Diari Dialisis: Setahun Kemudian | NaSa

Diari Dialisis: Setahun Kemudian

in , , by NaSa, July 23, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah entri yang bercampur baur dengan throwback.

Sedar tak sedar, dah setahun berlalu sejak mama disahkan mengalami kerosakan buah pinggang bulan Julai 2019 yang lepas. Rasa macam antara percaya dengan tidak je. Sebab rasa takde la lama sangat berlalu lepas merasa pengalaman ulang-alik hospital jadi penunggu tidur atas lantai bau antiseptik dengar bunyi mesin dialisis bergerak nenoneno dalam wad sepanjang hari haha

Mesin ni la yang pantang blood pressure jatuh je terus nenoneno. Terperanjat siz

Rasa dia macam masa memula kami dapat tahu pasal penyakit tu la. Sama juga rasa antara percaya dengan tidak sebab masa raya 2019 tu elok je kami berkumpul satu family cukup semua anak-anak dan cucu-cucu ambik gambar family dengan mama abah. 

Kemain meriah masa tu sebab celebrate baby baru, dak Nadeem. Pastu buat rombongan pergi beraya rumah calon isteri untuk abang aku lagi. Happy-happy je la. Takde tanda tak sedap hati atau bimbang.

Kaklong aku elok sedondon dengan warna cat baru tu haha
** Oh budak tudung purple yang duduk depan aku tu bukan cucu belah kami. Tu anak buah abang ipar aku hehe
*** Cantik tak inai merah di finger hearts aku tu. Penangan Inai Damia Inai Semulajadi ewah

Tapi kuasa Allah kan. Sekali Dia kun fayakun, jadi terus apa yang Dia kehendaki. Tu yang terumbang-ambing terus hidup lepas tu duk berulang-alik antara hospital setiap dua minggu. 

Gundah gulana satu family dibuatnya. Sampai-sampai guwe lagi rela tangguh satu semester daripada biarkan mama abah handle urusan hospital sendiri. Kakak aku pun gigih contact doktor dan pegawai JPA sana sini untuk urusan masukkan mama ke pusat dialisis swasta untuk rawatan

Panjang cuti sem aku hehe

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, mama dapat buat fistula awal dan juga dapat dimasukkan ke pusat dialisis swasta awal. Jadi sebelum tahun 2019 berakhir, mama dah tak perlu berulang masuk wad. Cuci darah pun boleh pakai fistula yang Alhamdulillah matang dengan elok. Tak payah renyah jaga IJC yang tak boleh kena air sebab bimbang risiko jangkitan kuman tu.

Alhamdulilah jarak tak sampai 5 minit dari rumah.

Jadi bila mama dah beransur baik dan abah pun dah boleh ulang alik sorang-sorang hantar dan ambil mama cuci darah di pusat dialisis tu sebab dekat dengan rumah, aku pun dah boleh sambung balik masuk semester baru di UUM sana tanpa bimbang sangat kan

Selamat pulang ke UUM gittew

Sepanjang 2 bulan pertama 2020, Alhamdulillah tak banyak masalah. Aku okey je masuk kelas balik. Mama kat rumah pun dah tak kerap demam. Takde la mamai orang lain nak jaga. Beza dengan masa fasa awal mama sakit tu, memang mudah gila demam sebab darah tak bersih. Biasa dah aku dengan abah 2-3 malam berjaga layan mama merapu dan lap badan dia sebab panas.

Tapi tu la ingatkan boleh happy-happy balik tahun ni. Tup-tup corona pula makin teruk. Hampir satu Malaysia berkurung gara-gara PKP. Terkandas juga aku sebulan di UUM haha. Orang lain pun sama tak boleh keluar merata. Orang macam mama je la kalau kena tahan polis pun lepas je sebab ye la memang sakit kronik nak kena cuci darah 3 kali seminggu kan.

Natijahnya tak best langsung raya tahun ni. Awal-awal puasa pun dah takde mood Ramadhan kan sebab bazar dibatalkan apa semua. Pastu masa raya pun sempadan antara negeri tak boleh buka.

Memang kirim salam la nak ambil gambar family lagi lol. Tu yang gambar raya tahun ni incomplete sebab abang aku di Melaka tak boleh balik. Baju raya pun takde orang semangat nak beli. Aku sendiri recycle baju raya tahun 2018 je hahaha

Boleh la buat cukup syarat ada gambar raya 😂

Tak komplen pun sebab antara raya dengan kesihatan orang ramai, tahu la mana lagi mustahak kan. Dan kami bersyukur je sebab dalam setahun ni mama dah improve banyak. Serius tak boleh bayangkan kalau mama duk sakit macam masa mula-mula diagnos buah pinggang rosak tu dan masih kena ulang-alik hospital. Macam mana nak redah PKP pergi jaga di wad. Dengan risiko corona di hospital lagi 😔

Dan kami rasa mujur juga tahun lepas sempat ambil gambar family lengkap dengan semua ahli keluarga termasuk baby baru. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan 🤧

Lagipun corona ni pun entah bila boleh dibanteras betul-betul. Entah-entah raya tahun depan pun duk kena elakkan mass gathering lagi. Tak doa bukan-bukan tau tapi tengok la sendiri jenis manusia macam makcik gelang pink yang sepatutnya kena kuarantin tapi elok je keluar pergi tempat orang ramai. Pastu dapat tahu diri positif dah tak pasal-pasal orang lain yang tak berdosa terpalit dengan risiko juga.

Tapi apa-apa hal pun, mujur walaupun banyak isu yang melanda sepanjang setahun ni, keadaan mama tetap normal je. Paling bersyukur sebab Kelantan tak banyak zon merah jadi kurang la risiko jangkitan kepada mama yang sakit kronik dan abah yang dah warga emas.

Jadi merasa la kami rezeki untuk cecah tempoh genap setahun lepas dapat tahu pasal penyakit buah pinggang tu dengan selamat. Alhamdulillah lagi sekali. Tu yang aku siapkan satu quilling artwork ni untuk meraikan kejayaan kami harungi dugaan tersebut. Sempena menaikkan kesedaran pasal penyakit buah pinggang pun ya juga.

Ambil masa 5 hari juga nak buat sebab banyak main je daripada menggulung hahaha

Gambar ni aku upload kat IG masa 21 Julai sempena genap setahun tapi aku tersalah hari sebenarnya sebab tarikh sebenar jumpa doktor tu 20 Julai 2019 haha. What do you think? Plan asal aku nak buat warna pelangi tapi macam meriah sangat. Tu yang aku guna warna based on oren, kuning dan merah.

Simboliknya “jagalah buah pinggang kita dan biarkan ia sihat dan berkembang mekar seperti bunga-bunga itu.” Ewah hahahahah

Macam terlebih rajin kan. Tapi alang-alang semester aku pun memang habis elok sebelum tarikh tu dan aku pun memang nak sambung balik aktiviti quilling arts ni, tu yang aku buat tu. Lagipun dah lama tak menggulung sejak start semester baru tu. Habis berkarat skill aku. Nak imagine satu design baru pun payah sekarang ni sebab otak karat lol

Tapi mesej yang nak disampaikan pun memang pasal jagalah kesihatan diri anda, bukan buah pinggang je. Dan pesanan ni mostly untuk aku sendiri juga sebab sejak kelas dah habis ni kerja aku memang baring je. Makan pun kadang tu banyak mengunyah jajan dan makanan segera. Pastu makan pun tak tetap masa sampaikan berat aku daripada 52kg turun jadi 50kg. Nampak je keding tapi sebenarnya tak sihat pun sebab tak pernah bersenam. Tunggu masa je aku ni 😗

Mujur aku dah tak obses suplemen untuk cerahkan kulit dan rawat jerawat. Kalau dulu rajin juga buang duit beli vitamin itu ini semata-mata terpengaruh tengok testimoni orang jadi cerah serupa kertas A4 pastu muka licin semut lalu boleh tergelincir tu.

Tapi last sekali kesannya tak nampak pastu yang dapat faedah cuma founder macam CikNon yang mengamuk di IKEA sebab guard tak bagi masuk kalau tak pakai mask tu lmao. Seriau buah pinggang aku tengok dia telan segenggam pil apa entah untuk cerah tu dengan air sprite. Gg buah pinggang dia.

Harapnya anda yang membaca pun jagalah pemakanan dan kesihatan anda ya. Aku pun dah malas nak cerah sekarang. Kulit aku pun dah jarang naik jerawat lepas makan antibiotik doktor so takde dah la perasaan mudah terpengaruh tengok orang lain muka clear ni.

Parut dengan jerawat kecik-kecik yang duk ada lagi ni pun sebab aku malas buat skincare routine dengan istiqamah je so takdak masalah pun aih. Pasal kulit cerah pun aku dah tak peduli dah. Aku dah embrace my tanned skin dengan hati terbuka haha

Macam mana entri ni boleh pergi daripada throwback pasal sakit buah pinggang kepada pesanan kesihatan kepada suplemen entah ni. Tapi tu la faham la kan apa aku tulis kat atas tu. Jadi sampai di situ je la kita untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya.

Terima kasih kerana membaca.
Bye and Assalamualaikum .
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. assalamualaikum awk..sy nak tanya psl dialisis. boleh reply tak 🙏

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS