COVID-19: Tersadai di UUM #Day3 | NaSa

COVID-19: Tersadai di UUM #Day3

in , , , , by NaSa, March 20, 2020
Assalamualaikum

20 Mac 2020, hari ketiga perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Aku masih going strong dalam hutan Sintok buat masa ni. Alhamdulillah. Tak ada masalah sangat pun kecuali bengang dengan jiran-jiran sebelah bilik je pada masa tertentu sebab ya Allah menjerit mengilai serupa orang gila. Semalam pun dah tengah-tengah malam duk buat apa entah berkumpul ramai-ramai dalam satu bilik bising nak mampus. Sekali aku tegur dalam group blok tanya "Apa benda yang meriah sangat aras satu tu? Ada kenduri ke?" Haa lepas tu baru shhhh sesama sendiri sebab tahu ada orang terganggu. Duhhh 🙄

Syukur pagi ni dimulakan dengan suasana aman damai dan juga penerimaan satu berita yang harap-harapnya baik sebab RA inasis (macam ketua blok gitu) minta senarai nama pelajar yang tak balik ke kampung dan minta sertakan sekali jumlah kerugian tiket yang burn sebab tak boleh balik tu. Huhu UUM nak refund kerugian pelajar ke tuuuu 👀
Semoga refund betul-betul Aminnnnn....
Laju-laju aku isi nama sebab kalau dia refund betul-betul, bagus la. Tak la rugi duit aku RM45 lepas cancel naik bas malam 18 Mac tempoh hari. Cumanya sebab aku sendiri yang volunteer tak nak balik, tak tahu la aku layak ke tak untuk refund sebab aku yang  pilih untuk merugikan diri sendiri. Berbeza la dengan kawan-kawan yang dah berkali-kali tukar tiket dan berkorban sampai beratus tapi akhirnya terkandas di UUM ni tak boleh balik haha. Tapi tak kisah ah. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau takde pun, duit boleh cari 💪🏼

Settle kisah refund, aku lek-lek jap skrol twitter sebelum tiba-tiba masuk satu mesej ni di group kelas International Marketing. Aku ingatkan ada orang berkongsi info semasa tapi rupanya ada budak Chinese ni rajin pula tanya lecturer kami bab apa yang masuk dalam kuiz......
Rajinnya kau belajar, dik...
Terharu sis baca mesej dia. Semangat betul nak jawab kuiz. Tak pasal-pasal aku pula yang cuak kot-kot lecturer kami nak buat kuiz betul-betul sebab aku memang mood bercuti ni. Tak lalu pun nak pegang buku walaupun aku tak balik rumah haha. Mujur Dr. Arunna, lecturer kelas International Marketing tu kata plan asal nak buat kuiz pada 25 Mac tu cancel sebab memang UUM dah umumkan kot 18-31 Mac 2020 tu sebagai cuti midsem. Kelas akan disambung mulai 1 April kot. Bawa bersabar ya, adik-adik 😂

Lega hati aku bila baca tu sebab at least ada la lagi seminggu lebih untuk aku baca dan buat preparation apa yang patut untuk semua kuiz, midterm exam, dan assignment. Kalau nak buat sekarang tu memang tak la sebab entah. I malas. lol

Dan tahukah anda...menjelang petang, aku menerima satu lagi berita baik??

KAFE INASIS TM AKAN TERUS BEROPERASI MINGGU DEPAN!!!!!!!!!
Tengok la Laluan B: Kafe Inasis TM tuuuuuuu~
Alhamdulillah makbul doa aku supaya kafe TM dikekalkan operasi dan aku tak payah berjalan jauh pergi ke inasis lain untuk beli makanan tengah hari dan malam hahahahaha. Tapi tu la kesian dekat budak-budak inasis lain di laluan B pula sebab diorang yang kena berjalan ke sini 😅

Kalau nak tahu, inasis ataupun asrama di UUM ni dibahagikan kepada 4 laluan. Inasis TM tempat aku bermastautin ni terletak di Laluan B. Selain TM, ada 5 inasis lain lagi iaitu MISC, BSN, Sime Darby, Grantt dan Petronas.

TM, MISC, dan BSN ni duduk dekat-dekat je berjiran muhibah so kalau katakan hanya kafe TM dibuka, budak-budak MISC dan BSN boleh lintas jalan datang makan kat sini. Petronas pula duduk betul-betul sebelah Varsity Mall (Vmall) so diorang boleh makan di foodcourt Vmall. Grantt dan Sime Darby la kesian sebab mereka di tengah-tengah laluan B so jauh la sikit perjalanan nak ke kafe TM, MISC atau Vmall huhu.

Tapi takpe la at least ada juga kafe yang dibuka kan. Jadi siapa yang mulut bersuara dulu sebelum pakai otak kononnya pelajar yang terkandas di asrama akan kelaparan yadda yadda yadda tu boleh shut the hell up sebab tak kebulur pun kami di sini. Food delivery dari kedai luar pun beroperasi seperti biasa untuk pelajar yang nak order. Cuma aku tak rasa nak beli la walaupun menu menarik sebab UUM hanya benarkan waktu untuk delivery tu bermula 8-10 malam dan hantar setakat di pagar utama UUM sahaja Allahu jauh gila  nak pergi ambil hahaha

Dan siapa yang kata nak tangkap rusa UUM buat panggang BBQ untuk bekalan makanan tu dah boleh bawa bertenang weh hahahahhaha. Karang Naib Canselor kira rusa dalam kandang UUM tu tak cukup haaa maut la korang 😂
Jangan makan kami :(
Part rusa tu satu. Ada juga yang berpakat nak sembelih burung unta UUM la, nak ambil kuda UUM buat perkhidmatan kereta sapu sebab kereta takde minyak dan tak boleh keluar isi minyak la, share cara pasang perangkap untuk buru haiwan kecil-kecil di sekitar hutan UUM la. Babik sis terhibur hahahahaha. Ibarat darurat sangat je duduk dalam ni sampai nak memburu lutong segala. Mentang-mentang la UUM banyak bela haiwan dan juga dikelilingi hutan rimba menghijau 🤣

Tapi dengarnya kerajaan akan tanggung kos makanan kepada para pelajar yang terkandas di semua IPT yang tak dapat pulang ke kampung sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni. Hmm macam best juga sebab boleh juga jimatkan duit perbelanjaan.
Huuuu rezeki
Tapi buat masa ni belum tahu lagi macam mana rancangan ni akan dijalankan sebab ada yang kata dia bagi duit, ada kata bagi makanan. Jadi kita bertenang je la dulu. Aku pun ada banyak lagi stok makanan so tak kelaparan aih. Lagipun selain bantuan kerajaan, ada juga gerakan daripada persatuan sukarelawan UUM sendiri untuk kumpul bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Jadi jangan bimbang ya semua. Alhamdulillah keadaan di sini terkawal okey 😚

Sebelum berpisah, nikmatilah koleksi photoshoot kucing-kucing UUM yang aku sempat snap petang tadi. Kebetulan masa aku pergi refill air di mesin water cooler tu aku nampak kucing hitam ni tengah chilling je lepak atas pokok, rushing aku balik semula ke bilik ambil phone weh. Untung la bilik di aras paling bawah hahaha. Pastu masa aku duk fokus ambik gambar si cantik ni, datang pula kucing-kucing lain so penuh la galeri phone aku dengan si bulus ni semua lol
Wakanda forever!!
Gebu siaaaa dia ni.
Aku panggil Bro C sebab dia selalu lepak di Blok C 🤣
Aummmm~
Bulu dia lembut gilaaaa tak macam stray cat pun 😆
Yang ni sebijik macam kucing oren aku di rumah dari segi belang, jantan, dan mengada dia tu aaaaa nak balikk 😭
By the way korang baca tak berita pasal Angkatan Tentera Malaysia pun akan dikerah untuk membantu PDRM dalam misi Perintah Kawalan Pergerakan tu? Aaaa sakit pula hati aku membacanya. Bukan sakit hati dengan tentera dan PDRM tapi sakit hati dengan perangai rakyat Malaysia yang ketegaq degil gila tu.
Mohon askar smackdown je siapa tak reti duduk rumah tu huh
Korang la ni tak reti bahasa kerajaan suruh duduk rumah tapi korang bantai melepak kedai makan la, keluar jogging buat umpama jalan tu kau yang punya la, berebut-rebut serbu pasar dan pasar raya la. Pastu ada pula manusia yang join tabligh tu sibuk duk menyorok taknak pergi buat ujian saringan la, menipu kakitangan kesihatan la etc, dah tak memasal makin ramai pula kakitangan yang kena kuarantin sekali sebab takut diorang pun berjangkit. Dah jadi shortstaffed kakitangan kesihatan yang boleh rawat pesakit lain kat situ. Hish angin aku.

Sekarang ni kes positif COVID-19 dah mencecah 1,000 lebih dah. Seronok ke, korang? Best menyusahkan orang? Katakan kalau tempoh perintah kawalan pergerakan dipanjangkan sebab bertambah kes positif, memang aku merajuk la sebab makin lama aku tak boleh balik ke kampung jumpa family aku 😤

Anyway, that's all my report for today lol. Tengok la esok aku ada nak membebel dan meroyan pasal apa pula hahahaha. Take care, anda semua. Jangan jadi degil loqlaq tak tentu hala.

Thanks for reading. See you again next time. Assalamualaikum and bye.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. hehe... panjang juga coretan nasa ya... Alhamdulilah kerajaan cepat jugak bertindak... harap nasa bersabar diU ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal panjang la tapi pasni bila dah lama sangat tak tahu dah nak tulis apa hahaha

      Delete
  2. Tahniah Nasa sebab ambil keputusan tidak balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hahaha. Sedih tapi nak buat macam mana itu yg terbaik :'(

      Delete
  3. it still feels surreal and im stranded too haha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS