Assalamualaikum
Semalam kan, lepas penat-penat berperang dengan periuk belanga di dapur, saja la skrol twitter sekejap sebelum Isyak tu. Dengan harapan ada la tweet kelakar-kelakar daripada mutuals di situ buat hiburan hati yang penat ni kan. Sekali masa skrol tu, aku terjumpa tweet membebel pasal gambar ni pula.
Beginilah fenomena bila kita gunakan media sosial ya. Ada waktu kita belajar ilmu baru yang kita tak pernah tahu. Ada juga waktu yang buat kita rasa nak jadi pembuli siber sebab kebodohan sesetengah orang yang tidak dibuat-buat huhu.
Seriously..."Depression itu haram sebab tak ada hadis yang kata ianya halal"??????
Pertama sekali, hadis mana pula yang kata depression itu haram? Adoii...
Sesuatu yang dikategorikan haram itu adalah perbuatan yang mana kalau kita buat, berdosa. Kalau kita tak buat, dapat pahala. Contoh, minum arak adalah haram. Kalau kita minum, berdosa. Kalau kita tak minum, dapat pahala. Berzina itu haram dan kalau dibuat, berdosa. Kalau tak buat, dapat pahala.
Tapi...depression bukannya sejenis perbuatan yang kita boleh pilih sama ada kita nak buat atau tidak. Dalam dunia ni, tak ada orang yang boleh senang-senang pilih hari ni dia nak jadi depressed, esok dia nak happy-happy. Bila seseorang itu menghidap depression, itu adalah sesuatu di luar kawalan mereka.
Pesakit depression bukan ada suis nak tekan untuk buka atau tutup perasaan depressed mereka. Ada orang yang hidup mereka tak ada masalah dan mereka sebenarnya bahagia. They have a great life, understanding family and friends, supportive surrounding, sufficient wealth and education, great careers, Muslim pun ada yang hafaz Quran, cukup solat, beriman etc. but they're still depressed.
Soalnya dalam mental mereka ibarat ada suatu pergelutan dalaman (internal struggle) yang buat mereka rasa hidup mereka tu sengsara walaupun hidup mereka sebenarnya tak ada masalah pun. And they know about that.
They know that there's nothing wrong with their life. But there's just something wrong with THEM.
Yet it cannot be helped.
(Don't come at me cakap yang orang depressed tu sebab iman lemah. Aku baling meja kat kau karang)
Depression adalah penyakit. Penyakit ni boleh menimpa sesiapa saja. Dan penyakit ni bukan sesuatu yang haram dimiliki sebab tak ada orang atas muka bumi ni yang suka dan mahu diri dia tu sakit. In fact, even sesetengah rare cases yang ada orang suka bila mereka sakit sebab orang lain akan prihatin dan jaga mereka tu pun boleh dikira penyakit mental sebenarnya.
Kalau ikut logik "depression adalah haram" ni, adakah semua orang yang ada penyakit seperti kanser, diabetes, darah tinggi, etc tu semua berdosa juga sebab tak ada hadis yang kata penyakit mereka itu halal? Masuk neraka semua la gamaknya kalau penyakit mereka tak sembuh-sembuh kan. Padahal tak minta pun penyakit tu kena pada mereka.
Lagi sekali aku keluarkan mutiara kata Ijam untuk yang bercakap tak guna otak ni. |
Marah tau aku baca benda tu hahah
Ada pula orang yang husnudzon kata "mungkin dia nak maksudkan perbuatan sakitkan diri sendiri seperti toreh tangan atau makan ubat berlebihan sebab depression tu yang haram. Bukannya penyakit tu yang haram."
Oh sucinya hati orang yang husnudzon tu. Bagus sekali cara dia memandang dari sudut positif dan berfikiran jauh seperti itu padahal ayat yang ditulis tu takde la nampak cerdik seperti yang disangkabaik tu 😭😭
Katakan la niat tukang komen tu memang murni macam tu kan, sepatutnya ayat tu dinyatakan dengan lebih jelas pasal apa benda yang dia nak katakan haram tu? ARTICULATION IS IMPORTANT in ensuring the right message is sent across effectively. Ni tidak. Main sebat je keluarkan statement "hadis tak kata depression halal." Kau baca kitab mana? Siapa perawi hadis tu? Aku pun nak tahu juga.
Memang perbuatan self-harming itu haram sebab kita tidak dibenarkan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri apatah lagi orang lain. Tapi bagi sesetengah orang, itu adalah coping mechanism untuk bantu mereka lupakan sakit dalam kepala mereka. We can say all we want about how self-harming is haram. But we cannot easily understand their pain. Kita cakap memang senang tapi orang yang tengah struggle tu yang rasa dan tahu sakit tu bukan mudah nak hilang. Paling kesian bila dah la mental tengah kesakitan, fizikal mereka pun sakit sekali.
Empathy is key here.
Kalau nak bantu mereka sedar akan kesalahan yang mereka buat masa dilanda depression tu, ayat tu bagi baik la sikit. Jangan berbunyi judgmental sangat. Siapa nak pakai cara tarbiah sentap untuk isu sebegini, aku nak baling kerusi sekali kat dia hahah. Sesungguhnya benda paling bagus dibuat masa nak bercakap pasal isu yang kita takde pengetahuan ni kan, pertama sekali: BUAT KAJIAN!! Tapi kalau malas nak cerdikkan otak sebelum bercakap, DUDUK DIAM!!
Shut your mouth, hold your fingers. Ain't nobody want to hear nor read your bullshits and nonsense.
Selain itu, antara yang buat aku marah bila bercakap pasal mental health issues ni, bila mereka yang ada masalah kesihatan mental ni dilabel sebagai "mengada-ada je", "lapar perhatian la tu", dan sebagainya yang menyakitkan hati.
Literally me:
AKU BALUN KARANG!!!! |
Dan kalau rasa kau tak boleh nak bagi bantuan yang pesakit depression ni perlukan, jangan la kau sesekali pergi tambahkan masalah dalam kepala mereka pula. Duduk diam-diam je. Ini tidak. Kutuk macam-macam, tuduh bukan-bukan. Kemudian bila ada yang pilih cara ekstrem untuk tamatkan hidup sebab dah tak tahan sakit, label mereka bodoh pula sebab tak ingat agama. Ohhh yang kau duk kutuk penyakit mereka tu sangat beragama la pula ya?
Menyusahkan betul jenis tak ada simpati dan empati ni 🙄
Aku taip kat phone sambil marah ni tau tapi makin lama makin panjang entri ni aku rasa. Jadi sekian saja wranting (writing + ranting) aku kali ini hehe.
Lastly, be mindful and understanding of other people before you speak. If you can't be helpful, don't be a freaking burden 😊
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi.
mungkin menjadikan ia haram..sbb bila dah terkawal..kan selalu berlaku perkara seperti bunuh diri..mencederakan diri..kan..xtahu lah..tp perkataan haram tu xsesuai kot..
ReplyDeletebetul. tindakan yg dibuat masa depression memuncak tu yg mungkin haram sbb mudarat. tp nak label penyakit tu sendiri sebagai haram, tak patut la. bukan orang minta nak dapat penyakit tu pun.
Deletebetul tu sy setuju mcm sis shida kata tu sbb perkataan HARAM tu mcm tak sesuai je kan?
Deleteso sad to think that there's people who actually think this abt depression. haih, mungkin dia tak kenal dengan org yang ada depression but then it doesn't allow that person to make such a vile statement... org kata, if you have nothing good to say, shut up.
ReplyDeletemacam macam kan..
ReplyDeleteKonfius dengan depresion dgn stress,,
ReplyDeleteOrang yang ada depression ni kita kena bantu. At least kalau tak tahu nak bantu apa, bantulah dengan jangan jugde orang tu dan jangan tambahkan lagi masalah orang tu. Just diam saja. Tak perlu kata apa-apa.
ReplyDeleteI feel like it's the narratives that push people giving out such statements. People always said "Oh depression sebab lemah iman", I guess that's why everyone keep trying to tie the illness with religion when it's not necessarily related at all
ReplyDeletecepat hapdettttt hehehe
ReplyDeletePertama kali jugak Mrs. A dengar depression itu hukumnya haram haish! macam-macamlah setazah ke setad di twitterjaya nih!
ReplyDeleteBagi saya yang senang cakap depression ni haram mungkin sebab mereka sendiri tidak ada knowledge atau tak memahaminya secara details.
ReplyDeletebercakap ikut sedap jari je gitulah dik
ReplyDelete