Assalamualaikum
Pesanan penaja: Sukacita dimaklumkan entri ni panjang nak mampos ye. Aku nak bahagi pun takut mesej tak sampai dengan berkesan pula sebab momentum tak berterusan. Jadi bertabah la anda baca panjang-panjang ye. Ala duduk kuarantin di rumah ni mesti banyak masa lapang kan hehe
Seperti tajuk di atas, harini kita kongsi pengalaman macam mana aku disahkan ada cyst dalam ovari ye. Bukan sebelah ovari je tau, tapi kedua-dua OVARI KIRI dan KANAN. Haaa seram tak? Aku sendiri di klinik haritu rasa cam "wtf" haha tapi mujur ada member yang baik hati teman aku pergi scan tu. Takde la guwe seram sorang-sorang. Thank you Emy~ ❤
Dia jadi seram tu sebab selama ni biasa dengar/baca cerita orang je pasal cyst ni. Jadi bila kena kat diri sendiri, memang rasa macam takde tanah nak berpijak. Rasa di awangan gitu. Berbaur rasa bimbang dan takut dalam hati. Negatif jap kepala otak takut cyst makin membesar dan kena operate pasni. Cyst pun ada risiko kacau peranakan dan kesuburan. Takut la kalau tak boleh nak mengandung dan lahirkan anak pasni. Gitu dia punya overthinking. Biasa la perempuan.
Alhamdulillah nasib baik aku pergi scan awal dan cepat dapatkan rawatan. Sebab tu lepas sebulan makan ubat, doktor scan kali kedua masa follow-up tu dan didapati cyst aku dah mengecut. Syukur. Hilang satu gundah gulana di hatiku sebab sumpah tak nak kena operate weh. Dan syukur juga Allah gerakkan hati untuk terus pergi scan sejak period aku berubah jadi pelik start tahun 2020 ni. Ye la gila tak pelik kalau tiba-tiba je aku senggugut teruk sampai nak pitam nyah?
Period aku ni asalnya boleh dikatakan jenis normal. Dia datang setiap bulan. Kitaran dia lebih kurang setiap 21-24 hari. Dia biasanya bertahan selama 5-7 hari. Dari segi senggugut, sakit paling kuat biasanya masa hari pertama period je. Tu pun simptom dia perut tegang dan rasa nak buang air besar je haha. Takde la sampai muntah, tak boleh bangun, pitam apa semua tu. Dalam skala 1-10, senggugut aku di tahap 4 gitu. Selalunya kalau makan panadol 2 biji dan guna heat patch sekeping dua, sakit tu berkurang la.
Aku makan panadol ni sebab for me lagi berkesan daripada panadol biasa. |
Heat patch yang aku biasa guna: Ammeltz dan Menosmooth Selain tu, Evening Primrose Oil pun bantu kurangkan senggugut aku juga. |
Tapi bukan tahun ni ye. Produk di atas ni tak membantu macam tahun-tahun lepas sebab 2020 ni lain macam sikit azab dia. Aku dah masuk tahap rasa nak ambil gergaji belah perut dan cabut rahim keluar. Kat twitter pun penuh dengan aku membebel rasa nak dilahirkan jadi jantan je sebab senang tak payah menghadap period dan senggugut setiap bulan haha. Serius guwe stress.
Kronologi kejadian:
JANUARI 2020, period dah start buat hal sebab tiba-tiba datang kurang dari 5 hari. Masa ni dah start pelik tapi aku tak ambil kisah sangat sebab fikir oh maybe sebab stress mama sakit haritu je kot. Pasni elok la kot. Kot. KOT. Rupanya tidak, nyah.
5 FEBRUARI 2020, di sini segalanya bermula. Pertama kali dalam sejarah, period aku diiringi sakit perut yang amat sangat. Sakit pula jenis beransur teruk. Awal pagi tu macam senggugut biasa je. Tapi masuk tengah hari, sakit sampai kaki dan tangan menggigil dan aku pun tak larat nak jalan. Feeling dia macam masa hypo tak cukup gula dalam darah padahal masa tu aku dah makan. Aku siap telan panadol 2 biji dan pakai heat patch paling panas yang aku ada but NOPE. Tetap sakit.
Menjelang malam, sakit tu makin teruk. Aku telan lagi 2 biji panadol tapi perut aku terutamanya pinggang belah kanan bawah rasa macam kena cengkam. Daripada cuma berkerut muka tahan sakit, aku dah start menangis. Sumpah tak pernah aku rasa sakit macam tu. Tapi masa tu aku tak terlintas lagi nak bagitahu parents aku sebab dah lewat malam dan aku rasa macam "senggugut je pun." Tak nak la nampak over kan.
So aku nangis sorang-sorang dalam bilik. Dari 11 malam sampai 2 pagi aku on off menangis, tertidur, terjaga balik sebab sakit, menangis, tertidur, repeat. Last sekali aku fed up so aku telan lagi 2 biji panadol baru la rasa lega sikit. Pastu campur penat menangis kan, aku tertidur. Tapi kejap je sebab 4 pagi tu, perut yang belah kanan tu rasa serupa kena tikam then pisau tu ditarik keluar secara mengejut. Daripada posisi baring, aku terjaga dan terus terduduk sebab SAKIT NAK MAMPUS.
Masa ni baru ada akal nak kejutkan parents aku sebab dah tak tahan sangat. Lagipun tempat yang sakit tu pula dekat dengan kawasan apendiks so tak tahu la menatang apa yang duk mencengkam sangat tu. Entah apendiks pecah ke apa. Laju mama kejutkan kakak aku suruh temankan abah bawa aku ke unit kecemasan Hospital Tumpat.
Bertemu lagi kita lepas kali terakhir bawa mama datang sini sebab sakit buah pinggang haritu |
Takde orang pun masa tu jadi tak lama la aku kena tunggu untuk saringan sebelum boleh masuk ke bahagian rawatan. Tapi nasib tak berapa baik sebab walaupun dapat doktor perempuan, tapi doktor mengantuk kot jaga emergency sepanjang malam tu. Sebab lepas je dengar aku kata perut aku sakit tapi aku baru start period semalam, doktor buat muka weh. Jelas dia punya rolling eyes tu.
"HMM SENGGUGUT LA TU. BIASA LA." Keluar ayat keramat ni dari mulut dia hmm. Pesakit yang period ni kalau dia kata sakit perut, memang senggugut je la diagnosis yang logik untuk diorang kan duhhh 🙄 Tapi dah aku datang jauh-jauh ni, doktor suruh juga aku buat urine test just in case. Sambil tunggu keputusan, dia suruh aku baring atas katil dan inject painkiller sedas. Berita baik, sakit di perut beransur hilang. Cuma sakit di pinggang tu tetap terasa berdenyut lain macam.
Tapi doktor tetap yakin tu cuma "senggugut je" sebab urine test normal. Siap berceramah lagi "Setakat senggugut ni check di klinik kesihatan je. Kecemasan mana layan kes macam tu." Ah ye memang klinik buka pun pukul 4 pagi 🤡 Aku sakit serupa nak terbelah perut makan panadol 6 biji pun tak lega takkan nak suruh telan sekotak sementara tunggu klinik buka? Kalau betul-betul apendiks cemana? Nak tunggu pecah dalam perut dan nazak dulu ke baru boleh datang kecemasan?
Tapi doktor tetap yakin tu cuma "senggugut je" sebab urine test normal. Siap berceramah lagi "Setakat senggugut ni check di klinik kesihatan je. Kecemasan mana layan kes macam tu." Ah ye memang klinik buka pun pukul 4 pagi 🤡 Aku sakit serupa nak terbelah perut makan panadol 6 biji pun tak lega takkan nak suruh telan sekotak sementara tunggu klinik buka? Kalau betul-betul apendiks cemana? Nak tunggu pecah dalam perut dan nazak dulu ke baru boleh datang kecemasan?
Tapi aku maleh nak berdebat so angguk je la masa dia bercakap tu. Husnudzon doktor penat berjaga sampai pagi walaupun tetap tak boleh terima part dia buat muka tu hahahahahah
Dah la orang farmasi pun buat hal eja nama dan IC aku salah huhu 😗 |
Balik rumah, sebab pinggang kanan tu masih sakit, aku berjalan senget sebelah kanan sepanjang hari weh. Pastu yang makin pelik, walaupun ni hari kedua period, darah aku dah stop. Memang rasa amboi amboi amboi sangat sebab dah la sakit serupa nak mati, kena inject di bontot, kena bebel dengan doktor, akhirnya darah banyak tu je? Apakehey? Padahal sebelum ni biasanya 2-3 hari pertama period tu heavy flow siap kena tukar pad 2-3 kali sehari.
Mama pula lepas tengok aku duk berjalan versi bongkok ke tepi tu, dah mula keluarkan tanda tak nak bagi aku naik bas balik UUM 8 Februari 2020 nanti untuk daftar masuk ke semester baru. Takut jadi apa-apa dalam perjalanan. Tapi mana boleh cancel rancangan balik UUM tu. Aku dah satu sem tangguh pengajian. Ada banyak benda nak uruskan untuk start sem baru tu. Pengaktifan status, add subjek, mohon bilik, etc. Jadi mama suggest untuk jumpa doktor swasta pula.
Second doctor for second opinion |
Tengok nama pun tahu doktor lelaki kan. Tapi masa aku cerita yang aku start sakit perut masa first day period tu, dia tekun je dengar. Takde buat muka. Takde juga statement menyakitkan hati "Senggugut la tu. Normal la tu." ke apa. Sejuk hati aku haha.
Hasil pemeriksaan, doktor kata aku bukan apendiks sebab kalau betul-betul apendiks, dia sentuh sikit je pun aku dah akan rasa sakit. Tapi dia syak memang ada something yang bengkak dekat kawasan berdekatan apendiks tu jadi dia bagi 2 jenis antibiotik dan satu ubat surut bengkak untuk aku makan selama seminggu bagi hilangkan sakit tu.
Hasil pemeriksaan, doktor kata aku bukan apendiks sebab kalau betul-betul apendiks, dia sentuh sikit je pun aku dah akan rasa sakit. Tapi dia syak memang ada something yang bengkak dekat kawasan berdekatan apendiks tu jadi dia bagi 2 jenis antibiotik dan satu ubat surut bengkak untuk aku makan selama seminggu bagi hilangkan sakit tu.
Terbang RM60 haha |
Alhamdulillah berkesan. Jadi lepas balik UUM, takde la aku berjalan senget serupa Menara Condong Teluk Intan lagi dah. Tapi yang tak bestnya sakit tu tetap datang bila-bila masa yang dia nak. Tengah aku duduk diam-diam pun boleh je dia berdenyut sakit sesaat dua. Sensasi dia macam pedang dalam game Fruit Ninja tiba-tiba datang belah perut aku pastu pedang tu hilang. Misteri betul. Maka aku buat keputusan jumpa doktor lain pula. Kalini kita ke Pusat Kesihatan UUM (PKU).
Dah macam aktiviti wajib setiap sem je datang sini. |
20 FEBRUARI 2020, as usual aku request doktor perempuan di PKU dan besar la harapan nak jumpa doktor yang bagi aku antibiotik untuk atasi jerawat haritu. Sayangnya dapat doktor yang aku cakap tense serupa mengadap cikgu disiplin tu lol. And too bad...masa aku bagitahu cerita yang perut aku sakit masa first day period tu, doktor ni pun ulang ayat sama. "Senggugut la tu. Normal la." 🙂
(aku dalam hati: bunoh saje larh aque)
(aku dalam hati: bunoh saje larh aque)
Tapi doktor arahkan juga la aku buat urine test. Siap pakej blood test lagi huhu ah sudah. Aku seriau tau kalau bab ambil darah ni sebab pengalaman ambil darah dan cucuk IV drip di hospital dan klinik kerajaan dulu, jarum besar gila dan sakit bodo masa dia cucuk tu. Trauma aku. Mujur PKU guna jarum halus je. Aku masa tu dah ready pandang luar tau untuk distract diri sendiri tapi eh tahu-tahu je nurse dah siap ambil darah. Tak rasa apa pun haha
Kecuali dua benda dalam kotak merah tu je tak normal. |
Doktor kata takde abnormalities. Cuma blood test tunjukkan yang aku ni kurang hemoglobin dan urine test pula tunjukkan potential UTI (urinary tract infection). Tak pasal-pasal aku kena tuduh tak banyak minum air weh. Padahal dia tak tahu aku ni hantu air lol. Lagipun rasa macam lari topik pula sebab datang pasal sakit lain, tapi kena ceramah pasal benda lain. Padahal masa aku kat situ pun pinggang aku sakit lagi tau.
Tapi doktor kata rasa sakit tu sebenarnya sebab ovulation. Siap kira di kalendar lagi yang aku period 5 Februari, jumpa dia 20 Februari. Jarak lebih kurang 2 minggu lepas last period jadi masa tu kiranya pertengahan waktu subur aku la. Katanya lagi, ovari ni bergilir-gilir keluarkan telur jadi kalau bulan ni sakit belah kanan, maknanya ovari kanan la yang tengah keluarkan telur. Dan normal je kalau aku rasa sakit sekarang walaupun sebelum ni tak sakit. Diagnosis akhir dia, aku normal. Cuma untuk low hB dan UTI tu je dia bagi iron tablet, vitamin C, dan ubat lawas kencing.
Ubat lawas kencing not in picture lol tapi dia dalam botol. Tulisan buruk tu aku sendiri yang tulis |
Tapi...ovulation kan berlaku tengah-tengah waktu subur. Aku start rasa sakit masa bulan 2 tu masa first day period kot. Takkan ovulation berlaku masa hari pertama period? Mana logiknya???
Sayangnya aku dah malas nak pergi klinik lain sebab tengah takde duit. Lagipun dah malas nak bertekak dengan doktor. Karang kalau jumpa lagi sorang doktor dan doktor tu pun repeat ayat sama "senggugut la tu...normal la tu," memang aku mengamuk 😤 Tambahan pula masa tu dah dekat dengan tarikh period seterusnya so aku nak tunggu dan tengok sakit tu akan berulang ke tak. Kalau berulang, aku rela korek duit Tabung Haji pergi klinik swasta.
And guess what...next period tu (2 MAC 2020), AKU NYARIS PENGSAN DALAM KELAS WEY!!!
Sakit dia sama macam Februari tu sebab beransur-ansur teruk. Masa kelas Logistics pagi tu, dia sakit normal je. Tapi masuk kelas MNC tengah hari tu, badan aku rasa lain. Start dari kaki dan tangan menggigil sampai la satu badan sejuk dan kebas (terutamanya leher). Mata aku pun dah gelap. Sempat aku cabut spek siap-siap takut jatuh kerusi betul-betul. Gempar Dr. Azwardi tengok aku masa tu haha. Mujur ada 2 classmates ni volunteer hantar aku ke PKU. Merempit la aku lagi sekali ke unit kecemasan.
Sampai di PKU, nurse bertugas di unit kecemasan tu bagi aku satu beg air panas untuk tuam di perut sementara tunggu doktor datang. And you know what, doktor yang sama dengan haritu yang handle kes aku. Ugh... Nak je aku tanya, "kalau dah nak pitam dan kena rush emergency ni, normal lagi ke period macam ni?" 😑 tapi maleh nak gaduh hahah. Yang penting dapat MC. Tu je.
Standard asal senggugut je doktor bagi ponstan. Bukan berkesan pun....😩 |
Sebab dah 2 bulan straight kena inject painkiller, ditambah pula sakit makin teruk sampai nak pitam segala, darah pun sama juga berhenti lepas hari kedua period, automatik guwe fedap. Tak suka betul bila period yang dulu normal bertukar pelik camni. Maka aku google klinik sakit puan yang terdekat dengan UUM. Peduli apa swasta mahal pun. Aku dah malas tanggung sakit lol
Hasil google, banyak keluar klinik di Alor Setar dan Jitra yang jauh-jauh tapi mujur ada KLINIK RAUDHAH ni yang dekat je di Changlun. Baca review di facebook, ramai yang recommend dan bagi rating tinggi. Harga scan pun macam affordable so aku on.
Hasil google, banyak keluar klinik di Alor Setar dan Jitra yang jauh-jauh tapi mujur ada KLINIK RAUDHAH ni yang dekat je di Changlun. Baca review di facebook, ramai yang recommend dan bagi rating tinggi. Harga scan pun macam affordable so aku on.
Klinik Raudhah. Lokasinya di hujung lot rumah kedai yang sama dengan Pizza Hut depan Cmart Changlun |
Memula plan nak pergi lepas gaji masuk sebab mana tahu kaklong masukkan duit ke kan haha. Tapi rezeki Allah bagi, aku dapat emel yang duit pinjaman PTPTN akan dimasukkan seperti biasa 7 Mac ni (walaupun asalnya dia kata takkan dapat sebab tangguh sem lepas). Maksudnya selamat la tabung aku dan boleh la aku pergi ke klinik ni lebih awal hehe
12 MAC 2020, lecturer Road Transport Management batalkan kelas petang pukul 4.30 jadi aku plan pergi harini je la. Aku whatsapp Emy tanya dia free ke tak (sebab Emy kata kalau nak jumpa doktor luar, dia boleh temankan). Emy kata free, so aku culik la dia kejap naik bas MyBus belakang Inasis TM pergi ke Changlun. Sambil tu bagi Emy experience baru sebab sepanjang di UUM, dia tak pernah naik bas ni dan tak tahu pun bas akan berhenti belakang blok B TM tu 😂
Terima kasih Emy sebab sudi diculik untuk temankan sis hehe |
Masa turn aku jumpa doktor kan, masuk bilik rawatan je dah rasa sejuk hati sebab doktor tu yang bagi salam kat pesakit haha. Lagi best sebab sabar je doktor dengar aku cerita satu-satu sejarah aku start sakit. Dia pun support yang aku kata sakit aku tu bukan sebab ovulation sebab start masa first day period. Pastu sampai part yang aku nyaris pengsan masa period sebelum ni sebab terlalu sakit tu, doktor terus suruh aku baring atas katil untuk buat ultrasound scan nyah.
Hasilnya......OVARI KANAN BENGKAK, guys. Lagi meriah bila OVARI KIRI DAN KANAN ADA CYST 🙃
Geli tau masa doktor tekan scanner tu atas perut hahaha nyaris aku tergelak atas katil tu 😂 |
Jadi yang aku beria tahan sakit selama 2 bulan ni sebab ovari bengkak rupanya. Ingatkan apendiks ajak bergurau kejap sakit, kejap tak sakit. Dah la tanpa sebab pula tu ovari tu membengkak sebab aku takde pula makan benda pelik-pelik. Aku dah bertahun tak makan suplemen bukan-bukan tau. EPO pun aku dah stop sebab malas. Memang ajaib la ovari tu boleh jadi macam tu.
Cyst tu pula, masa scan tu doktor nampak ovari kiri je yang ada cyst sederhana besar (3.2cm x 2.7cm). Tapi lepas dia pusing lagi sekali check di ovari kanan, rupanya eh belah kanan pun ada juga. 2-3 biji pula tu. Cuma saiz je kecil-kecil berbanding dengan ovari kiri. Ah ye kaku aku kejap atas katil tu. Awat banyak sangat? Apa salah aku? Kenapa boleh jadi macam ni? 🙂
Doktor kata, cyst tak boleh dihilangkan dengan ubat. Haru aku dengar haha. Habis takkan nak biar je dalam perut kan. Mujur doktor kata yang kesemua cyst aku tu tak berbahaya dan saiz pun kurang 5cm. Kalau lebih 5cm, memang dia akan refer ke hospital untuk operate. Seram woi. Tapi doktor pujuk la yang ada harapan untuk cyst kecut sebab ada pesakit dia sebelum ni cyst 7cm. Doktor dah refer ke hospital dah pun tapi lepas scan masa next appointment, cyst tu dah kecut. Rezeki Allah.
Tips yang doktor bagi untuk elakkan cyst jadi lebih teruk:
i) Elakkan makanan mengandungi soya (ada estrogen yang boleh kacau paras hormon kita)
ii) Elakkan produk suplemen kolagen (pun sama boleh kacau paras hormon)
iii) Elakkan penggunaan feminine wash (tak ingat ni berkait dengan cyst ke tak tapi feminine wash memang tak elok pun sebab kacau pH level private part kita dan boleh sebabkan jangkitan kuman)
Pasal ovari bengkak tu pula, sebabnya memang tak diketahui tapi mungkin bengkak tu la yang buat senggugut aku jadi teruk. Dan mungkin sebab tu juga tempoh bleeding masa period aku tu jadi pendek. Aku dah cuak masa tu sebab kalau bengkak ovari tu tak surut, adakah aku akan terus dihantui senggugut teruk dan hadapi risiko pengsan semua tu? Sumpah tak nak do T_T
Nasib baik doktor pun faham kesan senggugut tu macam mana (terutamanya untuk students yang risiko pengsan masa exam ke apa) jadi doktor bagi satu cadangan kepada aku pasal penggunaan pil hormon. Lebih kurang pil perancang kehamilan je. Tapi doktor kata ubat ni akan susun balik hormon aku supaya lepas ni masa period, senggugut akan berkurang dan hopefully lepas aku habis makan ubat ni, hormon aku akan terus stabil dan takkan alami senggugut dah.
Cara makan, habiskan dalam masa 21 hari dan cuti selama 7 hari lepas ubat ni habis. |
Cumanya side effect dia tu agak scary bagi yang bernama perempuan sebab doktor kata ada kemungkinan penambahan berat badan. Fuhhhh. Memang la aku ni tak cukup berat badan tapi kalau boleh, aku nak naikkan berat tu dengan cara yang sihat tau. Bukannya sebab side effect ubat hahaha. Lagi satu side effect, mungkin boleh sebabkan migrain sepanjang pengambilan ubat tu. Hmm lagi satu penyakit yang aku tak gemar sebab dah melekat dengan aku sejak tingkatan 3.
Doktor kata dia bagi cadangan je. Terserah kepada aku sebagai pesakit untuk setuju ke tak. Tapi sebab dah datang dari jauh dan niat pun memang nak dapatkan rawatan kan, aku setuju je untuk try dulu pil hormon tu. At least ikhtiar untuk kurangkan sakit kan. Berat badan naik boleh diet, tapi senggugut teruk setiap bulan siapa nak tahan? Aku malas nak inject-inject ni. Aku benci jarum.
Konklusinya, doktor bagi ubat ni untuk aku makan selama 21 hari dan kalau boleh, start pada hari ni juga lepas balik sebab at least nanti aku boleh tengok ada perubahan ke tak dalam period seterusnya. Next appointment aku pula ditetapkan pada 7 April 2020. Lebih kurang ngam-ngam je dengan tempoh satu cycle untuk ubat tu. Memula dah plan nak ajak Hajar pula temankan kalau dia free tapi siapa sangka PM kita umumkan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac tu. Dah UUM buat kelas online je dan aku terkandas di UUM ni kena pergi sorang-sorang.
By the way, total kos rawatan dan konsultasi di klinik ni kan cuma RM100 je gais. Bagi aku murah la. Aku sebenarnya expect kos dia lebih tinggi tau. That's why aku cucuk duit RM300 di Cmart dengan Emy sebelum ke klinik ni haha. Tapi bagus juga la aku cucuk duit banyak tu sebab lepas PKP start, khidmat bas UUM dah tak jalan dan aku pun malas nak jalan kaki pergi Vmall jadi boleh la buat stok sebulan di UUM sepanjang PKP ni.
Itu saja buat masa ni. Cerita ni akan bersambung kepada Bahagian 2 kemudian pasal pengalaman aku lepas habiskan pil hormon tu tau. Jumpa dalam entri seterusnya.
BAHAGIAN DUA BERSAMBUNG DI SINI 😊
Aku baca sampai habis tauu. Faham sangat senggugut rasa macam nak terberak tu huhuhu. Period pain ni lah yang org paling main main. Scary betul dapat dr mcm tu. Elok disaman je haa. Tapi lecturer aku pun pernah kena. Anak dia alergik antibiotik. Tapi dr tu still suruh habiskan. Lecturer aku dr kot huhu. Dia kata, dr ni bukan semuanya elok. Kalau ade instinct tak elok tu, tukarlah klinik. Apa apa pun, harap awak sihat selalu ya
ReplyDeleteHaha terima kasih sebab tabah baca panjang-panjang. Yes dalam bab kesihatan ni tak boleh depends dengan sorang doktor je. Kena consider jumpa doktor lain utk second opinion. Tengok ni la jumpa 4 doktor kot baru tahu sakit apa hmm. You too Naja semoga sihat selalu terutama dalam musim PKP ni :D
DeleteAaaaa saffaa pun pernah rasa cyst niiiii..haha lagi² part pisau Fruit Ninja tu ahahahaha i feel youuu xD
ReplyDeleteAda geng hehe. Serius stress juga la sbb tengah duduk sesaja tetiba badan tersentak macam kena renjat letrik sbb sakit tu mencucuk tetiba je pastu hilang pun tetiba hahahahah
DeleteHi, hope you were doing fine.. I pun penah operation buat cyst dekat ovary jugak.. but my cyst sebelah kiri je.
ReplyDeleteHi. Alhamdulillah dah bertambah baik sekarang. Doktor scan haritu dah nampak kecut. Hope you'll always be in good health too :D
Deletetak sabar nak baca part 2..
ReplyDeleteSebagai seorang yg sedang mengalami masalah haid,aku boleh relate part "asal sakit time period je, cakap senggugut". Memang most doc macam tu ke?? Hasty diagnosis and malas nak imvestigate further. Dalam kes aku, aku dah period non-stop dkt 4 bulan, badan aku dah lemah2 sebab kurang darah, boleh pergi klinik balik2 dgr "masalah hormon". Dah lah aku nak citer full masalah aku xnak dilayan. Lol. Give up aku nak pegi dah.
ReplyDeleteTerima kasih sudah share cerita ini, boleh jadi pengingat untuk selalu aware dengan kesehatan
ReplyDeleteSaya pergi check tadi dekat clinic. Buat ultrasound. Ada cyst sebelah kanan 1.21x1.71cm. Kecil. Doc cakap jangan risau sebab sangat kecil. Tapi saya still risau takut boleh membesar. Hopefully akan hilang asap😢 doakan saya
ReplyDeleteSaya pergi check tadi dekat clinic. Buat ultrasound. Ada cyst sebelah kanan 1.21x1.71cm. Kecil. Doc cakap jangan risau sebab sangat kecil. Tapi saya still risau takut boleh membesar. Hopefully akan hilang asap😢 doakan saya
ReplyDelete