Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2 | NaSa

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2

in , , by NaSa, April 22, 2020
Assalamualaikum

Selamat datang ke sambungan pasal alkisah cyst dan ovari bengkak tempoh hari. Dalam entri kalini, kita akan banyak fokus kepada kesan pengambilan pil hormon yang doktor bagi haritu ye? Ingat lagikah anda rupa bentuknya? Ni pil kat bawah ni.
***Take note entri ni pun sama juga panjang nak mampos ye. Macehh~
Pil ni ada rasa manis sikit tau.
Function la dia susun ikut hari macam tu untuk mudahkan track dah makan selama berapa hari.
Cara pemakanan pil ni:
Ada 21 biji dan mesti dimakan setiap hari sampai habis (Aku start 12 Mac, habis 1 April)
 Mesti dimakan pada masa lebih kurang sama setiap hari (Aku makan sebelum tidur)
 Lepas habis, ambil gap 7 hari sebelum mulakan kitaran ubat seterusnya

Kesan lepas beberapa hari pertama makan pil ni, aku okey je.
Tapi masuk minggu kedua camtu, aku jadi stress jap.

Pil ni macam tambah selera makan tau. Maybe sebab tu la kot doktor kata ada kesan berat badan bertambah tu sebab lepas start makan pil ni, aku jadi teringin nak makan banyak je. Bila buat makanan something, aku akan buat banyak sebab kepala rasa mampu habiskan semua. Masalahnya aku bukan jenis makan banyak jadi memang tak habis la sebab perut tak boleh terima. Dilema kejap sebab kalau paksa habiskan, mesti nak termuntah. Kalau tak habiskan, rasa membazir.

Tapi last sekali memang tak habis langsung la sebab aku memang tak boleh telan 😩
(mujur sekarang dah berjaya kawal nafsu nak buat makanan banyak tu huhu)

Di samping itu, doktor pun ada maklumkan awal-awal yang lepas makan pil ni, mungkin period akan datang lebih lambat berbanding kitaran biasa aku 21-24 hari tu. Sebabnya badan akan ambil masa untuk jalan macam biasa lepas pil tu susun balik hormon aku agar lebih stabil. Nak dijadikan cerita, memang betul-betul lambat weh. Period aku patutnya start 30 Mac tapi 5 April baru datang. Mujur aku ingat part doktor cakap period lambat tu. Kalau tak, mau aku gelabah fikir ubat tu bagi kesan buruk lol
7 days late. Huu kalau aku jenis liar sikit ni mau aku ingat aku pregnant
Tapi takpe lambat pun sebab masa period terbaru ni, Alhamdulillah senggugut aku dah beransur kurang berbanding 2 bulan sebelumnya. Rasa mencengkam di perut dan pinggang sampai menggigil tahan sakit semua tu takde. Aku cuma rasa cramp biasa je di perut. Selamat aku sebab dah takde drama air mata. Lagipun naya weh kalau sakit teruk lagi sebab aku dah la duduk sorang dalam bilik ni. Mau guwe mati kejung sorang-sorang haaaaa berhantu Inasis TM pasni.

Tapi walaupun berkurang, senggugut tu masih belum kembali macam dulu apatah lagi hilang sepenuhnya. Sebab sakit tu masih ada dan aku kena makan panadol 2 biji juga untuk kurangkan sakit. So dia kurang but not that better. Dalam skala 1-10, dulu senggugut aku di skala 4 dan senggugut teruk tu di skala 8. Tapi lepas makan pil tu, sakit cuma turun ke skala 5. Faham tak? 😂

Berbeza dengan sakit di bahagian ovari kanan tu sebab bengkaknya dah beransur hilang. Ada beza tau beransur kurang dengan hilang ni. Kurang tu "masih ada sakit", hilang tu "dah tak sakit". Aku perasan yang sakit dah hilang tu pun sebab lepas masuk minggu ketiga makan pil tu, aku rasa tenang je hidup aku sebab dah takde rasa mencucuk di pinggang kanan. Sebelum ni kan hampir setiap hari dia berdenyut ikut suka hati dia je. Fuhh lega aku sebab dah takde pedang Fruit Ninja mari belah perut.

Selain tu, satu lagi kesan lepas makan pil hormon ni yang aku suka adalah kulit muka yang maintain clear walaupun skincare routine ke laut sejak start PKP lol. Almaklumlah bila hormon makin stabil, takde la kes jerawat mudah nak beranak pinak kan. Tiny bumps, clogged pores pun kurang. Boleh la aku fokus kepada aktiviti brightening dan hydrating je pasni. Alhamdulillah kurang 3 masalah hanya dengan 1 ubat je.
Parut je kenapa susah sangat nak hilang haha
Cumanya ada masalah lain la pula gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.

Akibat PKP, pagar utama UUM ditutup dan khidmat bas UUM pun dah dihentikan. Jadi aku takde kemudahan untuk ke Klinik Raudhah masa temujanji seterusnya sebab sah-sah bas MyBus tak masuk UUM dan bas UUM ke Changlun pun takde. Nak tempah Grab atau kereta sapu, tak tahu pula sama ada student UUM yang sama-sama terkandas ni ada buat servis tu ke tak. Lagipun nak keluar masuk pagar utama UUM tu takut kena tahan dengan guard haha

Nasib pengetua Inasis TM ada bagitahu dalam group Telegram; bagi student yang perlukan bantuan, boleh hubungi pengetua, felo, atau JKPS. Jadi masa felo Inasis TM kebetulan datang buat lawatan bilik ke bilik untuk check kebajikan student haritu, aku pun cerita la yang aku ada temujanji klinik luar tapi takde pengangkutan. Kalau nak minta bantuan inasis hantarkan, boleh ke?

Felo kata boleh diuruskan kalau aku ada dokumen yang boleh guna sebagai bukti, which aku takde sebab nurse Klinik Raudhah haritu lupa bagi kad temujanji lepas aku bayar bil rawatan lol. Lepas aku dan Emy siap beli barang di Cmart dan dalam perjalanan balik ke UUM baru dia call untuk maklumkan tarikh temujanji. Nak patah balik semula ke klinik ambil kad tu, jauh pula so aku tak pergi la. Jadi felo suruh aku call balik klinik tu dan minta mereka hantarkan gambar kad tu.
Maka dapatlah aku gambar ni. Thank you nurse sebab tolong whatsapp.
(tengok tu gara-gara PKP klinik pun tutup awal lol)
Aku forward gambar kad ni kepada ketua blok sebelum ketua blok hantarkan kepada felo. Tak lama kemudian felo pula yang whatsapp aku untuk tanya details aku sebelum dihantar kepada pengetua Inasis TM pula untuk dapatkan kelulusan. Soalan yang ditanya: personal information, sakit apa, dan tujuan ke klinik. Nasib baik felo perempuan so aku cerita je la pasal cyst tu lol.
PENGANGKUTAN LULUS!
Lepas dapat kelulusan pengetua, ketua blok forward mesej di bawah ni untuk aku isi bagi urusan tempahan kereta UUM. Tengok tulisan yang dia bold tu. Permohonan hendaklah 3 hari sebelum tarikh yang dipohon. Tapi aku ni esok 7 April nak pergi klinik, harini 6 April baru contact felo. Dasar generasi kerja last minute 🙂 Mujur pakai kabel jadi mudah la lulus walaupun mohon kurang daripada 24 jam. Terima kasih pengetua, felo, dan JKPS TM yang membantu 😭
Maaf saya mohon kurang dari 3 hari hehe
Selain tu, aku ingatkan felo akan suruh aku pergi ambil sendiri mask untuk kegunaan ke klinik tu di rumah dia sebab blok rumah felo tu dekat je dengan blok aku. Sekali felo sendiri ketuk pintu bilik aku untuk hantarkan mask tu weh. Tak sangka. Fuhhh. Respek la sebab mantap felo jaga anak-anak buah 💪🏼 Mujur bilik aku ni aras paling bawah. Takde la felo kena susah-susah panjat atas.
Thank you felo sebab bagi mask free 
(Tapi aku ambil satu je la. Lebih tu aku pulangkan kepada ketua blok)
Esoknya, ngam-ngam pukul 10 pagi kereta UUM dah meluncur masuk ke kawasan parking depan pejabat inasis. Aku berbelah bahagi tau nak duduk depan ke belakang sebab rasa macam ewah kau ingat besar sangat ke pangkat kau. Lagipun driver tu lelaki so aku duduk belakang la. Best guna kenderaan UUM ni, keluar pagar utama pun tak kena sekat dengan guard sebab guard tengok nombor plate je dia kasi lepas je. Smooth je perjalanan ke klinik tu pehhh feeling VIP jap lol
Driver UUM tu ada tanya kenapa aku tak pergi PKU.
Me bila teringat komen doktor pasal sakit aku haritu: hmm...
Rules klinik pun berubah sikit sejak COVID-19 dan PKP ni.
Social distancing be like...
Kejap je masuk jumpa doktor kalini. Lepas aku cerita semua kesan lepas makan pil hormon tu, doktor conclude keadaan aku dah improved dan pil tu pun sesuai dengan aku. Cumanya sebab aku kata sakit masa senggugut tu masih di tahap yang aku kena makan panadol, doktor suruh aku sambung pil hormon tu untuk lagi satu cycle.

Tapi kalini doktor arahkan aku untuk elakkan makan panadol atau sebarang ubat tahan sakit masa next period sebab dia nak tahu sejauh mana kesan sakit tu berkurang lepas aku makan pil tu. Mudah la doktor nak tetapkan berapa banyak cycle lagi aku kena makan pil ni sebab kalau ikut rancangan asal, dia nak bagi pil hormon ni sampai 3 cycle je. Katakan lepas 2 cycle ni senggugut dah hilang terus, boleh la berhenti. Tapi kalau masih ada, mungkin kena sambung lebih lama.

Selain tu, doktor scan lagi perut aku lepas aku kata rasa sakit di bahagian ovari kanan tu dah tak ada. Dan hasilnya, bukan saja bengkak ovari tu dah hilang, tapi cysts di dua-dua ovari kiri dan kanan aku tu pun dah kecut. Doktor kata disebabkan cysts tu hilang lepas aku start makan pil hormon tu, kemungkinan cysts tu pun cuma disebabkan oleh hormon tak stabil je la, bukan sebab penyakit lain. Alhamdulillahhhh. Syukur aku tergerak hati nak jumpa doktor awal-awal tau 😭
Sebab pil hormon terakhir haritu makan pada 1 April, kena tunggu seminggu sebelum start balik 9 April.
Kos rawatan dan konsultasi kalini, cuma RM65 sahaja. Lebih murah sedangkan aku expect RM100 macam haritu sebab ada scan perut juga kan. Tapi rasanya doktor tak caj full price pun scan tu nak tengok cyst kejap je, bukannya detailed macam nak check perkembangan baby dalam perut ibu mengandung. Huuu semoga doktor dimurahkan rezeki Aminnn~

Tapi tu la temujanji bulan Mei tu aku tak tahu la boleh datang ke tak. Yang aku datang harini pun sebab aku terkandas di UUM je. Kalau katakan lepas ni PKP tamat dan aku dah boleh balik, mungkin aku tak datang sini dah. Doktor pun tepuk dahi sebab dia lupa aku student UUM lol. Tapi katanya kalau aku tak dapat datang, nanti dia suruh nurse telefon untuk tanya perkembangan aku dan kalau aku perlu sambung ubat, dia akan prescribe dan aku boleh beli di farmasi je. Roger 👌🏼

TAPI KAN, TAPI KAN...BACA LA KISAH PELIK LEPAS AKU BALIK DARI KLINIK NI.

Hari aku pergi klinik tu (7 April) kan hari ketiga aku period (start 5 April). Asalnya, dia sama macam 2 bulan sebelumnya sebab bleeding pendek dan berhenti pada hari kedua. Tapi atas sebab tertentu yang aku tak pasti, bleeding aku bersambung semula masa hari keempat tu. Tapi kuantiti dia sikit dan lebih kurang macam masa di hujung period je. Nak pakai pad pun tak berbaloi jadi sepanjang tempoh bleeding sikit-sikit tu berterusan, aku pakai pantyliner je la untuk lapik.

SAMPAILAH masuk malam hari 9, aku tetiba rasa fenomena jellyfish keluar tau (girls tahu la jellyfish tu macam mana hehe). Bila check, aku tengok bleeding yang sebelum ni dah berhari-hari sikit tiba-tiba keluar banyak. Pantyliner pun dah tak cukup untuk lapik so aku kena tukar pakai pad. Pastu bermula daripada maxi biasa, kena tukar pakai maxi night pula sebab somehow darah keluar makin banyak??

Take note ni hari KESEMBILAN okey. Jadi memang hairan bin ajaib la aku sebab dah la bleeding jadi panjang, cycle pun macam terbalik. Darah yang keluar masa hari 1-8 tu warna gelap macam hujung period, tapi hari 9 ni darah merah macam hari pertama period pula padahal dah lebih seminggu. Banyak pula tu. Kalau 2 bulan sebelum tu aku pakai pad maxi night pun tak penuh sebab darah sikit, kejadian hari 9 ni sampai kena lapik kain batik masa tidur sebab risiko kebocoran. Dan fenomena darah keluar banyak ni berterusan sampai la hari ke-11 baru berhenti.

Kalau boleh aku katakan, aku rasa badan aku macam batang paip tersumbat tau. Rasa macam selama ni yang period aku jadi pendek sangat tu sebenarnya ada benda yang tersumbat dalam badan sebab tu darah tak boleh nak keluar. Tapi lepas habis makan pil hormon tu, sekarang benda yang buat badan aku tersumbat tu dah hilang. Baru la darah boleh keluar banyak macam dulu.

Tapi tu perumpamaan dari perasaan aku je la. Nak cakap lebih-lebih takut sesat pula. Aku rasa penjelasan logik dia mungkin ada kaitan dengan lining dalam uterus aku dan kesan pil hormon tu. Hmm tiba-tiba rasa tak nak balik rumah sebelum appointment ketiga tu weh sebab aku nak dengar sendiri penjelasan dari mulut doktor haha. Yang pasti, hasil daripada pengalaman unik ni, aku rasa macam ada sinar harapan la untuk period aku kembali macam dulu (atau mungkin jadi lebih baik). Semoga dipermudahkan, Amin ya Rabbal 'Alamin....~

Okey tu sahaja buat masa sekarang. Siapa yang berjaya baca sampai habis tu, tahniah semoga entri ni dan bahagian 1 haritu bermanfaat untuk korang. Dan aku harap takde yang kembang tekak ke apa sebab aku cerita panjang-panjang pasal period tu haha. Nampak macam tak malu tapi bagi aku elok je sebab siapa tahu ada yang tengah alami masalah sama kan. Boleh buat rujukan.

Dan kalau lelaki baca pun bagus juga untuk expose masalah dan risiko yang perempuan selalu hadap masa period tu. Biar mereka alert sikit pasal kesihatan wanita ni. Nanti takde la kalau isteri mengadu sakit sebab senggugut tu kau nak kata isteri mengada-ngada. Senggugut tu real dan memang ada yang sakit teruk ok. Siapa yang kata orang senggugut tu mengada atau over, aku cucuk dia dengan lidi satay. Jangan sampai aku hidang satay manusia raya ni huh.


Thank you for reading. Bye and Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Banyak dugaan awak waktu PKP ni. Tapi takpe, dugaan tu menguatkan kita. Bila tengok gmbr klinik tu, jadi tersentuh pulak dgn effort2 org malaysia untuk follow social distancing. mcm2 pembaharuan di buat utk kebaikan semua

    ReplyDelete
  2. may Allah grant you the strength to go through this. stay safe

    ReplyDelete
  3. Hi menarik ini :) bw here done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Maaf tanya sis, maknanya total 2 appointment tu tak sampai 200 lah ya? Saya nak try lah pi klinik ni buka sem nanti hehe. Thank youu sis recommendkan! Saya pun senggugut teruk setiap bulan tapi bila pi klinik je doktor ulang ayat sama. Hahaha i feel you sis 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes tak sampai 200. Yg first jumpa tu bayar RM100 sbb scan ultrasound tu caj RM65 klu tak salah. Kalau tak sampai tahap kena scan, murah sikit. Recommended sangat klinik ni utk girls sbb doktor perempuan lemah lembut je. Sabar je dia dengar kita explain sakit apa & sejuk hati dengar dia bagi nasihat semua hahah 😆

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS