebab sebenarnya aku dah beli tiket bas malam Khamis 26 Mac 2020 untuk balik ke kampung. Memula terfikir macam "weh ruginya kalau kena stay lagi seminggu kat UUM sedangkan boleh balik awal." Sebab majoriti budak UUM yang lain memang terus balik keesokan harinya 17 Mac tu lepas dengar pengumuman PM. Ada yang kemain kalut lagi di group blok tanya bila stor nak buka sebab nak simpan barang.

Tapi sebab ramai sangat yang nak balik awal, tahu-tahu je orang yang uruskan bas charter untuk balik ke Kelantan tu mesej yang bas kami pun akan bertolak balik pada malam 18 Mac 2020 juga (malam ni la lol). Untung la bas charter kan, bukan bas luar. Tu yang boleh tukar-tukar tarikh bila nak bertolak balik. Cumanya kalau tadi aku rasa berbelah bahagi nak balik lambat, kali ni lepas dapat makluman nak balik awal tu pun lagi sekali aku  jadi berbelah bahagi.

Sebabnya minggu depan tu ada banyak kuiz dan midterm exam yang lecturer dah plan nak buat. Assignment pun ada 2-3 ketul kami nak kena submit. Memandangkan belum ada makluman daripada lecturer pasal kelas tu, aku takut la karang lepas aku dah balik tiba-tiba lecturer buat kelas pula kan. So aku dah mula goyah nak balik awal. Dalam kepala, aku rasa nak cancel je tiket tu dan cari tiket lain pada malam 20 haribulan ke atas.

17 MAC 2020
UUM akhirnya keluarkan kenyataan rasmi yang seiring dengan pengumuman PM, semua kelas sepanjang tempoh kawalan pergerakan tu akan ditangguh dan tempoh tu juga akan dijadikan cuti midsem kami. Kira cuti awal dan lama la sebab kalau ikutkan, cuti midsem kami akan start 27 Mac 2020. Lagi satu, lepas habis tempoh kawalan pergerakan, bermula 1 April kami dah tak payah balik ke UUM sebab semua proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) akan dilakukan secara online.

Lepas baca kenyataan rasmi UUM, lega la sikit sebab dah tahu kami tak perlu bimbang pasal kelas. CUMANYA... ia menjadi masalah besar bila keluar statement sesiapa yang nak balik lepas 12.00 tengah malam 17 Mac 2020 kena isi borang rentas negeri dan dapatkan cop dari balai polis berdekatan sebelum mulakan perjalanan. Jadi memang berbondong-bondong la semua pergi serbu balai polis tu.
Balai Polis Changlun woi.
Credit to owner
Weyyyyy molek-molek kerajaan nak elakkan rakyat daripada berkumpul ramai-ramai, dah jadi mass gathering di balai polis pula 😩 Memang dalam mimpi la aku nak pergi  tumpang berjemaah di situ. Mana aku tahu siapa yang sihat, siapa yang sakit. Takde kerja aku nak kutip kuman dan virus masing-masing lepas tu balik ke kampung dan dedahkan family aku kepada risiko penyakit. Lagipun abah aku dah la warga emas, mama pula ada kencing manis dan penyakit buah pinggang. Tu golongan berisiko tinggi untuk sakit teruk kalau dijangkiti!!

Maka aku whatsapp di group family cakap aku tak jadi balik kemudian aku call mama abah cakap benda yang sama. Mereka memula macam kecewa juga dengar aku tak jadi balik tapi lepas aku explain risiko berkumpul ramai-ramai tu, mereka pun faham. Jadi aku pun dapat la green light untuk terus berada di UUM. Lagipun aku kat sini dah terdedah kepada pelbagai jenis manusia dari pelbagai negara dalam kelas (almaklumlah course International Business), lagi la aku rasa baik aku self-quarantine dulu di UUM dan tak payah balik sekarang. Dan perintah kawalan pergerakan tu memang asalnya nak bagi rakyat tak bergerak ke banyak tempat pun kan haha

Sayangnya bila dah tak jadi balik ni, duit tiket untuk bas malam ni pun dikira burn la. Untuk tiket return yang balik semula ke UUM tarikh 3 April 2020 je aku akan dapat refund sebab lepas ni kan dah tak payah balik UUM. Tapi takpe la. Asalkan aku tak bercampur dengan manusia ramai-ramai buat masa ni dan kurangkan risiko jangkitan, tu pun dah cukup. Duit tiket tu boleh cari ganti tapi nyawa mana ada spare parts 😌

18 MAC 2020
Oleh sebab ramai sangat duk berkumpul di balai polis malam semalam tu, sebenarnya PDRM dah tarik balik larangan travel antara negeri tanpa kebenaran tu. Maksudnya aku boleh je terus balik malam ni sebab dah tak payah isi borang apa-apa. Tapi entah kenapa gerak hati aku tetap rasa tak nak balik kampung lagi 😅 jadi pagi-pagi aku dah ke pejabat inasis untuk daftarkan diri sebagai pelajar yang tak balik ke kampung.

Selesai bagi nama di pejabat, aku pergi ke kafe untuk beli makanan dan singgah pula di koperasi untuk beli stok makanan. Beria aku kutip biskut cap ping pong, roti gardenia dan mi segera (walaupun aku tak makan sangat mi segera berkuah hahaha). Tapi lepas tanya akak cashier, dia kata koperasi akan dibuka macam biasa sepanjang tempoh kawalan tu sebab pelajar di inasis aku ramai yang tak balik terutamanya international student yang dah di semester akhir.

Adeh hahahah tak cakap awal-awal. Tapi sebab dah ambil semua ni so aku bayar je la. Lagipun aku ni kadang bukan rajin sangat nak keluar so better stock up awal-awal simpan dalam bilik. Dan roti tu expire 22 dan 23 Mac so boleh simpan lagi hehe
Hasil buying yang tak berapa panik hahaha.
Nampak macam tak berapa sihat kan tapi tak bermaksud yang aku akan makan benda ni semata-mata sepanjang berkurung di UUM ni. Saja je beli buat back up plan hehe. Boleh la untuk support perut aku mana tahu ada waktu-waktu kelaparan di luar waktu makan yang biasa haha. Untuk waktu lain, tak perlu bimbang pun sebab ada je kafe-kafe terpilih di UUM yang akan dibuka sepanjang tempoh kawalan untuk bekalkan makanan kepada pelajar yang tak balik. Ada juga kedai makan yang buat servis delivery makanan jadi InSyaAllah aku takkan kebulur kat sini 😅

Kalau korang yang duduk di tempat aku sekarang, agak-agak akan kesunyian melampau tak kalau kawan-kawan kau semua balik tapi kau kena berkurung dalam kampus selama beberapa minggu dengan hanya beberapa orang manusia je? hahahaha

Ye memang agak sunyi dengar situasi ni kan. Nasib baik aku dah biasa actually duduk sorang ni.

Kalau nak tahu, dulu masa di KPM Ayer Molek pun aku pernah stay di asrama sorang-sorang masa cuti Tahun Baru Cina sebab takde duit nak beli tiket balik kampung. Tapi bukan entirely sorang-sorang la sebab ada je student lain yang tak balik cuma mereka duduk di aras dan wing berlainan. Aku je yang duduk berdua dengan budak Kelantan lain di wing depan aras 4 tu. Tu pun dia di hujung kanan wing, aku di hujung kiri. Kemain jauh hahah.

Punca tak balik masa tu pula tak lain tak bukan adalah sebab duit. Almaklum elaun MARA RM300 tu cukup-cukup untuk duit makan je. Kalau nak beli tiket bas RM120 pergi balik untuk cuti tak sampai seminggu tu, rugi la sebab nanti banyak masa habis atas bas je. Dah la sekali perjalanan dah makan 12 jam. Nak minta duit family, tak sanggup pula sebab parents aku tak kerja dan bergantung pada wang pemberian kakak aku je. Dan kakak aku pun ada tanggungjawab lain juga nak pakai duit.

Tu yang aku bertabah duduk sorang-sorang lepas roommates balik. Ada la 4-5 hari aku makan biskut dan bubur segera je dalam bilik sebab kafe semua tutup ahaha. Pastu lagi kena bertabah bila ada pula satu malam tu dengar bunyi perabot macam dialihkan di bilik sebelah padahal member aku yang duduk bilik tu semua dah balik Selangor dan Johor. Ahahaha babik la hantu ajak bergurau pula. Dah la nak buka lampu koridor bila tiba waktu malam tu pun dah scary teruk sebab terbayang macam ada something di hujung koridor yang gelap tu. Pagi bangun waktu Subuh pun sama 😂

Pengalaman woi, pengalaman. Bila lagi nak merasa benda macam ni kalau asyik balik rumah je kan hahaha. Alhamdulillah sekarang kat UUM tak macam tu sebab walaupun tak balik, at least mudah juga nak dapatkan akses kepada sumber makanan. Kalau tak boleh beli sendiri pun boleh roger orang suruh hantar. Kalau KPM tu memang dalam mimpi la sebab lokasi KPM tu pun terpencil di tengah-tengah ladang kelapa sawit lol.

Apa-apa pun, aku harap keadaan COVID-19 pasni akan bertambah baik. Semoga semua pesakit sembuh dan tak ada lagi kes kematian. Takut kot dengar makin hari makin banyak kes pesakit yang disahkan dijangkiti penyakit tu.

Tapi tu la rakyat Malaysia ni boleh tahan bodoh juga sebab tak reti bahasa dengan perintah kerajaan. Orang suruh duduk rumah dan jangan keluar tempat orang ramai, dibantainya juga keluar makan-makan di restoran serupa tak ada virus nak serang. Cuba la guna sikit otak tu ya Tuhannnn. Karang disebabkan golongan macam mereka ni keadaan makin teruk pula. Makin lama la aku kena berkurung di UUM ni dan tak boleh jumpa family aku 😩

That's all for now. Alang-alang aku kena duduk di UUM ni selama 2 minggu kan, aku rasa macam nak tulis entri setiap hari walaupun pendek just untuk update keadaan aku setiap hari hahahah almaklum la duduk kat sini takde buat apa-apa. Tapi tengok keadaan wifi UUM la. Harap-harap wifi UUM ni tak ditutup dan berjalan seperti biasa juga sebab nanti aku malas nak taip guna phone lol.

Thank you for reading. See you next time. Assalamualaikum and bye.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Stay safe Nasa.. Semoga dipermudahkan urusan disana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu~ Mell pun take care jugak. Jangan pergi tempat orang ramai tau 😘

      Delete
  2. okay ke tu kat uum tu? take care sis.. rindu pulak nak stay kat hostel, teringat time hujung2 sem, nak makan pun sedih, pernah jugak ikat perut sbb takde duit, nasib baik dapat roommate yang memahami, sedekahkan meggi diorang.. kadang2 nangis sorang2 dalam toilet sebab lapar.. hahaha, elok2 tau kat sana.. stay safe! hmm rakyat malaysia ni aku tak paham betul lah, kerajaan perintahkan kawal pergerakkan bukannya perintah berkurung.. aduhh tak educate langsung laaa wahaiii rakyat Malaysia nii..geram jee, dah la dalam masa sehari je dah naik 100 kes baru. Take care awaknyeee :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ok je hehe. Ada je kawan-kawan yg terkandas jgk ni sbb start harini kementerian dan uni dah tak bagi balik. Tp sayang la diorang kena burn tiket 2-3 kali huhu. Nak buat macam mana demi keselamatan kita jgk kan. Harap-harap keadaan akan reda secepat mungkin la.

      Stay safe jugak, najwa <3

      Delete
  3. Awakkkkk saya pon tak jadi balik jugakkk! xD *walau sedih jugak sikit lol. Seram tengok rumah gelap gelita,tapi nasib baik ada juga yang tak balik.

    I pon rasa mcm u jugak. Walaupon risau dan rindu nak balik, tapi bila fikir balik, i rs mcm mmbhyakan orang lain pulak dan takde point la diorang buat perintah berkurung tu. lagi2 i xberapa nak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's for the bestttt. Better duduk jauh-jauh dulu sampai keadaan betul-betul selamat. Nasib baik i memang pilih utk stay asrama terus sbb ada member dah beli tiket lain, sekali kementerian dan uni tak bagi balik dah start harini. Dua kali burn tiket fuhhh. Take care, girl~ <3

      Delete
  4. take care, Nasa! may Allah protect us all from this virus :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn...semoga cepat la musibah ni berlalu. You take care too, sis! 😊

      Delete
  5. jom join giveaway bwh.support blogger malaysia!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/saya-mahu-produk-creative-united-psan.html

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS