Kek Coklat Lapis Cheese Kukus: Versi JADI! | NaSa
Assalamualaikum

Berita gembira, berita gembira~

AKHIRNYA! Selepas kisah tragedi kek kukus tak jadi tempoh hari, cubaan kali kedua aku ni sukses!!!!
Yummy~ πŸ˜‹
Nasib baik jadi. Kalau tak, aku dah rancang nak boikot je kek ni dan cuba di tahun-tahun depan je tau. Almaklum dah penat ikut segala step yang ditunjukkan dalam resepi kan. Tapi Alhamdulillah kali ni sebab kejadian dia boleh tahan lawa la juga, maka kita pun gigih la buat sesi photoshoot banyak-banyak semalam untuk buat sesi flexing di blog hahaha. Sambil tu edit gambar bahan-bahan yang lengkap sikit la sebab gambar haritu macam hambar je aku rasa.

Resepinya aku masih guna resepi yang sama dari entri lepas ya. Mula-mula cadang nak buat sukatan kek coklat kukus tu tapi sebab bila dibandingkan resepi yang kek coklat tu pakai SATU TIN susu cair, resepi asal ni pakai setengah cawan je susu cair, atas dasar nak jimat bahan maka aku guna resepi asal je la haha. Lagipun bimbang pula kalau sukatan keju tu tak cukup kalau guna resepi kek lain.

Aku tempek lagi sekali la bahan-bahannya di bawah ya.
Garam dah campur dalam gula.
Baking powder dan soda dah campur dengan tepung dan serbuk koko hehe
LAPISAN CHEESE
πŸŒ™250 gm cream cheese
πŸŒ™60 gm gula halus (gula aising/blend gula pasir)
πŸŒ™1 biji telur
πŸŒ™1 sudu besar air
πŸŒ™1 sudu besar tepung gandum

> Pukul gula bersama cream cheese.
> Masukkan telur dan pukul sampai kembang
> Tambah air dan tepung gandum.
> Pukul lagi hingga sebati, licin, dan tak ada ketulan kecil.
> Asingkan.

LAPISAN KEK
πŸŒ™2 biji telur
πŸŒ™1 cawan gula halus
πŸŒ™1 sk esen vanila
πŸŒ™secubit garam
πŸŒ™1/2 cawan air panas
πŸŒ™1/2 cawan susu cair
πŸŒ™1/2 cawan minyak masak
πŸŒ™1 cawan tepung gandum*
πŸŒ™3 sudu besar serbuk koko*
πŸŒ™1 sudu kecil baking soda*
πŸŒ™1/2 sudu kecil baking powder*
# ayak bahan-bahan bertanda (*) dulu

> Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
> Masukkan esen vanila dan garam.
> Masukkan air panas, susu cair, dan minyak.
> Kemudian masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang diayak tadi. 
> Gaul sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
> Kukus lapisan kek pertama 20 minit, lapisan cheese 20 minit, lapisan kek terakhir 45 minit atau sampai masak. (Aku tunggu 25-30 minit camtu dah masak semua dah)
Macam ni bentuk pembahagiannya. Lapisan pertama masa ni dah dikukus
Aku ada sukat kuantiti bancuhan kek coklat tu sebab nak pastikan bahagi sama rata untuk lapisan paling atas dan bawah guna measuring cup tu tau. Rasanya ada la 700ml lebih macam tu jadi aku cuba juga agak-agak pakai mata untuk bahagi dalam 350ml untuk setiap lapisan. Tapi kita cuma mampu merancang, Tuhan yang menentukan jadi hasilnya takde la sama banyak pun haha. Takpe la asal berlapis kek aku.

Dan sebab haritu kan aku ada senaraikan cabaran masa nak masak tu sebab dapur senget la, loyang tak sesuai la, aluminium foil takde la, api lupa kecilkan la, kali ni aku dah lebih bersedia ya. Tak nak banana fruits two times punya pasal.

1) Masa cubaan kukus kali kedua ni, gigih ya aku duk bongkok dari jauh perhati dapur sama tinggi ke tidak, periuk kukusan seimbang ke tidak. Kejap-kejap check takut periuk tergelincir ke belakang. Trauma betul. Padahal dah kata abah aku dah baiki kedudukan dapur hehe dasar penyakit was-was.

2) Aluminium foil, baking paper, piping bag, semua aku dah beli buat stok siap-siap dari shopee. Beli yang 5 dan 10 meter masing-masing dan simpan dalam bilik sendiri biar tak jadi dah kes barang habis tapi tak diganti. Pehh kedekut gila bunyinya hahaha

3) Loyang pun dah beli siap-siap dari Shopee (yang aku tunjuk dalam entri lepas tu). Elok la harga dia yang non-stick tu mahei pun sebab kek tak melekat ya. Sebab alkisahnya aku kalut tengok air kukusan dah mendidih tapi aku tak potong lagi baking paper untuk alas tu. Pastu lepas letak alas aku terus tuang bancuhan kek, lupa nak lenser butter di loyang dan baking paper tu. Tapi hasilnya lepas kek dah sejuk sikit, elok je dia keluar dari loyang tu. Mujur sangat-sangat. Kalau melekat di loyang dan patah masa dipindahkan ke redai, merajuk la aku πŸ˜‚

4) Api pun dah guna api sederhana je masa kukus tu. Siap set timer handphone untuk 18-20 minit untuk setiap lapisan. Jadi takde la isu lapisan kek cepat atau lambat masak tu huhu. Aku cucuk-cucuk bahagian kek dari atas pun elok je lidi tu keluar dengan bersih menandakan semua lapisan kek dah cukup masak.
Elok kan sekata je permukaan cheese tu untuk lapisan kedua
HASILNYA.....
Semua lapisan kek sekata!!!!!
Takde dah rupa Frankenstein macam haritu.
Fasa pertama, disejukkan dalam loyang dulu.
(tapi kenapa kedut macam brownies sikit?)
Fasa kedua, dikeluarkan dan disejukkan dulu atas redai (cooling rak).
(Redai ni beli di Shopee MR. DIY btw. Murah je banding kedai baking lain)
Pandangan dari keempat-empat sisi.
Tak haru biru macam haritu yeay~
Excited ye aku ambil gambar dari segala fasa dan sudut ni. Nak tunjukkan yang punya la happy apabila akhirnya kek aku menjadi hehe. Pastu rasa bangga je tengok lapisan kek dan cream cheese tu nampak seimbang je setiap satunya. Takde la yang macam haritu ada potongan kek yang lapisan cheese dia banyak gila, ada yang nipis rupa kulit bawang. Jadi bila sama rata ni, kali ni semua orang boleh nikmati kalori yang sama dari setiap potongan kek hahhaahah

Pastu nak dijadikan cerita, aku punya semangat masa perhabis duit eBelia tu beli barang-barang baking kan, siap beli pelapik kek yang emas tu kot. Tetiba je padahal sebelum ni potong dalam dulang ecoshop je. Macam over sikit tapi pedulik apa aku. Baru la presentation kek aku mantap kan. Nak update di blog pun rasa not bad gittew πŸ˜‚
Ewah feeling macam kek kedai hahaha
Pisau pemotong kek tu pun aku beli sekali lol
Lepas dipotong-potong, dapatlah hasilnya seperti gambar di atas. Not bad ye. Not bad (ewah masuk bakul angkat sendiri). Nampak la visual dia macam menyelerakan sikit kan daripada haritu rasa Astaghfirullah je hahaha. Craving aku yang dari haritu lagi nak buat kek coklat lapis cheese kukus tu pun berjaya juga dipenuhi. Pasni dah boleh berhenti rasa gatal tangan nak buat sebab perasaan gatal tu dah digaru kali ni. Ayuh cari resepi lain pula untuk cuba masa cuti sem ni hehe
Yang penting, guwe happy lapisan kek dan cheese tak jauh beza dan sekata dalam setiap potongan.
(Lapisan kek yang bawah tu cam bantat sikit sebab tak cukup masa tapi rasa tak terjejas pun)
Kek ni kalau letak topping ganache atas buttercream pun aku rasa okey je dan lagi sedap. Abah aku pun ada tanya takde topping ke. Tapi sebab aku masih rasa sayang nak cairkan coklat kompoun Beryl's yang aku beli di Shopee haritu, aku tak buat pun ganache. Gula aising pun takde nak buat buttercream. Lagipun biasanya kalau kek aku letak topping ni, ramai duk kikis letak tepi juga sebab manis sangat katanya. Cam membazir je so baik aku tak payah buat. Tu yang aku hidang kosong je hahaha

Apa-apa pun, craving memang satisfied. Lega juga sebab baki cream cheese tu pun tak terbazir. Aku pun berjaya dapat skil dan pengalaman baru. Secara keseluruhan, I am happy hehe. Kurang stress aku mengadap covid ni la. Dapat juga semangat positif nak mulakan cuti semester ni. Sambil tu kita simpan rasa terhibur tengok kek Frankenstein dan perasaan bangga tengok kek cantik tu di blog ni πŸ˜‰

Ye la siapa tak terhibur dan bangga kalau tengok peningkatan diri sendiri from this...

...to this, kan? πŸ’ͺ🏼😎

Panjang lebar aku update kisah perjalanan kek ni di thread Twitter tau. Lantak la siapa rasa serabut baca tu. Dah haritu aku bising kek tak jadi di Twitter, kalini kek jadi pun kena la hebahkan di sana. Consistency is key kahkahkah.

Sampai di sini saja kisah kita. Nanti jumpa lagi di entri seterusnya ya. Jaga diri dan keluarga, semua. Kes makin naik ni dah hampir 10 ribu. Semoga kita dijauhkan dari sebarang bencana. Amin.........

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. yee syukur sangat tak terbazir bahannya πŸ˜„

      Delete
  2. wahhh bestkan dpt buat kek dan menjadi
    happyy rasa
    alhamdulillah
    salam kenal dari nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. orang puji sedap pun rasa kembang semangkuk. berbaloi la penat tu hehe

      Delete
  3. tak banyak pun nak buat kek ni. nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hehe. ye bahan simple je. tp kat sini susah sikit nak cari cream cheese je sbb stok terhad pandemik :(

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS