COVID-19: Tersadai di UUM #Day10 | NaSa
Assalamualaikum

**Entri ni adalah summary yang akan meliputi sekali aktiviti pada hari 6, 7, 8, dan 9 sepanjang terkandas di UUM yang aku tak update sebelum ni lol

Ya aku tak update blog setiap hari seperti yang diniatkan pun walaupun aku nak je tekan-tekan keyboard. Tapi tu la tak jadi juga sebab pertama, rasa macam takde benda nak tulis. Ye la expect ada material apa je kalau hari-hari cuma terkurung dalam bilik kan. Pastu sebab kedua, malas. Aku 4 hari ni memang seperti digam pada katil. Malas gila nak buat apa-apa. Minum air pun malas haha. Harini baru aku rasa nak menulis sebab bosan 😂

Tapi sepanjang 4 hari tu takde la aku ni macam tak produktif langsung kan. Ada juga la buat aktiviti keluarkan tenaga sikit. SIKIT. Contohnya, aku dah siapkan quilling art yang aku duk gigih sangat potong paper strips secara manual sampai bergaris-garis lantai bilik tu. Tak lawa pun tapi boleh la buat isi masa lapang kan (walaupun kertas ungu yang aku beli ni sebenarnya aku nak buat benda lain haha). Lihatlah~
Tengah tu kosong sebab taktahu nak tulis apa.
BTW follow la IG aku @serialquiller_ hahaha
Mula-mula plan nak buat macam flower bouquet susun banyak-banyak tapi memikirkan kuantiti kertas warna yang aku ada tak banyak, aku buat bunga dalam kuantiti ala kadar pun cukup la. Maka terhasillah flower wreath ni. Dan aku punya bosan bertapa sorang-sorang dalam bilik ni siap boleh buat TikTok lagi. Kemain gigih aku duk susun paper strips dan bunga semata-mata nak buat video. Sangat buang tabiat tapi function juga sebab rasa la macam diri ni busy sikit 😂

Tapi aku tak tahu la kualiti kamera android dalam TikTok ni memang serupa rekod pakai CCTV macam dalam Instagram ke, atau aku yang salah setting sebab somehow the highest resolution untuk video ni cuma boleh pergi sampai 360p je. Padahal ambil gambar dan rekod video sebelum compile tu dah elok je highest quality haha. Lantak dia la.

Selain itu, aktiviti harian termasuklah download anime dari Telegram. Ni pun aktiviti yang guna tenaga tau sebab Telegram tak boleh save file terus ke dalam SD card. Masalahnya internal storage phone aku pula memang dah nazak sebab ada 1GB lebih je. Sikit kan padahal masa beli dulu rasa macam 32GB tu dah banyak lol. Jadi kena la rajin pindahkan dari internal storage ke SD card sebab kalau nak biar je dalam internal storage, tak muat. Aku pula dah la jenis yang download tak ingat akhirat sebab satu, download secara tak sah (guna wifi UUM pulak tu). Kedua, download banyak nak mampus sampai SD card pun tak muat so dah kena pindah masuk ke laptop pula 😅
Download banyak-banyak serupa ada 10 pasang mata nak tengok 🙄
Aktiviti harian seterusnya di UUM ni merangkumi juga memburu kucing-kucing di sekitar inasis untuk diajak bermain. Mujur ada 2-3 ketul yang mesra alam so boleh juga didukung ajak bersembang. Terutamanya 2 ekor anak kucing ni yang selalu jadi penghibur hati peneman akak. Yang oren tu jantan manja nak mampus jenis bertempek sepanjang masa. Yang putih tu pula betina acah jual mahal padahal malam-malam ikut aku pergi toilet siap mengintai bawah celah pintu hahahahah pervert!
Terima kasih sebab mengubati kesunyian saya, si chomel~
Basically tu je la kegiatan aku duk eat, sleep, repeat dalam minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan tu. Sepanjang tempoh seminggu terkurung dalam "Universiti di Rimba Hijau ni", aku asalnya masih okey tau. Sebab ye la kan dia kata kena "stay at home" tu dua minggu je. Ni dah lepas 7 hari, jadi tinggal lagi seminggu la sebelum aku boleh balik rumah.

Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya RMO lanjut lagi 14 hari hahahahahahahah

Masuk hari ke-8, eh Perdana Menteri keluarkan statement baru pula bahawasanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung sampai 14 April 2020. Aku yang asalnya tengah tenang buat assignment masa tu rasa terhenyak bila terima mesej tu di group Telegram inasis. Lagi haru bila dengar yang semua pelajar yang terkandas di kampus masing-masing tu kena sambung terkandas di situ dan tak boleh balik fuhhhhhh tak tahu nak gelak ke nak nangis.
😭😭😭😭
Elok-elok guwe bersila atas lantai, terus baring peluk lantai baca statement tu. Baru pagi tadi aku up story di status whatsapp kata rasa macam lambatnya nak balik. Rupanya bukan rasa-rasa dah sebab memang betul-betul lambat balik pun. SEBULAN BHAI TERKURUNG DALAM UUM NI!!!! 😭😭

Nak komplen lebih-lebih, tak boleh sebab tindakan ni pun demi kebaikan semua. Tengok la macam mana jumlah pesakit COVID-19 tu yang sembuhnya sikit je tapi yang positif  makin bertambah dari hari ke hari. Daripada pesakit yang dah lanjut usia sampailah budak sekolah rendah, budak 4 tahun, even budak 2 tahun yang menghidap leukemia pun ada yang disahkan positif. Everyone could be a patient so untuk bantu kurangkan kes tu, nak tak nak aku redha je la duduk lagi lama kat sini.

Aku baca kes budak sekolah rendah tu awal-awal aku dah nangis tengok adik tu naik ambulans tanpa ahli keluarga hatta parents pun tak boleh teman. Yang budak 4 tahun tu pun mak dia mampu menangis dari tingkap je tengok dia naik ambulans. Kecik-kecik lagi dah kena berjauhan dan cuma ada medical staff yang lengkap pakai PPE je dengan mereka. Serius sayu terfikir kalau yang kena tu anak-anak buah sendiri. Pastu yang tua-tua tu pula imagine parents sendiri yang kena lagi la tak rela kalau mereka sakit sorang-sorang di hospital. Semoga tabah, semua 😢

Dan mungkin disebabkan kejutan daripada statement Perdana Menteri tu, malamnya kami dapat survey untuk jawab soalan berkenaan kesihatan mental kami yang duduk di UUM sepanjang RMO ni. Daripada Pusat Kaunseling UUM kot. Laju eh buat kerja. Macam tahu-tahu je ada yang meroyan nyaris mental breakdown lepas dapat tahu berita tu. Aku la tu salah sorangnya tu hahaha
Soalan kami: Kalau mental tak stabil, boleh hantar balik rumah tak? 😢
Tapi tu la soalan yang semestinya membuang masa sebab Tan Sri Muhyidin Yassin memang dah kata TAK BOLEH BALIK huhu ayuh kita menangis di bucu katil je, kawan-kawan UUM.

Cuma kita ni untung sebab sekarang zaman teknologi, bukan zaman Renaissance mahupun zaman purba jadi boleh la juga berhello-hello dengan orang yang jauh di mata dekat di hati guna phone je. Sebab tu dua malam berturut turut aku video call family aku. Yang wajib call, anak-anak buah yang obviously makin kecewa sebab tarikh aku balik dah jadi makin lambat. Maka makin bosan la mereka tanpa aku sebagai supplier anime mereka hahaha
Kemain menunjuk maggi dia kat aku malam tu lol
PEEP MY CAT!
Amir ni dia bongok sikit tau. Masa bercakap ni aku terbersin sekali je sebab habuk masuk hidung tapi dia beria nak matikan panggilan sebab "COVID-19 berjangkit melalui komunikasi. Muka kita dah la dekat sekarang ni. Cepat matikan panggilan~" hahahahahah. Doktor kata berjangkit sebab kontak dekat (close contact) bukannya muka dekat dalam video call lmao aku takleh brain juga dengan logik budak sorang ni. 

Malam kedua aku call parents aku pula melalui kakak aku. Boleh la buat hilang rindu sikit tengok muka mama yang bertempek bedak sejuk tu sebab aku call pukul 11 malam dan mereka dah ready nak tidur. Abah pun duk berzikir tunggu masa nak baring je haha.

Soalan mama setiap kali aku call ni ada dua je. Pertama, "perut sakit lagi ke?" (sebab ovari kanan aku bengkak dan ada cyst which aku akan update lain kali). Kedua, "makan kat sana cukup ke tak?" (bimbang sangat la aku ni kebuluran di sini hahaha). Jangan bimbang aih. Kalau aku kebulur pun bukan sebab tak cukup makanan tapi sebab aku yang malas nak makan hohoho 🙂

Tapi serius memang tak perlu bimbang pun sebab makanan memang disediakan setiap hari untuk pelajar-pelajar UUM yang tak balik ni. 2 hari pertama bantuan makanan ni mula disalurkan, kami cuma dapat makanan tengah hari je. Dinner beli sendiri. Tapi pastu kami dah dapat nasi 2 kali sehari untuk tengah hari dan malam. Kemudian bila PM umumkan RMO ni dilanjutkan, UUM upgrade menu jadi 3 kali sehari tau. Makan tengah hari, makan malam, siap dapat minum petang sekali. Alhamdullilah rezeki :)

Setakat ni kebajikan semua terjaga elok. Takde lagi kes pelajar kelaparan sampai putus tali perut ke apa. In my previous entry pun dah cakap yang kafe ada je yang buka macam biasa so kalau kami tak dapat bantuan makanan pun, boleh je beli sendiri. For those yang ada masalah kewangan, boleh dapatkan bantuan melalui Exco Kebajikan. Selain dua ni, ada juga food bank UUM dan juga kelab/persatuan yang agihkan makanan percuma kepada para pelajar. Sebab tu masa ada kes yang komplen UUM tak bagi bantuan makanan haritu, MY REACTION:
Serius arrr kau ni
Habis tu nasi apa yang aku makan selama ni? Pemberian bunian ke hahahahahah. Serius siapa yang cakap tak dapat bantuan makanan tu kan, sama ada jenis tak cakna dengan info semasa yang UUM bagi makanan percuma ataupun jenis mengada malas nak turun ambil sendiri. Ada jenis ni. Memang ada. Ingat JKPS ni rajin nak delivery ke bilik sekor-sekor gamaknya 👀

Sesungguhnya bagi siapa yang komplen tu, aku sebagai blogger busybody ni ada bukti kukuh yang setiap hari kami dapat makanan sebab setiap hari tu aku ambil gambar nasi yang aku dapat (dah serupa orang yang takde perbuatan lagi berfaedah hahaha). Unless la kalau mereka ada bukti lagi kukuh yang JKPS inasis mereka tak buat kerja atau songlap semua makanan tu kan (which is obviously mustahil huhu).

