Dan Semester 5 Pun Berakhir... | NaSa

Dan Semester 5 Pun Berakhir...

in , , , by NaSa, February 04, 2021
Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2021!!! Walaupun kita dah masuk bulan Februari 😂😂

Dalam tengah-tengah kalut pandemik kobid nainting ni, Alhamdulillah selamat juga satu semester pembelajaran atas talian ni berakhir. Tapi selamat tak berapa selamat juga la. Nak perabih satu sem ni rasa serupa nak drop semua benda nak tidur tak bangun-bangun dah. Pebende entah la aku buat satu sem ni. Rasa serupa bercakap dengan dinding je banyak daripada belajar lol

Daripada masa nak add subjek untuk sem tu je dah masalah. Sebabnya sis tersalah kira semester sendiri. Sebelum ni kan aku pernah tangguh satu semester, jadi aku ingat aku ni baru sem 4 la. Rupanya semester yang tangguh tu dikira sebagai semester yang berjalan jadi aku ni sepatutnya sem 5 la. Tapi sebab salahfaham tu, aku terlepas tarikh nak add subjek maka kosong la jadual aku. Call HEA pun tak berjawab sebab masa tu UUM tutup dan staf kerja dari rumah.

Redha je la sis tunggu sesi add/drop kali kedua dan sesi add manual. Kalau masa kat kampus kena berpeluh naik bas, panjat-panjat tangga, beratur lama-lama nak menghadap pegawai fakulti untuk serahkan borang, kalini kelas online kita isi google form je. Habis semua facebook page fakulti tu aku follow sebab nak tau bila dia hebahkan tarikh untuk permohonan dibuka. Terus rajin kejap aku main facebook hahahah. 

Belum masuk cerita kelas minor lagi. Tapi yang minor ni memang selalu drama la sebab kelas sikit tapi student ramai. Berebut-rebut la budak major logistik dengan budak minor logistik nak isi kelas. Tapi priority dia bagi kat bebudak major dulu maka picisan minor macam aku ni kena tunggu dia buka google form untuk ad manual. Rasa dianaktirikan huhu.  Apa yang kedekut sangat entah nak buka seat bebanyak 😂

Tapi Alhamdulillah lepas seminggu dua menanti dengan gementar tu kot-kot permohonan tak lulus kan, akhirnya kelas-kelas yang aku mohon tu bertambah satu-satu dalam senarai subjek yang aku ambil semester ni. Jadi settle la aku ambil 6 subjek seperti di bawah.
Jadual Semester 5
Macam tak balance kan jadual aku sebab Ahad/Rabu padat sampai 4 kelas. Tapi Isnin/Khamis cuma satu kelas pagi kemudian gaaaap sampai petang baru ada lagi satu kelas heheh. For me takpe kelas padat asalkan ada satu gap masa untuk aku rehatkan otak dan makan kejap pun dah ok. Dan yang penting SELASA CUTI!!!! 😁

Ini keistimewaan UUM ya. Hari Selasa tu bagi kami hari cuti tengah minggu sebab memang takde kelas, kecuali bagi sesetengah subjek. Jadi waktu ni la famous kalau pelajar nak join program untuk kumpul merit, buat study group, melepak, atau tidur hahah. Dan biasanya lecturer nak buat kelas ganti pun hari Selasa la sebab majoriti lapang kan.

Selain tu, kelas kami kebanyakannya berakhir pada waktu pejabat. Waktu paling lambat kelas habis adalah 5.30 petang. Ada beberapa je kelas istimewa yang ada kelas malam. Tapi setakat ni aku takde la kelas camtu. Sebab tu kalau aku tengok jadual kawan-kawan kat Uni lain yang ada kelas sampai 9-10 malam tu rasa cam "wowww...y'all got classes at night?" 😳
Bodo berlagak hahahahah

Anyway, alang-alang semester dah habis ni jadi ayuh la kita cerita sikit pasal pengalaman setiap kelas ni macam mana. Sebab lain kelas, lain kisahnya. Malah dalam 6 subjek yang aku ambil semester ni, manis pahit setiap subjek tu emmmmm level dia lain-lain belaka.
Research Methodology
Dimulakan dengan Research Methodology, kelas ni tengok nama pun dah tahu yang secara ringkasnya, kita belajar cara nak buat kajian. Pensyarah yang ajar kelas ni, Dr. Hazlinda is soo sooooo baik hati. I like her a lot sebab cara mengajar beliau tu lembut dan terperinci. Semua sesi kelas beliau rekod dan upload di portal untuk rujukan masa depan. Semua soalan pelajar pun beliau jawab teliti je, both untuk kelas dan untuk assignment.

Tapi satu dugaan kelas ni, line dan laptop Dr agak kerap bermasalah. Suara sekat-sekat dan tenggelam timbul macam robot nak habis bateri tu biasa hahaha. Banyak kali juga kami kena interrupt cakap "sorry Dr. suara tak dengar." Biasanya ni terjadi masa Dr nak share content macam slides atau share website. Kalau masa bercakap biasa, takde masalah pun. Lepas Dr tukar laptop baru la okey. Agaknya laptop Dr pun dah berusia macam laptop aku sebab aku pun tak boleh masuk kelas pakai laptop. Lembab nak mampus. Pakai phone je hehe
Well done, me hahahah
My fave moment dalam kelas ni, lepas bab pertama Dr ada bagi tugasan pendek dalam portal. Aku pun jawab la. Pastu eh eh Dr puji jawapan aku dalam group kelas. Unexpected. Maka biasa la kita sebagai manusia ni bila kena puji of course la kembang semangkuk kan. Tu yang bangga tu 😂

Tapi part tu je la kenangan manis. Lepas tu perhatian aku tenggelam dalam lautan Pasifik lol

Sebab nama pun belajar cara buat kajian, tugasan pun kena la buat kajian kan. Bab topik kajian tu takpe sebab Dr dah bagi siap-siap dengan soalan untuk responden. Tapi bab Dr ajar pasal report dan cara guna software SPSS untuk kajian tu ya Allah...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak lekat pun dalam kepala. Nasib baik Dr rekod semua kelas. Aku repeat tengok video tu masa buat assignment baru la faham "ohhhh yang Dr explain tu untuk kegunaan ni rupanya..." 

Maafkan saya sebab tagune, Dr. 😅
Mandarin 2
Kenapa pipi aku gemokk
Seterusnya, kelas nihaoma ni. Yeee dah sem 5 baru nak ambil Mandarin 2. Member-member dah habis ambil Mandarin 3 dah lol. Maaflah train sis lambat sikit haha.

Kelas ni paling stress wey awal-awal sem tu sebab 2 minggu berturut-turut takde kelas. Asal tanya kat group je, jawapannya "Takde kelas. Nanti dimaklumkan kemudian." Harus la cuak kan sebab bila banyak cancel, nanti kelas ganti pun banyak la. Pastu memula tu aku pelik juga sebab dalam group tu ada 2 orang laoshi. Ada Hong Laoshi yang ajar aku dalam Mandarin 1, dan sorang lagi laoshi tapi Melayu. I was like..."berapa banyak laoshi daa..."

Lepas kelas start masa minggu 3 tu (akhirnya), baru tahu yang laoshi kami tu berbangsa Melayu. Shaa Laoshi panggilannya. Dan katanya akan ajar kami buat sementara sebab laoshi kami yang sebenar, Yvonne Laoshi, dari China belum sampai ke Malaysia. Mungkin sebab covid ni tak boleh nak travel keluar masuk sempadan negara kan. Tu yang tergendala tu. Aku syak kelas cancel sebelum ni sebab tengah susun laoshi mana ajar kelas apa sementara tunggu laoshi dari China sampai.
Aku pun baru tahu Peppa Pig ada versi Cina hahaha
My fave part about this class, sebelum kelas bermula biasanya laoshi akan pasang video di youtube sementara tunggu semua pelajar masuk. Biasanya lagu mandarin la. Thanks to that, first time aku layan lagu-lagu mandarin yang best dan aku tak pernah tahu kewujudannya tu. Almaklumlah aku biasa dengar lagu English/Jepun/Korea je haha. Tapi sesetengah waktu tu ada laoshi pasang kartun juga. Contoh macam kat atas ni Peppa Pig in Mandarin 😂

Lepas cuti midsem haritu sepatutnya Shaa Laoshi akan ditukarkan kepada laoshi dari China tu tau. Classmates ada dah duk tanya kalau tak tukar tak boleh ke sebab dah ngam dengan Shaa Laoshi kan. Awalnya kata akan tukar juga tapi sampai dah habis semester pun, kami tetap dengan Shaa Laoshi juga untuk semua kelas dan assessment. Tercapai hasrat kami taknak tukar cikgu hahaha
Management Ethics
Masuk pukul 1, kita tukar ke kelas Ethics pula. Kelas ni personally aku panggil "kelas bullet train" sebab laju gila hahahah

Kelas Dr Zulkiflee ni mudah je. Beliau bagi salam, tanya connection ok ke tidak, boleh dengar suara jelas ke tidak (selalunya aku yang jawab ok), pastu beliau start mengajar pung pang pung pang explain dengan contoh tahu-tahu dah habis satu bab. Macam tu laju ye Dr bercakap. Aku yang salin nota ni cramp tangan dan lenguh tengkuk duk ulang dongak tunduk tengok slides kat skrin. Dah la skrin handphone kecik, mata pula rabun 😂
Personally bangga dengan nota untuk kelas ni hehe
Aku suka kelas Ethics Dr Zulkiflee ni sebab engaging. Dr pula ada pengalaman industri dalam bidang HR. Jadi contoh yang beliau bagi dalam kelas tu biasanya berkait dengan isu semasa macam covid dan peluang pekerjaan sekarang yang dikaitkan dengan masalah etika. Jadi aku yang mendengar ni berminat la sebab otak rasa nak berfikir untuk berdebat gitu. Sayangnya kelas online jadi kalau nak berdebat 2 hala tu susah. Kalau kelas fizikal mesti best sebab boleh bincang lagi banyak 😌

Pastu dalam kelas ni aku sorang je buka video. Skrin yang tunjuk nama dan video participant dalam kelas tu pula Dr biasanya letak di tengah skrin laptop beliau (sampai cover slides muahahah). Jadi aku kena sangat la behave sebab apa yang aku buat masa kelas tu Dr nampak. Pernah sekali Dr tiba-tiba petik nama aku tanya contoh teori dalam Ethics sebab nampak aku fokus semacam tenung skrin phone kan (padahal tengah melamun). Terus blank kepala otak aku 😂
Transport Planning and Policy (TPP)
Ni kelas paling chill aku rasa, dan honestly biasanya paling mengantuk juga sebab almaklumlah dah kelas terakhir Ahad/Rabu tu. Tenaga aku memang dah dekat nak habis sangat dah masa petang tu. Speed Dr bercakap pula agak perlahan jadi mood nak terlelap tu adalah normal 😅 biasanya lepas habis kelas ni auto aku tidur je sebab penat otak hahah

Kelas ni best dia sebab selalu start lambat habis awal. Jadi nak makan, nak zohor tu sempat la sebelum kelas start. Tapi interaksi dalam kelas tu agak kurang sebab classmates lain takde tanya soalan dan aku pun selalu dah mood mengantuk jadi tak fokus sangat. Usually masuk kelas tu memang tenung slides Dr, dengar Dr bercakap, dan tengok video youtube yang Dr pasang je la. 

Untuk subjek ni, aku rasa sangat gelap masa hadapan untuk dapat gred cantik hahaha. Sebab aku pun tak tahu apa benda aku belajar dan jawab dalam kuiz. Untuk assignment, aku agak yakin la juga sebab faham soalan dan jawapan pun disertai rujukan tapi tu la Wallahua'lam apa jadi pasni. If anything. salah sendiri la sape suruh tak fokus dalam kelas kan 😌
Cargo Insurance
Masuk hari Isnin/Khamis, kita bertemu Dr. Salwani dalam kelas Cargo Insurance pula. First impression kat Dr ni, aku teringat Dr. Maha dalam kelas Supply Chain Management masa sem 2 sebab strict. Nada suara Dr pun jenis strict and straight to the point. Jenis kalau kita explain pasal sesuatu, beliau akan tanya "why?" dan "are you sure?" untuk check sama ada kita betul-betul faham soalan beliau dan apa isi jawapan yang kita bagi tu.

Untuk sesetengah orang mungkin mudah takut bila dapat pensyarah macam ni. Sebab kecut perut juga sebenarnya kalau kita dah beranikan diri untuk jawab, sekali kena suruh hurai pula. Terus hilang keyakinan yang jawapan tu betul lol. Tapi aku suka pensyarah yang suruh hurai macam ni sebab nanti dalam kelas akan sentiasa alert sebab dah tahu bila-bila je beliau akan kaitkan kes dalam bab tu dengan satu prinsip dan tanya "apakah prinsip itu?" Haaa gitu dah macam pop kuiz. Memang harus la kena selalu fokus dan tak melamun kan.

Dr pula jenis suka kelas interaktif yang kalau beliau tanya, kita jawab dan kalau kita tanya, beliau jawab. Takde la kelas hambar. Beberapa kali juga Dr cakap beliau lagi suka kelas fizikal sebab bila bercakap depan komputer ni tak boleh nak lukis-lukis pasal insurans tu atas whiteboard. Aku pun setuju sebab lecturer yang banyak cakap dan explain panjang-panjang camni biasanya memang lagi best bila mereka guna whiteboard sebab meriah. Macam Prof. Hanif, Dr. Nik, Hong Laoshi, ramai lagi la aaaaaa rindunya kelas fizikal 😢
Aku guna satu buku nota untuk semua subjek kahkahkah
Nota aku hampir lengkap la juga. Bukti kelas Cargo ni antara kelas yang aku betul-betul fokus hehe. Rasa bersyukur pula ambil kelas ni dan bukannya Sea Transportation sebab kelas ni enjoyable. Aku memang berbelah bahagi antara 2 subjek tu pun untuk isi slot terakhir dalam Program Elective aku. Lagipun mungkin juga sebab dah belajar Insurans dan Law di KPM dan Logistik di UUM ni jadi kelas Cargo ni yang gabungkan semua tiga subjek tu aku rasa lebih mudah nak follow 😁

Dan berkat selalu pasang video dan tunjuk muka masa kelas kot, Dr ingat la nama aku sikit. Sebab report terakhir yang kena pos ke UUM tu dah sampai ke fakulti tapi tak sampai ke tangan Dr. Jadi Dr whatsapp aku sendiri tanya sama ada aku pos report ke tak. Cuak sis sebab aku dah pos awal dah. Lepas balik dari poslaju pun aku dah maklumkan kat Dr juga. Jadi Dr suruh hantar softcopy sementara beliau cari parcel tu di pejabat. Maka selamat la markah aku dan kawan-kawan sobs.

Thank you, Dr 💙
Transport Information System (TIS)
Antara kelas minor yang aku berjaya add untuk sem ni. Seronok la juga belajar fungsi-fungsi IT dan penggunaannya dalam bidang pengangkutan. Salah satu bab dalam subjek ni ada pasal System Architecture tapi masa aku upload screenshot pasal tu kat twitter, ada orang ingat aku belajar Architecture yang senibina tu. Allahu sis pegang pensil lukis garis lurus pun bengkok awaknya oii. Inikan pula nak lukis bangunan cantik-cantik 😂

Tapi kelas ni tak banyak kelas yang guna webex macam kelas lain. Sebab kelas 2 kali seminggu kan, asalnya kelas pertama akan dibuat dengan slides dan rakaman video, dan kelas kedua baru kelas webex untuk discussion. Tapi lama-lama hehehe

Benda yang aku suka pasal kelas ni adalah sistem kuiznya hehe. Pensyarah lain biasa buat guna google forms atau guna sistem dalam portal UUM tapi Dr Jafni bagi dalam bentuk Words dan kena taip ikut format yang beliau tetapkan. Tempoh pula satu jam je.

Tapi satu jam tu sangat mendebarkan ya. Kalau tak baca awal-awal, belum tentu cukup untuk jawab semua 7-10 soalan tu. Nama pun IT kan, ada la perkataan yang maksud dia tu berbelit nak faham. Siapa yang bergantung pada kuasa copy paste slides tu, gg la sebab Dr dah warning siap-siap siapa jawapan sama akan dapat 0. Aku dah cuba explain jawapan guna ayat yang aku rephrase ikut fahaman aku tapi tu la Wallahua'lam bagaimana Dr tanda nanti. Harap-harapnya diterima la 😌
"Submitted 1 minute early" emmmm 😣
Pengalaman ngeri kelas ni kan, masa kuiz pertama ni kami siap jawab awal dah. Tapi masa nak upload di portal tu ya Allah lembab pula. Logo loading tu berpusing lama gila. Habis menggigil sejuk kaki tangan aku. Kurang 2 minit masa nak habis baru berjaya dihantar.  Ingatkan line aku yang buat hal tapi bila check group kelas, rupanya portal yang masalah. Ramai la yang tak boleh submit sampai Dr bagi masa tambahan 10 minit untuk emel terus kepada beliau. 

Pastu kan, masa duk pulun menaip serupa kilat jawapan kuiz tu la ada hamba Allah whatsapp aku minta nota. Berapi je aku rasa. Bukan kedekut nak kongsi. Tapi Dr bagitahu pasal kuiz tu sejak minggu lepas kot. At least kalau minta semalam tu boleh tahan lagi. Ni masa tengah jawab kuiz baru nak tanya "ada nota ni tak?" Aku jeling sebelah mata je mesej tu sebab masa tinggal kurang 30 minit kot untuk jawab dan hantar. Tak mampu aku nak fikir pasal orang lain padahal aku pun tak siap lagi. Kalau layan dia entah-entah aku pun tak sempat submit di portal bermasalah tu hmm

Macam tu punya drama kan kelas online ni hahahah.

Tapi walaupun banyak masalah kelas atas talian ni, aku bersyukur sebab aku takde masalah internet. Line Maxis kat rumah aku ni laju jadi aku buka video untuk semua kelas pun ok takde sangkut-sangkut. Boleh la juga temankan pensyarah tu supaya mereka tak bercakap dengan skrin kosong yang ada nama pelajar je. Sebab untuk 6 subjek yang aku ambil, in some of them tu aku satu-satunya pelajar yang buka video? 😅

Bukan nak kata aku ni terlebih dedikasi pun. Aku tahu sesetengah classmates memang ada masalah internet. Sebab aku selalu guna phone untuk masuk kelas, nampak la notification nama classmate tetiba left meeting pastu masuk balik dekat 4-5 kali sebab line mereka terputus. Yang cuma boleh guna fungsi suara tu pun kadang-kadang suara mereka putus-putus. Kalau guna video lagi bertambah teruk talian mereka. Jadi faham la kenapa ramai tak buka video. 
Aku masuk kelas guna phone dan laptop haritu dan baru tahu betapa sunyinya view macam ni 😥
Tapi kalau yang line ok tapi sengaja tak buka video tu sebenarnya kesian dekat pensyarah tau sebab mereka rasa sunyi. Aku ada 2-3 kali tak buka video sebab malas nak pakai tudung pastu rasa bersalah je bila pensyarah kata tak pasti nak tanya "faham ke tak?" sebab mereka tak tahu pelajar dengar ke tak, ada depan komputer/phone ke tak.

In fact untuk kelas Research kan, masa kelas terakhir tu aku sorang je buka video. Tu pun sebab aku nak rekod pasal kelas tu untuk tugasan Mandarin. Hujung kelas tu Dr minta sesiapa tanya soalan pasal assignment untuk dia tolong. Aku tanya satu soalan mudah je untuk kepastian. Lepas Dr jawab tu beliau kata "terima kasih Nadzirah sebab tanya soalan." Hati aku masa tu Ya Allah... tetiba sebak sebab nada Dr macam happy ada pelajar tunjuk muka dan respon dekat soalan beliau. Untuk kelas Ethics dan Cargo pun sama pernah sebak bila pensyarah respon soalan aku dengan "thank you for for your question." 😢😢😢

Dengan ini aku berazam untuk semester seterusnya Inshaa Allah aku akan cuba untuk terus tunjukkan muka dalam kelas online. Sebab nampak gayanya semester terakhir aku di UUM ni pun bakal berjalan secara atas talian juga. Almaklum kes covid harian negara kita ni mencecah 4-5 ribu gila apa nak balik kampus kan. Aku pun bukan tergolong dalam 6 golongan pelajar yang dibenarkan balik ke kampus tu sobs.

Tapi semester depan background bilik aku masa kelas tu mungkin berubah la sikit sebab aku dah upgrade almari hehe
Abaikan kucing aku sebab dia memang jenis suka menyemak atas comforter aku hehe
Semester sebelum ni aku guna almari plastik kotak-kotak yang beli di Shopee tu sebab murah dan senang nak angkut. Aku tak ingat dah berapa ringgit aku beli tapi dalam RM40-50 la kot. Dari 2018 aku guna sebab aku takde almari proper untuk simpan baju lepas habis belajar kat KPM sebab bilik aku kena kebas dengan kakak aku (yang mana bilik dia kena kebas dengan abang aku hahahah).

Tapi lepas abang aku dah kahwin dan tambah bilik baru tepi rumah ni, aku tukar bilik dengan kakak aku dan dapat la space sendiri. Ni salah satu rezeki aku masa kelas online ni la sebab tak payah kongsi bilik dengan anak buah aku dah. Nak deco ikut suka hati pun bebas tu yang hitam putih je background aku haha. Dan sebab tu juga la ada extra space untuk almari lebih besar kan. So mama belanja aku almari baru hehe
Lengkap dah bilik aku hehe
Memula nyaris reject almari tu sebab mama beli masa kebetulan keluar cari katil kakak aku yang bakal kahwin bulan depan. Maksudnya tak bincang dulu la dengan aku yang dah target nak almari putih. Mama pula kata almari dia beli tu macam anak buah aku yang warna dark brown so macam lari tema la dengan bilik aku kan. Lagi aku takmau hahah. Tapi lepas sampai tu tengok warna dia hitam so kita ambik la. Benda free kot. Rezeki jangan ditolak 😂

Cerita pasal transformasi bilik ni nanti aku cerita dalam entri asing ya. Sebab rasa macam nak kongsi juga pasal 90% benda dalam bilik ni aku beli di Shopee. Redha je family aku tiap-tiap minggu posmen mai hantar barang atas nama aku muahahaha. Jenaka yang lepas ni aku dah tak kenal kedai fizikal tu adalah benda biasa lol

As for the results for this semester, aku cuma mampu berharap kalau gred aku tak kekal dekan sekalipun, tapi biarlah ia masih di tahap memuaskan. Maksudnya takde la sampai gred C ke, gagal ke. Bukan nak fikir negatif tapi aku pun boleh rasa sendiri usaha dan fokus aku dalam kelas online ni tak memuaskan dan bukannya sesuatu yang bernilai gred A. Jadi aku cuma mampu doa yang terbaik saja la. Walaupun dalam hati memang aku ada rasa nak maintain dekan supaya cerah peluang grad dengan cemerlang 😅

Semoga ada rezeki aku untuk dapat gred dekan itu. Amin ya Rabbal 'Alamin....

That's all for now. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. UUM memang entah apa-apa kalau time add/drop tu 💆🏻‍♀️. Yang geramnya dia tau berapa ramai yang ambil subjek tu setiap sem. Tapi, tak boleh buka banyak-banyak seat. Kelasb awak ada gap, kelas saya hari-hari penuh sebab saya ambil 7 subjek kalau tak termasuk ko-k. Hari Selasa pun ada kelas tapi pagi aje lah. Course saya memang terkenal dengan ada kelas hari selasa 😂. Online class ni memang rasa malas semacam aje. Tak taulah apa jadi dengan gred ni. Yang kelakarnya, punya malas tu sampai tahap quiz pun tak study. Macam-macam lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye haritu membebel jugak kelas online bukan kena berebut kerusi dalam kelas kecik-kecik pun. Semua login dari rumah kot. Kenapa tak offer seat lagi banyak hahahah. Add/drop haritu utk sem depan pun jenuh nak log in sbb sistem jem. Pastu kelas kata ada kosong tp bila add dia kata dah penuh. Last sekali dapat 2 subjek je. Kena tunggu manual lagi la. Penat 😂

      Delete
    2. hahahaha. betul betul. hari tu nak ambil kelas english dekat situ ada satu seat. eh bila tekan class full. LOL 🤣. last-last dapat 3 subjek aje.

      Delete
  2. tapi peppa pig versi english paling the best sbb british accent hahahahaha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS