COVID-19: Tersadai di UUM #Day2 | NaSa

COVID-19: Tersadai di UUM #Day2

in , , , , by NaSa, March 19, 2020
Assalamualaikum

19 Mac 2020, hari kedua perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Apa khabar semua? Masih waraskah anda terkurung di rumah tu? Atau dah kebosanan tahap maksima sebab tak boleh keluar merayap pergi mana-mana takut nanti kena gegar dengan polis sebab tak reti-reti bahasa yang kerajaan suruh duduk rumah? Karang tak pasal-pasal kena denda RM1,000 atau kena sumbat penjara 6 bulan atau kedua-duanya hahahah

Bagi aku yang tersadai di UUM ni, Alhamdulillah masih waras setakat ni. Baru hari kedua kan...masih awal lagi untuk meroyan nak balik sebab bosan takde kawan-kawan dan rindu kat family yang jauh di mata dekat di hati. Tapi tu la bosan je sikit sebab bangun pagi-pagi sangat pun bukan boleh pergi kelas. Nak teruskan tidur, tak mengantuk. Nak baring saja-saja pun, jemu woi mengadap siling.

Tapi not for my friends yang ada rancangan nak balik malam ni dan hari-hari seterusnya. Diorang ada mental breakdown sikit. Sebabnya semalam Kementerian Pengajian Tinggi dah keluarkan larangan kepada semua pelajar yang masih berada di kampus daripada balik ke kampung.
Sumber: malaysiakini
Lagi haru bila UUM pun keluarkan perintah sama kepada pelajar yang masih ada di kampus UUM. Aku yang memang dah volunteer untuk stay ni memang tak terkesan dengar berita ni. Cuma kesian dekat kawan-kawan yang nak balik tu la. Ada yang dah gigih keluar ke bandar untuk tukar tiket kepada tarikh terdekat. Ada yang dah berkorban terbang duit beli tiket lain dan burn-kan je tiket minggu depan. Tapi bila keluar arahan baru ni, burn lagi la tiket mereka. Bukan murah woi sobs

Sayangnya aku tak boleh nak sebelahi mana-mana pihak. Nak salahkan kerajaan, mustahil. Arahan tu memang untuk kebaikan sebab nak kurangkan risiko penularan virus COVID-19 dalam kalangan rakyat. Nak cakap kawan aku salah sebab nak balik, pun tak boleh. Masing-masing ada sebab berbeza kenapa nak balik so mana boleh judge. Aku hanya mampu wish kawan-kawan aku yang terlibat tu supaya bertabah je la. Be strong, guys!

And be strong juga diri aku sendiri sebab tinggal dua hari je lagi untuk nikmati masakan kafe di Inasis TM ni. Sebab kafe ni hanya akan dibuka sampai 21 Mac je untuk bekalkan makanan kepada pelajar di inasis aku yang tak balik. Lepas ni, hanya kafe-kafe tertentu je akan dibuka. Hajar kata kemungkinan besar kafe Inasis Grantt yang akan dibuka bermula 22 Mac so aku macam emm.... tak mauuuuu. Aku tak mau kafe lain. Aku nak kafe TM je hahaha.
UUM please pilih kafe TM untuk beroperasi sepanjang minggu cuti RMO ni 😥😥
Salah satu sebab aku nak kafe TM sebab aku dah biasa dengan masakan kat sini. Kau tengok la pilihan makanan dia kemain banyak. Dan tray makanan tu disusun secara buffet memanjang macam ni jadi senang la nak ambil lauk apa yang kita nak. Lagipun aku malas nak jalan sebenarnya sebab kafe TM ni depan blok aku je. Kalau kafe inasis lain yang dibuka, hmm malasnya nak menapak. Ada aku stay bilik je kunyah biskut cap ping pong pasni lol.
ACHTUNG!!
By the way tetiba ada benda ni di tempat bekas makanan. Semalam masa aku datang kafe tapau lunch, kertas arahan ni belum ada. Ye la kalau ikutkan, lepas kerajaan bagi arahan jangan berkumpul di tempat ramai dan kena take-away bila beli makanan, seharusnya kita boleh je faham kan. Tapi semalam boleh tahan ramai juga yang makan together-gether lagi di kafe. Apa yang tak reti bahasa sangat entah. Suka ambil risiko eh, korang? Satu kerja makcik kafe kena letak amaran ni.
Hey, cik meow!
Pastu kerusi dan meja bulat di kawasan depan aircond tempat student berkumpul ramai-ramai sebelum ni pun dah disusun bertindan-tindan. Terasa luas pula kawasan tu. Tak nak bagi student lepak depan aircond kot haha. Tapi rasanya mungkin as preparation kemas kafe sebelum kafe ditutup minggu depan. Sobs. Sedihnya. Serius tak nak kafe TM ditutup. Please la terus dibuka. Pleaseeeeee saya janji saya beli tapau je dan takkan lepak lama-lama di situ hahahaha.

Tapi tu la keputusan bukan di tangan aku. Kalau UUM kata inasis lain yang kena buka kafe, hadap la nakkkk kena berjalan ke sana. Demi kesejahteraan perut aku juga haha.

Mujur ada kucing buat peneman hati saya yang gundah gulana ini. Walaupun sebenarnya kucing ni diculik dari aras dua sebab mak dan adik beradik dia selalu lepak kat situ. Comel tak? Comel tak?
Kucing boboi ni. Belang oren dia lawa gila tapi tu la gatal namampos.
Kerja nak mencium je hmm.
Syukur UUM ni syurga kucing weh. Sana sini boleh jumpa meow. Bezanya antara manja dengan sombong je la kucing tu haha. Tapi sesuai la UUM ni dengan jiwa aku yang tak boleh takde kucing ni. Kucing-kucing kat sini bukannya dikutip dan dibuang tapi siap diberi makan minum lagi. Serius talk siap ada sukarelawan yang buat kutipan khas untuk beli makanan kucing tau. Depan bilik aku pun ada kibble and water dispensers untuk provide makanan dan air kepada kucing ni. Setiap kali kosong, mesti tak lama pastu akan direfill 😹

Di samping kucing, mujur juga ada Hajar yang rajin bebenor la duk video call aku ajak bersembang walaupun masing-masing kekeringan topik nak cakap apa. Ye la dah dua-dua terkurung dalam bilik je sepanjang musim corona ni, nak bersembang apa. Kalau masa pergi kelas kat UUM ni ada juga topik. Kejap gosip lecturer, kejap gosip classmates, kejap plan nak pergi berjalan-jalan. Kami siap plan nak pergi Perlis kot. Sayangnya plan tergendala disebabkan corona hahaha jimbit

Tapi dalam pada takde topik tu, ada juga dekat sejam kami mengadap muka satu sama lain melalui kamera depan phone tu lol. Nasib baik line laju so clear la video muka masing-masing tu. Terubat juga hati sis yang lonely ni. Terutamanya di saat lebih banyak arahan genting datang daripada pengurusan UUM. Contohnya, bila diumumkan pagar utama UUM akan ditutup seperti ini.
Sampai 31 Mac juga tutupnya :/
Aku baru ingat nak naik MyBus keluar ke pekan Changlun untuk hilangkan bosan hahahaha. Tapi kalau dah pagar utama ditutup, aku tak rasa MyBus akan masuk ke dalam UUM lagi dah sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni. So kena tabah je la aku bertahan dengan apa yang sedia ada dalam bilik aku buat masa ni. Lagipun jangan duk mengada nak keluar sangat la ye, diri sendiri. Awak tu dah la antibodi lemah dan mudah demam :'(

Hasil penutupan pagar tu, students yang nak keluar ke stesen bas untuk balik kampung tu memang dah sah-sah takkan dibenarkan. Tapi tu la students yang nak balik dengan parents sendiri pun pening sebab parents dah sampai depan pagar tapi tak boleh masuk. Aku buka notis pengumuman ni di FB rasmi UUM, kecoh weh ruang komen dengan komplen ibu bapa yang tak boleh masuk. Ibu bapa yang marah sebab anak tak dibenarkan balik naik bas pun ramai 😅

Mujur pagar utama tu dibuka juga akhirnya tapi khusus untuk pelajar yang balik dengan ibu bapa masing-masing je la. Tu pun ibu bapa kena dapatkan kebenaran pengetua inasis anak masing-masing dulu baru dibenarkan balik. Limit masa untuk masuk ambil anak pula setakat 10 malam ni je. Lepas tu ibu bapa dah tak boleh masuk dan pelajar pun tak dibenarkan keluar dah sampai hujung bulan ni. ggwp la korang.

Aku malas nak ambil port pasal pagar tu sebenarnya sebab bagi aku tu arahan yang bagus. Dalam ramai-ramai orang luar yang masuk melepasi pagar tu, sejauh mana kita tahu yang mereka semua bebas daripada potensi bawa virus tu? Karang elok-elok nak bawa anak balik rumah, tetiba satu family masuk hospital. Pastu student lain pun terlibat sama hmm. Tapi tu la aku mana ada anak so mana la nak faham perasaan ibu bapa kannn. So i malas nak cakap lebih-lebih.

