Assalamualaikum
NOTA PENTING: Pengambilan pil perancang Yasmin oleh penulis ini adalah atas nasihat doktor sakit puan untuk masalah cyst dan senggugut. Pengalaman mungkin berbeza bagi setiap individu. Disarankan agar dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba. Terima kasih.
Hari ni kita bercakap pasal pil perancang ya. Amboi sangat topiknya sedangkan aku kahwin pun belum heheh. Tapi ni BUKAN pasal guna untuk cegah kehamilan. Seperti yang dinyatakan di atas, aku amalkan pil ni atas nasihat doktor sakit puan disebabkan kes cyst yang aku alami Februari 2020 tahun lepas. Kisahnya semua ada dalam entri Bahagian 1, Bahagian 2, dan Bahagian 3 ni jadi jemputlah baca.
Baca juga: KESAN SELEPAS SETAHUN BERHENTI MAKAN PIL YASMIN
Asalnya pil pertama yang aku makan untuk masalah cyst tu adalah Rigevidon. Tapi sebab sempat makan pil tu 2 cycle je dan makan pun tak tetap masa almaklum noob baru pertama kali kan, jadi kesan tak jelas sangat nak bagi review pasal Rigevidon tu. Berbeza dengan pil Yasmin ni yang aku dah makan hampir setahun. Kesan pun memang wow ketara jadi ayuhlah sembang sikit pasal pil ni.
Rupa bentuk pil Yasmin, berserta sarung untuk protection ya. |
Pil Yasmin adalah pil perancang keluaran negara Jerman yang mengandungi bahan utama Drospirenone 3.000mg dan Ethinylestradiol 0.030mg. Dalam satu kotak ada 21 pil yang perlu dimakan pada masa yang sama setiap hari, dan mesti rehat selama 7 hari sebelum sambung kotak baru untuk bagi laluan kepada cik bulan untuk datang berziarah.
Seperti yang tertampal di kotak tu, aku dapatkan pil Yasmin ni dari Klinik Primer Lembah Sireh yang fokusnya memang kepada masalah sakit puan. Tapi ada orang kata boleh je beli dari kaunter farmasi. Aku tak pernah try cari la pula sebab malas meronda di musim PKP ni.
Ada juga yang beli di Watsons tapi harga boleh tahan sampai RM65 sekotak. Di klinik ni RM52 je sekotak. Jimat banyak. Lagipun bagi aku personally lebih selamat beli di klinik sebab kat situ dah ada rekod perubatan aku; kenapa beli dan berapa kali beli. Kalau jadi apa-apa, doktor senang nak pantau.
1) Tempoh dan aliran period - Lebih teratur dan pendek.
Beberapa bulan pertama masa amalkan pil Yasmin ni, aliran period agak kacau-bilau sikit sebab lambat 5-7 hari macam tu. Lama-lama lepas masuk kotak ketiga ke kotak keempat macam tu, baru period mula teratur dan stabil ikut kitaran 24 hari macam dulu. Biasanya tak lari pun dengan tarikh yang dianggarkan dalam kalendar period tracker aku. Paling lewat pun sehari.
Setakat ni dalam tempoh rehat 7 hari lepas habis sekotak pil Yasmin tu, memang period akan datang pada hari kedua atau ketiga dan habis sebelum masa untuk start kotak seterusnya. Tempoh period pun 3-4 hari je dan darah tak banyak sangat. Jimat pad dan pantiliner sebab masalah kebocoran dah kurang banyak. Tak payah beli night pad yang panjang tu sebab guna regular pad pun dah cukup.
Tapi sebab dah habit selalu beli dua-dua jenis sebelum ni, aku tetap juga beli night pad buat stok. Rasa membazir pula sebab sedangkan guna regular pad pun darah tak penuh, inikan pula night pad. Pastu hujung hari ketiga atau awal hari keempat period pun, biasa pad dah clean, tak ada darah keluar.
2) Senggugut - Berkurangan 90%.
Masalah senggugut pun berkurang dengan sangat banyak. Beza dengan masa ada cyst tu yang rasa macam perut kena tikam. Alhamdulillah dah tak ada episod bergulung atas katil rasa nak maki semua benda dan semua orang sebab mood meradang sepanjang masa gara-gara tahan sakit.
Kebergantungan aku terhadap panadol, minyak angin, heating patch macam Ammeltz Yoko Yoko dan Menosmooth, atau tungku elektrik pun dah tak ada.
Tungku elektrik ni sempat guna berapa kali je haha |
Aku beli tungku elektrik ni masa Julai 2020 sebab lepas berhenti Rigevidon bulan Mei 2020 tu, senggugut datang balik dan sakit kuat juga la. Sehari ada berapa kali aku caj benda alah ni buat letak atas perut. Agak membantu juga kurangkan kejang tu.