Nah payung gambar nasi sikit.
Hari pertama dapat bantuan (22 Mac): Kena ambil sendiri di kafeteria inasis.
Menu: Nasi dan air.
Hari kedua (23 Mac) onwards: JKPS tunggu di pintu blok masing-masing. Lagi cepat.
Menu: Masih nasi dan air.
Hari ketiga (24 Mac): Nasi, air, dan upgrade buah for dessert 😋
Hari ni dah start dapat dinner yuhuu~
Hari ketiga, dinner (24 Mac): Nasi, air, dan roti (for makan petang lol)
Hari keempat (25 Mac): Nasi, air dan buah for tengah hari.
Roti for makan petang (aku tak ambil air kotak sebab tak suka laici haha)
Takde gambar dinner sebab guwe heartbroken teruk lepas dapat tahu RMO dilanjutkan. Pastu hari kelima (26 Mac) aku lupa ambil gambar sebab memang malas gila nak buat apa-apa semalam 😂
Hari keenam: Complete menu yang akan diterima masa lunch.
Dia memang bagi roti + air kotak untuk minum petang tu sekaligus dengan makan tengah hari untuk jimatkan masa agihan. Dan biasanya ada je roti lebih yang JKPS akan iklankan di group blok untuk sesiapa yang berminat nak ambil. Tapi aku tak ambil sebab honestly aku pun tak termakan makanan sampingan yang dia bagi tu. Perut aku kecik takleh makan banyak so memang aku makan nasi je. Jadi terkumpullah mereka seperti ini 😅
Habis RMO dah boleh buka kafe sendiri with those plastic spoons and forks lmao
Nanti pasni aku iklankan kat sesiapa yang berminat sebab aku tak rasa aku akan makan juga roti ni sebab semua perisa roti tu jenis yang aku tak boleh go dengan bau dia lol. Tapi buah tu aku nak kumpul banyak sikit. Pasni boleh potong banyak-banyak acah buat salad buah haha

By the way tahukah anda yang pelajar juga termasuk dalam kalangan yang bakal menerima bantuan daripada kerajaan untuk menempuh cabaran COVID-19 ni?
RM200 bhai
Alhamdulillah boleh ganti balik duit tiket yang burn haritu. Dan boleh juga buat beli data untuk kelas online pasni 😌Tapi tu la sebanyak mana duit yang diberi pun belum tentu dapat mengubati kesunyian di hati yang rindukan family. Kalau aku ni jenis keras kepala dan adventurous, mau aku redah hutan UUM ni cari shortcut jalan kaki balik kampung ahaha. Too bad aku benci pacat dan tak suka penat-penat so ayuh la kita bertabah je tunggu habis sebulan RMO dalam ni.
Doakan agar UUM tak dibanjiri air mata kami para pelajar :'(
Okey tu je cerita buat masa sekarang. Kalau ada yang rajin baca sampai habis ni, maaflah ceritanya terlebih panjang sebab ye la nak summarise cerita 5 hari dalam satu entri kan hahaha. Dah pergi tidur sana! Good night.


Thank you for reading. Assalamualaikum and bye.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Take care Nasa.. Adik i pun tersadai di USM. Mau balik Sabah pun rasa tak selamat. Alhamdullilah ada insan prihatin beri food kat diorang.

    ReplyDelete
  2. Bagus, kak ...
    Saya dukung membuat banyak handyccraft selama aktivitas berdiam dirumah.

    Semoga ya dan kita semua berdoa agar epidemi mematikan ini segera berakhir.

    ReplyDelete
  3. Seronok baca post2 blogger pasal hidup masing2 waktu covid nih. Satu situasi tapi dari pelbagai perspektif. Baru tadi nak tanya duduk situ ada makanan ke tak. Banyak dapat makanan rupanya. Apa2 pun stay strong sis! This too shall pass ^^

    ReplyDelete
  4. hi,jom dengr lgu kite..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/lagu-dia-putera-by-cuya.html

    ReplyDelete
  5. Bertabahlah dekat UUM, semoga baik baik awak dekat sana

    ReplyDelete
  6. hahahahah tergelak baca luahan hati bila RMO dilanjutkan. Sebab saya pon dapat relate. Memang dah boleh jangkakan, cuma masih rasa nak terguling2 mereput bila benda tu jadi realiti.

    btw, quilling art awak tu cantik dan kemas betul. Dulu pernah juga kawan ajar untuk group assignment, cuma lambat sikit la saya buat hehe. Tapi mmg hasilnya nampak unik

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS