Ni Hao! Kembali Belajar Mandarin 💪🏼 | NaSa

Ni Hao! Kembali Belajar Mandarin 💪🏼

in , , by NaSa, March 03, 2020
Assalamualaikum.

Hao jiu bu jian le. Ni men hao? Wo ye hen hao, xiexie! 😆

Ewah bercakap Mandarin pula kita kalini. Sesuatu sangat kan hahaha.

Kalau nak tahu, aku sangat sangaaat sukakan bahasa. Kalau boleh, semua bahasa asing aku nak belajar. Lagi banyak bahasa lagi bagus sebab boleh faham banyak benda haha. That's why masa mohon UPU dulu, aku ada sebut salah satu sebab aku pilih untuk pursue course International Business di UUM sebab course ni boleh pilih untuk belajar apa-apa bahasa asing daripada lapan pilihan bahasa.
Lai~ lai~ nak belajar bahasa apa?
btw hai logo watermark lama hahaha
Daripada senarai tu, aku paling tertarik nak belajar bahasa Jepun atau Thai. Rasa ada motivasi di situ sebab aku suka tengok anime so kalau belajar bahasa Jepun, boleh la aku tengok anime tak payah baca subtitles hahaha. Bahasa Thai pula sebab my parents ada darah keturunan Thailand so masa balik kampung, takde la confused sangat dengar orang kampung bercakap apa 😂

Sayangnya pelamin anganku musnah sebab macam aku pernah cerita dalam entri ni dulu, kelas yang dibuka setiap semester untuk bahasa-bahasa asing di UUM ni ya Allah sikiiiiiit sangat. Paling banyak pun 2-3 kelas. Bahasa Mandarin je yang istimewa sebab banyak nak mampos kelas dibuka. Kadang-kadang sampai tak cukup 26 abjad A-Z dan kena tambah abjad lain macam AA, AB, etc hahaha
Senarai kelas bahasa untuk semester A192 2019/2020.
Tengok la kelas Mandarin banyak mana.
Sistem add subjek dalam jadual di UUM ni pula utamakan pelajar semester-semester atas. Pelajar semester bawah macam aku ni hujung-hujung waktu baru boleh pilih nak ambil kelas apa daripada saki-baki kelas yang ada. Jadi memang selalu full la kelas bahasa Jepun dan Thai yang aku target tu. Akhirnya, aku redha ambil bahasa Mandarin je haha. Sebab tu kalau tengok jadual aku dalam entri lepas, terselit kelas Mandarin 1 dalam tu.
Sem 3 baru ambik Mandarin 1 ni maksudnya sekelas dengan adik-adik sem 1 la
Satu soalan yang aku sering dapat daripada kawan-kawan yang tengok jadual aku, ramai tanya "Bukan dulu dah belajar Mandarin di KPMAM ke? Kenapa tak transfer kredit je?"

Haaa.....ada banyak sebab tau untuk soalan ni.

Pertama, subjek bahasa asing tak termasuk dalam senarai subjek yang UUM benarkan untuk transfer kredit. Macam aku cerita dalam entri prosedur transfer kredit di UUM, kalau nak transfer subjek yang tak ada dalam senarai UUM tu, kena mohon guna borang khas dan sertakan silibus dan transkrip sekali. Bagi aku, ni MEMENATKAN. Aku tak suka benda penat-penat so aku tak mohon la. Sis redho haha.
So yang aku transfer kredit banyak-banyak haritu cuma subjek yang guna borang biasa je hahaha
Kedua, kalau transfer pun, hanya Mandarin 1 yang diluluskan (berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang mohon). Mandarin 2 dan 3 kena belajar balik. Dari situ la aku rasa "kalau camtu baik belajar semua level terus" sebab Mandarin 2 dan 3 bergantung pada kekuatan basic dalam Mandarin 1. Kalau basic macam vocabulary lazim dan fahaman pasal struktur ayat tu kukuh, mudah la nak carry Mandarin 2 dan 3 yang lebih advanced.


Aku belajar Mandarin 1 di KPMAM dulu tahun 2016 ok. Walaupun memori aku selalunya di tahap yang kuat, aku tak yakin yang aku boleh carry Mandarin 2 dan 3 guna basic dari 4 tahun lepas. Takut tak pasal-pasal terikut ajaran sesat kepala otak sendiri masa exam 🤣

Ketiga, kelas Mandarin di UUM mostly diajar oleh pensyarah berbangsa Cina sendiri. Cina tempatan ada, Cina dari Tanah Besar China pun ada. Jadi sebutan mereka harus lagi tepat berbanding pensyarah Melayu kan. Bukan nak kata sebutan Mandarin pensyarah Melayu ni tak bagus. Mereka pun power. Cuma bagi aku, bila perkataan bahasa Mandarin tu dibaca oleh orang Cina sendiri, lebih jelas dia punya beza sebutan native tu macam mana.

Keempat (yakni sebab paling utama masa tu), aku berminat untuk lanjutkan double degree dalam course BIBM dan juga BBA (Logistics and Transport). Ni tawaran istimewa kepada pelajar course BIBM di UUM sebab mereka diberi peluang untuk dapatkan ijazah kedua dalam course Logistics hanya dengan tambah lagi satu sem je untuk belajar subjek core dalam course tu. Syaratnya, masa daftar minor untuk BIBM kena pilih minor Logistics, ambil kelas Public Speaking Skills dan WAJIB belajar bahasa Mandarin 1-3.

I saw this as good opportunity sebab industri logistik kan tengah berkembang sekarang so ada added advantage la kalau ada sijil dalam bidang tu sekali. Plus bahasa Mandarin pun berguna masa apply kerja sebab sekarang kan sikit-sikit "Mandarin speakers only" hahaha
Part of the basic words yang kena belajar
Untuk kelas Mandarin 1 ni, aku dapat lecturer Cina yang sama ajar Aimi ex-roommate aku dulu dalam kelas Mandarin 3. Ang Wei Yin namanya. Tapi kami panggil Hong LaoshiDulu Aimi selalu puji laoshi cool sebab dia suka cara laoshi dressup. Soalnya walaupun laoshi ni perempuan, tapi dia punya style dressup dalam kemeja dan slack tu nampak smart. Masa dengar cerita Aimi tu aku tak jelas sangat sejauh mana cool tu tapi lepas masuk sendiri kelas tu, ok laoshi memang cool hahaha

Selain dressup smart, cara laoshi mengajar pun santai so tak stress sangat budak-budak dalam kelas tu. Bahasa Malaysia laoshi pun fasih so masa dia explain, mudah la nak faham maksud semua tu. Students je la ada sesetengah yang terkial-kial nak catch up. Normal la sebab nama pun belajar bahasa ASING kan. Tapi for me personally, Alhamdulillah aku takde masalah. Selain sebab aku dah belajar Mandarin di KPMAM, aku pun memang sejak kecil lagi dah ada basic Mandarin hasil tengok drama Mandarin di NTV7 hampir setiap malam (macam kelakar tapi serius hehe)


Almaklum la abah aku kerja kampung so tak mampu la nak langgan internet macam orang lain walaupun kami ada komputer (tu pun kaklong yang beli masa belajar di UIA). Jadi TV la satu-satunya sumber hiburan aku. NTV7 pula masa tu memang banyak drama Mandarin best-best so memang rutin aku la malam-malam baring depan TV. Dari situ la aku kutip semua perkataan basic dan cara sebutan tu. In fact masa aku study di KYUEM dulu, some of my Chinese friends pun terkejut aku boleh faham mereka cakap apa 😂

Haaa cer teka ni ayat untuk tanya apa?
Kena banyak catat nota sebab laoshi suka buat kuiz mengejut di hujung kelas hahaha
Untuk Mandarin 1, laoshi kata ada 150 perkataan Mandarin yang kami kena belajar. Most of it ada yang kami kena betul-betul faham maksud dan ingat karakter dan struktur ayat sebab dalam Mandarin 2 dan 3, kami akan jumpa lagi benda yang sama. Haa sebab tu aku tak nak transfer kredit Mandarin 1 dari KPMAM dulu. Walaupun aku ingat perkataan basic yang ada, tapi struktur ayat Mandarin tu agak berbelit sikit sebab tak sama dengan struktur ayat bahasa Malaysia.

Contoh kalau nak bagi greetings kat someone kan, dalam bahasa Malaysia kan kita cakap "Selamat pagi, cikgu". Tapi dalam bahasa Mandarin, kena letak nama orang tu dulu di depan baru letak greetings. So jadi la "Laoshi, shang wu hao." Dan banyak lagi la struktur yang berbeza. Ditambah pula dengan 4 jenis tone yang berbeza untuk sebut huruf vokal AEIOU, lagi la jenuh nak faham dan hafal weh 😂

Duibuqi laoshi saya ambil gambar curi-curi hehe
Kelas Hong Laoshi ni generally memang dah cukup fun dan aku enjoy sangat masuk kelas. Tapi antara sebab lain yang aku suka adalah kadang-kadang bila aku tengok laoshi kan, muka laoshi seiras dengan muka Eguchi Takuya, Japanese voice actor yang membintangi beberapa siri anime popular. Dari spek matanya, bentuk badan yang kurus dan tinggi, kulit putih smooth, postur badan masa gelak, banyak la benda yang buat aku teringat kat Eguchi Takuya masa tengok laoshi.

Tapi sayangnya masa aku cakap benda ni kat kawan-kawan kan, mereka tak boleh relate sebab tak ramai antara mereka yang tengok anime dan kalau mereka tengok pun, takde yang terlebih weeb yang rajin follow voice actors dalam anime tu macam aku 😂

Inilah Eguchi Takuya tersebut like why are you so pretty 😍
Aku suka tau dia ni sebab selain rupa paras lawa (lol), suara dia masa gelak tu comel nak mampus hahahahaha. Dulu mula-mula jumpa dia di Youtube tak rasa apa pun tapi lepas tengok video dia main UNO dengan Hanae Natsuki (Kaneki Ken/Tokyo Ghoul dan Kamado Tanjiro/Kimetsu no Yaiba) dan Ono Kensho (Kuroko Tetsuya/Kuroko no Basket), aku jatuh hati pula dengan 3 ketul ni 😂
(Ada fans letak subtitle tau so please tengok video ni confirm takkan menyesal 😂😂)

Hasil tengok video ni, terus aku jadi peminat setia channel Youtube Hanae Natsuki ni lol. Cuma satu isu yang aku kena hadap as an international fan, sebab Hanae-san ni tak fasih English dan channel dia pun asalnya cater to Japanese audience, kebanyakan video dia takde subtitles la. Kalau ada pun, fans yang translate dan biasanya video yang terlajak famous je mereka akan translate. Tu pun berjanggut juga nak tunggu haha. 

Tapi since dah minat, aku redah je la tengok semua video termasuklah yang tak ada subtitles. Hasilnya, lepas follow siri Game of Darkness dan siri lain yang Hanae-san main dengan other youtubers, ditambah dengan basic Japanese yang aku kutip dalam anime, sekarang aku mostly boleh faham diorang cakap apa. Siap boleh translate di bahagian komen lagi untuk international fans lain faham. Pastu berjemaah la kami menyibuk dalam bahasa English di lautan komen yang dipenuhi bahasa Jepun tu 😂

Kiranya ada hikmah la aku tak boleh ambil kelas bahasa Jepun di UUM sebab aku jumpa channel Youtube Hanae Natsuki ni. Di sini, aku boleh kill two birds with one stone sebab aku boleh berhibur dengan perangai players dalam game tu dan pada masa yang sama belajar bahasa Jepun. Sekali harung aku belajar dua bahasa asing terus tahun ni haha. Hopefully pasni aku akan fasih dalam dua-dua bahasa sekali then boleh aku belajar bahasa lain pula.

Wish me luck okey dalam kembara mempelajari bahasa asing ni. 

Thank you for reading. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum.
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. bagusnyaaa, i wish i could learn a new language too. good luck! :)

    http://www.liyanajasmi.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you~ jom belajar bahasa baru sama-sama 😆

      Delete
  2. Saya pon berminat jugak nak amek mandarin. In fact, baru tadi kawan tanya2 dengan mentor hehe. Dulu mmg pernah amek kelas petang mandarin, cuma tu dari kelab. Kalau sy tak amek kelas mandarin, sy kena amek 2 kelas english. SO....kalau boleh tak nak la benda tu terjadi lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi pandai mengelat 😂 best belajar bahasa asing ni banyak kita boleh belajar benda baru hehe

      Delete
  3. Wahh bestnya belajar bahasa Mandarin. Saya ni pun sekarang tengah belajar bahasa Korea. Tapi tulah tak rajin nak study. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Korea pun tengah belajar juga selain Mandarin dan Jepun ni. Tp setakat ni boleh baca huruf Hangeul dia je la 😂

      Delete
  4. kite pon amik mandarin..hehe sebb penggunaan mandarin lebih meluas di Malaysia dan ekonomi pon banyak didominasikan oleh Cina..so i think it's a good opportunity for me.

    BTW.saya minat bahasa juga!Seronok...tahu la sikit2 bahasa spanish ,jepun,dan korea hasil tontonan drama,movie dan lagu2 asing yg di dengr..kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...bila tengok drama/movie dan dengar lagu asing ni habis semua bahasa kita kutip sikit-sikit hahaha. hopefully pasni boleh belajar properly la biar ada kemajuan sikit XD

      Delete
  5. akak pun ambil Mandarin juga time uni.
    UMS student kena wajib ambil bahasa asing juga utk 4 semester.
    1st sem akak nangis masuk kelas mandarin pasal nak sebut tu berbelit lidah, haha.
    kenangan sangat. now hantar anak sekolah cina, akak juga yang nak nangis tengok anak buat homework..

    ReplyDelete
  6. Hiii nak tnya, klu smbung master ke UUM lps tu nk ambik kelas bahasa mandarin bleh ke?

    ReplyDelete
  7. Hai.. saya berminat nak belajar mandarin tapi saya dah kategori post graduate dah sekarang.. haha.. menarik laa buku belajar tu. Kalau saya nak beli boleh? I hope you reply me..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS