Assalamualaikum
Selamat Hari Malaysia, kawan-kawan!! 🎆🇲🇾
Ke arah mencapai kegemilangan dan lebih keharmonian bersama semua rakyat berbilang kaum. Ewahhh 💪🏼
Nah poster daripada UUM haha |
Serius dupdapdupdap jantung masing-masing tunggu emel daripada HEA UUM tau. Kata keputusan akan dihantar kepada emel pelajar bermula pukul 2 petang. Tapi kami tunggu dari lepas Zohor sampai lepas Asar, emel tu tak kunjung tiba pun. Emel lain pula yang duk berbunyi dalam inbox. Bubur asyura la, meeting ditunda la, etc. Mental kami yang menunggu hahahah
Orang tengah berdebar tunggu result ni dia masuk cerita kacau bubur kenapa 🤣 |
Service tu duk unavailable je manjang |
Tengok dia tulis result akan keluar start pukul 2 tu hehe membohong je 😂 |
1) Guna cara penggredan yang lama dan masukkan GPA yang diterima dalam CGPA sem sebelumnya. Hasilnya, CGPA akan menaik atau menurun.
2) Guna cara penggredan "Cemerlang, Memuaskan, Tidak Memuaskan" dan tak dikira dalam CGPA. Hasilnya, CGPA sebelumnya tidak berubah.
Almaklumlah pertama kali belajar online. Siapa yang berjaya dapat keputusan bagus dan ada peluang naikkan CGPA, pilih la cara 1. Siapa yang tak boleh adapt dan prestasi menurun, boleh guna cara 2. Win-win for all. Takde yang sedih-sedih sebab CGPA merudum jatuh. Cumanya kalau ada subjek yang gagal tu, tetap kena repeat la.
Aku dalam entri lepas ada cakap masa tu tak tahu lagi nak pilih cara 1 ke cara 2 kan sebab tak yakin dengan beberapa subjek ni. Tapi kan... lepas dapat keputusan semalam... Alhamdulilah... Hasil yang diterima tu tak mengecewakan. Berbaloi la aku nervous tunggu sampai 6 petang untuk emel ni masuk inbox Outlook UUM 😆
Kalau tengok huruf semata-mata tu kira straight A la tu 🤣 |
Harap-harap sem depan akan dapat pensyarah yang baik-baik macam sem ni lagi. Lagi-lagi sem depan memang online dari awal sampai ke akhir huhu. Semoga aku berjaya survive 💪🏼
Walaupun dalam hati macam sedih sikit sebab dekat tapi jauh je 4.0 tu, satu-satunya subjek yang tak sehati sejiwa dengan subjek lain yakni International Marketing tu memang tak boleh buat apa la. Tu la subjek yang groupmate bantai copy dari Google sampai 4 muka surat semua kena highlight dengan Turnitin sebab ayat sama sebijik tu.
Tapi apa guna salahkan orang je kan. Partly aku pun salah sebab tak follow up betul-betul so terima je la apa yang dapat tu. Tu pun mujur Dr. Arunna masih baik hati bagi gred huruf A lagi. Kalau beliau tepek B sebijik, tak ke haru. Jadi bersyukur la apa yang ada. Next sem try improve lagi baik 😊
Jadi apa cara penggredan yang akan aku pilih lepas ni?
Pilihan 1 la. Sebab macam rugi je kalau tak masukkan dalam CGPA. CGPA aku naik kot hasil daripada sem lepas. Naik 0.01 😂
From 3.92 to 3.93 eheh banyak tu je labuuu 😂 |
Tempoh cara penggredan ni boleh dipilih. |
Anyway, selesai la sudah kisah result. Pasni tinggal kisah berebut add subjek dalam jadual je la. Aku setakat ni baru ada 3 subjek. Mana nak cari woi kekosongan untuk lagi 3 atau 4 subjek. Dibuatnya portal down lagi sekali masa musim add/drop ni, mau mental berjemaah lagi la gamaknya kami ni.
Dan mujur juga aku tak pilih untuk balik ke kampus sem depan. Kalau tak, dah tambah lagi satu drama agaknya sekarang. Sebab pihak UUM dah tangguhkan lagi tarikh pendaftaran pelajar untuk sem depan ni. Semua pelajar baru dan pelajar lama disuruh daftar lambat sikit berbanding tarikh asal pada awal Oktober.
Tarikh daftar je la lambat. Tarikh kelas online tetap start seperti dijadualkan haha |
Tabah juga la kawan-kawan yang dah beli tiket balik Kedah ikut tarikh pendaftaran asal tu. Ada la arrangement yang UUM akan uruskan tu kalau korang balik awal.
Orang lain boleh la komen senang "tukar la tarikh tiket." Tapi sebagai orang yang dah biasa naik bas, aku tahu ianya tak semudah tu. Bunyi macam senang je kan nak tukar tarikh tu. Tapi kena bayar kot kalau nak print tiket baru. Kalau tarikh tu tukar 2-3 kali macam mana? Tu baru tiket bas. Kalau tiket flight kena tukar ke tarikh yang lebih mahal? Haaaaa
Setakat tu je la dulu aku membebel kalini. Semoga jumpa lagi dalam entri seterusnya kalau aku ada benda nak cerita haha
Alhamdulilah..Tahniah sister!Moga terus jadi pelajar yang cemerlang.Doakan saya..result keluar jumaat ni..serammm....hehe
ReplyDeleteAww thank youu cuya ❤️ semoga result cuya Jumaat ni pun terbaik jugak. Next sem ayuh la usaha lagi agar kekal cemerlang :D
DeleteHai saya pun pelajar uum. Saya belum beli tiket lagi tapi dah isj borang pre registration tu. Huhu. Saya follow awak ya. Awak boleh lah follow saya balik kalau nak. ✌🏼
ReplyDeleteWahhh balik kampus ke? Saya ramai member tak balik so sunyi pulak hahah. Dah follow juga. Salam kenal 😊
DeleteSaya balik sebab rasa tak boleh fokus duk rumah ✌🏼
DeleteBtw tahniah untuk result
ReplyDeleteTerima kasih hehe ❤️
Deletehai.. tahniah untuk result
ReplyDeleteTerima kasih 😄❤️
DeletePart bubur asyura tu memang kelakar 😂 anyways congrats for your result! Keep it up ✨
ReplyDeleteTu la orang tengah nervous tp dia sibuk hantar benda lain. Cuak check notification rupanya cerita bubur hahahah.
DeleteTerima kasih huhu 🙈
wahh tinggi nya result :D tahniahh
ReplyDeleteterima kasih 😊 InsyaAllah next sem kena usaha lagi sbb satu sem tu online terus huhu
Delete