Masak-masak: Jom buat takoyaki di rumah | NaSa
Assalamualaikum

(Nota kepala: Ini adalah sebuah kisah kempunan haha)
Sedap tak takoyaki saya?
(Update gambar baru lepas beli serbuk seaweed hehe)
Hai semua. Lama tak jumpa. Tak sangka aku ter-skip sebulan untuk menulis sebab bulan Mei takde update apa-apa langsung 💀 nak kata busy buat persiapan nak sambut raya, tak juga sebab tahun ni pun kita kan sambut raya dalam PKP. Hias rumah lawa-lawa pun mana ada orang datang rumah haha. Saja je melencong buat benda lain sebab nak lari daripada realiti kena buat assignment 😂

Merujuk kepada nota kepala di atas, ini adalah suatu kisah macam mana aku kempunan nak makan takoyaki di bulan Ramadhan tempoh hari. Sebabnya... tak lain tak bukan masa COVID ni, PKP.....

Ada la satu kedai jual takoyaki depan pasar raya berhampiran rumah aku ni. Masa sebelum puasa, memang ada beberapa kali pasang niat nak beli takoyaki kat situ setiap kali aku datang beli barang kat pasar raya ni. Tapi sebab aku biasa datang beli barang tu petang, dan Kelantan masa tu panas macam tak kenal apa erti hujan, aku cancel la sebab malas nak tunggu panas-panas tu sambil jinjing barang berat kan. Dalam kepala kata, "nanti la beli."

Akibat terlalu lama menanti, sekali masa tu kes kat Kelantan naik sampai 400 lebih. Maka mendapat la satu negeri kena PKP. Aku pula masa puasa tu memang takde selera langsung nak makan. Pernah 2 hari aku tak makan nasi rilek je boleh puasa lagi. Tercetus la rasa nak beli takoyaki buat berbuka mana la tahu selera naik sikit untuk makan nasi ke kan. Emm takde maknanya sebab kedai dah pun ditutup 🤧
Tinggal banner je. Orang seketul pun takde.
Kita kalau bab kempunan nak makan ni jangan dibuat main tau. Dah la takde bazar Ramadhan. Pasar malam pun dah tak dibuka kat sini sebab social distancing. Sedih sis. Dah tu lama tau aku tunggu dari puasa sampai la lepas raya kot-kot kedai tu buka balik. Tapi tak buka juga. Kemudian dimaklumkan LOCKDOWN pula lepas tu!! Sedih berganda.

Sebab takde harapan nak beli yang dah siap dimasak, aku survey la kat Shopee bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sendiri. Tepung takoyaki, kuali non-stick bulat dia tu, mayonis jepun, bonito flakes, sos takoyaki, serbuk seaweed, Alhamdulillah semua ada jual kat situ. Set premix yang lengkap semua bahan dalam satu order pun ada.

Harga berpatutan juga kalau beli yang set premix tu tapi jumlah yang dijangka boleh dapat daripada satu set premix tu macam tak cukup pula untuk keluarga aku. Jadi aku rasa alang-alang orang dalam rumah ni ramai, baik beli bahan-bahan secara berasingan je. Boleh dapat lagi banyak. Pastu ikut la nak buat berapa puluh takoyaki pun.

Rancangan dah elok kan tapi part bajet tu la tak elok. Bukan sebab takde duit tapi kita sebagai student ni kalau boleh jimat, baik kita berjimat. Kalau ada orang yang kita boleh pau duit, mari kita pau.

Jadi aku cucuk kaklong aku tabur cerita sedih kata "Nak makan takoyaki tapi kedai tutup. Jom la buat sendiri." Dua hari kemudian kaklong aku hulur sponsor RM50 untuk beli bahan-bahan dan kualinya heheh. Senang hidup jadi parasit lol. Tapi takpe la aku juga yang kena buat penat-penat tu kan. Hasilnya nanti  satu keluarga juga yang makan 😂

Tapi order di Shopee waktu ni kena kesabaran tahap gunung Everest la sebab kes harian covid masa tu cecah 6k-7k. Staff kurier pun tak ramai aku rasa. Sebab tu hampir seminggu kemudian baru semua barangnya sampai, berbanding dulu 2-3 hari je dah boleh dapat. Tapi takpe la asal selamat sampai pun dah cukup.

Hasil redha je tunggu staff kurier tu muncul depan pagar rumah dekat seminggu, maka bahan-bahan ni pun sampai la ke pangkuan daku.
Kedai Shopee: Nippon Food Mart (inno_good)
Tengok pek bonito flakes aku, BESAR GILA 😂 Sebabnya aku baca orang review peket bonito flakes 15gm yang dalam set premix tu tak cukup. Pastu aku tengok pek individu yang 100gm tu was-was juga entah cukup ke tidak sebab tu beli yang 200gm terus. Masa sampai tu baru terbeliak biji mata sebab banyak woi.

Lupa pula benda tu nipis jadi walaupun 50gm atau 100gm bunyi ringan atau sikit, hakikatnya dah boleh dapat banyak. Aku je rasa "heavier is better" hahahah. Kalau aku tahu 100gm dah cukup, baik beli yang set sos+bonito flakes yang sekali dengan serbuk seaweed tu haha. Ni hadap la 200gm lol setahun belum tentu habis buat takoyaki hahaha

Beberapa hari lepas bahan tu sampai, kuali takoyaki ni pula yang ketuk pintu rumah. Lama DHL peram kat hub KL sana haha. Nasib baik takde rosak apa-apa walaupun plastik parcel tu lubang-lubang sikit.
Kedai Shopee: defashionqueen
Simple je packaging kuali ni. Surat khabar dengan bubble wrap. Takde kotak pun. Handle kuali memang dia bagi asing camtu dengan skru. Tinggal pasang sendiri kat kuali tu. Saiz kuali ni ngam-ngam dengan permukaan dapur gas tu jadi semua lubang akan kena api dan haba dia cam sama rata juga la. Takde la lubang tengah cepat hangit, lubang tepi lambat masak. Kualiti non-stick dia pun ok. Aku terlupa sapu minyak pun elok je takoyaki tu boleh golek-golek.

Oh ya kuali ni ada jual sekali di kedai yang aku beli bahan-bahan takoyaki tu tapi harga dia lebih mahal RM23+. Yang aku beli asing ni RM17.50 je.

Bercakap pasal intinya...

"Tako" dalam takoyaki ni kalau diterjemahkan daripada bahasa Jepun kepada Bahasa Malaysia, maksudnya sotong kurita. Octopus la octopus 🐙 tapi aku tak minat sangat sebab pernah pergi Sushi King nampak sushi ada baby octopus tu kan, i was freaked out by the head hahahah. Kepala dia nampak squishy camtu aku rasa pelik pula nak makan. Jadi aku tukar la kepada sotong biasa.

Mula-mula tak tau la boleh dapat sotong ke tidak sebab mana nak cari tengah-tengah musim covid yang kes mencanak tinggi ni kan. Nak pergi pasar basah pun takut. So aku macam redha je la beli sosej standby buat inti walaupun aku ni memilih sikit dan berpegang kepada prinsip tako is sotong so takoyaki kena inti sotong. Kalau inti tak sotong aku tak beli (tapi kalau orang belanja, aku makan je hehe).

Tapi kebetulan masa aku pergi kelas memandu haritu, kaklong ikut mama dan abah time hantar aku sebab katanya nak pergi bayar roadtax kereta. Sebab kelas aku sejam je, mereka lepak la kawasan situ sementara tunggu aku habis kelas sebab malas ulang-alik. Sambil tu cari lauk kat pasar raya berdekatan dan kaklong belikan la sotong biasa ni di situ.
SOTONG GERGASI!
Alhamdulilah rezeki hehe. Puas hati aku potong sotong besar-besar ni. Terliur jap nak goreng celup tepung hahaha. Tapi kita utamakan projek takoyaki dulu la.
Tahap menggoda: TINGGI.
Sotong ni kalau tak rebus dulu pun takpe. Cubaan pertama aku haritu, aku rebus dua minit kemudian baru masukkan dalam takoyaki. Tapi kalau orang yang ada gigi ni takpe la boleh kunyah. Mama aku tak cukup gigi nak kunyah dan dia kata sotong liat. So cubaan kedua tu aku terus masukkan mentah je. Lagipun lama nak siapkan sebiji takoyaki tu dalam 3-5 minit duk golek-golek nak kasi bulat. So cukup la untuk masak sotong tu tanpa buatkan isinya liat. Isi lain aku tak try lagi.
Cubaan pertama ayuh~~
(Sosej tu dah rebus tapi tak guna pun sebab aku potong isi sotong banyak sangat haha)
Kali pertama ni, aku bancuh tepung 500gm je dulu. Tu pun aku guna separuh je dulu daripada bancuhan tu. Baki masuk peti. Tahan la 2-3 hari. Lepas siap compile dan edit report untuk kelas Strategic Management baru aku habiskan bancuhannya.

Taip banyak tak guna. Jadi, kita tonton saja video macam mana aku masak takoyaki ni haritu 😋

Hujung video tu nampak kan macam mana bonito flakes tu bergerak-gerak bila ditabur atas takoyaki panas-panas tu hehe. Sangat menggiurkan. Yang batch tu memang tak tunggu suam dulu aku terus tuang sos dan mayonis kemudian tabur bonito flakes hidang untuk mama abah dan kaklong. Makan petang kononnya. Pastu ternganga-nganga masing-masing masa kunyah sebab panas 😂

Daripada separuh bancuhan 500gm tu, aku masak 4 batch. Jadi 12 biji takoyaki x 4 kali, dapat la 48 biji. Kemudian masa habiskan bancuhan tepung yang lagi separuh tu, dapat lagi dalam 35 biji yang kat bawah ni. Jumlah akhir, dapat la 83 biji camtu.
Ada kecil, ada besar. Ada bulat, ada leper. Macam-macam bentuk 😂
Tepung tu 1kg tau. Bancuh 500gm je dah boleh dapat lebih 80 biji. Kalau guna 1kg tepung, dah dapat lebih 160 biji takoyaki. Ini kalau beli di kedai, mau dah habis lebih RM150++. Sangat berbaloi dengan harga modal bawah RM100 (RM55.50 untuk bahan-bahan dan kuali, RM35+ untuk sotong). In fact, harga kos kasar tu pun boleh jadi lebih murah kalau guna inti macam sosej, isi ketam, cheese, dan lain-lain. Kalau demand macam aku ni nak sotong bagai, memang la mahal hehe
Ni tepung jenama lain. Angkat panas-panas memang bulat elok ye
Lagi best buat sendiri ni pun sebab tak sangka abah aku minat sungguh dengan takoyaki ni tau. Sebelum ni dia tak pernah beli sendiri sebab macam makanan budak-budak muda kan. Nak sebut pun kurang reti sebutan Jepun tu. Dia duk panggil takataki, yakiyaki hehe. Inti pun kalau orang jual kan macam-macam jenis. Dan jenis orang tua ni kan kalau harga satu makanan tu boleh beli bahan mentah yang boleh buat makanan lagi banyak, lagi kedekut dia nak beli kecuali kalau orang belikan.

Jadi bila ada bahan dan alat buat sendiri yang lebih jimat ni, takde la lagi masalah di atas. Sebab tu setiap aku buatkan, abah akan senyum besar dan boleh habiskan sepiring tu dia seorang. Benda orang belanja dan buatkan untuk kita memang sedap hehe
Berselera big boss makan 😋
Itadakimasuu~
Ni masa pertama kali buat. Ralat sikit masa ni sebab sepatutnya letakkan atas pinggan corak kosong barulah nampak meriah takoyaki ditabur bonito flakes tu. Ni letak atas pinggan ecoshop corak bunga-bunga pula. Nampak crowded dah tak tau mana bunga, mana takoyaki haha. Tapi takpe la. Yang penting gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati 😋

Rating: 5/5 rasa macam beli di kedai.
Sebab tepung memang dah premix kan. Semua benda dia dah masukkan dalam tepung tu. Kita tinggal tambahkan air dan telur je sebelum dimasak hahaha. 

Cuma peringatan la sikit, dalam tepung takoyaki tu ada dashi (kot) berbentuk serbuk. Masa dalam bentuk tepung, dia nampak warna biasa je. Tapi lepas dibancuh dengan air, serbuk tu mengembang jadi cam warna oren ke jingga camtu. Tu normal tau. Aku je masa tu ingatkan whisk aku ada semut. Beria la aku tapis guna strainer. Rupanya bukan. Dah terbazir sedikit bancuhan tepung 😂

Dan masa masak tu, standby kipas la sebab panas ya tuhannnn. Dah la cuaca kat sini kering takde hujan setitik pun masa tu. Berpeluh lencun aku di dapur. Nak buka kipas pun, dihala straight ke arah dapur dah terpadam api dapur. Dilema sungguh haha.

Jadi kalau anda teringin nak makan takoyaki tapi tak boleh keluar beli atas sebab PKP tu, boleh la laburkan duit beli bahan dan kualinya di Shopee saja. Berbaloi sebab kuali perlu beli sekali je dah boleh guna banyak kali. Aku ni pun ada banyak lagi sos takoyaki dan bonito flakes tu yang tinggal. Tinggal repeat beli tepung je. Inti tu je pasni boleh la cuba downgrade kepada sosej ke apa. Tak boleh la demand selalu nak sotong kan. Rabak poket haha.

Itu saja perkongsian kali ini. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Terima kasih kerana membaca. Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bila dah buat sendiri ni baru puas makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull sbb kalau nak beli yg dah siap jenuh juga mau bayar haha

      Delete
  2. sedapnya! lama tak makan takoyaki... ni nak kena buat sendiri jugak ke hahahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuh buat je. alang-alang lockdown bersambung lagi lama ni hehe

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS