Masak tak jadi: Kek coklat lapis cheese kukus | NaSa
Assalamualaikum

Entri ini adalah spin-off daripada siri Masak-masak aku, dan berkaitan dengan cerita takoyaki tempoh hari.

Kenapa berkaitan?

Sebab kalau takoyaki tu makanan yang kempunan masa puasa, kek coklat lapis cheese ni adalah makanan yang kempunan masa raya. Sedih kan.

Rasa teringin nak makan kek ni timbul lepas tengok resepi yang orang share di Facebook. Nampak cantik dan sedap je kek coklat kukus bila ditambah lapisan keju tu. Memang pilihan salah la skrol Facebook masa bulan puasa ni sebab semua resepi orang share tu automatik nampak sedap sebab lapar kan haha
Kredit gambar : Tiffin Biru
Ilustrasi kek yang aku tengok di FB tu lebih kurang la macam kek yang Che Mat Gebu dari blog Tiffin Biru ni buat. Elok kan lapisan kek dan keju tu sama rata macam tu. 

Terliur namun dalam mimpi je la kita makan kek ni. Sebabnya pasar raya dekat rumah aku dah tak jual cream cheese. Aku biasa beli di Tesco Kota Bharu tapi sebab PKP, tak boleh la nak melenggang rentas daerah ke sana kan sebab aku dikira tinggal di kawasan Tumpat. Padahal rumah aku seberang jambatan je dengan Tesco tu hehe.

Tapi kalau tak PKP pun takkan boleh beli juga sebab masa tu dah sehari sebelum raya. Entah ada ke tidak bahannya bila dah last minute macam tu. Sedangkan kulit popia pun boleh habis orang borong buat kuih. Inikan pula cream cheese yang sangat terkenal. Maka aku buat muffin coklat kukus saja untuk lepaskan gian. Boleh la buat cukup syarat ada kek walaupun tanpa cheese.
Pertama kali beli dan guna muffin cup jenis keras dan Alhamdulillah jadi.
Mujur sebelum lockdown 1 Jun haritu kaklong ingat yang aku ada minta belikan cream cheese. Jadi pada hari sama yang dia belikan sotong untuk takoyaki tu, dapat la sekali cream cheese ni. Maka tercapai la hajat aku nak cuba buat kek lapis moden ni kan πŸ˜‚

Ada banyak resepi kek coklat lapis cheese ni di internet tapi aku guna resepi daripada blog Tiffin Biru. Soalnya resepi beliau amat mudah bagi aku sebab bahagian cheese tu tak pakai susu segar, heavy cream, gula kastor dan sebagainya. Kena letak sesudu tepung gandum je. Elok sangat dengan aku yang kedekut nak beli bahan banyak-banyak ni.
Antara bahan-bahan yang diperlukan.
LAPISAN CHEESE
πŸŒ™250 gm cream cheese
πŸŒ™60 gm gula halus
πŸŒ™1 biji telur
πŸŒ™1 sudu besar air
πŸŒ™1 sudu besar tepung gandum

> Pukul gula bersama cream cheese.
> Masukkan telur, air, dan tepung gandum.
> Pukul lagi hingga sebati.
> Asingkan.

Gula halus tu nak pakai gula aising. Tapi aku google katanya gula aising tu sama je dengan gula pasir, cuma dikisar lebih halus je. Cuma gula aising tu ada la tambah kanji ke apa entah dalam tu. Malas pula aku nak beli gula jenis lain maka aku kisar je la gula pasir sedia ada tu jadi halus πŸ˜‚

LAPISAN KEK
πŸŒ™2 biji telur
πŸŒ™1 cawan gula halus
πŸŒ™1 sk esen vanila
πŸŒ™secubit garam
πŸŒ™1/2 cawan air panas
πŸŒ™1/2 cawan susu cair
πŸŒ™1/2 cawan minyak masak
πŸŒ™1 cawan tepung gandum*
πŸŒ™3 sudu besar serbuk koko*
πŸŒ™1 sudu kecil baking soda*
πŸŒ™1/2 sudu kecil baking powder*
# ayak bahan-bahan bertanda (*) dulu

> Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
> Masukkan esen vanila dan garam.
> Masukkan air panas, susu cair, dan minyak.
> Kemudian masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak tadi. 
> Gaul sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.

Biasa orang buat kek ni guna loyang segi empat sama saiz 8x8 inci atau 22cm. Tapi aku tak ada loyang petak tau. Ada loyang bulat masa buat kek coklat kukus tu je. Aku redah je la guna loyang bulat tu memandangkan diameter loyang bulat tu pun 22cm. Asal ada.

TAPI...............................

Banyak dugaan ye masa proses nak kukus kek tu.

1) Bermula daripada aluminium foil habis sebab kakak aku guna buat roti pizza dalam oven tapi takdenya nak beli baru. Biar habis gitu je. Dah aku kena cari kain untuk balut penutup periuk kukusan untuk elakkan wap air menitik atas kek dan permukaan kek merekah. Nasib haritu ada beli set kain tuala baru yang ada tuala muka saiz sederhana besar. Boleh la buat ganti. Habis keras bulu microfibernya kena penutup periuk yang panas.

2) Guwe lupa mahu adjust saiz api dapur. Arahan suruh kukus lapisan pertama tu guna api sederhana, tapi aku terguna api besar sebab dah biasa kukus kek guna api besar. Tak terlintas pula adunan kek tu dah dibahagi dua dan lebih nipis, jadi kena guna api kecil untuk elakkan kek masak cepat sangat. Lebih lima minit lepas kukus baru teringat hahah laju aku lari kecilkan api.

3) Paling epik, aku tak perasan dapur gas tu senget tau. Abah aku lapik dapur tu dengan kayu untuk tinggikan daripada permukaan kaunter. Tapi dapur kanan yang aku guna tu kayunya lebih rendah. Jadi periuk kukusan tu pun tergelincir sikit ke kanan. Kesannya, masa kukus lapisan kek pertama tu, adunan kek tu pun senget juga la ke kanan. Jadi la dia tebal sebelah, nipis sebelah.

4) Akhirnya, kalau lapisan kek pertama tu senget, masa masukkan lapisan kek kedua lepas lapisan cheese tu tak menyempat la pula. Cheese belum masak sepenuhnya pun masa aku tuang lapisan kek kedua tu. Maka cheese pun bergerak-gerak dan bercampur la dengan adunan kek. Jadilah huru-haralah lapisannya hahahahahahaha

HASILNYA...............................
Bala, bala...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dah macam bukit senget-senget sebelah camtu haha
Atas bawah semua takde istilah "lapisan yang cantik" ya. Huru-hara belaka. Kek bawah  tu dah la sebelah tebal sebelah nipis. Kek atas tu pula entah la corak abstrak ke apa. Semangat nak buat kek tadi terus terbang menyorok tengok kek serupa frankenstein ni. Hancur harapan nak ambik gambar kek yang cantik sama tebal antara kek dan cheese macam orang lain tu.

Lagi memilukan, masa cucuk-cucuk kek tu nak tau dah masak ke belum, aku tengok bersih je hujung lidi sate tu. Tanda-tanda kek dah masak la kan. Maka aku dengan yakin tutup la api dan angkat kek tu. Tapi bila diterbalikkan untuk cabut lapisan baking paper daripada kek, ehhh ada adunan kek cair meleleh keluar. Apabila kek dipotong, ada sebahagian kecil kek tu yang belum masak rupanya. Tipah terasa sangat tertipu di sini.
Dah macam kek lava pula dia meleleh macam tu haha
Sebahagian besar kek yang lain tu ok. Kek bahagian ni je yang bermasalah di tengah. Tepi dia masak elok je. Mungkin sebab masa aku tuang adunan kek kedua secara tak menyempat tadi, ada adunan kek yang terperangkap dek lapisan keju yang bergerak ke atas tu. Dan adunan tu tak sempat masak macam bahagian adunan kek lain yang tak terperangkap. Redho je la aku

KEMUNCAK komedi kek frankenstein aku ni kan, tengok la nisbah pembahagian kek dan keju ni di beberapa bahagian berlainan.
Kek yang tebal dapat keju nipis, kek yang nipis dapat keju tebal πŸ˜‚πŸ˜‚
Aku gelak sorang-sorang di dapur tengok potongan kek ni je dah berapa lama. Terhibur teruk haha. Memang macam-macam perasaan aku dapat masa buat kek ni dari awal sampai akhir πŸ˜‚

Tapi r
upa tak menjejaskan rasa ya. Walaupun kejadian kek ni tak cantik, rasa kek ni tetap sedap. Lapisan keknya cukup rasa, tak terlalu manis walaupun guna secawan gula, tak pahit sangat sebab ala serbuk koko 3 sudu je pun hehe. Keju tu pun cukup lemak dia. Rasa masam-masam sikit. Jadi bila manis bertemu masin ni, bagi aku rasa kek ni seimbang. Dan boleh juga aku katakan, craving satisfied haha

Cumanya disebabkan lapisan kek dan keju ni tak sama rata secara tidak sengaja, ikut nasib la siapa yang makan tu. Kalau orang tu makan awal, boleh la pilih potongan kek yang keju tebal. Yang jumpa kek ni lambat, tabah la dapat bahagian kek yang kejunya senipis kulit bawang. Aku semestinya dah pilih lapisan yang kejunya tebal sikit untuk diri sendiri. Kelebihan jadi tukang masak ye...

AND GUESS WHAT?

Aku dah beli loyang kek baru~~
Berat bohh loyang ni. Ukuran 8x8x3 inci
Beli kat Shopee je loyang ni. Berhari-hari aku usha kedai baking tau semata-mata nak cari loyang yang berkualiti. Sebabnya walaupun craving nak makan kek tu dah dipenuhi, tapi craving nak buat kek yang lapisannya sama rata dengan keju tu masih belum kesampaian. AKU DENDAM!! Jadi alang-alang cream cheese haritu ada lagi setengah, aku nak cuba buat sekali lagi kek ni. Kali ni guna loyang yang sepatutnya la πŸ˜‚

Aluminium foil, baking paper, susu cair, mana benda yang diperlukan tu pun semua aku dah beli siap-siap buat stok. Malas dah nak pakai konsep "ada lagi kot kat dapur" SEBAB AKAN ADA BENDA YANG TAKDE. Dapur senget tu pun abah dah betulkan tau sehari lepas kejadian kek senget ni sebab ye la ada ke patut dapur boleh senget hahahaha. Kesian aku.

Jadi dengan bahan-bahan dan peralatan yang cukup ni, harap-harap menjadi la cubaan seterusnya pasni. Kalau tak, aku gantung loyang je. Merajuk nak buat kek dah lol

Itu saja perkongsian kali ini. Jumpa dalam entri seterusnya okey.

Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum dan bye.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS