Hilangnya Sebatang Geraham | NaSa

Hilangnya Sebatang Geraham

in , , by NaSa, March 06, 2020
Assalamualaikum


Apa khabar semua? Harap sihat la hendaknya. Aku pun sihat juga. Cuma masa awal tahun baru 2020 haritu je aku ada sakit sikit. Sakit gigi hahahaha

Punca sakit, sesuatu yang tak berapa dijangka iaitu: MUNCHY’S WHEAT CRACKER

Munchy's Wheat Cracker ni macam roti wholemeal tapi versi biskut. Dalam tu ada “wheat bran” iaitu kulit biji gandum yang dah dikisar. Khasiat wheat bran ni, tinggi kandungan serat. Tapi masa makan, akan rasa berpasir halus-halus dalam mulut. Feeling dia macam gigit sekam beras.

Siapa entah yang bawa biskut ni as buah tangan masa datang rumah haritu. Aku tengok plastik besar dia dah terbuka so aku ambil la satu pek kecik ni buat cicah milo sebab aku malas nak makan nasi. 2-3 hari aku duk repeat makan biskut ni, so far takde masalah.

Tapi nasib tak berapa baik, tak sangka pula biskut yang aku makan masa tu bukan saja ada wheat bran tapi wheat grain sekali a.k.a biji gandum yang belum dikisar. Bentuk dia sebijik besar macam biji popcorn yang belum meletup dan keras nak mampos. Tengah aku mengunyah sambil tengok anime, tahu-tahu je GURKK!!!

BERGEGAR gigi geraham kanan aku belah bawah sebab tergigit biji gandum tu. Gigi tu pula gigi yang memang bekas ditampal. Memang tak kuat la berbanding gigi geraham lain. Tampalan tu pun dah lama. Aku buat 5 tahun lepas di klinik swasta sebelum masuk KPM tahun 2015 dulu.
Macam ni rupa biji gandum dalam biskut tu.
Photo credit: Wheat Montana
Hasil tergigit biji gandum tu, mendapat la sakit gigi yang makin lama makin teruk dan gusi bengkak sampai ke bawah rahang. Memula aku ingat bengkak rahang biasa je. Tapi masuk hari keempat pun duk sakit lagi. Nak buka mulut susah. Nak makan seksa. Tidur pun tak lena sebab sakit sampai ke telinga, mata dan kepala siap dengan pakej berdenyut lagi.

So aku suspek yang gigi bertampal tu kot punca sebab rahang bengkak tu betul-betul di kawasan gigi tu. Sebab dah tak tahan sangat, aku pun pergi ke klinik gigi pada 2 Januari 2020.

Mujur klinik kesihatan dekat rumah aku dah ada klinik gigi sendiri di tingkat atas. Tak usah la aku ke klinik gigi Wakaf Bharu yang selalunya padat tu. Klinik swasta? Huiii tak mampu guwe. Duit PTPTN yang ada ni pun kena berjimat sebab refund yuran lepas tangguh pengajian haritu ciput je. Dah la next sem tak dapat duit. Yang tampal di swasta tahun 2015 dulu nasib guna duit hasil kerja part-time je lol

Masuk dalam klinik, mujur ada sorang je pesakit masa tu. Tak lama sangat nak tunggu untuk didaftarkan. Sementara nurse masuk dalam bilik record untuk ambil dan buka rekod baru untuk aku, aku melilau usha senarai harga rawatan kejap.

Betul punya murah kos cabut gigi di klinik kerajaan untuk warganegara Malaysia. Seringgit je. Teringat zaman study di KYUEM Perak dulu masa aku terpaksa cabut geraham bongsu kiri belah atas di klinik swasta sebab gigi tu tumbuh serong sampai tercucuk gusi geraham bawah. 1st consultation je dah RM40 termasuk ubat. Datang kali kedua untuk cabut gigi, caj lagi RM70 sebatang gigi. Fuhhhhh. Nasib baik sebatang je hahaha.

Lepas sign rekod pergigian warna hijau tu dan bayar seringgit, aku tunggu nama aku dipanggil. Tak lama pun. Tahu-tahu je dah duduk atas “kerusi ajaib” tu haha

Drama sebabak aku dengan dentist masa tu ---
Dentist: Datang untuk apa, ya?
Me: Gigi sakit.
Dentist, dengan tangan masih dalam mulut aku: Gigi ni ke yang sakit tu?
Me: *angguk*
Dentist, masih dengan tangan dalam mulut aku: Sakit sebab apa ya?
Me: ajdgshdfagdfa

KENAPA DENTIST SUKA TANYA SOALAN MASA DIA TENGAH SUMBAT BENDA DALAM MULUT KITA??? Tak boleh ke dia keluarkan dulu benda tu sebelum kita jawab 😂

Lepas check gigi geraham tu, doktor kata la kesan tampalan tu dah retak (Nampak tak betapa kerasnya biji gandum tu ahahahah). Kemungkinan besar juga kuman dah masuk melalui retak tu dan berjangkit ke bahagian akar gigi sebab tu gigi aku sakit sampai berdenyut tu.

Ada tiga pilihan rawatan untuk rawat sakit gigi tu:
1) Do nothing a.k.a makan antibiotik untuk matikan kuman dan hilangkan sakit je
2) Buat rawatan akar
3) Cabut

Dengar rawatan akar tu macam menarik. Sayangnya dentist kata tak boleh buat kat klinik ni sebab takde kemudahan x-ray. Dan kalau buat rawatan akar, kena follow up at least 3-4 kali dan ambil masa berbulan-bulan untuk rawatan tu berkesan. Aku mana ada masa nak tunggu sebab nak balik UUM dah pun. Malas la nak transfer prosedur dari satu klinik ke klinik lain.

So aku buat pilihan untuk cabut.

Dentist tanya nak cabut hari ni atau lain kali? Aku kata cabut lain kali sebab gusi aku tengah bengkak masa tu. Aku tak berani buat rawatan gigi masa gusi bengkak hahaha. So dentist bagi aku antibiotik dan ubat tahan sakit untuk dos 5 hari.

Aku pergi klinik ni pukul 10.20, siap pukul 10.45. Total masa rawatan dan ambil ubat semua, 25 minit je. Sikit punya laju. Tapi tu la abah aku dah balik hahaha. Aku yang suruh abah balik lepas hantar aku tadi sebab ingatkan akan ambil masa lama. Rupanya…

Demi panjangkan sikit masa biar nampak cam berbaloi abah aku balik sebelum ambil aku tu, aku buat keputusan untuk pergi ke McDonald's (McD) yang tak jauh dari situ. Haaaa… Jangan main-main dengan kampung aku. Ada McD dan KFC kot siap dengan McCafe dan drive-thru sekali.

"Pandu lalu" pun eja dalam Jawi ambekau haha
Cumanya yang bodoh sikit di sini adalah aku tak bawa beg duit. Sebelum ke klinik tadi aku selit IC dengan duit RM20 je dalam casing handphone hahaha. Tapi kalau bawa duit banyak pun nak beli apa je. Gigi aku sakit bukan boleh sumbat nasi lemak ayam goreng extra pedas McD pun haha. So aku order nugget+McFlurry Oreo guna promosi di apps McD. Harga RM7 lebih just nice la dengan baki duit lepas daftar di klinik tadi.

Lepas dapat McFlurry tu baru aku jalan kaki balik ke klinik sebelum call abah. Dah balik rumah, kena makan ubat pula. Antibiotik tu kena makan sebiji setiap 8 jam tapi sebagai seorang yang bodoh tak bertepi, mesti la aku tersalah kira masa.

Jadual yang dentist suggest: 7 pagi-3 petang-11 malam.
Yang aku buat: start 3 petang tu, 11 malam kemudian 8 PAGI esok!
Patut la aku pelik kenapa aku kira ada 7 jam je sedangkan kena jarakkan 8 jam lol

Cukup 5 hari makan antibiotik tu sampai habis, bengkak gusi aku hilang. Gigi pun dah tak sakit. Kalau ikutkan rasa malas, aku nak biar macam tu and do nothing je. Tapi tu la sakit tu sebenarnya masih ada. Masa makan, ada sensasi tak selesa di bahagian gigi geraham tu. Nampak la antibiotik tu cuma bagi penawar sementara je. Penyudahnya kena buat rawatan akar atau cabut juga.

Tapi aku berlama-lama dulu di rumah. Sengaja lengahkan masa gitu. Siap berpesta corndog cheese. Gigih aku pergi Tesco cari mozzerella sambil beli keperluan untuk balik UUM nanti. Dan habis satu rumah aku jebakkan dengan acara cheese tarik hahahhaha. Mama je tak terlibat sebab dia tak suka susu so semestinya dia tak makan cheese.
Anak-anak buah semestinya yang paling excited nak tarik-tarik cheese ni hahaha
20 Januari 2020 baru aku pergi semula ke klinik sebab memang tak selesa sangat dah gigi geraham tu. Walaupun bengkak hilang, tapi sisa sakit dia tu still ada. Minum air sejuk sikit pun ngilu. Memang tanda-tanda untuk dicabut la tu. Alang-alang tarikh tu pun abah nak ke klinik kesihatan untuk temujanji dengan doktor nak ambil ubat darah tinggi, aku tumpang sekali la.
Hari ni ramai la pula di klinik. Aku pergi sebelum pukul 10, hampir pukul 11 baru nama dipanggil. Mujur jumpa dentist yang sama. Tapi masalah yang sama pun berulang la. Masa dia tekan-tekan gigi geraham aku tu, dia boleh tanya “memang rasa sakit lagi ye gigi ni?” aku nak jawab pun rasa tercekik sebab jari dua-dua belah tangan dia duk pegang mulut dan tekan lidah aku hahahaha aku gigit tangan dentist ni karang

Sebab aku dah confirm nak cabut kan, dentist ni pun inject ubat bius di bahagian gusi kanan tu. Terasa jarum dia cucuk gusi aku ya Allahhh. Jarum klinik kerajaan memang besar-besar macam sengat tebuan ke? Klinik swasta rasa cam semut gigit  sambil lalu je selalu tau. Aku ni dah la benci jarum.

Lepas siap bius, dia suruh aku keluar berkumur dulu di tandas. Berdarah gusi aku rupanya. Seram tengok sinki tu merah. Agak-agak dah takde darah baru aku keluar semula ke kawasan menunggu untuk tunggu ubat bius tu berikan kesan kebas sepenuhnya sebelum dentist akan panggil balik.
Mujur TV masa ni tengah tayang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah 2. Boleh la tengok buat hilang bosan. Dalam 10-15 minit, pipi aku mula rasa kebas. Nganga pun tak berapa rasa mulut dah. Dan doktor pun panggil la aku masuk. Terus berbaur perasaan aku masa tu. Rasa menyesal sebab tak lari masa tunggu ubat bius tu berkesan pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dah terlambat. Aku dah baring dah pun atas kerusi ajaib tu. Doktor pun dah standby dengan playar 😂

Saat doktor tu letakkan playar tu di gigi geraham aku, dia ada cakap saya goyang-goyang sikit gigi ni ya tapi ya Allah……bukan sikit dia punya goyang tu. Kepala aku rasa macam kena spin. Gigi yang dicabut tu pun boleh dengar bunyi dia ditarik keluar. Ya Allah aku nak ingat balik pun rasa trauma.
Kepala aku rasa berpusing macam Mr. Bean ni tau 😂
Beza aku cabut gigi di klinik kerajaan ni dengan klinik swasta di Perak dulu, masa di klinik swasta tu aku tak rasa pun gigi aku kena tarik. Kepala aku pun tak bergoyang. Sakit pun takde rasa langsung. Tahu-tahu je gigi tu dah tercabut. Tapi klinik ni sangat opposite ya. Sakit tu pun boleh rasa lagi walaupun dah bius. Nasib sekejap je.

Nampak tak beza ubat bius RM1 dengan RM70 tu macam mana hahahhahha

Tapi takpe la at least lepas dah cabut gigi ni, Alhamdulillah aku dah boleh makan secara bebas. Dulu masa gigi geraham bertampal tu ada, mostly aku kena kunyah makanan dengan geraham kiri je sebab geraham kanan tu mudah ngilu bila kunyah something. Nak kunyah dengan gigi lain, tak boleh pulak. Jadi bila gigi yang sensitif tu takde, aku dah tak payah bimbang pasal rasa sakit dah huhu

Bila fikir balik, sayang juga muda-muda dah tak cukup gigi ni. Tapi takpe la sebab mujur yang cabut tu geraham bukannya gigi depan. So orang tak perasan sangat aku tak cukup gigi hehe. Tunggu la kalau ada rezeki lebih, aku nak buat implan gigi perak ke, gigi emas ke, ganti geraham yang dah dicabut tu. Biar vogue sikit lmaoo

Tak pasal-pasal azam tahun baru ni dah termasuk sekali untuk jaga gigi dengan lebih baik lol. Tapi kalau ada masalah gigi lagi pada masa akan datang, aku akan usahakan untuk ke klinik swasta. Bukan nak kata khidmat klinik kerajaan tu tak bagus tapi tu la. Aku nak ubat bius lebih sikit hahahahha

Makin tak cukup gigi aku hahaha

Thanks for reading. Jumpa lagi dalam entri akan datang.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 35 comments

Add your comment

  1. sakit gigi ... I can relate

    ReplyDelete
  2. Saya baru lepas kena cabut gigi geraham kekal kt klinik gomen.. 4x bius baru kebas n x rs bila dicabut.. Sbb ms 1st bius doc goyang rs ngilu gg.. Sbb tu doc tmbh 3x bius.. Plus gg sy dh pecah dua & retak.. Akibat drp hakisan tampalan lubang gg zmn sekolah.. Umo 34 bru dicabut.. So far ok laa dgn hrga rm2 jek.. Hehe

    ReplyDelete
  3. 15/6/20 cabut Gigi geraham bongsu belah atas.. selang 2 Hari Ni rasa macam kurang pendengaran😭 telinga belah Kanan normal ke akan
    pekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi ni berkait rapat sikit dgn telinga so kalau sakit tu mungkin akan effect kat telinga. Klu doktor bagi ubat tahan sakit utk lepas cabut tu, try makan ubat dulu and tengok lepas luka gusi tu dah sembuh, telinga okey ke tak. Tp klu makin lama tak baik jgk baik jumpa doktor sbb takut ada infection ke apa

      Delete
  4. Akak umur brapa time cabut ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah 30 haha muda-muda dah tak cukup gigi

      Delete
  5. cabut geraham yang biasa ni (bukan bongsu) ada kena jahitan tak? cuak pulak nak cabut 1 lagi geraham ni sebab fikirkan sakit cabut geraham bongsu haritu. berlubang dah ni punca geraham bongsu tu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jahitan pun. Macam cabut gigi biasa je. cuma masa makan kena hati-hati sikit sbb lubang gusi tu kan lebih besar so ambik masa juga nak tertutup. Takut sisa makanan lekat dlm lubang tu plk

      Delete
  6. Berapa lama amek masa pendarahan benti?

    ReplyDelete
  7. sakit x masa cabut tu..nak cabit gigi graham esok ni..neves..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada banyak mana ubat bius doktor bagi. Haritu tak sakit pun cuma sebab ubat bius tu macam tak banyak, rasa la akar gigi tu kena cabut hehe

      Delete
  8. Betui ke x sakit? Mmg plan nk cabut ni gigi bongsu geram sgt ni dh selalu buat hal sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geraham bongsu tu dia tumbuh naik sikit² sbb tu sakit memanjang setiap kali gusi terbelah bagi laluan kat dia haha. Tp gigi apa² pun bila cabut memang dia bius so tak sakit sangat la. Depends banyak mana dia bius je.

      Delete
  9. Ari ni i pun cabut gigi geraham bawah ... Org ramai byr rm 80/90 je tp i suh byr rm 190 apa beza ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabut geraham kekal ke geraham bongsu? Lain geraham lain jugak harga sbb tengok prosedur. Elok tanya nurse masa bayar tu dia caj utk apa

      Delete
  10. Baca post ni sambil tahan denyutan geraham ber cavity plus migrain sebelah..aduhh!!

    ReplyDelete
  11. aku pun sama😪... masa tgh taip komen ni.. gigi graham kiri yg tampal 2 bulan sudah.. sakit balik.. lepas komen ni nk tido.. bru lepas makan ubat tahan sakit.. doakan pagi sok dipermudahkan segala urusan ku di klinik gigi.. jatuh air mata lelaki ku ni.. 😭

    ReplyDelete
  12. Saya sakit garham kanan bila malam tp kenapa waktu siang sakit tu berkurang? Dia punya sakit tu tak boleh bawak bincang, berdenyut ni, Esok auto gi cabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh! Kita samaaa! Jumaat lepas gi tampal, balik tu ya Allah dia punya sakit takleh bawa bincang, sampai ke telinga, smpai kul 5 pagi still takleh tido tahan sakit. Esok pagi tu hmpssss elok pulak dah. Asal malam je sakit. Pelik bethol! Hahahahah

      Delete
    2. Ehh! Kita samaaa! Jumaat lepas gi tampal, balik tu ya Allah dia punya sakit takleh bawa bincang, sampai ke telinga, smpai kul 5 pagi still takleh tido tahan sakit. Esok pagi tu hmpssss elok pulak dah. Asal malam je sakit. Pelik bethol! Hahahahah

      Delete
  13. Lepas ubat bius tu habis, sakitnyeeee 😭. Terpaksa makan pain killer. Ni dah hari ke 3 still berdenyut. Tapi dekat gusi tu memang ada putih2 ke?

    ReplyDelete
  14. Sya pon baru lps cabut gigi geraham kekal.kalau ckp skit tak masa cabut gigi jwpan nye depends on brpe kli dpt bius mcm sya 2 kli je.Cabut gigi kat gov nih owky la hrga pon worth it👌🏻 So spe2 yg tkot cabut gigi try dlu mne tau lps nih dh tak tkot nk cabut ke. P/S First time cabut gigi sebenarnya tkot jgk last2 cuba beranikn diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon plan nak cabut gigi garham kekal , takuttttrr dah lah berlubang terukk. sakit takk ?

      Delete
  15. Hahah...arini sis pegi cabut Gigi. Bayar RM 200..first time byr Mahal macam Tu.

    ReplyDelete
  16. tak tau laa baca akak punya story dari a hingga z .reja dok tergelak sorangg.btw penulisan akak mampu buat orang happy tanpa sebarang pertunjukkan ..saya mai sini sebab kita ada masalah yang sama HAHAHAHAH ..thanks hiburkan hati

    ReplyDelete
  17. Berapa lama gusi tempat cabutan tu akan tertutup? saya baru cabut 6 hari lepas..makanan asyik nak masuk je kat situ..

    ReplyDelete
  18. Aaaa sakit tempat yg sama ubat pun sama hahahaha tengah takut ni nak kena cabut lagi 3 hari. Baca ni lagi takut jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca entri pasal cabut geraham bongsu lagi satu tu lagi akan takut sbb kepala goyang-goyang 🤣🤣 semoga cepat sembuh ye

      Delete
  19. Saya baca cerita sis pun gigi berdenyut 😭 gigi tu gigi geraham second last yang ditampal dulu.. Gigi tu dah lubang, kita ckp nak cabut doktor tu ckp muda lagi.. Sayang je 🤣 so dia tampal.. End up sekarang menanggung sakit.. Geram je nak pergi cabut rasanya esok.. Tu yang nak tengok better swasta ke gov nk cabut tu huhu😷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la gigi yg cabut dlm cerita ni pun gigi second last. Tampalan tu ada limit masa juga. End up memang cabut baru hilang seksa. Nak buat rawatan akar pun, mahal hahaha

      Both swasta & gov ok. Cuma swasta blh consult lebih lama sikit sbb bayar mahal kan. Gov ni sup-sap sup-sap siap. Klu pergi gov, minta la ubat bius lebih. Sbb masa ni bius sikit so rasa akar gigi tercabut. My second time cabut, bius banyak so tak rasa pun gigi kena tarik 😂

      https://officialnasa28.blogspot.com/2021/08/hilang-lagi-sebatang-geraham.html

      Delete
    2. Masa tu umur berapa time awk ckp nk cabut tu?

      Delete
    3. Lps cabut gigi geraham kedua last tu gigi yg lain bergerak x? Or stay je situ? Or ada effect² lain? Like gusi ke

      Delete
  20. Berapa lama nak baik lepas dicabut gigi tu? Seminggu?

    ReplyDelete
  21. kesalnya saya. doc kta gigi geraham bwh knan(yg besar tgh2) saya crack skit(xmpak cermin) sbab 3 hari sya ketip asik sakit bdenyut xtahan. doc kta nk cuba selamatkan dgn tampal atau cabut trus. dlm kepala otak saya asik fkir nk cabut je so saya minta cabut je slesai msalah. klau saya tau baik cuba tampal je dlu tgk cmne. kesalnya saya tak cuba tmpal dlu. tapi baca citer akak ni terubat skit. ramai senasib. cuma tu la takut lama2 tak align. joint lari ke apa ke

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS