Assalamualaikum
Yeay akhirnya habis juga sebotol serum ni lepas sebulan aku gigihkan diri pakai 2 kali sehari; sebelum pergi kelas dan sebelum tidur. Pertama kali tau aku rajin pakai sampai habis macam ni. Sebelum ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je pakai separuh jalan. Pastu merungut membazir duit sebab pakai tak habis dan kulit pun tak nampak elok ke tidak haha padan muka siapa suruh tak istiqamah.
Anyway entri ni aku dedikasikan khas untuk 3 ketul sahabat iaitu Qemal, Naslyn, dan Atul yang selalu tak sabar suruh aku review pasal serum Kayman Beauty ni. Katanya nak tengok dulu hasil lepas aku pakai serum ni dan apa pandangan aku. Kalau menjadi, baru diorang beli juga. Amboi kemain. Ingat guwe tikus makmal ke hahahaha.
Kayman Beauty Skintella Repairing Serum |
Packaging all black saya suka, saya suka~ |
Katanya la. Hakikatnya aku pun tak tahu kenapa elok je PTPTN tu masuk macam biasa haha rezeki 😅
Tapi sebab ramai sangat yang rave pasal serum Skintella di twitter dan Kak Belle, owner Kayman Beauty pun selalu RT feedback daripada Kayfairies tentang kesan serum tu pada kulit mereka, perasaan aku membuak-buak nak beli juga. Tambah pula birthday aku jatuh bulan Oktober, lagi la aku nak beli as hadiah untuk diri sendiri. Ye la kalau bukan beli sendiri, siapa yang nak bagi hadiah, kan? 😂
Sebab tu aku gigihkan juga korek saki-baki duit simpanan (selain PTPTN) yang ada dalam akaun Bank Islam dan melabur di Skin Grocer Malaysia dalam Shopee. Terbang RM69.00. Mujur aku beli melalui Shopback jadi dapat la balik cashback 65 sen. Jimat la juga lol
Function sangat quilling arts aku jadi props hahaha |
Masa tengok gambar serum ni dalam Twitter, aku ingatkan botol dia plastik tau. Lepas dapat parcel tu baru tahu sebenarnya botol kaca bosskurr. Berat weh. Gerun aku takut jatuh atas kaki. Mau benjol seminggu lol.
Aku juga ingatkan ia jenis botol transparent dan warna hitam tu sticker yang ditampal membaluti botol. But NOPE. The whole bottle itself is jetblack. Dan perkataan tu semua printed atas botol. Feeling dia elegan gituuuu~
Cuma bentuk botol yang square tu bagi aku agak susah nak grip sebab sakit tangan genggam bucu dia tu. Serupa pegang bilah pisau wah overnya kau hehehe gurau gurau. Maybe sebab dah biasa guna produk dalam botol bulat kot so rasa macam botol bulat lagi senang dan lagi selesa nak pegang.

Tapi so far tak bermasalah pun bentuk botol tu. Atas preference masing-masing je. Dan saiz botol dia tu aku suka sebab just nice je dalam genggaman.
Dia punya legap botol tu pun kaw-kaw sebab memang tak boleh nak intai baki serum tu dari luar botol. Aku suluh dengan flashlight handphone pun tak nampak isi dalam botol tu. Sebab tu masa serum aku nak habis, aku tak perasan pun yang isinya memang dah di tahap yang nazak. Lagipun botol tu kan kaca jadi kupikirin dia punya berat tu sebab isi masih banyak. Rupanya idok hahahah
Tapi bagus juga la dia buat botol full black. At least aku dapat peace of mind sikit sebab isi dia tak terdedah kepada cahaya? I don't think serum ni mudah oxidize macam serum vitamin C kalau terkena cahaya tapi better safe than never la kan.

Look at the list of ingredients emm 😋 |
Bahan utama yang digunakan dalam Kayman Beauty Skintella Repairing Serum:
Aqua, Glycerin, Centella Asiatica Leaf Extract, Bifida Ferment Lysate, Citrus Reticulate (tangerine) Peel Extract, Imperata Cylindrica Root Extract, Arbutin, Vitis Vinifera/Vitis Vinifera (Grape) Seed Extract, Lecithin, Linoleic Acid, Linolenic Acid, Tocopheryl Acetate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Glutathione, Tocopherol, Acrylates/C10-30 alkylate Acrylate Crosspolymer, Phenoxyethanol, Triethylene glycol.Dalam banyak-banyak, centella asiatica leaf extract tu aku tahu nama Melayu dia ekstrak daun pegaga. Dah biasa dah aku dengar daun pegaga ni digunakan dalam skincare products sebab khasiat dia antioxidant dan anti-inflammation. Masa jerawat teruk dulu-dulu pernah je teringin nak beli produk yang ada extract pegaga ni macam COSRX Centella Blemish Cream. Tapi tak beli pun sebab enggak ada fulus. Skintella Kayman Beauty ni baru aku dapat merasa pakai pegaga haha.
Selain tu, aku cam juga linoleic acid dan linolenic acid yakni lemak asid omega 6 yang diperlukan tubuh. Tahu pun sebab masa buat research sebelum makan Evening Primrose Oil (EPO) dulu, aku jumpa dalam article kesihatan yang EPO kaya dengan dua bahan ni.
Grape seed extract dan tocopheryl acetate pun aku tahu juga kaya dengan vitamin E sebab biasa jumpa masa buat research untuk tahu bahan apa yang boleh pudarkan parut. Fuhhh tak sia-sia aku lalui zaman berjerawat dulu sebab banyak juga bahan yang baik untuk kulit aku tahu 😂
Tapi untuk lebih jelas pasal fungsi setiap bahan dalam serum Skintella ni, kau baca di CosDNA la senang. Boleh check sekali notes kat situ kot-kot ada bahan yang boleh trigger your skin. For me Alhamdulillah takde apa-apa masalah pun lepas pakai serum ni walaupun tak buat patch test hehe

The pumper. |
Small thing to note, I loveee the pumper. Setiap kali tekan, serum yang keluar tu just nice je amount dia. Takde la terlebih sampai meleleh atau terkurang sampai kena tekan banyak kali baru dapat amount yang nak. 2 kali pump pun dah cukup untuk dapatkan amount yang sesuai untuk disapu ke seluruh muka.
Tapi I extra sikit. Kadang-kadang aku pump sampai 3 kali sebab sapu di leher sekali dan sapu extra di pipi kawasan liang pori di pipi tu biar dapat extra hydration lol. Tapi berkesan tau sebab hasilnya liang pori tampak lebih kecil dan kulit lebih smooth 😆
Dan tahukah anda, hari serum ni habis baru aku tahu yang pumper dia tu boleh dibuka actually? Aku ingatkan dia jenis yang ditekan masuk oleh mesin dan susah nak cungkil. That's why aku takde rasa nak check pun banyak mana isi dalam botol tu since aku ingatkan dia susah nak dibuka haha.
The texture~ |
Aantara part yang paling aku suka, NO DISTINCT SMELL.
Walaupun serum ni ada bau, bau tu natural. Faham tak? Sebab bau tu tak terlalu kuat sampai buka botol pun dah boleh hidu. Certain products kan ada yang jenis wangi camtu dan ada yang bau serupa kimia. Aku sebagai orang hidung sensitif ni tak boleh go dengan produk camtu so bila pakai Skintella yang bau natural dan cepat hilang ni, aku suka la. Kulit aku pun tak irritated bila tak ada fragrance.
OK done pasal kisah produk. Kita beranjak kepada kisah kesan penggunaan pula ya.
Walaupun aku beli serum Skintella ni Oktober 2019, tapi aku tak pakai sangat pun kat rumah sebab kurang rajin. Lagipun masa tu aku bukan ada masalah jerawat sangat sebab jerawat aku dah kurang lepas makan antibiotik Doxycycline dari klinik UUM. Kalau naik pun, tak banyak sangat. Plus aku duduk rumah je so tak ada keperluan nak melawa sangat haha. Tu yang aku pakai jarang-jarang je.

Lepas daftar sem baru di UUM baru la aku start pakai serum Skintella ni hari-hari. Selain nak cantikkan kulit biar lebih konfiden nak pergi kelas, aku pun dah tahu asal balik Kedah je mesti ada jerawat naik. Mostly mungkin sebab perubahan cuaca dan kualiti air di UUM yang kurang memuaskan. Kecoh kot haritu air paip UUM dah serupa air teh free 😂
Awal semester 3 lepas balik UUM. |
Macam nak stress juga sebab sebelum aku datang UUM tu kulit OK je. Tapi lepas terdedah kepada panas dan segala macam pencemaran udara masa putar-putar keliling UUM untuk uruskan pendaftaran masuk, ditambah pula berperang dengan habuk masa kemas bilik baru, mendapat kau naik merah-merah di pipi. Jerawat yang kecik-kecik pun dah serupa diternak. Laju je beranak.
Tapi aku rajinkan diri pakai 2 kali sehari setiap hari dan hasilnya.....LIHATLAH!!
Tapi aku rajinkan diri pakai 2 kali sehari setiap hari dan hasilnya.....LIHATLAH!!
Lepas hampir sebulan, feewit~ |
Jerawat di pipi belah kanan takde terus dan parut jerawat pun mostly dah pudar. Cuma pipi kiri je la macam spoil sikit. Dia sebenarnya hampir sama je keadaannya macam pipi kanan sebab parut pudar semua cuma 2 Mac 2020 tu aku period jadi naik la jerawat hormon di situ sebaris.
Pastu serum pula dah habis masa ni so nampak macam kulit aku tetap berjerawat kan haha tapi tu sementara je, gais. Lepas period tamat, jerawat tu surut dah. Maksudnya memang berkesan la serum Skintella ni untuk "repair" my skin.
Maka dapatlah aku merasa kulit bareface yang seperti di bawah ni sekarang 🙈
Maka dapatlah aku merasa kulit bareface yang seperti di bawah ni sekarang 🙈
Barely visible je parut dia huhu |
Pakai light makeup pun, my skin bekerjasama dengan baik sebab hydration serum Skintella ni buatkan kulit aku smooth dan mudah disapu bedak. Takde bercapuk ke apa. Application pun nampak rata sebab takde tiny bumps yang buatkan kulit nampak menggerutu. Paling penting, tak pakai foundation pun boleh cover parut jerawat yang dah pudar tu dengan compact powder. LOVE TERUKKKK 😭❤
Masa ni just pakai compact powder, blusher and lipstick tapi dah cukup cover most parut hehe Aku suka gambar ni sebab bawal on point hahahah |
In short, Skintella Repairing Serum from Kayman Beauty ni bagi aku 4 kesan ketara iaitu:
Memang puas hati dari semua segi la setakat ni sebab harga berpatutan, kualiti bagus, dan sesuai pula tu dengan kulit aku. Kesan dia memang ketara sampai berjaya menjadi serum pertama yang aku berjaya pakai dengan istiqamah sampai habis. Sebelum ni aku beli serum lain yang lagi famous di luar negara takde pula macam tu tau.
Tapi tu la aku tak puas hati betul kenapa la serum ni habis betul-betul masa aku tengah beransur-ansur mendapat hasil yang aku nak 😂 Jadi ceritanya memang aku repeat order la di Shopee hehehe. Istimewanya, aku turut beli sekali Snowmeric Serum keluaran Yello Skincare (previously Yellow Gorgeous).
- SOOTHING: Bila sapu serum ni di tempat-tempat berjerawat, cepat je jerawat tu hilang kesan merah-merah dia. Bangun esok tu dia dah kurang rasa gatal dan pedih. Takde dah rasa nak picit jerawat hehe
- HYDRATING: Liang pori aku tampak makin mengecil dan permukaan kulit pun jadi smooth dan lembut. Takde dah la aku komplen liang pori dah serupa liang lahad 😆
- BRIGHTENING: The healthy glow is real, y'all 😭😭 Kulit aku tak nampak kusam pun walaupun kadang-kadang dalam seminggu tu aku lupa skrub kulit mati. Padahal sebelum ni skrub regularly pun tetap nampak kulit kusam tak bermaya.
- SMOOTHENING: Ni hasil daripada hydrating tadi sebab bila kulit properly hydrated, tiny bumps pun makin kurang. Jadi bila usap kulit muka aku, rasa smooth je takde biji-biji.
Memang puas hati dari semua segi la setakat ni sebab harga berpatutan, kualiti bagus, dan sesuai pula tu dengan kulit aku. Kesan dia memang ketara sampai berjaya menjadi serum pertama yang aku berjaya pakai dengan istiqamah sampai habis. Sebelum ni aku beli serum lain yang lagi famous di luar negara takde pula macam tu tau.
Tapi tu la aku tak puas hati betul kenapa la serum ni habis betul-betul masa aku tengah beransur-ansur mendapat hasil yang aku nak 😂 Jadi ceritanya memang aku repeat order la di Shopee hehehe. Istimewanya, aku turut beli sekali Snowmeric Serum keluaran Yello Skincare (previously Yellow Gorgeous).
Sebabnya dalam entri review mask kunyit Yellow Gorgeous haritu kan aku dah kata kalau ada rezeki lebih, aku nak try. Alang-alang duit PTPTN masuk tanpa dijangka haritu, aku borong la sekali hehe.
Aku beli pula dengan seller yang ada promosi 10% coin cashback jadi hasil belian aku ni, dapat la aku claim 1,580 coins daripada Shopee hehe. Untung juga. Cuma kureng sikit je masa aku buat payment haritu sebab AKU LUPA PAKAI SHOPBACK 😭😭😭😭 Dah rugi cashback kat situ sobs.
Anyhow, parcel barang ni dah sampai actually kat rumah runner yang aku upah untuk ambilkan parcel tu. Tapi dia punya jadual penghantaran ke UUM tu setiap Rabu dan Ahad pastu parcel pula sampai petang Rabu, so tak dapat la aku ambil parcel tu pada hari sama. Kena tunggu Ahad ni baru dapat ambil. Takpe lepas dah dapat nanti, aku akan update balik kat sini okey.
Sekian sajalah entri review aku kali ni. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi. dalam entri seterusnya hehe. Assalamualaikum.
Repeat order yeay~ |

Wah... rajinnya NASA buat research ttg ingredient produk.. Cantik gambar Nasa tu... Comel sungguh... Tertarik juga dengan serum tu, sebab saya pun jenis kulit sensitif dan mempunyai hidung yang amat sensitif.. tak boleh GO dengan bau-bauan meskipun yang orang cakap.. wangi sedap tu... hehehe.. tapi kena fikir berkali-kali dulu sblm beli.. sebab saya ni jenis sangat hangat-hangat tahi ayam.. hihihi
ReplyDeleteComel ke hahaha 😂 Kena rajin google info la sbb dulu lepas muka rosak pakai produk timbang kilo, merana bertahun-tahun nak hilangkan jerawat batu semua tu. Pakai produk macam² pun tak jalan. Alhamdulillah lepas ambil ubat doktor baru la dapat merasa kesan positif bila pakai skincare ni huhu.
DeleteTp tu la kadang memang kemalasan tu melanda bila bab kena istiqamah pakai sesuatu produk ni 😂
macam menarik je serum dia. alang2 kulit saya agak bermasalah dan banyak parut.....cuma tu la, serum yang ada ni pon tak habis2 lagi sbb macam tak sesuai dgn muka.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak minta izin untuk guna awak punya Skintella Repairing Serum sebagai marketing materials. Saya berharap untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak awak, sekiranya awak mengizinkan. Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Diizinkan tp mohon kredit kpd blog dan gambar tidak diubah/dibuang watermark asal 😊
DeleteAda apa2 kesan buruk tak kalau kita da stop pakai serum kayman tu ?
ReplyDeleteBased on pengalaman sendiri, tak ada kesan buruk pun. My skin maintained ok je lepas tu 😄
Delete