[REPUBLISH] Aku Menang Giveaway Sii Nurul! | NaSa
Assalamualaikum

Wah agak lama tertunggak entri ni. Padahal niat hendak mendedikasikan entri ni dah ada sejak senarai pemenang sudah diumumkan sejak minggu lepas lagi 😅

Semuanya gara-gara keadaan yang tidak dapat dielakkan. 2 minggu yang lalu, keluarga kami agak sibuk dengan urusan perkahwinan kakak kedua aku. Tak besar sangat majlisnya. 
Jemput waris terdekat dan jiran-jiran sebelah saja. Maklumlah terikat dengan peraturan PKP. Tapi tetap jenuh nak masak dan hidang makanan pastu bantai basuh pinggan mangkuk pula sebab kami tak upah servis katering.

Kemudian sepanjang 7 hari yang lalu, aku dan kakak-kakak aku agak sibuk berulang-alik antara rumah kami dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjaga mama yang dimasukkan ke wad di sana untuk pembedahan angioplasty. Memang dah set masa dengan doktor pakar nak buat lepas majlis akad nikah kakak aku selesai. Masa ni nasib baik PKP dah tukar jadi PKPB. Boleh la juga kami gilir-gilir tukar syif di hospital nun.

Jadi agenda nak taip menaip ni terpaksa ditangguh dulu walaupun banyak sebenarnya benda nak cerita, termasuklah kisah aku dipilih sebagai pemenang Giveaway Sii Nurul tempoh hari 😁
Surprise!
Tak sangka tau aku akan jadi insan bertuah tu. Sebab sepanjang hayat aku, tak pernah pun menang apa-apa cabutan bertuah. Teringat masa belajar di KPM dulu, setiap kali jamuan sambutan hari raya Aidilfitri peringkat kolej diadakan, akan ada sesi cabutan bertuah yang akan pilih pemenang berdasarkan nombor kupon yang diberi sekali dengan makanan. Aku dan kawan-kawan selalu kutip kupon yang orang lain tinggal untuk tinggikan peluang menang tapi HAMPEH tak pernah dapat hahahah

Sebab tu masa aku dapat notifikasi komen daripada Sis Nurul haritu, rasa tak percaya pula aku menang. Alhamdulillah. Rezeki yang tak terduga gituuu~
Gembira hati ini Allah yang tahu hahah
Terima kasih yang tak terhingga kepada Sis Nurul atas anjuran giveaway tersebut. Tercapai hasrat aku nak menang cabutan bertuah buat pertama kali tau. Wang yang diterima tu pun sangat berguna sebab boleh la buat belanja makan masa aku bertapa di HUSM jaga mama tu. Semoga Sis Nurul sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa. Sekarang aku rasa makin semangat pula nak jadi rajin join segmen di blog ni 😆

Tapi antara wishlist aku yang terpendam selama ni adalah nak anjurkan segmen giveaway sendiri juga suatu hari nanti. Sebelum ni pernah sekali aku join tapi jadi rakan penaja je, bukan anjuran sendiri. Inshaa Allah bila tiba waktunya. Semoga dimakbulkan haha.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada penganjur Giveaway Sii Nurul iaitu saudari Nurul. Jemput ziarah blog beliau di laman Sii Nurul. Beliau juga ada blog kedua iaitu Inspirasi Kami. Penulisan beliau selalu berilmiah dan penuh info. Semoga kita yang membaca dapat manfaat hehe. Tahniah juga kepada para peserta giveaway tersebut yang menerima review daripada Sis Nurul. Inshaa Allah ada masa aku jenguk-jenguk blog semua.

Setakat tu saja untuk kali ini. Nanti dalam masa terdekat aku update pasal kisah jaga mama di HUSM dan kenapa pembedahan angioplasty tu dilakukan. Selain tu, aku juga ada benda nak membawang pasal tu hehe. Tunggu ya 👀

Jumpa lagi. Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tahniah. Alhamdulillah rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Congrats on the winning! :)
    Ouh, congrats on the wedding and hope your mama will get well soon!

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS