Assalamualaikum
Bagi yang pernah baca siri Diari Dialisis terbitan blog ini sejak tahun 2019, mereka akan tahu yang mama aku merupakan seorang pesakit buah pinggang kronik akibat dah lama menghidap diabetes Type 2 sejak tahun 2004. Kesannya, buah pinggang mama tak boleh tapis darah secara normal dan perlu jalani rawatan dialisis untuk keluarkan sisa kumuh dan air dari badan.
- Pertama, rawatan hemodialisis di pusat dialisis yang tapis darah pesakit guna mesin dializer. Untuk rawatan ni, pesakit perlu jalani pembedahan AV Fistula untuk membentuk laluan urat yang lebih besar untuk memudahkan darah dipam keluar dan masuk.
- Kedua, rawatan CAPD yang tapis darah guna dialysis solution yang dimasukkan ke dalam ruang sekitar perut. Rawatan ni lebih fleksibel dan boleh dibuat di rumah.
Perbezaan dua rawatan ni ada aku titipkan dalam entri Fistula vs. CAPD untuk maklumat lanjut.
Bentuk AV Fistula. Kredit: Nephroxenia |
Atas sebab keselamatan, kami sekeluarga bulat hati pilih untuk mama jalani rawatan hemodialisis di pusat dialisis swasta selama 4 jam x 3 kali seminggu. Untuk tu, kami tempah untuk mama jalani pembedahan membentuk AV fistula tu di Kota Bharu Medical Center (KBMC). Tapi tu la... di sebalik selamat tu, tetap ada risiko besar dalam rawatan dialisis menggunakan fistula ni tau.
Risikonya adalah...AV FISTULA TERSUMBAT!
Fistula ni boleh tersumbat apabila laluan darah terlalu perlahan sehingga membentuk gumpalan darah beku di kawasan fistula tu. Thrombosis namanya. Bila laluan urat jadi sempit dan terhalang, darah pun tak boleh keluar/masuk dengan lancar bila dipam oleh mesin dializer. Kalau dah darah tak keluar, proses menapis sisa kumuh dan lebihan air pun tak boleh la dilakukan. Haru biru 😔
Masa awal-awal aku buat research pasal fistula ni, memang dah tahu yang fistula ni ada risiko tersumbat. Tapi masa tu doa yang baik-baik je la sebab memang fistula je pilihan terbaik kami. Dan Alhamdulillah, untuk tempoh tahun pertama lepas buat fistula tu, elok je fistula tu boleh guna. Kesihatan mama pun dah beransur baik berkat selalu dialisis tu.
Tapi takdir Allah siapa yang tahu kan...Kun Fayakun.
Sekitar Oktober 2020 tahun lepas, darah mama tak keluar lancar apabila dipam oleh mesin dializer. Pergi scan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, doktor kata ada darah beku di kawasan fistula tu.
Oleh sebab fistula tu tak boleh diguna, terpaksalah mama pasang kateter IJC lagi sekali di leher sebagai laluan sementara untuk hemodialisis sementara tunggu pembedahan untuk buka laluan fistula tu.
Nama pembedahan untuk rawat masalah fistula tersumbat ni, FISTULOPLASTY. Kalau nak tahu gambaran prosedur rawatan fistuloplasty ni macam mana, silakan rujuk gambar di bawah:
Cara fistula tersumbat dilancarkan semula. Kredit: Azura Vascular Care |
Basically, suatu alat bernama "balloon catheter" akan dimasukkan ke dalam urat fistula tu melepasi kawasan di mana darah beku tu terbentuk. Sesuai nama dia 'belon' kan, balloon catheter tu akan dikembangkan untuk membuka laluan urat tu sampai la urat yang tersumbat tu jadi luas semula.
Bila bukaan urat dah tak tersumbat lagi dengan darah beku, aliran darah akan kembali lancar dan pesakit akan boleh guna semula fistula mereka untuk proses hemodialisis.
Asalnya dah rancang nak buat pembedahan fistuloplasty ni secepatnya tahun lepas. Tapi sebab kes COVID-19 ni menjadi-jadi kan, wad di HRPZ II ditutup untuk kemasukan pesakit lain sebab keutamaan diberi kepada pesakit positif COVID dan kes-kes tertentu saja. Berhuhu je la kita.
Maka lama la sikit nak cari hospital lain yang sesuai untuk buat pembedahan tu. Pastu mama pun ada temujanji dengan pakar mata lagi hujung tahun tu sebab doktor duk nak bedah mata pula (walaupun mama tak berapa hendak lol). Pendek kata jadual clash sana sini.
Sebab tu drag masa pembedahan tu sampai ke tahun 2021. Lagi drag bila mama kata dia nak bedah tu lepas settle kakak aku nikah pula haha . Oleh sebab 12 Februari 2021 haritu kakak aku dah selamat nikah, 23 Februari tu mama masuk wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk fistuloplasty ni.
First time ya kami buat rawatan kat situ sebab selama ni selalu hospital kerajaan je. Tapi pengalamannya, ya Allah...sangat mencabar kesabaran kami sekeluarga. Rasa nak bergusti WWE je 😌
Terima kasih kerana membaca. Harap anda dapat info berguna.
Jumpa lagi. Bye dan Assalamualaikum.
thank you sharing info.. tak saba nak baca next entry nanti
ReplyDeletegreat sharing dear! tq info nya
ReplyDeleteAssalam...semoga mama anda sentiasa dalam lindunganNya...memang jelas keterangannya. Banyak info yg sgt bermanfaat...terima kasih. Semiga anda dan mama dipermudahkan segala urusan. Amin
ReplyDelete