Tapi sebab Ogos 2020 aku dah jumpa doktor sakit puan lagi dan dah start makan pil Yasmin, maka tungku elektrik ni sampai sekarang buat kumpul habuk je dalam rak sebab aku dah tak sentuh pun masa period. Nak buat cemana dah tak sakit perut kan.
Jujurnya rasa cramp di perut masa period tu tetap ada lepas makan pil Yasmin ni. Tapi tahap sakit dia tu rasa lebih macam...senak perut nak buang air? Jadi tak ekstrem sangat la.
Aku boleh berdiri dan berjalan macam biasa. Nak keluar pergi kedai masa hari pertama period tu pun takde hal. Kalau banding dengan dulu, nak berjalan pergi dapur ambil air pun rasa nak bergolek je sebab takleh nak berdiri lurus inikan pula nak keluar ke tempat orang ramai kan. Mau ada makcik pakcik berjalan slow sikit depan aku, memang semua kena maki percuma dalam hati. #truestory
3) Jerawat - Apakah itu? Makanan? I don't know her (hahahahah)
Ayat macam berlagak je kan hehe tapi itulah kenyataan. Lepas amalkan pil Yasmin dekat setahun ni, fenomena naik jerawat tu terasa sangat asing sebab wow muka bersih je. Tak buat skincare routine pun elok je muka agak smooth takde bonjol-bonjol jerawat yang menyakitkan muka, mata, dan hati.Tapi kesan ni bukan mendadak boleh dapat lepas makan pil Yasmin. Sebab beberapa bulan pertama lepas makan tu, pecah juga muka aku π
Secara kronologi, muka aku sebelum amalkan pil Yasmin ni seperti di bawah ya.
Secara kronologi, muka aku sebelum amalkan pil Yasmin ni seperti di bawah ya.
Skin progress: Julai 2020 |
Masa ni muka aku tak ada la bersih macam lepas aku habis makan antibiotik atau lepas habis sebotol serum Skintella Kayman tu sebab duduk rumah kan memang malas jaga muka. Tapi kuantiti jerawat duk naik tu terkawal la 2-3 biji je pada satu-satu masa. Pakai tea tree oil pun biasa cepat juga kecutnya. Parut pun tak nampak ketara sangat.
Tapi lepas start makan pil Yasmin, hormon dalam ubat tu bergabung dengan hormon dalam badan buat pertama kalinya maka meletup. Hasilnya, breakout yang agak teruk juga di bahagian pipi.
Skin progress: September 2020. |
Skin progress: Oktober 2020 |
Skin progress: November 2020 |
Fenomena breakout ni berterusan selama hampir 4 bulan. Mula-mula bulan September dan Oktober 2020 tu memang naik banyak jerawat ada mata dan jerawat bawah kulit. Pedih uii. Redha je buat video presentation muka merah-merah walaupun video pasang beauty filter.
Mujur masuk November dan Disember 2020 tu, semua jerawat beransur-ansur surut. Dah takde la bonjol-bonjol tu. Tinggal parut merah je terang sikit. Tapi keseluruhannya, kulit dah makin smooth.
Skin progress: Januari 2021 Lompat terus sebab lupa ambil gambar Disember 2020 haha |
Skin progress: Mac 2021 |
Masuk tahun 2021, semua parut merah tu dah jadi makin pudar. Awal tu risau juga sebab nampak warna parut tu macam gelap. Kot la kalau dia maintain jadi parut kelabu atas muka ke kan. Spoil le muka saya. Tapi lama-kelamaan, semua parut jerawat yang besar-besar daripada jerawat merah tadi tu hilang dan muka aku dah hampir sepenuhnya nampak warna kulit natural je.
Kenapa tak bersih sepenuhnya?
Sebab setiap kali sebelum period, tetap ada jerawat kecil-kecil naik 2-3 biji dan aku pula kebelakangan ni cuma rajin cuci muka je tapi malas nak pakai toner moisturizer serum etc. Jadi lambat la parut kecil-kecil tu hilang. Kalau rajin, agaknya dah merasa kulit mulus macam baby sekarang haha
Nasib seorang pemalas kan memang macam ni. Tapi bab jerawat dah tak naik tu pun aku dah cukup syukur dah. Parut takpe tempek bedak pun boleh hilang. Jadi muka masa sekarang ni kalau nak dibandingkan memang jauh lebih baik dari sebelum makan pil Yasmin.
Alhamdulillah tak sia-sia aku terbangkan duit PTPTN untuk beli stok pil ni beratus-ratus sekali harung. Hasilnya, kesihatan meningkat. Tapi ni pun possible sebab belajar online kat rumah akibat Covid-19 je. Kalau duk asrama aku rasa takdenya nak beli pil Yasmin ni. Lagi rela kuharung je berebut bas walaupun perut tengah cramp teruk. Ye la nak jimatkan duit untuk makan minum di asrama π
Selain kegunaan utama untuk cegah kehamilan dan kawal masalah hormon, ada juga yang guna pil Yasmin ni semata-mata nak cantikkan kulit. Aku tak judge sebab dari pengalaman sendiri bergelut dengan jerawat akibat hormon tak stabil, aku tahu sangat perasaan nak kulit lawa tu macam mana.
Perasaan yakin bila kulit lebih bersih tanpa jerawat ni lain tau. Nak pakai baju lawa, tudung lawa, mekap over sikit pun rasa best je. Jadi faham la kenapa ada yang nak makan untuk cantikkan kulit.
Tapi nasihat aku, sangat sangat SANGAT digalakkan untuk dapatkan nasihat doktor dulu sebelum terpengaruh dengan testimoni "kulit lawa lepas makan pil Yasmin" sebab dah namanya pun ubat kan, mesti la ada kesan sampingan. Lagi-lagi ubat berkaitan hormon pula. Dan senarai kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi akibat pil Yasmin ni bukan kaleng-kaleng. Dah serupa page akhbar.
Aku cuba juga baca semua risiko kesan sampingannya tapi penat hahah |
Yang ni pun macam seram je kan |
Di Twitter ada orang kongsikan cerita pasal berat naik lepas makan pil Yasmin dari 40+kg kepada 60+kg. Tapi setakat ni dari pengalaman sendiri, macam tak ada sangat kesan sampingan yang aku alami. Sama ada dari segi berat, mood swing, migraine etc, tak ada. Mungkin sebab aku memang ada masalah tak banyak selera makan, naturally a gloomy person, dan dah biasa migrain terutamanya masa perubahan cuaca, jadi benda-benda ni tak berapa nak rasa sebab aku imun kot hehe.
But keep in mind, your mileage may vary. Lain orang lain kesannya jadi apa yang aku tak rasa tu mungkin orang lain akan rasa, begitu juga sebaliknya. Lagipun setiap orang ada perancangan hidup yang berbeza-beza kan.
Macam aku setakat ni takde rasa nak kahwin jadi perancangan nak anak pun belum ada. Jadi kaedah aku kawal masalah senggugut dengan pil ni mungkin okey je. Tapi orang yang nak kawal senggugut dan ada rancangan berumahtangga, mungkin kena cari alternatif lain. Tujuannya untuk elakkan hormon pil perancang Yasmin ni ganggu hormon badan. Sebab tu aku rasa elok jumpa doktor dulu sebelum cuba.
Dengan itu, tamatlah review aku pasal pil Yasmin ni.
Suka diingatkan sekali lagi, ini adalah review tentang kegunaan pil Yasmin untuk atasi masalah senggugut ketika haid sahaja, bukan pasal cegah kehamilan. Sebab tu isi di atas tak sentuh pasal kehamilan. Siapa cari pasal tahap keberkesanan pil Yasmin untuk elakkan kandungan melekat, kena cari blog lain hehe. Ramai je mommy bloggers yang ada kongsi pengalaman pasal pencegah kehamilan tu.
Selain tu, kalau anda pun ada masalah senggugut yang terlalu sakit, pesanan khidmat masyarakat sekali lagi daripada pihak aku, please jumpa doktor untuk periksa tahap kesihatan anda. Lebih elok jumpa doktor sakit puan terus sebab boleh terus request nak scan nak check itu ini. Sebab faham dah kalau pergi klinik kerajaan, risiko dibalas dengan "biasa la sakit senggugut" tu tinggi and I've had enough daripada pengalaman yang lepas haha
Bagi sesiapa yang tinggal di Kelantan dan berminat untuk jumpa doktor sakit puan, aku cadangkan Klinik Primer Lembah Sireh ni la. Lokasinya belakang Tesco Kota Bharu (sekarang Lotus's). Klinik selesa, caj servis berpatutan, dan setakat ni layanan baik-baik je. Ramai mommies pergi scan baby semua. Aku je la pergi dan dapat dipanggil puan secara percuma padahal boyfriend pun takdak, apatah lagi suami π
Papan tanda klinik pun dah tukar nampak minimalis sikit sekarang hehe |
Baca juga: KESAN SELEPAS SETAHUN BERHENTI MAKAN PIL YASMIN
Terima kasih kerana membaca.
nak cakap cutenya baju pink awak
ReplyDeleteehhh hehehe terima kasih π₯°π₯°
DeleteTq Dik! Blog yg amat membantu!
ReplyDeleteThank you for sharing your experience to the blog that assessible to public. Very informative congrats to the authorππ»ππ»ππ»
ReplyDelete