Assalamualaikum
Yeeee bertemu lagi kita dalam segmen masak-memasak di sini. Macam biasa, resepi makanan tak berapa nak berkhasiat je yang aku sajikan ya. Kalau nak resepi yang rumit dan berzat tu pergi la cari blog orang lain sebab kat sini aku share resepi yang aku suka makan je. Dan aku suka makan benda tak berapa berkhasiat kahkahkah
Like a GIANT MUFFIN~! |
Sebab aku suka kek coklat dan rumah aku pula takde oven. Ada periuk pengukus je 2-3 saiz sebab mak aku kan pernah buka kedai masak dan banyak aktiviti memasak dulu-dulu. So kita kukus je la asalkan kek tu jadi dan boleh buat lepas gian nak makan kek kan.
Aku tak ingat bila aku ter-develop minat buat kek ni tapi memori terdekat aku masa tahun 2014 kot. Sebab duduk rumah teringin nak makan kek tapi masa tu takde lagi macam sekarang yang ramai duk bisnes online cod sana sini sekitar tempat tinggal aku. Kalau nak makan kena keluar ke bandar dan spesis aku ni rajin la pula nak keluar kan.
Tu yang aku google resepi kek coklat kukus dan beli bahan-bahan dia untuk buat sendiri je. Ada 2-3 resepi yang aku pernah try tapi tak semua tu jadi. Kecuali satu resepi ni yang aku guna sampai sekarang yang diperoleh dari blog @AzieKitchen. Terima kasih Kak Azie hehe
Resepi: Kek coklat kukus
Tempoh memasak: 1 jam
Bahan-bahan:
(Dimasak bersama)
1 tin susu cair
200 gm minyak sayuran
250 gm susu pekat
100 gm serbuk koko
1 tin susu cair
200 gm minyak sayuran
250 gm susu pekat
100 gm serbuk koko
4 biji telur
250 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
250 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Langkah masakan:
1) Masak bahan yang perlu dimasak tu dalam satu kuali/periuk sampai semuanya sebati
2) Ayak tepung, gula kastor, baking powder, dan soda bikarbonat dalam satu bekas lain kemudian pecahkan telur ke dalam bancuhan tepung tu
3) Gaulkan bahan yang dimasak tadi dengan adunan tepung dan putar la guna mixer sampai sebati. Kalau takde electric mixer, guna hand mixer. Sado tangan
4) Lapikkan loyang dengan kertas minyak dan tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil
Aku kebelakangan ni baru guna kertas minyak. Sebelum ni tak guna melekat-lekat kek di loyang lol |
5) Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 1 jam. Pastikan air dah mendidih sebelum masukkan loyang kek tu.
6) Cukup sejam, cucuk la kek tu dengan lidi check dah masak ke belum. Kalau lidi bersih tu dah masak la. Tapi biasa aku biar dalam lebih 5-10 minit baru tutup api.
Hasilnya……LIHATLAH DUNIA~!
Elok je kejadiannya. Puas hati tengok hahaha |
Visual cantik tapi menyesal letak chocolate rice sebab bila makan rasa berpasir |
Kejayaan terbesar aku setakat ni dalam bab buat kek 😂 |
Coklat cadbury yang dah dicairkan.
Soalnya aku malas nak beli coklat masakan untuk buat ganache sebab leceh haha. Coklat masakan bukannya sedap pun. Aku ni dah la malas nak adjust susu pekat dalam ganache tu sebab kadang dia jadi, kadang tak jadi. Better beli coklat yang memang dah sedap. Jimat masa.
Tapi walaupun aku suka kek coklat, aktiviti kukus-mengukus kek ni biasanya masa sambutan khas je. Contoh macam raya ke…aku kukus la kek sebijik buat hias meja masa raya pertama (kalau rajin). Tak pun masa birthday anak buah (kalau aku ada kat rumah masa tarikh tu). Atau kalau anak-anak buah tiberrr cakap kat nenek diorang nak makan kek. Haa memang kena kerah la aku buat kek sebijik lol
Contoh terdekat macam masa hari jadi anak buah aku si Amir Faris haritu. Tarikhnya 16 Ogos tapi majoriti lupa sebab umi dia yakni kakak aku pun baru bertolak balik ke Penang pagi tu untuk kerja. Aku pula sejak duduk rumah ni tak keep track sangat pasal tarikh dan hari. Petang lepas Asar tu baru aku teringat “eh ada hari jadi anak buah la hari ni.”
Tapi macam dah terlambat la sebab nak habis hari dah pun. So kakak aku janji nak sambut masa cuti Awal Muharam nanti. Plannya nak beli kek sebiji. Masalahnya Amir pula duk mengungkit dengan aku sebab “Nana (nama panggilan aku) pandai buat kek tapi birthday kita tak sambut pun.” Dah neneknya dengar, maka aku la yang disuruh buat kek tu hahaha
Nasib sayang budak oiii. Dan nasib baik juga majoriti bahan-bahannya memang dah sedia ada di rumah masa tu kecuali susu cair yang abah aku kena beli lepas balik dari masjid. Kalau tak, belum tentu aku buat sebab tak kuasa nak bertopeng pergi supermarket. Akhirnya siap la juga kek untuk Amir tersayang. Em sayang sangatttt~
Dia punya kalut nak siapkan kek untuk “birthday party” dia tu sampai aku pun terlupa nak cover loyang dengan aluminium foil sebelum masukkan dalam periuk pengukus. Mujur baru 5 minit aku letak kek dalam tu. Berlari juga la aku letak benda tu sebelum biarkan dia sambung masak.
Fresh from the steamer ❤️ |
So pretty gituu |
Rasa kek secara keseluruhan masih ok cuma bahagian bawah tu la ada yang ok, ada yang keras. Jadi masa makan, kena potong asing dengan garfu hahaha. Tapi takde orang komplen sangat pun so kira sukses la tu.
Yang kelakarnya, anak buah aku siap demand nak ada tema atas kek tau. Tema apa tu aku tak tahu la sebab macam random je dia request tu. Tapi dia ada cakap la kek dia tu nak ada tulisan wish birthday dan nama dia. Kemain betul.
Kakak aku lagi sorang suruh beli piping bag tapi aku kan jenis kaki DIY punya orang. Jadi dengan kuasa DIY, aku mix mentega dengan gula aising untuk buat buttercream pastu letak dalam cling wrap sebelum sumbat dalam plastik isi lauk. Bucu plastik tu aku gunting sikit dan tulis la “Happy Bday Amir” atas tu dan putar sikit di sekeliling kek tu.
Comot dan tak cantik sangat pun sebab amatur kan. Tapi Amir tengok ada nama dia as birthday boy atas kek tu pun dah puas hati dah. Almaklum la ni pertama kali dia buat sambutan hari jadi. Ada kek nama dia, ada makanan, ada family sambut ramai-ramai, excited la. Bestnya jadi budak-budak kan. Senang je nak happy.
Buttercream takde warna sebab takut tenggelam dek warna kek 😅 |
Simple je menu malam tu |
Dan… tengoklah reaksi birthday boy ni bila pertama kali ada kek yang dibuat khas untuk dia dan ada nama dia ni.
Acah-acah malu punya senyum dia 😂 |
That’s all for now. Thank you for reading. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum dan bye.
wah !! mengidam kek coklat kukus pula !! saya pun suka kek coklat je pun , then kek kukus rasa dia lagi gebu enak dari kek bkar .
ReplyDelete