Dan aku cuma start gelabah bila penutupan pagar tu mungkin akan buatkan kedai koperasi di sini ditutup. Soalnya ada kemungkinan pekerja koperasi di Inasis TM ni susah nak keluar masuk melalui pagar utama tu juga. Ah pulak.
Emzek tu nama lama koperasi TM.
Dah tukar baru tapi diorang tetap panggil Emzek lol
Blank kejap otak aku nak pergi beli apa lagi sebab semalam kan dah beli stok makanan sikit-sikit untuk bekalan 2 minggu "bercuti" di UUM ni. Aku cakap kat Hajar yang aku rasa macam tak nak beli apa-apa sebab dah ada stok makan. Lagipun macam panic buying je nak pergi serbu koperasi tu tiba-tiba. Sekali kena bebel dengan Hajar "Panic buying tu bila kedai masih buka esok tapi kau dah borong semua harini. Ni kedai akan tutup so yang kau beli tu memang akan jadi stok." lol

So aku pun pergi la untuk kali kedua ke koperasi tu.
Penuh sebakul.
Terbang lagi RM20+ kat sini hahaha. Aku tambah beli bubur segera, mi segera Serda, roti, biskut, dan peanut butter. Nampak cam buang duit je kan beli benda tak berkhasiat sangat haha. Tapi yang manis-manis tu stok dua dalam satu actually sebab selain untuk stok mengunyah, tu untuk stok bila aku kurang gula dalam darah sebab aku ada tendency untuk hypoglycemia. Datang waktu nak menggigil sebab badan tak cukup gula, mula la terketar-ketar tangan aku kat situ. Tak suka tau :(

Dan di situ juga la aku ambil kesempatan selitkan Magnum Almond sekali. Kira macam dessert terakhir sebelum koperasi tutup pasni (walaupun aku harap ia akan terus dibuka haha)
Yummy~ 😋
By the way korang tahu tak berita pasal penumpang yang naik bas dari Johor Bahru balik ke Kuantan tu sebenarnya seorang pesakit yang sah positif COVID-19? Seram juga aku baca dia sebenarnya baru lepas buat ujian nak tahu dia positif ke tak tapi instead of kuarantin diri sendiri sementara tunggu keputusan ujian keluar, dia bantai naik bas travel jauh-jauh pula. Satu kerja semua penumpang bas yang sama tu kena buat ujian takut berjangkit 😥
Sebab tu la kerajaan suruh STAY AT HOME 😣
Ni la sebab utama aku tak nak balik semalam tau. Kalau diri sendiri memang aku tahu aku tak buat benda-benda yang akan dedahkan aku kepada risiko COVID-19. Contohnya aku tak pernah travel ke negara yang dah dijangkiti (habis jauh pun keluar ke pekan Changlun je), tak pernah ada close contact dengan pesakit yang disahkan positif, tak pernah pergi ke tempat orang berkumpul sampai beribu etc. Tapi orang sekeliling tu la kita tak tahu dia baru balik dari mana, jumpa siapa, buat apa. Risiko memang tinggi kot sebab tu kerajaan suruh duduk di rumah atau asrama je.

Alhamdulillah syukur sangat aku ada gerak hati yang kuat untuk tak balik tau. At least kalau aku betul-betul sakit pun, aku sakit dalam bilik sorang-sorang dan tak sebarkan benda tu kat orang lain. So takde la jadi kes macam ni. Hopefully semua penumpang bas yang lain tu dapat dikesan dan mereka disahkan bebas daripada jangkitan. Dan semoga bilangan pesakit ni akan menurun lepas ni. Takut la dengar kes positif COVID-19 ni dah mencecah 900+ harini. Taknak la Malaysia jadi Itali 2.0 😭😭

Anyway tu saja kisah untuk hari kedua kuarantin ni. Tengok la esok nak cerita pasal apa pula. Stay safe, everyone. Jauhi tempat orang ramai. Duduk rumah je. Always wash your hands and keep proper hygiene okeh.

Thank you for reading. See you next time. Assalamualaikum and bye.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah, waras lagi. Banyak kerja sebenarnya yg masih boleh dibuat hehe...Haah, ada jugak baca kes pesakit tu, tu pon mak share. Dia dah warning awal2 banyak kali untuk tak naik bas. Kalau balik jugak senyap2 mungkin sy bermakan selipar je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selipar masak lemak yummy 😋 bila cuti lama sangat ni kena cari benda kreatif utk dibuat tapi tu la taktau nak buat apa haha. Geram kan bila baca jenis yg travel merata macam tu walaupun dia berisiko tinggi. Kesian penumpang lain :(

      Delete
  2. Tabah la yee berkurung dalam bilik tu hahaha.. Saya sempat balik rumah sebelum larangan takleh balik tu dikeluarkan, dan balik pun dengan kereta kawan.. Kalau kawan tak balik, memang tak lah nak balik naik bas dari KL ke Penang tu, rela berkurung kat uni je dari berhimpit dalam bas yang berisiko tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dah sehabis tabah dah ni. Nasib memang volunteer nak stay so takde la depressed sangat. Member yg terkandas la kesian sbb rosak plan nak balik. Duit pun hangus gitu je. Haa dah sampai rumah tu elok la berkurung jugak. Stay home and stay safe ye, Aiman! 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS