Assalamualaikum
**Ini adalah sebuah kisah tauladan. Gara-gara curiosity, mampus kucing seorang (aku le tu) hehe
Kisah terjadi masa musim jualan murah 11.11 tahun 2020 yang lalu.
Nak dijadikan cerita, masa tu laptop aku sedang mengalami fasa kurang ruang simpanan (storage) yang agak kronik. Daripada 1TB yang ada lepas tukar internal HDD tahun 2018 dulu, aku cuma ada baki 200GB lebih sahaja. Nampak macam banyak, tapi untuk laptop berusia lebih 7 tahun ni, tak cukup ya.
Laptop aku memang jadi lembab sebab isi dalaman yang agak berat dan hardware laptop ni pula dah tua. Jadi tak boleh la nak proses sistem dalam laptop tu laju-laju. Walaupun aku ada 2 external HDD bersaiz 500GB dan 1TB, dua-dua pun dah tinggal baki ruang yang sedikit.
Jadi aku nak pindahkan isi laptop dalam HDD tu memang tak muat. Tu la memandai download anime banyak sangat kan, lepas tu hambek kau takde tempat nak letak 😂
Banyak kali la aku usha dalam Shopee cari kot-kot ada seller buat promosi. Salah satu waktu yang aku usha, masa 11.11 tu la sebab ramai seller buat promosi kaw-kaw bagi diskaun dan coins cashback.
Haa dari situ la aku jumpa seller dari China ni yang jual external HDD jenama Seagate bersaiz 2TB pada harga yang murah. Lagi murah daripada official shop Seagate.
2TB cuma RM124?? |
Sangat mencurigakan tau. Sebab aku beli external HDD bersaiz 1TB dari Shopee Mall pun harga dia RM184 tau. Takkan 2TB yang saiz lagi besar ni harga dia lagi murah daripada 1TB kan??
Yang 1TB tu aku beli daripada seller @monodigital di Shopee Mall ni. Terbukti original 👍 |
Baca review pelanggan, majoriti bagi 5 bintang dan cakap HDD tu berfungsi dengan elok. Rating rendah 1-2 bintang ni cuma ada 2-3 ketul je sebab katanya takleh connect ke laptop. Ni kedengaran agak normal sebab ada je orang yang ada masalah tu walaupun beli dari kedai bertaraf Shopee Mall.
Perasaan musykil tetap ada. Tapi perasaan ingin tahu sama ada HDD tu ori ke tidak adalah lebih kuat.
Jadi aku checkout la dari Shopee haha. Untung dia bagi baucer diskaun so daripada RM124, aku bayar RM109 sahaja. Takde la kena scam sepenuhnya. Lagipun mana tahu murah sebab pos direct dari kilang Seagate ke. Sebab HDD ori yang aku beli dari monodigital tu pun memang "Product of China."
Ada sen-sen pula belakang tu jadi kita kira RM110 je la. |
Sambil tunggu parcel tu sampai dari China, setiap hari juga aku check review di bahagian rating seller tu. Saja nak tahu pendapat pelanggan yang dah beli HDD tu sebab hati aku kuat sangat kata benda ni tipu dan aku nak bukti lagi kukuh bahawa benda tu memang tipu.
Dan di sinilah kebenaran terbongkar sedikit demi sedikit hehe.
Daripada 2-3 ketul rating rendah yang maki hamun seller ni, makin hari makin bertambah rating 1 bintang daripada customer yang baru dapat HDD tu sampai naik jadi puluh-puluh.
Contoh 1. |
Contoh 2. |
Rata-rata komen adalah pasal masalah yang sama.
Katanya HDD tu cuma boleh isi sampai 80GB pastu dah tak boleh guna. Kemudian lepas mereka kopek cover HDD, katanya model dalam tu adalah HDD lama dari jenama lain yang bersaiz 80GB. Tapi ia dah dikitarsemula letak dalam cover Seagate dan setting pun diubahsuai biar keluar 2TB dalam komputer.
Amboi sangat modus operandi scammer ni.
Sesiapa yang bagi komen murni dan rating 5 bintang tu sebenarnya tertipu sebab mereka belum letak isi banyak dalam HDD tu. Jadi mereka tak tahu la kebanyakan HDD tu ada had sampai 80GB je. Masuk akal juga sebab siapa je yang isi sampai penuh 2TB dalam masa 1 hari kan?
Masa ni nak kalut tak boleh, nak cancel order pun dah terlambat.
Parcel dalam perjalanan masuk Malaysia dah pun. Maka aku redha je la dan ambik kesempatan ni untuk buat content sebagai pengajaran dan tauladan bahawa sesungguhnya tak kira sesengkek atau sekedekut mana pun kita, janganlah kita mudah rambang mata tengok harga murah 😂
Bubble wrap padu tapi sayang penipu. |
21 November 2020, akhirnya selamat juga parcel aku dihantar oleh JnT. Biasa aku excited nak check barang dan ambil gambar untuk review elok-elok di Shopee. Tapi kali ni sis excited nak check macam mana si scammer ni buat barang ni jadi seakan-akan sama macam barang ori hehe
Nasib baik aku simpan lagi kotak 1TB yang beli masa tahun 2019 tu. Boleh la juga letak dedua tu sebelah-sebelah untuk buat perbandingan yang lebih jelas. Dari luaran dan bahagian depan, sekali pandang nampak macam takde beza pun kan antara kotak ori dan kotak scammer tu.
Tapi di bahagian belakang kita boleh tengok perbezaan dengan lebih nyata.
Memula pegang kotak tu, aku tak perasan yang kotak scammer tu cuma ada hologram seal di bahagian atas. Tengok kali kedua baru perasan yang bahagian bawah kotak tu terbiar macam tu je.
Beza dengan kotak 1TB yang ori tu sebab di bahagian atas dan bawah kotak tu ada seal Seagate. Aku ingat lagi kemain hati-hati aku toreh seal tu dengan pisau sebab taknak koyakkan seal tu. Senang kot-kot nak claim warranty di masa depan ke apa, boleh la buktikan tu kotak ori kan.
Bila takde seal rasmi di bahagian bawah ni, maksudnya sesiapa pun boleh buka kotak tu kan. Nak tukar isi dalam pun boleh. Nampak sangat la penipunya tu. Buat kerja tak clean huh
Sebab ni la aku rasa tak hairan kalau kebanyakan orang mungkin akan husnudzon yang HDD daripada scammer ni original walaupun terlampau murah. Tengok yang kotak 1TB ori tu pun kata dia Product of China. Bezanya yang ori tu dipasang di Thailand, HDD scammer tu dipasang di China.
Jadi mungkin orang akan ingat "Oh produk China. Pasang dan pos pun di China. Sebab tu murah." 😅
Fake product tapi original warranty hahaha. |
Part yang menarik dalam kes ni, nombor siri tu original ya walaupun produk tu tipu. Kalau check di website rasmi Seagate, memang keluar rekod nombor siri tu dan tarikh waranti tamat.
Part "regional warranty restrictions" tu menandakan yang nombor siri tu memang untuk HDD yang dikeluarkan di China. Tapi sebab aku check melalui domain Malaysia, kalau HDD tu rosak, nanti tak boleh claim waranti sebab di luar kawasan yang waranti tu cover.
(but it's fake anyway so rosak ke tak, tetap tak boleh claim 😂)
Seriously entah nombor siri siapa la yang scammer ni curi untuk print dan tampal di kotak tu. Ni pun salah satu punca yang ramai percaya HDD ni original sebab ye la kalau dah website rasmi Seagate pun kata waranti untuk nombor siri tu sah, takkan la HDD ni tipu kan....
Ni perbandingan dari segi HDD tu sendiri pula. Sekali imbas dah jelas nampak jauh beza antara kedua-dua produk kan. Cover HDD yang ori tu warna dia fully hitam, dan lubang lampu dia tu memang susah nak nampak melainkan kita kecilkan mata betul-betul untuk tengok.
Yang palsu tu pula, warna dia lebih kepada kelabu?? Dan lubang lampu dia pun amboi kemain luas ternganga di bahagian atas tu. Tak boleh cover sikit ke nyah. Jadi kalau nak kata yang dua-dua HDD ni adalah original tu mustahil ya. There's an impostor among us, jeng jeng jeng...
Perbezaan lain antara HDD original dan palsu ni boleh tengok di bawah:
Kiri, sticker HDD palsu tu tak ditampal dengan kemas. Part dia print butiran HDD tu pun bertindan dan tak kemas macam sticker ori HDD Seagate belah kanan. |
Atas, bahagian sisi HDD palsu tu nampak lebih kelam. Bawah, bahagian sisi HDD ori tu lebih glittery dan berkilat. |
Ni yang aku cakap pasal lubang lampu tadi. Lubang lampu yang fake tu kelihatan lebih besar berbanding yang ori nampak lebih kemas dan terlindung elok. |
Nampak jelas kan perbezaan antara HDD fake dan original tu. Seterusnya kita masuk ke bahagian isi dalaman yang kita akan nampak lepas cucuk HDD ni ke laptop pula.
Aku tak reti nak buka cover HDD ni macam orang lain yang check model sebenar dalam cover tu.
Katanya untuk HDD bersaiz 2TB, perlu masa berbelas jam nak isi sampai penuh. But, guess what?
Tak sampai sejam, dah keluar error warning yang kata dah tak boleh nak masukkan isi dalam HDD tu.
Bila aku check saiz dummy content yang program tu dah tulis dalam HDD fake tu, semua sekali baru 76GB saiz dia. Hmmmm.....Yakin sangat kan dia letak 2TB tu kat display luar tu. Hakikatnya masukkan fail tak sampai 80GB pun dah penuh. Hanjing sungguh scammer ni.
Tipah tertipu hmm |
Pastu dia keluar warning camni. Bodo tak sampai sehari guna pun dah jahanam |
Selain tu, salah satu beza antara HDD Seagate yang palsu dan original ni adalah kewujudan aplikasi rasmi Seagate yang memang sedia ada dalam HDD tu. Aku tak pasti la apa nama dia sebab dia tulis "Start Here" je kat situ haha.
Tengok, aplikasi rasmi tu siap letak ikon logo Seagate kot. |
Kegunaan aplikasi ni adalah untuk kita daftarkan nombor siri HDD yang kita beli. Double-click je ikon tu untuk buka, dan secara automatik browser akan terbuka dan kita akan disambungkan ke website Seagate (kalau laptop tu ada talian internet la).
Page untuk daftarkan nombor siri HDD yang kita beli. |
Dalam website tu, kita kena isikan nama dan emel kemudian masukkan nombor siri unik HDD yang kita beli tu. Nanti dia akan keluar jenis waranti yang kita ada dan bila tarikh waranti kita akan tamat. Emel bukti sebagai tanda kita dah berdaftar dengan Seagate juga akan dihantar ke dalam inbox emel kita.
Macam tu sekali dia nak buktikan keaslian produk ya.
Emel yang sepatutnya kita dapat daripada Seagate. |
Masa aku beli yang 1TB original tu aku ada guna aplikasi ni tapi masa aku dapat HDD fake tu, tak teringat pula pasal tu. Sedangkan inilah antara cara penting untuk kenalpasti HDD tu asli Seagate atau tidak.
Tapi Alhamdulillah aku bijak sikit sebab tak terus tekan "Order Received" di Shopee lepas dapat HDD tu.
Almaklum dah tahu awal-awal barang fake. In fact kalau beli apa-apa pun aku tunggu at least beberapa jam atau sehari dua dulu. Lepas check betul-betul barang tu ok atau tidak, baru tekan received lepas tu bagi rating kat seller. Jadi masih ada harapan nak dapat refund.
Peraturan di Shopee memang kena request for refund/return SEBELUM tekan "Order Received" ya. Sebabnya bila dah tekan terima, Shopee Guarantee akan tamat. Kalau lepas tu baru nak komplen barang rosak dan nak duit balik, tipis sikit la harapan nak dapat. Itu pentingnya check dulu barang betul-betul baru confirmkan dah terima order tau.
Ramai yang bagi rating marah-marah sebab takleh minta refund tu sebab tak baca betul-betul amaran Shopee ni la 😅 |
Dalam permohonan refund ni, aku nyatakan sebab kenapa aku nak balik duit aku daripada produk fake ni dan sertakan sekali gambar perbandingan antara kedua-dua HDD ori dan fake tu. Sayangnya Shopee bagi space letak 3 gambar je jadi tak boleh nak letak semua gambar penting-penting. Aku ni kalau boleh nak letak video perbandingan sekali tau hahaha
Tapi masa tu aku tak tahu pula refund ni boleh tawar-menawar tau. Lepas meraban panjang-panjang kenapa nak refund tu, aku main tekan je max amount RM109.82 tu. Pastu Shopee kata "ok, nanti seller kena respon dalam masa yang ditetapkan. Kalau tak, aku akan auto dapat semua duit tu balik."
Kemain aku berdoa seller tak respon. Sekali chettt...dia respon daa...
Dan seller tu counter request aku dengan tawarkan RM60 sahaja. Sebab kalau nak full refund, aku kena hantar balik HDD tu ke China dan lepas dia dapat HDD tu baru dia bayar semula semua duit aku.
"Repair yourself." Amboi sombong ayat. Tengok la juga nama kedai dia serupa meraban teruk. |
Kalau ikutkan, memang standard la kena pulangkan dulu barang baru seller pulangkan duit kan. But we're talking about a freaking SCAMMER here. Apa jaminan yang lepas aku hantar balik HDD tu, dia akan jujur mengaku dia dah terima parcel tu dan akan bagi balik duit aku?
Kalau dia tipu kata dia tak dapat barang tu macam mana? Kang naya je
Teragak-agak juga memula tu nak terima sebab rugi dekat RM50 kot. Jadi sebelum buat keputusan tu, aku survey kos kalau nak hantar barang ke China. Cembodo harga dia tu lagi mahal daripada jumlah refund yang seller tu nak bagi hahaha
Poslaju agak murah i think ada yang sekitar RM48 camtu. Tapi tu la abang ipar aku yang kerja posmen tu kata Poslaju tak hantar barang ke oversea masa Covid ni. Pulak. Check other courier services, hamboi makan ratus-ratus juga. Contohnya DHL dekat RM250. Kemain. Ke aku yang tak reti cari 😂
Tapi tu la aku malas nak bertekak panjang dan kusutkan fikiran so aku terima je refund RM60 tu. Baki dekat RM50 tu redha je la dapat dekat scammer keparat tu. Biar tak berkat hidup dia makan duit haram.
Yay refund tu masuk kat ShopeePay. |
Kalau ikutkan, boleh je aku nak counter minta nilai refund lagi tinggi. But if anything kan, aku paling malas nak cari masalah dengan orang yang buat kerja menipu ni tau. Mana la tau dia berdendam ke apa. Nama pun hati hitam kan sebab kalau hati dia baik, dia takkan buat bisnes tipu orang hahaha.
Lagipun kau ingat kes aku ni berakhir dengan riang ria raya ke lepas dapat duit tu? Nehi woi
Tak lama lepas refund tu masuk dalam ShopeePay, tiba-tiba aku dapat SMS nombor kod untuk update password akaun Shopee aku. Padahal aku takde request tukar password pun. Pulak tu bukan sekali aku dapat mesej tu tapi TIGA kali. Kemain gigih orang tu nak hack masuk akaun Shopee aku.
Untung aku takde link kad bank dengan akaun Shopee huhu |
Kalau ikutkan timeline antara aku dapat refund dan akaun aku nyaris kena hack ni, waktu tu sangat rapat dengan satu sama lain tau. Kepala aku auto terfikir dekat scammer HDD ni je sebab dengan dia sorang je pun aku duk cari pasal dalam Shopee kan. Memang dia je la suspek utama sebab mana tau dia tak puas hati aku report dia jual HDD palsu kat Shopee.
Maka cepat-cepat aku masuk Shopee dan block akaun scammer tu. Kemudian baru aman hidup aku dah tak dapat dah apa-apa mesej cubaan untuk tukar password akaun aku.
Mereput la kau sana kena block |
Paling busuk hati scammer ni kan, HDD yang aku beli tu makin ramai bagi rating rendah 1 bintang sampai cecah lebih seratus orang tau. Mesti la rating bagi listing HDD tu jatuh merudum daripada 4.4 bintang kan. Pastu kau tahu dia buat apa?
Dia tukar status HDD tu jadi SOLD OUT la hawau.
Kemudian dia letak listing baru yang sebenarnya jual HDD fake yang sama.
Selamba dia je tukar-tukar status pastu siap naikkan harga. |
Akibatnya, listing HDD ni yang dah beratus orang kata scam takkan muncul dah dalam search result Shopee. Orang lain pun takkan baca la rating buruk daripada pelanggan yang tertipu tu. Sebaliknya mereka akan jumpa listing baru scammer tu yang ada komen murni-murni sahaja.
Tengok berapa ramai rating 1 bintang tu tapi sayangnya pengakuan mereka tidak dibaca oleh sesiapa 😡 |
Kesian la siapa yang percaya. Jahat sungguh manusia zaman now 😑
Macam tu la kehidupan ni kan. Ada kala manis bak gula. Ada kala pahit bak hempedu. Hempedu pula import dari China sana sebab dasar menatang scammer lol.
Hikmahnya, lepas ni boleh la lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian atas talian. Nak-nak masa PKP ni yang terbatas pergerakan tak boleh bebas keluar beli barang dan ramai yang cari kedai online kan.
Kalau nak beli barang tu, periksa dulu asal-usul kedai tu dan rating pelanggansama ada servis dia okey ke tidak. Lagi-lagi kalau kedai luar negara macam China ni kan.
Bukan nak kata seller China ni semua penipu (seller tempatan pun ada je penipu hehe). Lagipun aku dah banyak kali beli dari China dan Alhamdulilah barang sampai elok seperti yang diminta. Barang art aku yang tak jumpa di Malaysia pun bagus je kualiti dia. Harga pun berpatutan.
Cuma sekali ni je la Allah nak bagi pengalaman baru kan. Patutnya awal-awal lepas baca nama kedai tu yang serupa mengarut takde makna, aku terus was-was. Tapi tu la terlebih curious pula 😂
Pastikan baca juga syarat-syarat yang ditetapkan untuk proses return/refund ya. Kalau ada apa-apa jadi, senang nak claim. Yang penting kalau beli barang kat Shopee, jangan laju sangat tekan Order Received. CHECK DULU barang tu okey ke tidak.
Anyway, pasal HDD tu aku dah move on sikit sebab aku kecek kak long minta simpati sebab laptop tak cukup storage. Dapat la dia sponsor HDD saiz 500GB hehe. Terubat duka di hati i lepas burn RM50.
Duit refund yang aku dapat tu pula, dah habis dah. Aku guna beli vakum sebiji hahaha.
Itu saja untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat hendaknya. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi.
Bukan main lagi strategi penipuan seller ni! Geram akak baca! Kalau macam ni memang dia boleh kaut untunglah. Rasa-rasa banyak bad reviews, sold out. Bukak item baru...
ReplyDeleteOtak licik penipu kan. Even kalau customer yg pandai tak tekan terima order dan minta refund pun, dia tak bagi balik duit tu in full juga. Jadi tetap untung dia kat situ. 😒
Deleteteruk seller macam ni. kena lebih berhati-hati lagi pasni
ReplyDeleteSetuju. Lebih-lebih lagi seller luar negara yg lebih susah nak sahkan keaslian produk dia. Kalau lokal boleh juga report polis huhu
DeleteSiap dia nak havk akaun shopee tu...jahat busuk hati...
ReplyDeleteMungkin tak puas hati sbb orang lain tekan order received dan duit tak dapat balik dah. Tapi kita ni rebel pula pergi minta refund siap report kat shopee huhu
Deletesakitnya hati baca cara seller tu replied, suka hati ja tanak refund then suh kita sendiri hantar ke china? wah wah .. ko yg tipu !
ReplyDeletestill refund tp duit potong la. member hangin sbb ada sorang customer yg tak berjaya ditipu kot hahahah.
DeleteHarga tak masuk akal and biasanya kalau dia punya username .MY hujung dan check produk kedai dia semuanya dari China, terus takyah beli.
ReplyDeleteMemang mostly scammer tahi. Kalau dia counter offer, jangan terima. Poslaju ada return free dari Shopee tapi tak pasti available ke tidak utk luar negara.
Jangan terima je offer. Kalau dia taknak mengalah, biar Shopee yang jadi hakim isu ni.
Biasanya pembeli yang akan menang.Dia dah untung besar dah buat scam macam ni. Dah la ramai yang tak minta refund.
Ye tengok la 174 orang yg rate 1 bintang tu maksudnya dah lebih 20k dia untung sbb yg dah tekan order received ni tak boleh refund.
DeleteKes kalini memang dah terlambat la. kira kurang nasib baik je la sbb refund separuh je. Tp klu jadi lagi in future, boleh fight lagi sampai menang
Semoga sesiapa yg baca cerita ni dapat ilmu baru huhu
Siap try nak hack tu paling tak leh blah.. dahsyatnyaaa.. susah juga kalau beli barang dari luar kan.. nak pastikan kesahihan kedai tu susah, ada pape nk refund ke kalau kena pulangkan balik barang ke susah juga. Rasanya baik cari seller tempatan, atau better beli dari official store barang tu.
ReplyDeleteya betul. kalau nak beli barang berharga ni, cari kedai lokal lagi elok walaupun mahal sikit. at least apa-apa isu berbangkit mudah kita nak uruskan. nak buat tuntutan hak pun senang. utk seller dari china lepas ni nak beli barang murah² yg tak bernilai tinggi sangat je. takkan kuterpedaya lagi dah hehe
DeleteAlamak Shopee tidak buat apa-apa, patut halang penjual ini ada.
ReplyDeleteFollower #278.
mungkin sebab ramai yg masih beli tanpa was-was dan tak semua pelanggan yg tertipu tu report dekat shopee. sbb tu terus berleluasa :(
DeleteHah, Cuya baru lepas refund produk shopee ni..dah biasa dah main refund2 ni..tapi tak pernah pulak diorang turunkan jumlah refund tu..alhamdulilah dapat full
ReplyDeletedapat sekali yg seller mcm awk jumpa ni..haish jahat tul
tpi apa2 pon..CUya takkan serik beli ngn shopee..HAHAHAH
Bahanyanya sampai siap hack bagai...lepas ni memang kena hati2 beli barang China ni
ReplyDeleteAduh sis, sepatutnya insist refund. Shopee akan suruh hantar ke warehouse shopee kat kl, bukan ke China. Postage semua shopee bayar. Kalau betul hantar ke China pun, shopee bayar juga. But good writing. 👍🏼
ReplyDeleteAlhmdulillah sempat baca blog ni , sikit lg nk terbeli kt shoppe, terima kasih bnyk share.. semoga mndapat gnjaran besar di akhirat nti..
ReplyDelete