PTPTN: Rezeki Tak Terduga :) | NaSa

PTPTN: Rezeki Tak Terduga :)

in , , , by NaSa, March 07, 2020
Assalamualaikum

BACA JUGA:

Kalau ikutkan, semalam aku dah pos entri baru kan (walaupun tu sebenarnya scheduled post hehe). Tapi malam ni izinkan aku untuk update lagi satu entri. Khususnya sebab nak berkongsi satu berita baik hehehe. Berita yang bagi aku suatu rezeki yang memang tak terduga sebab aku tak pernah terlintas pun yang aku akan dapat benda ni semester ni.

Kenapa?

Lepas aku tangguh pengajian satu semester di UUM tahun lepas, kan UUM ada hantar surat untuk maklumkan yang permohonan aku diluluskan. Dalam surat tu, ada dinyatakan tarikh aku kena laporkan diri semula di pusat pengajian pada 9 Februari 2020. Selain tu turut dinyatakan yang kalau aku penerima PTPTN, nanti semester depan PTPTN aku akan ditunda. Tapi aku dah tahu awal-awal la sebab aku dah tanya dulu orang PTPTN di Twitter.
Tengok dia kata "saudari tidak akan mendapat pinjaman pada semester seterusnya" tu
Ni masa aku tanya "duit PTPTN akan ditarik balik ke kalau tangguh lepas dah dapat duit?"
Dia kata "Pastikan tak guna wang tersebut" lol yakin je PTPTN yang aku takkan shopping πŸ˜‚
Kalau ikutkan, tak jadi masalah pun kan kalau aku tak dapat duit sem ni sebab boleh je guna duit yang PTPTN bagi sem lepas tu untuk teruskan hidup. Tapi alkisahnya...di UUM ni yuran semester akan ditolak secara automatik setiap kali duit pinjaman PTPTN tu dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam pelajar. Jadi daripada RM3k yang PTPTN bagi sem lepas tu, almost half dah selamat diambil oleh UUM untuk bayar yuran.
Dari PTPTN dia datang, kepada UUM dia kembali hahaha
Aku buat permohonan tangguh pula lepas duit PTPTN masuk. Maksudnya yuran dah ditolak la dari akaun aku padahal aku tak sambung belajar pun sem tu. Satu kerja pula kena buat permohonan refund daripada UUM. Dan bertambah haru biru bila duit refund daripada UUM tu tak sampai separuh pun daripada nilai yuran yang dibayar. Tengok la berapa duit aku dapat balik kat bawah ni berbanding yang dia tolak kat atas.
Kenapa ada 50 sen??? Aku teringin sangat nak tahu πŸ˜‚
Kalau buat kira-kira kan, dia akan jadi macam ni:
RM3,090 - RM1,349 + RM570.50 = RM2,311.50 
Nampak macam banyak lagi baki yang ada kan. Tapi nanti nak lapor diri tu, ada kena bayar tiket bas, hotel bajet untuk tidur satu malam (aku tak dapat bilik sebab status tak aktif), nak kena bayar yuran lagi, duit makan, buku etc. Banyak kot duit nak pakai. Dengan baki duit PTPTN yang ada tu, memang tak cukup la nak cover semua benda.

That's why lepas daftar je sem baru awal Februari haritu, aku start catu makan. Dah tak beli jajan sembarangan. Paling-paling pun kalau craving, aku beli cheesetart coklat je kat depan dewan kuliah dua biji. Untung murah haha. Sebabnya lepas bayar tiket bas, bilik, beli stok makanan dan barang keperluan untuk asrama, bayar duit buku, memang duit PTPTN dah susut. Nak bayar yuran semester pun memang tak lepas.

Mujur kaklong aku sponsor part yuran tu. Bukan sponsor suku atau separuh tapi FULL. Asalnya aku bagitahu kalau bayar ansuran pun boleh asalkan nilai hutang kurang daripada RM1,000 sebab kalau tak, aku tak boleh masuk final exam. Tapi siapa tahu yang lepas masuk je gaji kakitangan kerajaan bulan Januari tu, kakak aku whatsapp dia dah transfer RM1,500 untuk bayar lumpsum yuran tu. Baki lebih tu dia bagi buat duit makan (tapi tak makan pun sebab aku guna bayar buku Marketing yang sebiji je dah RM90 😌)
Terbang la hampir semua duit yang kaklong bagi tu πŸ˜ŒπŸ’ΈπŸ’Έ
Berkat bantuan kaklong, Alhamdulillah aku dah tak payah bimbang pasal yuran sebab dah dijelaskan sepenuhnya. Duit baki aku yang ada tu boleh la jimat-jimat untuk buat makan. Walaupun actually aku ada kebimbangan lain lagi sebab bulan Julai ni aku ada program sukarelawan di Thailand yang kena bayar RM400 untuk penginapan, pengangkutan dan aktiviti kat sana.

Walaupun kaunselor kata boleh bayar secara ansuran, tapi nilainya agak berat sebab duit yang ada dengan aku kurang RM1,000 untuk buat makan lebih kurang 4 bulan kat sini. Kalau kena tolak RM400 untuk program, memang makan biskut cap Ping Pong la jawabnya pasni haha. Tapi sebab aku nak juga join program tu, aku dah plan siap-siap nak guna duit dalam Tabung Haji untuk bayar kos program tu sementara survey kerja part-time yang aku boleh buat kat UUM ni untuk cari duit tambahan.

Sampailah pada hari Rabu penuh sejarah 4 Mac 2020 haritu, aku dapat satu emel daripada PTPTN.
Sukacitanya dimaklumkan......what????
Aku mula-mula tak percaya yang PTPTN hantar emel cakap aku akan dapat duit sebab:
1) Surat kelulusan UUM kata yang pinjaman aku akan ditunda satu semester
2) Even pegawai di Twitter rasmi PTPTN pun kata yang pinjaman aku akan ditunda
3) Kawan-kawan aku semua dah dapat duit PTPTN masing-masing masa 24 Februari 2020 haritu.

Sebab aku was-was dengan emel tu, aku DM akaun Twitter rasmi PTPTN tanya kenapa aku dapat emel tu sedangkan pinjaman tu sepatutnya ditunda. Jawapan pegawai di Twitter tu....
Dia kata aku dapat duit tu sebab status aku dah kembali aktif?
Tak puas hati punya pasal, esoknya lepas habis kelas International Logistics pagi Khamis tu, aku pergi ke U-Assist untuk tanya pasal benda tu. Pegawai kat situ pun pelik kenapa aku dikatakan akan dapat duit jadi dia suruh aku pergi ke Unit Kewangan UUM di HEP untuk deal dengan pegawai kewangan kat situ, yang mana beliau juga hairan kenapa PTPTN kata aku akan dapat duit hahahaha

Pendek kata, aku dah menyebabkan ramai orang hairan bin ajaib dek kerana emel PTPTN tu πŸ˜‚

Pegawai Unit Kewangan tu kata, memang dia hantar pengesahan kepada PTPTN yang aku dah kembali aktif sem ni tapi sepatutnya PTPTN kena tengok keputusan exam aku dalam semester lepas sebelum duit pinjaman tu dikreditkan. Logik dia mudah je:
  • Status aktif sekarang + lulus exam sem lepas = dapat pinjaman
  • Status aktif sekarang + repeat paper/tangguh sem lepas = tak dapat pinjaman
Oleh sebab aku termasuk dalam kategori tangguh, sepatutnya memang tak dapat la pinjaman tu.

Tapi tu la even lepas pegawai UUM tu check semua database, dia pun takjub nama aku tersenarai antara penerima pinjaman untuk sem ni sekali dengan budak-budak yang baru buat permohonan haritu. Untuk jimatkan masa, dia kata nanti dia rujuk orang PTPTN dan akan call aku untuk bagitahu update (takde call pun haha).  Tapi kalau aku betul-betul dapat duit tu pun, katanya lagi "anggaplah tu rezeki awak."

Aku memula macam hmmmmmm.........ye-ye je PTPTN akan bagi kan. Entah-entah dia tersalah emel? So aku tak letak harapan tinggi la yang aku akan dapat duit. Lagipun aku berbelah bahagi sebenarnya better dapat duit ke tak. Sebab kalau tak dapat, nilai hutang akan berkurang sebab aku tak terima pinjaman untuk satu sem so kurang la nilai kena bayar pasni. Tapi kalau dapat pun, aku akan sangaaaaat lega dari segi kewangan dan tak payah catu bajet sana sini.

But i pening fikir banyak-banyak masa tu so akhirnya aku berserah kepada takdir Tuhan je.

Sampai la pagi Sabtu tadi (tarikh 7 Mac 2020), aku terlintas nak check akaun Bank Islam lepas aku bangun nak bersiap-siap pergi kelas kokurikulum. Dan hasilnya............?
Alhamdulillah duit tu masuk betul-betul 😭😭😭😭😭
Aku tak expect akan dapat duit tu for real ya Allahhhhh nak nangis 😒 Dan disebabkan aku dah bayar yuran semester guna duit yang kaklong bagi haritu, aku dapat nilai full la sebab UUM tak tolak secara automatik duit untuk jelaskan hutang aku. Alhamdulillah di situ.

Aku laju-laju whatsapp kaklong cakap ada kecelaruan maklumat apa entah antara PTPTN dengan Unit Kewangan sampai PTPTN terrrrbagi duit kat aku sem ni πŸ˜‚ At the same time aku tanya kaklong, duit yang dia bagi untuk yuran haritu macam mana? Aku dah set nak bayar balik duit tu kat kaklong sebab seribu lebih kot. Banyak tu. Macam-macam benda dia boleh buat guna duit tu. Kaklong dah la kena bayar kos mama cuci buah pinggang setiap bulan lagi.

Tapi kaklong suruh aku simpan je just in case nanti dia tak sempat nak bagi aku elaun tambahan macam sebelum ni. Sebab selalunya kaklong memang bagi aku duit at least RM100 sebulan untuk support duit makan. Tapi tu la bezanya nilai kali ni besar kot. Ralat aku. Ya Allah kali ni aku nangis betul-betul sebab pemurahnya kaklong aku 😭😭 Semoga Allah murahkan rezeki kaklong dan berkati hidup dia dengan segala jenis kenikmatan hidup di dunia dan akhirat. Aminnnn.....

Demi keselamatan kewangan masa depan, aku tak biarkan duit banyak-banyak tu macam tu je la. Aku pindahkan 2.5k masuk ke dalam akaun Tabung Haji biar dividen dia beranak pinak dalam tu haha. Selebihnya aku simpan just cukup-cukup untuk support duit makan aku for the rest of the semester, beli tiket bas untuk cuti midsem, dan untuk bayar duit program di Thailand tu.

Begitulah kisah aku dapat rezeki tak terduga harini. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Allah permudahkan jalan aku semester ni. Mungkin inilah rezeki yang dilapangkan hasil aku berkorban tangguh semester lepas untuk jaga mama sakit di rumah. Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan agar aku dikurniakan rezeki yang lebih baik, terutamanya mama abah la yang mesti mendoakan aku selalu. Betapa makbulnya doa ibu bapa. Tak terbalas jasa mereka dengan kata-kata mahupun bakti 😭😭😭😭

Anyway, itu sahaja aku nak cerita malam ni. Terima kasih kerana membaca. Akhir kata, hargailah ibu bapa anda dan percayalah di sebalik dugaan yang Allah timpakan ke atas bahu kita, ada rezeki yang lebih manis Dia nak bagi. 


Jumpa lagi dalam entri seterusnya.
Assalamualaikum.
SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak hehe, moga sentiasa maju jaya dan murah rezeki^^..salam kenal Nadzirah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn. Saya doakan yg sama juga untuk Haziqah dan keluarga. Salam kenal juga :)

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki jaga mak tuu.. Situasi study sama macam saya, sekarang ni nak kena catu makan sikit-sikit dengan buat part time untuk cover belanja pastu ada program kat Indonesia lagi nanti hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan saudara Aiman. Biasa la zaman belajar ni memang masalah duit tak lari ke mana. Dugaan menuntut ilmu 😌

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau tangguh (defer) macam ni, pinjaman cuma ditunda utk satu semester je. Masuk sem baru pinjaman tu akan diberi semula

      Extend yg kena sambung sem sampai lebih dpd tempoh kontrak pinjaman tu ya memang tak dapat pinjaman

      Delete
  4. Sorry, nak tnya, macam mana awk mohon refund balik duit yuran tu.. Melalui u assist ke or lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pergi u-assist tu kaunselor bagi borang permohonan refund. Kalau melalui online ni tak tahu la pulak ambik kat mana

      Delete
  5. duit ptptn mmg masuk 7hb ke ?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , saya nak tanya sikit berkenaan dengan duit ptptn , kalau duit ptptn masuk dekat acc history tu dia akan tulis electronic payment ye? Kalau dia tulis nama uni so maksdnya bukan duit ptptn eh?, saya uitm tapi dalam acc bank saya ada duit masuk tulis university mara, itu duit ptptn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. klu ikut yg UUM punya masa duit masuk memang dia tulis electronic payment diikuti nombor reference bayaran cam gambar atas. pasal nama uni tu tak pasti la. tp klu jumlah yg masuk tu sama dgn nilai pinjaman ptptn utk satu semester (mengikut peratus yg dapat ikut status pelajar), ye la kot dpd ptptn

      Delete
  7. Akak saya nk tyer. Saya dah extnd 2 sem dri tahun lpss. saya start continue balik tpi saya dah lambat 2 sem dri kwn saya yg lain, Tpi pihak uni saya mntk mohon ptptn dri bank islam and dlm masa yg sama saya buat permohonn and dlm bulan nie saya dpt ptptn bayar saya awal. sedangkn saya blom start exam, saya exam 27hb/4 nie tpi 7hb bulan 4 nie saya dh dpt duit ptptn tpi 2300 sahaja. saya plik sbb result ptptn saya blom kluar and ambik exam pom blom. ttbe je ptptn bgi saya duit( saya chck kt history electronic pynnt) ade kah rezki?

    ReplyDelete
  8. assalam tumpang tanye, berkenaan pengurangan yuran pelajar ipt baru2 ni kan, sbb saya ade apply ptptn so nanti yuran dia ptptn cover ke yuran ni nanti??
    ade dpt refund tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [sorry dah delete jawapan lama sebab salah maklumat]

      PTPTN akan kreditkan jumlah penuh pinjaman mengikut kelayakan pelajar (sama ada dapat 100% pinjaman, 75%, atau 50%). Potongan yuran tu dilakukan oleh bank mengikut nilai yang ditetapkan oleh IPT masing-masing. Kalau IPT ada buat keputusan nak kurangkan yuran, IPT sendiri akan uruskan refund tu kepada akaun pelajar. Macam kami di UUM tahu-tahu duit dah masuk dalam Bank Islam. Jadi sebarang urusan refund memang perlu dimajukan kepada IPT terus.

      Delete
  9. Duit ptptn memang akan masuk ke akaun kita ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masuk akaun pelajar tu sendiri.

      utk check bank setiap IPT dan bila duit masuk setiap sem boleh tengok di entri ni:
      https://officialnasa28.blogspot.com/2021/08/cara-semak-tarikh-pinjaman-ptptn-masuk.html

      Delete
  10. Hi nak tanya awak tahu tak, sekiranya kita tangguh pengajian, dan masih grad dengan first class degree, masih boleh apply ke pengecualian bayaran balik? Saya harap awak jawabπŸ™πŸ™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tetap boleh mohon pengecualian tu asalkan grad tu masih dalam tempoh perjanjian dgn PTPTN walaupun kita pernah tangguh sem.

      Dalam entri lagi satu ada tulis sikit pasal tu
      https://www.nasamenulis.com/2021/09/pengalaman-aku-sebagai-peminjam-ptptn.html

      Delete
  11. Assalammu'alaikum, saya sekarang pun ada masalah yang sama, duit ptptn saya ditolak amaun yuran sem, sedangkan saya dah bayar yuran tu sebelum saya buat pinjaman, so kira double pulak payment, saya dah contact UiTM dan diorang suruh hantar email dekat bahagian kewangan UiTM, saya dah hantar email formal siap resit yuran lagi dengan maklumat pelajar, sampai ke harini tak berbalas haih, ada cara yang lebih efektif ke?

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS