Assalamualaikum
Dua tiga hari kebelakangan ni aku agak banyak blogwalking sana sini cari kenalan blogger baru, kot le ada yang nak kenal dengan aku kan hehe. Sementelah aku agak dalam fasa gloomy sekarang (benda biasa every few months).
Takde la depressed teruk ke apa. Tapi perasaan nak withdraw dari dunia nyata tu agak ketara sikit. Nak main media sosial malas, nak komunikasi dengan orang sebenar pun malas, nak buat hobi aku sendiri pun malas, takde mood. Jadi, membaca dan menulis di blog ni escapism terakhir aku untuk still berinteraksi dengan seseorang tapi tanpa anxiety yang teruk eheh.
Meraban pula dia.
Anyway pointnya adalah masa jalan-jalan tu aku jumpa banyak kawan blogger join segmen giveaway yang dianjurkan secara kolaborasi oleh ejulz dan atiehilmi ni. Menarik hadiahnya. FULUS RM20!! Kalau menang dah lepas duit topap hehe
Alang-alang takde buat apa ni, aku join la ya. Memang agak meriah la archive aku tahun ni join segmen sana sini. Takpe support member. Ada rezeki entah aku pula yang buat segmen kan hahaha.
Kalau berminat, tekan banner tu untuk ke blog ejulz dan baca syarat-syarat penyertaan ya. Selamat maju jaya semua peserta 🎉
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi.
Bye dan Assalamualaikum.
Kadang Cik TK pun ada rasa macam tu, nak bersembunyi dari dunia realiti. Bila rasa macam itu, bersendiri sekejap buat apa yang dirasakan nak buat untuk escape. InsyaAllah lepas itu akan okay.
ReplyDeleteBtw, good luck and all the best!!
Bila datang perasaan taknak diganggu tu memang rasa nak jadi halimunan je kejap biar orang lain tak nampak dan tak usik. Baru la boleh bertenang sikit huhu
DeleteTerima kasih Cik TK 😊
samalah kita nasa....lepas murung kejap blog lama rosak, terus takde semangat nak hidup hahahah
ReplyDeletebuat blog baru pulak kena gain readers dengan followers balik...bolehlah join semua segmen yang ada...
best juga segmen yg rakan blogger buat kan. untung sabut mana tahu ada peluang menang 😆 InsyaAllah saya jenguk blog oren selalu pasni hehe
DeleteOh saya memang tidak suka orang ramai.
ReplyDeleteSemoga berjaya.
terima kasih 😊
DeleteGoodluck!!
ReplyDeleteTerima kasih sudi join. Keputusan giveaway dah keluar.
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2021/03/keputusan-giveaway-by-ejulz-atiehilmi.html