Masak-masak: Mozzarella Cheese Corn Dog | NaSa
Assalamualaikum

Anggaplah entri ini merangkumi sekali diari untuk "COVID-19: Tersadai di UUM #Day25" sebab aku nak membebel pasal corn dog je harini ahahaha. Sebab dalam entri haritu kan ada cerita pasal aku gigih beli aluminium foil dan cheese segala bagai sebab mengidam nak makan grilled cheese

Well...ada satu lagi benda yang aku mengidam nak makan sebenarnya yakni corn dog ni la.

Tapi rasanya mengidam yang ni takkan kesampaian kot di UUM ni gara-gara PKP. Sebab cara pembuatan dia lagi rumit daripada grilled cheese yang boleh bungkus dengan aluminium foil dan gosok dengan iron tu. Ye la bagitau aku siapa je boleh buat corn dog guna iron weh. Lagi-lagi corn dog yang ada keju mozzarella cair meleleh boleh tarik sedepa tu ya Allah sedapnya gaissss 😭 

Haritu masa Open Day TM Vaganza yang Inasis TM anjurkan, ada je orang jual corn dog ni tapi aku tak beli pun sebab mahal la pula RM5-Rm6 sebatang. Kalau buat sendiri bahan dia tak sampai pun RM30. Boleh dapat hampir 30 batang corn dog pula tu. Baru RM1.00++ kos untuk setiap corn dog. Memang diorang ni kalau meniaga benda yang ada keju suka letak harga melangit eh

Selamat datang ke TM Vaganza 2020~

Selain sebab mahal, aku tak beli sebab dah plan nanti balik cuti midsem boleh la buat kat rumah pastu lawan dengan anak-anak buah dan abah aku siapa boleh tarik cheese paling panjang hehe. Tapi tu la dah terkandas kuarantin di UUM sorang-sorang ni, tarik nafas je la kot aku mampu 😂

Tapi memang tak susah pun buat corn dog ni. Bahan utama kena ada cuma kerajinan dan duit untuk beli bahan lain je. Kalau ada 2 benda ni, datang la angin ribut sekalipun memang akan diredah juga semata-mata nak jayakan misi. Tengok contoh aku dan grilled cheese tu la.


Resepi corn dog ni aku jumpa orang share kat Twitter. Tu pun diorang ambil dari blog Buat Orang Lapo so aku include screenshot dari blog beliau terus la. Ada sekali link dia kat bawah. Resepi makanan lain pun banyak kat blog tu. Boleh la jenguk-jenguk kalau ada masa lapang 😋

InsyaAllah mudah je step dia gais. Boleh la buat pasni.
Credit: Blog buatoranglapo

Aku buat 2 versi corn dog ni. Versi pertama ada cheddar cheese tapi takde mozzarella. Bukan sengaja buat tanpa mozzarella tapi pasar raya dekat rumah aku tu rupanya dah berhenti jual mozzarella. 2-3 kali aku pergi cari tapi tetap takde. 

Gamaknya sebab tak ramai beli kot so dia tak jual dah benda yang kurang demand. Understandable. Biasa la bisnes nak untung kan. Tapi kesian kat aku la sebab takleh nak main tarik-tarik cheese.

MY FIRST ATTEMPT:

Main stars: Cheddar cheese (lupa jenama) dan sosej (pun lupa jenama)
Tapi yang pasti beli yang murah-murah je la hehe

Kalau ikut resepi tu kata kena balut sosej dengan cheese dan cucuk dengan lidi sebelum simpan dalam peti selama 20 minit kan. Tapi bagi aku lagi baik kalau cucuk sosej dengan lidi dulu baru balut dengan keju. Sebab kalau duk genggam cheese tu masa nak cucuk lidi, takut penyek pula.

Tengok rekahan-rekahan tu. Sedih betul

Aku juga rasa cheese tu elok dibiar pada suhu bilik dulu biar betul-betul lembut. Baru senang nak balut. 

Resepi tu takde bagitau benda ni dan aku pula jenis sel otak tak banyak so aku tak guna common sense la masa buat ni (plus otak fikir nak makan je haha) Jadi aku balut je guna cheese tu yang masih ada sisa-sisa sejuk. Nak dijadikan cerita, PATAH cheese aku. Dan cheese tu juga tak melekat elok-elok di sosej. Masa angkat mesti cheese tu terbuka dan jatuh 😅

Bater dia tak boleh pekat sangat, tak boleh cair sangat.

Mujur masa buat adunan bater tu menjadi sekali jalan je dan tak banyak sangat kena adjust. Berkat duk uli tepung buat donat selalu sebelum ni. Haa aku master in donat tau jangan main-main. Mama pun puji donat aku lagi gebu lembut daripada dia hehe. 

Dan function la juga aku beli set measuring cup hitam tu dari Shopee. Mudah sikit kerja aku nak bancuh sukatan setiap bahan (walaupun beli tu sebenarnya nak dapatkan free shipping je masa beli alat kraftangan aku dari China lol)

Settle transfer bater dalam gelas tinggi untuk mudahkan aktiviti salut sosej.

Tapi sebenarnya tetap tak mudah sebab kan cheddar cheese tu tak melekat elok di sosej. Masa celup dalam bater, cheese tu tergelincir jatuh dalam cawan weh. Nak ambil dan balut semula di sosej, tak boleh sebab dah licin dengan bater. Hangin je aku. Last sekali aku goreng kosong gitu je tanpa cheese. 

Tu pun masa goreng pun ada juga tragedi menanti kahkahkah

Dia melebar ke tepi woi 😂

Puncanya mudah je. Aku guna minyak sikit sangat dan dia tak tenggelam elok-elok dalam minyak so masa belah bawah tu tengah digoreng, bater di bahagian atas pun meleleh ke tepi. Jadi la dia melebar dengan penuh kelakar tu hahahahahah

Terhibur aku sorang-sorang kat dapur masa tu. Bukan tak nak guna minyak banyak tapi sebab ni first time nak buat kan, takut kalau tak jadi at least tak la terbazir minyak. Selamat la daripada kena bebel dengan mama.

Cubaan kali ketiga yang belah kanan tu baru bulat betul-betul ada rupa corn dog

Tiga kali trial and error baru la menjadi goreng corn dog ni walaupun guna minyak sikit. 

Caranya, lepas masukkan sosej yang dah dicelup tu, kena cepat-cepat kuis minyak dengan sudip untuk simbah bahagian atas sosej tu dan golek-golekkan dalam kuali. Baru la bater belah atas tu pun masak juga dan tak cair meleleh ke bawah. Nanti takde la dia melebar macam yang 2 kat sebelah tu. 

Pelik-pelik je rupa bentuk. Mujur aku sendiri yang nak makan bukannya nak jamu kat orang. Kalau tak, buat malu je 😂

Masa aku share gambar corn dog lebar ni kat Whatsapp story, ada yang reply kenapa tak salut dengan serbuk roti sebab nanti serbuk tu boleh prevent bater daripada meleleh. Kira macam keep its shape la. 

Masa beli bahan tu sebelum ni, memang aku jumpa serbuk roti tu. Tapi resepi kata optional, aku tak beli la. Lagipun dah la mahal, banyak pula tu. Aku bukan selalu masak pun. Takut tak guna kang membazir pula. Lagipun original corn dog dari Amerika mana salut serbuk roti so kita ikut asal usul dia la.

SECOND ATTEMPT:
FINALLY! Dapat pun mozzarella 💪🏼
Dan benda ni yang sepatutnya guna masa buat grilled cheese haritu

Ni sebelum kejadian aku cabut gigi geraham bulan Januari haritu. Trademark orang sakit kan... mesti la craving nak makan pelik-pelik. Dan aku betul punya craving nak buat balik corn dog tu tapi versi ada mozzarella. Craving tahap "tak kira nak jugak, nak jugak". Sebab masa tu dah dekat dengan tarikh nak balik semula ke UUM so aku rasa cam at least for once sebelum balik asrama.

Tu yang aku beria mengecek abah ajak pergi Tesco Kota Bharu. Aku sembang je kata nak beli barang keperluan sebelum balik UUM tapi motif sebenarnya lebih kepada nak cari mozzarella ni je hehe. Tu la siapa suruh pasar raya dekat rumah tu tak jual benda ni. Tak memasal kena drive jauh-jauh. 

Tapi ada hikmah la kan. Siapa sangka PKP ni akan dilaksanakan dan aku tak boleh balik. Cuba imagine kalau aku tak buat corn dog ni haritu, mau sekarang berbuih mulut sebab kempunan agaknya.

Kali ni kita guna susu HL pula 💪🏼
Yummy~ 

Aku bahagi mozzarella block tu kepada dua dan untuk setiap sebelah blok tu, aku potong 12. Jadi satu blok mozzarella tu dapat la 24 corn dog. 

Tapi sebenarnya boleh je dapat lagi banyak kalau potong mozzarella tu jadi lebih kecil. Aku ni potong besar-besar sebab tamak cheese je. Pastu mendapat kifarahnya sebab cheese tu tak tercelup properly dengan bater. Masa goreng, cheese tu terdedah directly kepada minyak. Berdesir nyahh dalam kuali 😂

Tapi second attempt ni aku tak balut dah cheddar cheese tu di sosej sebab annoying bodo kalau cheese tu jatuh. Aku dah malas nak memancing keju dalam cawan bater tu dah. Takpe la aku cuma letak mozzarella pun. Tu dah cukup berkeju bagi aku haha

Tengok tu cheese bocor 😅

Pastu masalahnya aku tak tahu kenapa bater yang guna susu HL ni macam terlebih cair berbanding susu Goodday haritu. Sebab tu corndog kali ni tak smooth sangat berbanding yang first attempt tu. 

At least corn dog haritu walaupun melebar ke tepi, permukaan dia licin. Takde la berbonjol sana-sini macam yang ni. Ajaib betul. Padahal sukatan dia aku ikut sebijik macam resepi tu dan guna measuring cup yang sama juga. Ke sebab guna susu yang berbeza? 🤔

Aku kena adjust tambah hampir secawan lagi tepung barulah bater tu jadi pekat betul-betul dan tak meleleh bila dicelup. Nak golek-golek dalam kuali pun mudah je sebab bater tu melekat elok-elok di sosej. Maka jadi smooth la hasil lepas goreng tu.

Baru la ada rupa corn dog yang proper

Tapi sebenarnya tak kisah pun rupa bentuk dia macam mana sebab nanti diri sendiri juga yang nak makan kan. Lain la kalau nak jual so kena la berkira lawa ke tak sebab takut takde orang tertarik nak beli. Lagipun aku baru belajar buat kot. Kasi can la. 

Yang penting, walaupun rupa corn dog aku ni awalnya tak semenggah sangat, sambutan tetap hangat daripada rakyat dalam rumah 🤣

Budak yang paling excited sebab dia pun macam aku hantu keju
Sebelah tangan nak makan, sebelah tangan nak ambik gambar hahah busy betul
Budak botak ni pun sama naik juga main tarik-tarik cheese
Big boss pun tak nak kalah 😂

Mama je yang tak join sekali dalam pesta mozzarella ni sebab mama tak makan susu dan anything yang dibuat daripada susu. Tapi mama tetap jadi orang yang paling semangat suruh abah tarik cheese tu panjang-panjang untuk aku ambil gambar dan rekod video untuk send dalam group ws family. Supportive gitu hahaha terhibur aku.

Puas hati pun ada bila tengok semua happy makan corn dog ni terutamanya abah. Tak sia-sia aku terbangkan duit beli bahan-bahannya. Selain puaskan craving sendiri, boleh juga tengok abah experience makan corn dog ni buat pertama kali. 

Berharga tau moment ni sebab dulu-dulu abah mana makan benda sedap-sedap. Abah selalu berjimat untuk cukupkan keperluan keluarga dulu daripada benda lain. Jadi masa kami anak-anak dah ada duit sendiri ni, tiba la masa untuk kami pula belanja abah makan sedap-sedap kan 😁

Throwback memori ni rasa macam rindu nak balik la pula. Boleh juga eksperimen masak makanan lain-lain pula dan makan dengan family kan. Tapi tu la tengok tak perutusan daripada Perdana Menteri kita petang semalam?

Sudah kuduga huhu~
Sumber: Berita Harian

Aku tak tengok pun dah tahu yang PKP tu dilanjutkan. Dah agak dah pun dan dah tak kisah sebab kalau ikutkan, memang lagi bagus pun tempoh PKP dipanjangkan. Daripada dia lepaskan semua rakyat bergerak macam biasa sedangkan penawar Covid-19 ni pun belum jumpa yang betul-betul berkesan. 

Karang tak pasal-pasal boleh cetuskan gelombang baru yang lagi teruk. Dah la sekarang kat Korea Selatan pun ada kes yang pesakit yang sebelum ni disahkan sembuh tiba-tiba boleh positif balik pula. Menakutkan.

Sambung tersadai di UUM sampai puasa hahahah
Sumber: Berita Harian

Ni pun dah agak juga. Tapi kalini aku dah bersedia jiwa dan raga la hahaha. Pastu yang kelakarnya, di saat orang lain ramai bising minta kementerian atau IPT sendiri usahakan untuk hantar pelajar yang terkandas ni pulang sebab mereka dah terlalu lama kuarantin di kampus kan, mama aku lain pula cerita dia. 

Masa aku call nak sembang pasal tak boleh balik ni, ingatkan dia nak bimbang ke, membebel kat PM ke. Sekali dia kata "Haa takpe la. Kau duduk je la kat sana sampai keadaan betul-betul stabil baru balik." Eh eh 😅

Pilihan ramai semestinya YES hahahah

UUM ada buat survey pasal rancangan perjalanan pulang pelajar pada malam sebelum PM buat pengumuman lanjutkan PKP tu. Rasanya untuk usha berapa ramai yang nak balik dan yang nak stay. Maybe ada la tu rancangan untuk tolong hantar pelajar pulang betul-betul sebab memang ramai yang nak balik. 

Aku pula pilih je YES dalam survey tu tapi sebenarnya aku tak pasti lagi nak balik ke tak.

Macam banyak pula proses sebelum boleh balik

Lagipun dia tulis kat situ "subjected to approval from MKN". Bahasa tersirat dia macam nak cakap "Kami tanya je ni. Tak janji boleh balik ke tak sebab bergantung pada budi bicara MKN" hahaha. Jadi aku malas la nak letak harapan tinggi-tinggi sangat kan. Takut MKN kata memang tak boleh balik karang hampa pula. So kita wait and see je macam mana pasni 👀

OK tu je cerita buat masa ni. Terlebih panjang pula aku sembang haha. Jumpa lain kali ok. Take care, semua!


Thank you for reading. Bye and Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Wah rajin mencuba sampai menjadi. Boleh try buat ni, tak pernah lagi buat corndog viral!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni la bila antara rajin mencuba dan malas nak beli di kedai tu sama banyak 😂

      Jemput try, Lya. Sekali-sekala explore resepi baru haha

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS