Assalamualaikum
Ada tak sesiapa di sini yang gemarkan Nutella macam aku? Angkatlah tangan anda dalam hati guna niat saja. Sebab kalau angkat tangan betul-betul, nanti orang akan pandang pelik pula "dah kenapa dengan budak ni?" 😂
Aku adalah seorang peminat Nutella yang agak tegar ya. Setiap beberapa bulan sekali memang akan beli sebotol besar Nutella buat stok makan. Tak main la botol kecik-kecik 350 gram ni. Aku biasa tibai yang 680 gram terus di Tesco. Tapi sekarang di Shopee pun boleh jumpa dan lagi berbaloi-baloi beli sebab ada seller yang jual 750 gram atau 1 kg pada harga yang berpatutan. Lagi jimat.
Sebotol besar Nutella bagi aku boleh bertahan 2-3 bulan sebelum habis. A Tapi satu masalah dengan Nutella ni, awal-awal beli tu tekstur dia memang elok je smooth. Nak sapu di roti atau pastri pun senang sebab tak cair dan tak keras. Namun bila masuk hujung-hujung dekat nak habis, entah ke mana la semua kelembutan tu hilang.
Sebab tu bila hampir habis, selalu terjadi fenomena botol Nutella yang comot seperti di bawah.
Baki Nutella yang mengeras di sekeliling botol huhu (By the way Nutella 1 kilogram beli dari Shopee @hasnita) |
Bagi aku, ini adalah situasi serba salah namanya. Sebab nak buang, sayang pula tengok baki Nutella tu macam masih banyak. Tapi nak kikis dengan sudu dan makan macam tu saja pun, manis sangat. Boleh gigil kepala aku bila makan benda terlalu manis ni. Nak sapu di roti, roti pun boleh terkoyak sebab Nutella tu memang keras haha. Itu tak boleh, ini tak kena. Habis takkan nak biar je dalam rak sampai expired kan? Membazir makanan dan ruang je.
Maka apa yang kita perlu lakukan untuk elakkan situasi pembaziran ini adalah...
BUAT SUSU NUTELLA!
Bahan yang diperlukan adalah tersangat ringkas. Cuma dua benda saja:
1) Botol Nutella yang dah hampir habis seperti di atas
2) Susu pilihan sendiri
Aku guna lactose-free milk keluaran Farm Fresh. |
Nak guna susu apa-apa pun boleh. Susu segar ke, susu rendah lemak ke, susu full cream ke, ikut citarasa masing-masing. Tapi sejujurnya aku tak galakkan guna susu pekat sebab boleh jadi manis sangat, dan susu tepung sebab rasa dia akan jadi sangat 'lembu' ya 😂
Macam mana caranya untuk buat susu Nutella ini?
Senang saja.
Cuma tambahkan susu pilihan anda ke dalam botol Nutella yang sudah nazak mahu habis itu.
Isikan susu sebanyak mana anda mahu. |
Kuantiti susu tu anggar la dalam sebanyak mana yang mencukupi bagi baki Nutella yang ada dalam botol. Kalau banyak, letak banyak. Kalau sikit, letak sikit. Asal cukup untuk goncang susu tu dalam botol nanti.
Kemudian, seperti yang diberitahu sebentar tadi, GONCANG botol tu sepuas hati anda sampai susu dan baki Nutella tu sebati.
Kalau masih ada baki Nutella yang keras tu duk melekat di botol dan tak ada tanda mahu berganjak dari posisi, kikis Nutella tu dengan sudu dan sambung goncang botol tu sampai anda rasa lenguh tangan dan dah tiba masa untuk berhenti.
Nanti dapat la hasil seperti di bawah ni.
Susu Nutella is done~ |
Macam susu coklat Dutch Lady je sekali tengok |
Review dari segi rasa:
Sedap la juga. Baki Nutella tu tambahkan sedikit rasa manis ke dalam susu tu tapi rasa coklat dia tu takde la kuat sangat. Bagi aku, agak acceptable berbanding susu coklat biasa sebab aku tak suka susu coklat.
Tips elakkan pembaziran Nutella ni sebenarnya dah lama wujud di negara mat saleh sana. Siapa yang pernah buka Youtube 5 Minute Crafts atau mana-mana channel yang rajin buat pasal "hacks" tu akan ada la kot jumpa cara campur susu dalam bekas nutella yang dah nak habis ni sebab tak nak membazir.
Kenapa aku gigih nak buat entri jugak?
Sebab aku bosan hahahahahahah.
That's all for now. Kalau ada yang rajin buka entri ni, terima kasih kerana baca 😂
Susu Nutella yang yummeh! Akak suka letak aiskrim vanila. Tapi, puas jugalah nak cokeh-cokeh pakai sudu biar semua sisa Nutella tu melekat kat aiskrim :)
ReplyDeletewahh aiskrim vanila pun bunyi cam sedap juga. nanti nak try hehe. tp memang keras kan baki nutella tu sbb tu selama ni campur susu je. acah chocolate milkshake hahahah
Delete