Assalamualaikum
Maafin ye. Kereta api sis memang lambat sikit. Tapi biar la lambat daripada tak cerita langsung kan. Blog ni pun dah dua bulan takde isi selain yang aku tiba-tiba throwback pasal game Superstar BTS haritu je. Berguna sangat la entri tu pun haha
Lagipun pengalaman puasa kali ni kan unik sikit. Sengaja la guwe mahu abadikan di sini. Sebab setakat puasa jauh daripada family pastu esok lusa dah nak raya baru boleh balik tu biasa la. Lumrah belajar di luar negeri kan. Tapi sekurang-kurangnya ada juga kawan-kawan boleh ajak keluar berbuka sesama makan ramai-ramai. Tahun ni je sadis sikit kena sahur sorang, puasa sorang, berbuka sorang. Huuuu kusangka 2020 ni ada kereta terbang. Rupanya rancangan yang terbang.
Aku baru je plan puasa ni nak pergi bazar Ramadhan Changlun tu banyak kali. Nak beli makanan lain-lain setiap kali pergi. Almaklum la tahun lepas baru belajar macam mana nak naik MyBus belakang inasis tu pergi bazar. Pastu baru tahu pukul 6 petang tu ada bas UUM pula tunggu untuk ambil student balik ke kampus. Mudah sangat nak pergi balik. Jadi bagi aku yang tak ramai kawan dan tak reti memandu ni, elok la sebab tak payah tunggu pergi ramai-ramai atau keluar duit untuk sewa kereta kan.
Penghujungnya… jangan katakan bazar Ramadhan, Aidilfitri pun tak wujud di Kedah ni sebab COVID-19 hahahah
No Raya 2020 huhu π |
Mak aku dah start runsing juga bila dah puasa pun takde tanda PKP akan dilonggarkan. Anak-anak buah pun bising sebab kesian la puasa sorang kan. Abang aku yang terkandas di Melaka dan tak boleh balik juga tu takpe la at least ada isteri dan anak-anak dia. Tak sunyi sangat. Aku takkan nak feeling-feeling duduk oversea tak boleh balik ke kampung halaman sebab jimat tambang kapal terbang haha.
Tapi nasib aku masih dikira baik. Orang lain ada yang lagi susah kot. Ada yang terkandas di rumah sewa, hilang pekerjaan, kena korek simpanan semata-mata untuk survive both masa puasa dan PKP. Aku ni puasa sorang-sorang pun, at least makan pakai masih terjaga. UUM tetap sediakan makanan percuma dan jaga kebajikan kami. Kena bersyukur woi.
Nasib baik ada budak ni selalu temankan. |
Begitu jadualnya. |
Suram yang mengundang perasaan #senduhours |
Masa ni aku bersyukur yang aku dah pindah blok A duduk aras paling bawah sebab blok tu dekat dengan pintu belakang kafe kawasan makanan untuk pelajar perempuan ni disediakan. Senang la aku sauk hoodie dan tudung je sebelum jalan masuk ambil makanan pastu keluar terus. Proses yang cepat dan ringkas heheheh
Sahur pertama saya :'( |
Tapi tak tipu yang sayu juga la malam-malam jalan sorang-sorang pergi kafe ambil makanan pastu balik senyap-senyap ke bilik lol. Pastu petang esoknya repeat pergi kafe untuk ambil makanan berbuka pula πͺπΌπ
Beza dia masa berbuka meja nampak meriah sikit. Sikit la. |
Tapi aku tak minum manis sangat so aku biasa ambik ais je. |
Pandangan atas. Spot the kurma! |
Pandangan sisi. Baru nampak ada ada dua bekas π |
Untung ada tapestry so rasa lawa la juga background presentation aku hehe. |
Sebekas RM5. |
Kerang ni RM10. Pun sama banyak gila. |
Aaaaaaaaaaa rindu member-member KPM selalu makan benda banyak macam ni dengan diorang laju je habis masa bersembang huhu tetiba je π
Nasib baik tak lama sangat aku kena repeat rutin tu. Sebabnya, malam sebelum 1 Ramadhan tu kami pelajar tempatan ni ada kena isi satu survey ni pasal nak balik kampung masa PKP ni. Survey yang keberapa entah yang aku dah jawab sepanjang duduk UUM masa tu. Banyak yang amat surveynya haha.
Rasa macam setiap minggu dia tanya soalan pasal nak balik ke tak hahahah |
Pastu soalan terakhir dia keluar soalan keemasan ni. |
Tapi bila fikir balik, mental aku cukup kuat ke nak duduk lama-lama kat situ kan. Dah la duduk sorang. Ada aku berkawan baik dengan dinding lepas PKP tamat nanti. Lagipun rezeki kot. Orang lain yang duduk lagi jauh tu semua nak balik tapi takde rezeki so bak kata Sajat, “Di manakah akal yang dikurniakan oleh Allah kalau tidak digunakan?" So aku tanda la yes.
Masa tu UUM ada umumkan yang daerah negeri-negeri utara ni akan hantar pelajar balik mengikut negeri-negeri tertentu pada tarikh-tarikh yang ditetapkan kan. Aku duduk Kelantan ni katanya boleh balik pada 2 Mei 2020. Tapi tu la lama yang amat senarai nama nak keluar sampai aku pun dah fed up menunggu. Nak kemas barang pun malas. Rasa macam tak nak berharap je sebab takut nama tak terpilih karang, hancur hati i.
Tapi last sekali aku tetap kemas bilik aku malam 1 Mei tu. Semalaman aku tak tidur kot haha. Dalam kepala fikir kalau boleh balik, bagus. Kalau tak boleh balik pun, aku boleh simpan siap-siap barang yang aku tak guna dalam stor sebelum stor penuh. Biar tinggal barang-barang penting je. Sambil tu hati tetap berharap la senarai nama pelajar yang dibenarkan balik tu dah keluar dan ada nama aku kan. Tapi hampa. Tak keluar-keluar senarainya.
Tahu bila senarai keluar?
PAGI 2 MEI TU.
Tumpat tu daerah aku. |
Tahu-tahu je aku dimasukkan dalam satu group WhatsApp. Haaa elok. Malam ni nak balik, pagi ni baru tahu nama tersenarai. Nasib baik aku dah siap kemas barang. Bersyukur tapi hangin juga la aku sebab macam lagi elok kalau tetapkan senarai nama pelajar dulu sebelum keluarkan tarikh untuk hantar balik. Tapi tu la ni kan keadaan darurat. First time kot universiti seluruh negara ditutup serentak so faham la proses nak buat kerja tu bukan mudah jadi takpe la. Yang penting aku dah confirm boleh balik. Yeay~
Tapi…………. cerita pasal balik tu akan bersambung di kemudian hari lol. Sebab cerita tu pun panjang juga. Nak sama panjang dengan tempoh aku nak sampai ke kampung yang kemain lama angkara ada satu halangan tak terjangka ni.
Halangan apa? Well… rahsia hehehe. Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya.
Tapi…………. cerita pasal balik tu akan bersambung di kemudian hari lol. Sebab cerita tu pun panjang juga. Nak sama panjang dengan tempoh aku nak sampai ke kampung yang kemain lama angkara ada satu halangan tak terjangka ni.
Halangan apa? Well… rahsia hehehe. Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya.
Terima kasih kerana membaca. Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