COVID-19: Tersadai di UUM #Day5 | NaSa

COVID-19: Tersadai di UUM #Day5

in , , , , by NaSa, March 22, 2020
Assalamualaikum

Nak tahu tak?

Slim macam anak dara semula lol
Kempis gila perut dia. Jauh beza dengan semalam yang nampak kalau cucuk dengan jarum pun boleh meletup. Entah berapa ekor agaknya anak dalam perut dia semalam agaknya. Dah agak dah yang dia kemain bising mengiau sambil buat jelajah dunia dalam bilik aku semalam tu sebenarnya tengah cari tempat nak beranak. Mujur tak beranak betul-betul dalam bilik aku hahahah.

Update kehidupan untuk harini, hmm takde buat apa-apa yang produktif pun. Aku terlajak bangun pagi tadi sebab semalam pukul 4am lebih aku tidur. Puncanya petang semalam aku tertidur lepas Asar jadi malamnya aku tak mengantuk la. Nak isi masa lapang punya pasal, aku bantai download anime dalam channel telegram lol. Sengaja ambil kesempatan wifi UUM tengah laju lepas ramai pelajar balik ni. Sebelum ni masa semua ada di kampus, aku nak connect phone dengan wifi pun habis keluar sumpah seranah dulu sebab tak dapat. Slow nak mampus pula tu 😂

Rezeki pagi kelima tempoh kawalan pergerakan COVID-19 ni, bangun-bangun je dapat maklumat daripada pengetua Inasis TM, En. Hapisol Othman, bahawasanya semua pelajar yang tak pulang akan diberi bantuan makanan tengah hari percuma. Bantuannya dikatakan akan bermula harini (22 Mac 2020) sampai 28 Mac ke bila entah. Aku tak ingat.
Masheh, boss <3
Kalau semalam bantuan makanan food bank tu aku tak ambik, tapi bantuan makanan yang ni aku ambik la. Nasi kot hahahahah. So pukul 12 lebih tu aku dah melenggang ke kafe berbekalkan duit 50 sen sebab nak beli kiub ais. Saja nak mengada. Padahal biasanya kalau nak beli nasi di kafe aku bukan bawa cash pun sebab bayar online pakai aplikasi e-wallet KiplePay je. Generasi cashless gittew 😂

Sampai-sampai kafe je, dah nampak kelompok manusia ber-social distancing sesama sendiri di situ. Ingatkan pergi situ boleh terus ambil je nasi tapi kena sign dulu bosskur lol. Untung RA Blok A function sebab bawa senarai nama yang bercetak so boleh la tick terus dan sign je nama aku kat situ. Cuma aku angin sikit dengan RA blok mana entah tadi. Aku duduk aras paling bawah so nama aku di page paling depan la tapi dia sibuk duk belek page belakang suruh cari nama aku. Like hello aku memang dah nampak nama aku depan sekali yang kau duk belek-belek tu kenapa....💆🏼‍♀️
Watpe tuuu
Steady je perempuan berdiri rapat-rapat macam ni. Kalau budak lelaki yang datang nak ambil makanan tu kan, dia punya beratur memang social distancing habis. Start daripada brader pakai topi yang tengah tulis nama di meja tu, belakang dia ada budak lelaki lain yang beratur jarak semeter-semeter belakang dia. Panjang jadinya line tu sampai depan koperasi hahahah bagus la sebab betul-betul mematuhi arahan KKM.
Food mountain.
Angle lain pulak.
Gegar bodo hahaha
Sorry la kualiti gambar ke laut. Aku snap senyap-senyap dah serupa spy James Bond dah rasanya. Kalau dalam situasi biasa yang dipenuhi orang ramai beratur ambil makanan, boleh je aku ambil gambar macam biasa. Tapi sebab ni semua duk social distancing diri jauh-jauh kan, banyak la space yang ada so orang lain pun nampak la aku buat apa. Kekok bodo nak adjust angle gambar sambil orang lain tengok tu. Karang ada pula yang fikir pelik-pelik "dah kenapa dia ni gigih sangat nak ambik gambar nasi?" 😂
Free food is the best food :P
Semoga murah rezeki siapa yang bagi sumbangan makanan ni.
By the way kau nampak tak ada ekor kucing sebelah botol air tu?

Tu kucing jantan yang tengah kejar ibu kucing dalam gambar first tadi sebab nak mengawan. Babik gatal nak mampus kucing-kucing jantan di UUM ni. Member baru lepas beranak dia dah nak ajak buat anak lagi. Sabar la sikit. Tak habis pantang lagi woi!!🤦🏼‍♀️

Habis makan, aku dah mati kutu nak buat apa. Walaupun ada banyak je benda boleh buat sebenarnya tapi aku tak rasa nak buat something yang berfaedah sangat. Biasalah jenis manusia tak reti uruskan masa ni kan. So aku sambung download anime lagi. Biasanya aku download guna torrent je senang tapi kalau guna laptop, lambat nak mampos sebab wifi UUM tahun ni memang camharam sikit. Download guna phone, nanti phone hang pula sebab RAM habis. Pastu tak memasal dia restart diri sendiri lol. Mujur ada Telegram.
Siap split current lagi sebab nak mudahkan proses pindahkan file from internal storage to SD card 😂
Tapi tu la sebab niat gunakan wifi UUM ni untuk kegunaan yang tak suci kan, kemain penat aku tunggu several files yang besar-besar ni siap download tapi akhirnya tak boleh buka pun sebab password corrupted hahahahahaha babik. Buat penat je aku tunggu. Mujur cuma sesetengah files yang dicompress jadi .rar je yang problem dan file yang lain tu ok je boleh buka macam biasa. Kalau tak memang aku uninstall Telegram hahahah
Sehari sekuntum bunga, sebulan jadi sejambak.
Sambil menunggu proses download tu siap, aku gulung la paper strips kejap. Multitasking gituh walaupun aku takde design apa-apa pun yang aku nak buat. Biasanya aku ada je plan nak buat lettering ke, typography ke, atau characters. Tapi ni sebab dia last minute plan nak buat quilling arts untuk hilangkan bosan masa kuarantin kan, aku gulung bodo-bodo  je la. Tengok la kalau aku rajin nak gulung 'kelopak-kelopak bunga' ni lagi banyak pasni, maybe aku akan buat flower bouquet.

Tapi maybe tak lawa cam yang aku selalu buat sebelum ni la (lawa ke?) sebab satu, kertas  potong secara manual guna pisau dan pembaris jadi side dia banyak yang tak selari. Dua, paper strips hijau cyber yang lebih sesuai dengan purple shades ni takde. Aku bawa hijau yang sehijau warna daun biasa tu je which bagi aku tak berapa masuk dengan purple. Tapi lantak la. Asalkan ada hijau pun cukup la. Tengok la esok lusa dia jadi apa haha

By the way tengok la ni UUM ada buat survey untuk tanya pelajar kaedah pembelajaran online macam mana yang mereka prefer untuk guna lepas tempoh RMO ni berakhir? Almaklumlah pasni kami dah tak payah datang semula ke UUM dan boleh belajar dari rumah je.
Banyak tab guwe buka. Nampak tak 'busy' tu cemana haha
Ada banyak pilihan medium yang dia suruh rate kat sini mana paling selesa dan mana paling tak selesa. Aku vote emel, portal, youtube dan whatsapp sebagai paling selesa. Pastu medium macam webex, skype, zoom, etc tu aku vote tak selesa hahaha

Bukan sebab aku buta IT tak reti nak guna apps video conference macam tu tau tapi sebab kat rumah aku tu line Celcom macam lahanat sikit sebab kawasan luar bandar. Dah la laptop aku pula dah cecah umur 7 tahun masuk 2020 ni. Aku dah guna since 2013 lagi so memang lag teruk la sebab dah tua kan. Processor dia pun dah masuk kategori antik rasanya. So bila laptop yang uzur connect pula dengan hotspot yang slow, dia umpama siput babi yang 2 kali ganda kebabian tau. Lembab nak mampos. So aku harap UUM tak guna kaedah yang nak kena guna webcam or forum melalui laptop la sebab aku tak boleh nak akses 😔

Dah la. Malas dah nak menaip. Guwe ada assignment nak kena compile ni. Benda kena submit bulan 4 lepas RMO ni berakhir tapi sebab groupmate terlebih function nak submit minggu ni, kita buat la siap-siap. Lagipun esok guwe ingat macam nak pergi mendobi sebab baju dah penuh sebakul dah tu. Kasi peluang la aku keluar tengok dunia luar inasis TM ni kejap. Kali terakhir aku keluar dari kawasan inasis ni hari Isnin 16 Mac kot lepas habis jawab kuiz mengejut Dr. Mustakim Melan DJ Utara tu. Pastu sejak perintah kawalan pergerakan dimulakan, hidup aku cuma berulang-alik antara bilik dan kafe je. Bapak sedih 😂

See you next time. Thanks for reading. Assalamualaikum and bye.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Bagusnya rezeki dapat lunch percuma. Stay safe kat UUM tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki hihi. Thank you. Stay safe too, Lya 😊

      Delete
  2. Kuiz mengejut tu dikira ke sebagai carry mark?

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS