Masak-masak: Donat Gebu Ringkas dan Mudah | NaSa
Assalamualaikum
Haa nampak sedap tak? Nampak sedap tak?
Memandangkan cuti semester dah bermula, maka aktiviti masak-masak dan menjahanamkan dapur mama pun agak rancak la nak bermula sebab banyak masa lapang kan 😇

For the first part untuk cuti ni, aku balun buat donat dulu. Alang-alang haritu aku nampak sape entah share gambar donat gebu-gebas di twitter. Terliur aku. Tapi nak beli takde duit. Pastu kalau beli pun belum tentu sedap dan berbaloi dengan harga kan. Baik buat sendiri lagi puas hati. Aku pun dah belajar buat donat sejak 2014 kot. Reti aih aku uli doh sendiri hehe

Tapi kali ni aku tukar resepi berbanding resepi yang aku biasa guna sejak 2014 tu. Sebab dulu-dulu aku mudah benar terpengaruh dengan keyword "donat lembut TANPA uli." Dasar pemalas nak uli kan. Tu yang percaya je bila baca orang tulis "buat apa uli penat-penat kalau tak uli pun donat boleh lembut?" Ah ye memang lembut pun. Tapi kalau makan masa panas atau suam la. Lepas sejuk, donat tu boleh buat baling orang 😂

Resepi yang aku guna kalini aku dapat daripada group Facebook yang popular sejak PKP tahun lepas, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Walaupun group tu asalnya untuk pos masakan yang gagal, kadang-kadang ada je yang share resepi yang helok. Macam resepi donat daripada Cik Hasnah Hassan ni. Mudah je bahannya, dan aku try pun memang jadi.
Rujuk resepi dalam ni ye.
Terima kasih atas perkongsiannya 💕
Banyak je resepi donat lain yang dikongsi dalam group tu dengan gambar donat yang memang gebu menggoda. Tapi bahan dia ada yang rumit macam tepung roti la, bread softener la, esen vanila la, susu tepung la, itu ini yang aku malas nak pergi beli kat kedai. So resepi Cik Hasnah yang bahannya memang mudah nak cari kat dapur ni sesuai sangat dengan jiwa aku hehe.

Maka ayuh kita mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Gula garam tu aku malas nak include dalam gambar sebab botol besar.
Tepung jenama apa-apa pun boleh. Tapi aku lagi suka pakai tepung cap Bunga Ros sebab lagi murah daripada cap Sauh ni dan daripada pengalaman aku, tepung Bunga Ros tu pun biasanya doh dia lagi lembut sikit. 

Untuk yis, aku guna yis segera jenama mauri-pan. Mauri-pan ni selalu jadi pilihan utama aku sebab nak campur terus dalam tepung pun boleh, nak bancuh dengan air suam dulu pun takpe. Mana-mana cara pun ok sebab tetap elok je naik doh tu.

Tapi aku ada ubah sikit resepi ni sebab aku letak gula 4 sudu besar, bukan 2 sudu. Soalnya pertama kali aku guna resepi ni, donat dah elok gebu tapi dalaman dia tu tawar sangat. Mungkin tuan resepi tu tak letak banyak sebab lepas goreng, donat tu akan salut gula juga kan. Tapi bagi aku kalau dalam doh donat tu ada rasa manis sikit, nanti tak perlu salut gula banyak sangat sebab dah balanced manis luar dan dalam.

Siapa nak tambah rasa lemak boleh juga tambah susu pekat 2-3 sudu. Ikut citarasa masing-masing. InshaaAllah takde kesan buruk pun kat doh tu. So far aku tukar sukatan gula tu tetap jadi juga donat aku. Tak percaya, baca sampai habis sebab i ada gambar bukti 😂
Campurkan kesemua bahan kering.
Seperti yang diberitahu dalam resepi Cik Hasnah, campurkan kesemua bahan kering iaitu tepung, gula, garam dan yis segera dalam bekas. Dalam gambar ni gula dan garam aku dah masukkan sebenarnya tapi lepas tuang yis segera tu, habis semua tenggelam haha. Tepung tu nak ayak dulu pun boleh, tak ayak pun takpe. Kalau stail malas aku, aku tak ayak pun. Garam tu hujung sudu sikit je aku taruk.

Gaul bagi rata kesemuanya. Kemudian, masukkan marjerin 4 sudu besar dan sambung gaul sampai tepung dan marjerin bersatu jadi macam tekstur breadcrumbs atau serbuk roti. Seterusnya, masukkan sebiji telur dan gaul lagi sampai sebati barulah masukkan air.

[[By the way kalau telur ni aku suka pecahkan dalam mangkuk lain baru masukkan dalam bekas doh sebab guwe fobia la kalau pecahkan telur direct dalam bekas masakan tapi rupanya telur tu telur busuk. Mau spoil mood masak sebulan woi hahahah]]

Untuk sukatan air, aku geram sikit kalau resepi cakap "air secukupnya" sebab tahu dah mesti aku akan terlebih air punya. 2 cubaan pertama aku guna resepi ni doh memang melekit sikit sebab terlebih air. Tapi sejujurnya better terlebih air sebab donat tetap akan lembut. Kalau terlebih tepung tu yang naya sebab nanti donat keras hahaha
Air tu kena penuh ke atas ye.
Jadi selepas berkali-kali aku test resepi donat Cik Hasnah ni, ingin aku clarify di sini bahawa bagi 500 gram tepung, sukatan air yang cukup untuk hasilkan doh yang cantik adalah secawan air yang disukat guna cawan ecoshop (kedai 2 ringgit) macam kat atas ni. Untuk sukatan tepat, dalam 300ml air. Dan yang penting guna air suam ye untuk aktifkan yis dalam adunan tepung tu. Kalau air sejuk sangat nanti yis tak aktif, dan kalau air panas sangat, nanti yis mati.

Resepi kata kena tuang air sikit demi sikit kan tapi di situlah punca aku selalu derhaka resepi sebenarnya. Sebab kalau tuang air sikit, rasa doh keras dan akan tambah air. Bila tambah air, rasa doh lembik dan akan tambah tepung. Last sekali ke laut 🙈

Maka aku tuang terus air secawan tu dalam adunan tepung dan Alhamdulillah memang cukup sangat untuk hasilkan doh yang tak terlalu keras atau lembik macam di bawah ni. Sukatannya sangat ngam-ngam soi. Tak perlu lagi derhaka resepi tambah air atau tepung haha

[[Tapi kalau katakan masa proses mengadun tu doh jadi terlebih lembik atau keras by accident kan, boleh je tambah air atau tepung ikut keperluan. Asalkan berpada-pada dan tidak keterlaluan.]]
Selepas 25-30 minit doh diuli.
Sesungguhnya doh yang cantik adalah doh yang sedikit lembik dan tidak melekat di bekas dan tangan hehe. Tapi kalau uli lagi lama, nanti doh tu akan lagi lembut dan licin tau. Lepas doh dibentuk jadi donat, donat tu pun akan naik cantik dan lagi smooth bak bontot baby. Jeles je tengok video youtube yang tunjuk doh lawa-lawa tu.

Namun, aku ni namanya pun bukan seorang yang rajin kan. Uli 30 minit ni pun lenguh bahu guwe, inikan pula nak uli lama-lama. Dah la masa proses uli tu anak buah aku masuk dapur tanya soalan macam-macam. Pening aku mana tangan nak uli doh, kepala fikir jawapan soalan dia 😂

Kalau ada breadmaker boleh juga guna untuk uli doh ni. Ada juga tips yang kata boleh guna handmixer pakai besi berpusing tu. Aku ada je handmixer baru yang kakak aku beli haritu tapi tak guna pun sebab lagi prefer uli guna tangan. Senang aku nak agak doh dah sedia ke tak. Tapi suka hati korang la nak uli guna apa pun. Ikut citarasa memasing asalkan doh sebati elok cukup la.

Agak-agak doh dah lembut, aku tutup besen tu dengan kain lembap dan rehatkan doh tu selama sejam lebih. Tapi kalau tak guna kain pun boleh. Aku selalu tutup guna pinggan besar atau besen lain je. Asalkan doh tu tak kena angin dan jadi kering.

Hasilnya...JENG JENG JENG~~~
Selepas 1 jam doh direhatkan.
Licin elok je dia naik ye. Puas hati aku hehe. Lagi puas bab tumbuk doh tu untuk keluarkan angin. Bedebak bedebuk bunyi angin keluar hahahaha.

Pengalaman lepas-lepas, aku selalu canaikan doh guna roller pin jadi rata kemudian baru tekap dengan acuan donat dan tunggu donat tu naik. Tapi kali ni aku dah malas nak canai sebab aku perhati cara macam tu la punca donat aku keras. Soalnya sebelum gelek roller pin tu, kena tabur tepung dulu bawah doh untuk elak melekat. Pastu lepas tekap, kena letak atas permukaan tepung lagi untuk elak donat melekat juga. 

Sebab banyak sangat tepung duk salut luaran donat tu la donat jadi keras. Pastu bila tepung tu melekat dan masuk sekali dalam kuali, minyak jadi mudah panas dan donat pun cepat hangit. Oh cukuplah semua tu. Aku trauma 😆

Jadi kali ni aku bulat-bulatkan je doh donat tu guna tangan. Alang-alang ada penimbang digital untuk bahan masakan kat rumah, aku timbang setiap doh tu dalam 33-35 gram setiap biji kemudian baru letak atas dulang bertabur gandum dalam jarak yang agak mengikut SOP hehe
Social-tak-berapa-nak distancing antara donat 😂
Semua sekali dapat la dalam 26 biji donat. Tips ikhlas aku, lepas timbang dan bentukkan jadi bulat tu, penyekkan la sikit donat tu untuk jadi lebih rata sebelum tunggu doh tu kembang lagi sekali. Sebabnya donat aku ni aku lupa nak penyekkan. Jadi lepas dia kembang tu, donat tu nampak kecik tapi pada masa sama, dia sebenarnya tinggi hahaha
Makin rapat pula dia lepas mengembang.
Sementara tunggu 30 minit untuk donat-donat ni naik, sempat la aku lunch sekejap. Lepas makan, masuk dapur balik tengok eh eh dah makin rapat pula silaturahim donat dalam dulang tu sebab terlebih kembang. Maka masuklah waktu untuk melubangkan donat dan goreng pula.
Lihatlah betapa gebunya doh itu 😍
InshaaAllah bila cukup yis, air, dan waktu rehatnya, memang ibarat span jadinya doh donat kita hehe. Lagi satu tips ikhlas aku, lebih baik kalau donat ni diletakkan atas baking paper yang dipotong petak-petak macam orang lapik kuih pau tu. Maka takde la donat tu melekat di dulang. Nanti cukup waktu, boleh angkat baking paper dan terus goreng donat tu. Baking paper tu kalau kena minyak dia tanggal la. Selamat la bentuk donat kita.

Tapi masa ni baking paper aku yang ada di dapur tu tak sesuai untuk lapik makanan sebab berhabuk (sebab jarang guna hehe) so aku letak atas dulang je. Tapi nasib tak baik sebab tepung yang ditabur tu tak cukup dan donat tu tetap melekat lol.

Gigih aku kikis bawah dia guna spatula silikon buat adun kek tu untuk angkat donat yang dah kembang tu sambil kekalkan bentuk bulat dia. Kalut sikit sebab donat ni kalau penyek je takpe sebab bila goreng tu dia akan naik balik lepas kena haba panas. Tapi kalau bentuk bulat dia teralih, tu yang haru sebab kang jadi donat segi tiga la, bujur la 😆
Cara lubangkan donat yang ringkas dan cepat hahahah
Ni video masa cubaan kali pertama ikut resepi ni sebenarnya. Masa ni permukaan donat tu tak cukup licin macam yang kat atas tu sebab doh terlebih air dan sedikit lembik jadi aku tak boleh nak bulatkan dengan cantik. Tapi aku letak gif ni sebab nak tunjuk cara lubangkan donat ni je hehe. Mudah tak perlu canai dan tekap guna acuan atau cari penutup botol air untuk tekap lubang tengah. Cucuk guna jari je.
Goreng dalam minyak panas pada api sederhana sampai berwarna keemasan.
Lepas siap goreng. Yummy~~😋
Nampak tak bulat dan licin dia tu macam mana ya Tuhannn...😍
Kejadian lepas goreng pun sangat elok ye. Alhamdulilah puas hati aku hehe. Tak sia-sia berhempas pulas bertabur gandum di dapur tu. Kakak aku pun puji comel je donat bulat-bulat macam tu. Anak-anak buah aku tak payah cakap la. Bukan main seronok duk tabur gula atas donat masing-masing hahaha
Donat bersalut gula kastor.
Tapi udah rupe tabur kokain lol
Biasa kami salut donat dengan gula pasir yang dah dikisar. Tapi alang-alang ada lagi gula kastor yang beli untuk buat kek hari jadi anak buah aku tahun lepas, hah guna gula kastor je la.

Untuk salutan yang lebih sekata, aku masukkan gula kastor tu dalam beg plastik yang buat isi lauk dan masukkan pula donat dalam tu. Kemudian, goncanglah semahunya sampai setiap permukaan donat tu disaluti gula hehe

Cross section of the inner part 😋
Bila nampak banyak rongga macam tu maksudnya donat tu betul-betul gebu la sebab banyak ruang angin yang dihasilkan oleh yis tu. Jadi donat pun lembut je bila makan. Bila penyek-penyek pun best sebab donat tu akan melantun balik ke bentuk asal.

Macam kat bawah ni best je main picit-picit donat 😂
Gebu melantun donat ni ye teman-teman.
Anak buah aku suka bila donat macam ni sebab budak-budak kan. Benda lembut yang senang nak kunyah dan makan ni gemar la. Sampai dia kata feeling donat aku ni macam makan span haha.
Versi lebih besar pun sedap sebab makan sebiji je dah kenyang 😂
Pendek kata, betul-betul puas hati la buat donat kali ni sebab menjadi dan dah jumpa resepi yang betul-betul lembut walaupun makan lepas dah sejuk. Sejuk hati i lepas uli sekian lama tu. Rasa berkobar-kobar je nak try uli makin lama pasni untuk hasil lebih gebu.

Sebelum aku akhiri entri ni, just in case la kalau ada yang berminat nak cuba resepi ni, suka aku kongsikan satu lagi tips ikhlas hasil eksperimen aku ni iaitu: Test dulu yis segera anda sebelum mula mengadun 😁

Sebabnya masa 2 cubaan pertama aku guna resepi ni, aku pakai yis mauripan tu tanpa bancuh. Dua-dua kali doh elok je naik tanpa masalah walaupun air suam tu ditambah kemudian masa nak mula proses mengadun.

Tapi masuk cubaan kali ketiga, yis mauripan habis dan dalam stok bahan baking aku masa tu cuma ada yis segera jenama Alisa ni sahaja. Kakak aku beli hujung tahun lepas 4 peket. Haaa nak dijadikan cerita la ni ye.
Aku dendam dengan yis ni sikit hahahah
Kalau ikutkan, ni kali pertama kot guna yis Alisa ni. Aku was-was juga mulanya tapi sebab nak try kan, aku campur je la dalam tepung tu buat macam mauripan tak payah bancuh dengan air suam. Siap aku uli tepung tu jadi doh, aku tunggu la sejam macam biasa.

Tapi......
Penat aku tunggu sejam 😑
Doh tak naik ye kawan-kawan. Daripada bulat masa aku biarkan dia rehat tu, doh jadi meleper pula hahahah. Buih angin seketul pun takde dalam doh tu. Sebab taknak membazir, aku bentukkan la jadi macam cakoi dan goreng.

Sayangnya MashaaAllah keras macam apa je. Ingatkan boleh juga ada rasa macam jemput-jemput bodoh yang takde letak pisang atau isi lain tu tapi hampeh. Aku salut nutella pun tak rasa sedap. Sebaliknya rasa macam kunyah batu. Terbazir tepung dan nutella aku hahahah

Tak tahulah apa masalahnya. Nak kata yis mati, plastik dia ketat padat lagi dan tak ada tanda dah masuk angin. Expiry date pun lambat lagi tahun 2022. Tapi tu la kalau dah namanya tak ada rezeki kan. Mungkin teknik tak bancuh yis tu yang tak kena.

Jadi untuk cubaan seterusnya yang guna yis Alisa lagi, aku bancuh dulu yis tu dengan air suam yang bercampur gula yang dah larut. Sukatan air yang digunakan sama je 1 cawan yang guna cawan kedai 2 ringgit tu. Lepas tunggu 10-15 minit...
Alhamdulilah yis berbuih helok
Tandanya yis tu betul-betul hidup la. Jadi boleh la nak guna untuk masak apa pun.

Secara langsung, hasil berulangkali buat donat guna resepi ni selama 2 minggu berturut-turut, aku dapat satu ilmu baru iaitu:
i) Yis mauripan boleh diguna sama ada tanpa bancuh atau bancuh dulu dengan air suam
ii) Yis Alisa sebaiknya bancuh dulu dengan air suam.

Tapi ni ilmu peribadi bagi aku je la sebab aku jarang guna yis Alisa dan rasa lebih selamat kalau yis tu bancuh dulu berbanding mauripan yang tak bancuh pun takpe. Kalau orang lain guna yis Alisa tanpa bancuh pun elok je doh mereka naik, takpe la. Lain orang, lain pengalaman kan.

Apa-apa pun, tak kisah la orang tu prefer yis bancuh ke tak. Yang penting doh naik helok dan masakan menjadi kannnn 😂

Sekian saja kisah untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Jumpa lagi. Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. thank you sharing toturial , i suka yg jenis crunchy sikitt hehehe and this one nmpk sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youu ❤️ ye donat yg crunchy bestt. masa goreng haritu banyak buat camni sbb sedap kulit dia rangup masa gigit tp isi dalam lembut je. jemput cuba resepi ni pasni ye 😁

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS