Assalamualaikum
Credit: Capturly |
Siapa sangka, dalam pada aku duk on off kejap update blog 2, 3 kali berturut-turut, kadang aku cuti tak jamah kehboard berbulan-bulan, tak sangka berjaya juga aku cecah milestone yang aku tak pernah termimpi pun boleh dapat. Sebab tahukah anda, pageviews untuk blog cikai aku ni akhirnya berjaya mencecah angka 1,000,000? 😄🎉
Angka bacaan setakat sekitar 6pm 11 Oktober 2020 |
Sebelum ni memang aku dah ada rasa-rasa boleh capai angka ni sebab latest minggu lepas masa check statistics, dah nampak dia cecah 950k views. Cumanya aku ingatkan macam lambat lagi la macam bulan depan ke baru naik. Tak sangka pula minggu ni dah naik terus. Terima kasih banyak kepada yang membaca ❤️
Sedar tak sedar rasa macam mimpi pun ada tengok blog cikai ni pun boleh cecah sejuta views. Sebab aku pun bukannya blogger jenis lifestyle yang aktif kongsi pengalaman dan cerita pun. Cerita benda yang aku rasa nak cerita je. Tu pun ideanya banyak peram dalam kepala, bukannya taip betul-betul.
Tapi Alhamdulilah la rezeki. Dan walaupun takde hadiah pun untuk pencapaian sejuta ni, malah mungkin macam remeh bagi sesetengah orang, tapi bagi aku amat bermakna la juga sebab maksudnya penulisan aku dibaca dan dihayati oleh orang di luar sana. Jadi takde la rasa macam syok sendiri sangat kan.
Yang kelakarnya, antara entri yang banyak menyumbang kepada trafik dalam blog ni kan, adalah entri yang aku update secara sangat random. Maksudnya entri yang aku main tulis je sebab aku rasa cam "em blog bersawang so update je la cerita ni pun."
Contoh:
#1 Entri aku meroyan pasal stres naik jerawat batu takde mata yang pedih gila masa habis diploma dulu
👉🏼 Selain hormon tak stabil, emosi aku pun tak stabil masa tu. Sebab tu tak lama lepas aku publish entri ni, aku hide balik sebab aku rasa cam malu la pula meroyan camtu. Pastu gambar masa keadaan jerawat aku tengah teruk tu pun macam disgusting je hahaha.
Awal tahun 2019 camtu kot baru aku publish balik entri ni sebab rasa cam kesian dah penat tulis tapi tersadai dalam draft. Dan tak kusangka cerita meroyan tu setakat ni dah cecah lebih 42,000 bacaan?!?!!! Fuhhhh
#2 Entri pasal kena belajar balik Mandarin masa degree di UUM padahal dah belajar masa di KPM Ayer Molek dulu
👉🏼 Ni pun aku update tersangat random sebab masa tu aku tengah ulangkaji subjek Mandarin dan rasa syok sendiri tengok cantik je nota aku catat complete je dalam printout Mandarin tu. Pastu saja la update untuk meriahkan archive bulan Mac 2020 tu kan. Tahu-tahu je 10,000 page views masuk. Eh eh siapa je yang baca dan kenapa? Hairan betul aku 😅
#3 Entri pasal terpaksa cabut gigi geraham masa awal tahun 2020 haritu
👉🏼 Ni paling kelakar bagi aku sebab memang paling tak expect. Aku publish sebab rasa terhibur dengan diri sendiri je sebab muda-muda lagi dah tak cukup gigi. Pastu nak throwback sekali pengalaman cabut gigi di klinik swasta tu (sambil compare klinik kerajaan dan swasta ehek).
Masa duk taip tu aku serius duk ragu-ragu dengan diri sendiri sebab "pasal cabut gigi pun nak cerita. tak penting langsung." Tapi dalam aku duk tak yakin tu, tahu-tahu je 12,000 orang baca. Siap ada yang cari di twitter untuk dapatkan kepastian aku "betul ke cabut gigi di klinik kerajaan tak sakit?" hahahaha
Dia selalu macam tu tau. Entri review yang aku duk taip dengan teliti siap letak keyword yang popular tu tak ramai pula yang baca. Tapi entri rambang yang aku rasa tak penting sangat dan cerita secara suka-suka je tu ramai pula yang berminat.
Terbukti la tak semestinya benda yang kita pandang rendah tu sebenarnya tak penting. Mungkin isi yang kita duk ragu-ragu tu rasa remeh tapi bagi orang lain, mereka rasa penting. Jadi apa pengajaran yang boleh aku guna di masa depan?
Tulis je la semua cerita yang aku rasa nak tulis tak kira la isu tu rasa remeh ke tidak. Asalkan isinya tak menyentuh sensitiviti perkauman atau boleh mencetuskan kontroversi sudah la. Sekurang-kurangnya kalau tak cecah ratusan bacaan sekalipun, mungkin ada juga seorang dua yang dapat manfaat daripada penulisan tu kan.
Dan aku pun takde la letak expectation tinggi nak blog ni meletup ke apa. Aku cuma nak platform untuk menulis dan kongsi pengalaman dari semasa ke semasa je. Sebab kadang-kadang ada benda yang aku tak cerita secara personal dengan keluarga dan kawan-kawan, aku update kat sini.
Soalnya aku jenis introvert yang tak gemar bercakap banyak. Tapi aku suka menulis. Jadi bila aku tulis dan kongsi link blog pasal apa-apa update tu, itu adalah makluman secara tak langsung kepada ahli keluarga dan kawan rapat yang "Aku ok. Ni kisah terkini aku. Jadi jangan bimbang." Lebih kurang macam tu la ☺️
Sebab tu setiap kali ada orang persoal aktiviti blogging sebagai "dah tak relevan" sebab orang sekarang dah boleh cari maklumat melalui media sosial, aku malas nak cakap apa. Manusia ni kan hati sama hitam, rambut lain-lain. Mungkin blogging ni dah tak relevan untuk dia tapi blogging tetap relevan bagi aku. And I'm okay with that.
Dah jadi sesi luahan perasaan pula penghujungnya hahaha. Apa pendapat anda?
Waaaahhh! Tahniah tahniah! Boleh jadi sifu saya ni. Hahaha. Saya pun nak juga ramai-ramai kat blog. Boleh dah buat duit jadi blogger ni. 😂. Siapa cakap tak relevean? Tak tau ke orang buat duit melalui blog ni
ReplyDeleteTerima kasih ❤️ Pernah haritu masa discussion, lecturer cam keluar statement "ada lagi ke orang baca blog?" Sedih tau hahaha. Di socmeds ada juga yg tanya camtu. Padahal kalau google review atau info apa² mesti ramai yg cari blog terkini utk tahu pengalaman firsthand blogger kan 🤭
DeleteAlhamdulillah. tahniah. Semoga angkanya terus bertambah. Keep it up!
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah semoga ada kerajinan utk terus menaip hahaha
DeleteTahniah! Semoga terus bersemangat untuk berblogging!
ReplyDeleteTerima kasih hehe. Tu la sama-sama la kita terus semangat!!! 💪🏼
DeleteTAHNIAH!!
ReplyDeleteSaya rasa..saya pon tak capai tahap macam awak..hahah mungkin sebb saya tak rajin..turun naik je blogging ni..ikut mood.Teruskan menulis!
Terima kasih cuya!! Haha manade...ni pun jarang-jarang sekali update. Harapkan certain entries je ada orang masuk blog. Keep it up too cuya 💪🏼😎
Deleteamazing! congratulations!! teruskan tau
ReplyDeleteThank you, Atie 🥰
DeleteHebat, itu tanda blog ada silent reader yang tetap dan hargai yang mereka sentiasa datang simggah ke blog kita. moga terus sukes!
ReplyDeleteBetul betul. Terima kasih Naim. Semoga Naim juga terus sukses 💪🏼
DeleteHeheh Tahniahh. Pencapaian yang tidak terduga. Rezeki xpernah salah alamat ;)
ReplyDeleteItulah dalam pada sendu tu ada juga yg baca rupanya. Terharu hehe. Terima kasih 😄
DeleteTahniah!! semoga terus berjaya dan cemerlang nasa :)
ReplyDeleteTerima kasih ☺️❤️
DeleteWahhh tahniah sis!!!😍
ReplyDeleteTerima kasih sis 😁
DeleteWah tahniah tahniah sis!!! Semoga terus semangat dan naikkan lagi angka tu!
ReplyDeleteTerima kasih cik tk. InsyaAllah semoga kita sesama terus komited hehe ❤
Deletesemoga terus rajin berblogging :D
ReplyDeleteInsyaAllah. Memang itulah harapannya 😆
DeleteAlhamdulillah Tahniah Nad capai 1juta view!
ReplyDeleteTerukan saja menulis. Apa pun yang Nad nak tulis. As long tak sentuh sensitivity. It okay.
Entry pengalaman Nad sendiri tu sebenarnya mahal. Pengalaman yang kita lalui. Orang suka baca. Walaupun kadang² bagi kita, alah ni pun nk cerita.
Mana tau entry tu bagi manfaat pada orang lain kan. Tgk entry jerawat tu. 42k view byk betul 👏🥰
Yang gigi tu nk tergelak Nad tulis. Muda2 hilang gigi geraham dah ya. Sempat lagi melawak.
Apa² teruskan menulis Nad ya.
Kita sama..introvert ❤
Betul tulis blog untuk beritahu perkembangan diri pada saudara-mara dan mereka yang sibuk hendak tahu.
ReplyDelete