Selamat Tinggal, UUM. | NaSa

Selamat Tinggal, UUM.

in , , , , by NaSa, July 17, 2021
Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, akhirnya dah tamat semester keenam aku sebagai pelajar jurusan International Business Management (IB) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dan memang sekejap pun sebab aku sempat belajar setahun je di kampus UUM. Semester ketiga aku tangguh. Kemudian masuk semester 4-6 semua belajar atas talian je sebab Corona. Rindu suasana kampus sobs
Tak boleh dah nak alami rushing-rushing pergi kelas ramai-ramai 😢 
Nampak gaya pun memang lambat lagi la nak boleh merasa berjalan dengan bebas di khalayak ramai, bersesak naik bas, tersengguk dalam kelas tu. Negara kita sekarang macam makin sedih je handle covid. Dari puasa sampai sekarang aku ni duk PKPKPKP, kes steady juga naik sampai belas-belas ribu. Fedapnya. Jadi nak atau tidak, tabah je la kita hadap dinding rumah ni ya.

Memandangkan semester depan aku dah nak mulakan latihan industri, tapi masa balik ke kampung lepas sebulan terkandas di UUM tahun lepas aku ada tinggalkan barang di stor UUM, maka kenalah balik ke kampus untuk ambil barang kan. Dekat setahun kot benda tu semua bertimbun dalam stor. Entah masih elok ke dah berkulat, aku pun tak tau. Maka... bermulalah pengembaraan pendek 2 hari 2 malam aku balik ke UUM kejap ni.
Ingatkah lagi dekat kami yang ditinggalkan dahulu~~
Tapi masalah UUM masa tu pula, ada banyak sangat ralat di surat pekeliling suruh ambil barang tu. Kejap kata nak lupuskan barang yang tak diambil pada masa yang ditetapkan, kejap kata boleh extend masa. Pening jemah. Dah la tarikh suruh ambil tu masa tarikh kelas. Aku pula tak ada pengangkutan nak ke sana sebab selama ni pun aku ulang-alik naik bas ekpres kan.

Aku sebenarnya prefer kalau tarikh ambil barang tu masa cuti pertengahan semester. Tak la ganggu masa kelas. Senang nak cari pengangkutan ke sana. Kot la aku dengan adik aku boleh sewa kereta drive ke sana kan. Sebab yang boleh masuk tu kereta persendirian yang dinaiki seorang pelajar dan seorang waris je. Kalau aku pergi sorang-sorang naik bas lepas tu nak cari Grab masuk kampus, ada ke Grab tu? Dan boleh ke Grab masuk? Terlalu banyak persoalan muahahah

Rezeki, abang ipar aku kata adik dia di Kedah nak tolong hantarkan aku ke UUM masa hari ambil barang tu. Alhamdulillah. Besar budi keluarga dia. Dah la masa daftar masuk UUM dulu pun dia juga yang tolong hantarkan. Ralat sikit je masa nak tamat belajar ni dia bukan pergi tengok aku pakai jubah konvo. Tapi sama-sama lemas pakai mask sebab tak nak dijangkiti virus.
Lengang je stesen bas.
Maka pagi bersejarah Isnin 5 April 2021 tu, aku dan kaklong pun sama-sama la ke stesen bas Lembah Sireh tu untuk ke Utara sana. Alang-alang kaklong aku nak balik ke Pulau Pinang untuk kerja. Sambil tu teman aku dulu ke Pokok Sena rumah adik ipar dia yang akan hantarkan kami ke UUM tu.
 
Pukul 8 pagi lagi kami dah tercegat di stesen bas tu. Macam aku cakap, sebab tarikh ambil barang tu masa kelas, dan kelas pertama aku setiap hari semua start 8.30 pagi, maka kita pun steady la masuk kelas di stesen bas sambil tunggu bas sampai. Untung juga tempat tu talian internet Maxis laju jadi hotspot wifi aku tak sangkut. Rajin la rasa nak masuk kelas sikit kan. Walaupun aku dengar suara Prof tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je hehe
Dapat pula lecturer yang memang suruh buka video masa kelas maka hello muka pakai mask 😂
Bas sampai pun steady je kita sambung kelas atas bas pula haha. Cuma kelas Seminar lepas tu aku sempat scan attendance dan join separuh jalan je. Sebabnya masa tu bas dah masuk kawasan bukit, baik Tunetalk atau Maxis, line phone semua hauk terus. Oleh sebab hotspot WiFi aku terputus sebab takde line so aku pun tutup phone dan sambung tidur. Mujur Dr Alisha paparkan QR code untuk attendance tu sebelum masuk kawasan bukit. Jadi tidaklah saya dikira ponteng huhu

By the way cam biasa prosedur masa perjalanan naik bas ekspres pun agak strict ya. Nak naik bas kena scan MySejahtera dulu pastu mask tak boleh tanggal sepanjang perjalanan. Redha la kita tidur muka tertutup je. Sampai di Hentian Gerik baru la rasa lega sikit sebab boleh tanggalkan mask kejap masa makan tengah hari. Lancar sikit pernafasan aku. Mujur bas ada aircond je. Kalau tak, fuhhh mau pengsan guwe.
Hello, Hentian Gerik.
Semangat la ambil nasi order milo ais sejuk atas panas bawah. Biasa kalau berhenti di Hentian Gerik ni, aku masuk kedai runcit mini di sebelah tu je cari roti ke apa sebab satu, kedekut nak beli nasi. Dua, biasanya orang ramai dan aku malas nak beratur ambil lauk. Tapi ni kan datang dengan kaklong aku. Orang belanja maka kita kena la terima dengan tangan terbuka hehe. Lagipun kali ni nak makan pun agak tenang sebab tak ramai orang travel kan dan kebaikan bila kena pakai mask ni, orang tak hisap rokok bersepah sangat. Kalau dulu berasap sana sini. Lemas aku nak duduk kat situ lama-lama.

Lepas selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan lagi sampailah ke Penang Sentral. Haa kenapa bukan Kedah? Sebab kaklong aku bawa beg laptop dan kalau nak usung ke Kedah, berat. Jadi dia berjanji dengan kawan dia untuk jumpa di Penang Sentral dan tumpangkan beg laptop tu ke Penang sementara kami pergi ke Kedah. Tu yang sambil tunggu waktu bertolak ke stesen Shahab Perdana malam tu, kami melepak dulu di Starbucks sambil kaklong aku dan kawan dia buat sesi catchup bergosip haha

Alang-alang tu dapat la aku merasa my first chocolate frappucino daripada Starbucks. 
Hello, my first Starbucks.
(btw frap, manis. kek, keras)
Rasa kejutan budaya ya masa berdiri di kaunter tu. Secawan frappucino tu je dah RM18. Kek sepotong pun sama. Total kedua-duanya dah hampir RM40. Campur air kaklong lagi aku tak tau la jumlahnya berapa tapi rilek je dia bayar. Pehhh ni kalau guna duit sendiri ni memang tak mungkin la aku beli. Harap orang belanja je baru boleh merasa buat cicipan. ni. Kalau tak, lagi rela aku beli milo kotak je baru RM2 lebih lol. RM40 boleh buat duit makan seminggu kot. Aku sehari belanja RM5 kat asrama dah boleh makan lunch dan dinner sebab nak jimat kan 😂
Hello, feri. Lama dah tak naik.
Oh ya depan Starbucks Penang Setral tu ada laman (balkoni?) luas yang kita boleh lepak rasa angin luar juga. Nak bergambar pun elok kalau lighting cantik. Tapi masa aku datang ni, nampak berjerebu je haha. Feri pun mampu tengok dari jauh je sebab kan dah tak beroperasi sebelum Covid lagi. Tapi jerebu pun layan je la cuci mata. Lepas ni tak tau dah bila lagi boleh merentas negeri mengembara nak jalan-jalan. Plan aku dengan kawan-kawan nak melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Redang buat reunion tahun lepas pun dah tak jalan-jalan dah sobs

Maghrib macam tu baru la aku dan kaklong berpisah dengan kawan dia tu dan bergerak ke kaunter beli tiket untuk ke Shahab Perdana pula. Nasib apa entah masa naik bas tu ada pekerja asing duduk di kerusi kami. Mujur lepas kaklong aku tunjuk tiket tu dia beralih ke belakang. Selamba betul dia haha. Naik bertiket ke tidak, Wallahua'lam.

Sampai di Shahab lepas jam 9 malam, adik ipar kaklong aku pun elok sampai tak lama lepas tu. Sempat la dia bawa kami makan malam walaupun aku sebenarnya kenyang lagi dengan kek red velvet Starbucks tu. Benda mahal kan so kena la kenyang lama haha. Lepas makan nasi ayam penyet kat kedai mana entah, kami pun balik ke rumah dia di Pokok Sena...yang mana aku lupa bahawasanya talian internet di sana sangaaaat lemah 😅
HELLO, POKOK SENA~~
Aman dan hijau kan suasana kampung kat sini. Tapi sebab kehijauan tu la capaian internet tu lemah haha. Dapat signal E tu pun dah ok sebab biasanya takde line terus. Aku dah la ada kelas hari Selasa tu (first time kan ada kelas Selasa). Ponteng kang, tak best pula (dasar skema). Tapi sebab line wifi Maxis aku memang hampeh terus, line Tunetalk je ok, gigih aku SMS Hajar minta topapkan RM5 nak beli data Tunetalk dan Whatsapp lecturer bagitau aku tak boleh masuk kelas esok sebab kampung tu takde internet.

Hasilnya, lecturer tu tak reply pun hahahahah (later dapat tahu dia baca Whatsapp pelajar tapi sebab ramai, dia biasa terlepas pandang kecuali kalau pelajar tu follow up baru dia ingat nak reply). Tapi berkat Whatsapp aku tu kot, dia boleh ingat nama aku dan selalu la aku kena petik dalam kelas Maritime. Mujur aku jenis rajin menyahut dan tanya soalan bila dia tanya "ada soalan ke?" Selamat reputasi I hehe

Esoknya, Selasa 6 April 2021 yakni tarikh yang pelajar Inasis TM dibenarkan masuk ke kampus untuk ambil barang, kami pun bertolak dari Pokok Sena ke UUM. Tu pun lepas singgah di Balai Polis Pokok Sena dulu dapatkan kebenaran rentas negeri untuk kaklong aku balik ke Penang dan aku balik semula ke Kelantan. Mujur polis tak banyak songeh masa tu jadi senang la dapat copnya.
Lagi muka pakai mask masa kelas.
(Aku tersengguk-sengguk btw pegang phone sebab selesa aircond kereta haha)
Dan aku pun walaupun bagitau lecturer tak masuk kelas, last sekali aku masuk juga sebab lepas keluar dari kawasan kampung tu dan masuk daerah bandar sikit, internet dah makin okey. Tu yang muka ber-mask lagi masuk kelas tu. Untung kelas 3 jam dari 8.30-11.30 pagi jadi walaupun masuk lambat, tetap dikira masuk. Kebetulan masa aku join Webex tu lecturer bagi rehat 5 minit dan baru tunjukkan QR code untuk kehadiran. Laju guwe scan. Tak jadi aku ponteng hehe

Sekian lama perjalanan, akhirnya sampai la kami ke UUM yang menjadi kerinduan tu echewah.
Hello, pintu gerbang UUM.
Proses masuk tak rumit pun walaupun asalnya kata kena tunjuk kad pelajar la, scan QR code la. Time aku tanya pak guard dia kata masuk terus je haha. Tapi sebab pelajar cuma boleh masuk dengan seorang saja waris/teman, kaklong aku terpaksalah ditinggalkan di luar gerbang ni sementara aku menuju ke Inasis TM. Mujur ada bangunan Anjung Tamu tu jadi ada la tempat yang selesa nak duduk masa tunggu. Kaklong pun bukan kisah sebab aku tengok elok je dia selfie dalam tu pos di Facebook check-in location. Kemain walhal aku sendiri yang student ni pun tak pernah masuk Anjung Tamu tu ahaha
Hellooohmaigod stor Inasis TM hahahahah
Elok kereta sampai dan parking depan Blok E Inasis TM tempat bilik aku tu kan, aku naik la sorang-sorang ke stor aras 2 tu. Masa ni harapan tak tinggi sangat yang susunan barang tu elok, tapi lepas masuk dan tengok suasana ni, haru-biru hati I 😂 

Asalnya barang aku disusun bahagian berhadapan pintu masuk dan kawasan dinding belakang pintu tau. Tapi ajaibnya masa datang ni, barang-barang aku ada yang tercampak ke belakang stor dan ditimbun oleh barang-barang lain. Ganas betul korang cari barang ye. Jenuh nak kena belek kiri kanan depan belakang cari semua benda. Dah la stor ni takde pengudaraan elok. Aku pun pakai mask lagi. Fuhhh tercengang-cengang aku tercegat tengah stor tu. Pening nak start dari mana.

Aku ni pun memula lupa letak berapa barang dalam stor sebab dah lama sangat. Mana-mana beg yang obvious corak dan saiz tu boleh la aku cam dan terus bawa keluar. Tapi masalah di kotak tu hah. Walaupun ada tulis nama aku, tapi kalau dah semua barang ni berterbangan ke segenap stor, mana aku nak ingat ye dok? Mujur la ada ambil gambar semasa dan selepas kemas bilik tahun lepas sebab nak tempek di blog macam gambar kat atas tadi. Jadi ada la rujukan berapa barang aku dan macam mana bentuknya. 
Hasil lepas dekat setengah jam berpeluh cari barang
Hasilnya, berjaya juga aku dapatkan semua barang dalam gambar di atas. Kalau tak, aku pun lupa aku ada 3 kotak sebab aku jumpa 2 je. Kotak yang ketiga tu kan, aku tenung je dalam stor tu sebab rasa macam familiar, tapi rasa macam bukan aku punya, tapi tetap rasa familiar. Bila aku pergi dekat dan check betul-betul baru la nampak "oh ada nama aku  la" hahaha nasib baik. Kalau tak, free la aku sedekah kat tong sampah UUM (karpet, penyapu, mop, dan penyodok je aku tinggal dalam stor)

Dan oleh sebab aku rushing sangat nak ke Dewan Muadzam Shah masa balik kampung tahun lepas tu, aku lupa nak tanggalkan kunci bagasi aku dari kunci bilik tau. Maknanya setahun bhai kunci tu menumpang secara haram di pejabat Inasis TM hahaha. Sebab tu lepas ambil barang, aku pergi la ke pejabat inasis nak ambil balik kunci tu. Eh pejabat  pula tutup. Kemudian teringat yang pengurusan Inasis TM dah digabungkan dengan Grantt, maka kami menuju pula ke Inasis Grantt untuk aku tanya pasal kunci tu.

Tapi...staf tengah bermarhaban apa benda entah masa tu ramai-ramai. Takde orang pun di kaunter.
Hello, pejabat Inasis Grantt.
Ada orang lalu pun tak layan tengok aku tercangak depan kaunter tu. Dah tunggu staf tak sampai-sampai, last sekali aku redha je la kunci tu tinggal di UUM. Anggaplah itu cenderahati aku untuk UUM lol. Dan nasib baik juga aku terlintas nak datang ke pejabat Grantt ni instead of balik terus sebab baru tahu kat sini rupanya kena scan kod QR kemasukan masa datang. Lepas ambil barang, kena scan kod QR keluar, isi Google form dan sain nama dulu sebelum balik. Memang ada diberitahu pasal prosedur tu sebelum datang tapi aku ingatkan buat di TM (dan pejabat TM tutup???) lol
Selamat tinggal, UUM. 😟
Lepas selesai masukkan barang ke dalam kereta, uruskan prosedur daftar masuk dan daftar keluar di pejabat inasis, maka tibalah masa nak balik kan. Serius rasa syahdu je masa ni. Cuaca pun elok la masa ni nak mendung, hujan pun merenyai turun. Sedih betul rasa hati sebab berpisah dengan cara yang tak memuaskan. Dah la lama tak dapat belajar dalam suasana kampus, kawan-kawan pun dah lama tak dapat jumpa, konvo pun entah ada ke tidak lepas ni. Kali terakhir datang ke kampus ni pun cuma boleh masuk, ambil barang, terus balik. Sebak tau, sebak.

Untung sebelum balik, ada satu bucketlist aku di UUM ni yang berjaya aku capai iaitu......
AMBIL GAMBAR DI DEPAN PAGAR UTAMA UUM!!!!
Kenangan terakhir di UUM 😌
Pagar ni terkenal tau setiap kali musim konvokesyen sebab boleh nampak bakal graduan pakai jubah konvo dan mortar pegang jambangan bunga ambil gambar kat sini. Sebab logo UUM kan sebesar alam depan tu. Siap tempah fotografer lagi buat sesi photoshoot. Tapi kita tak mampu la di zaman kobid ni. Mampu pakai mask je. Belajar pun entah akan tamat dengan cemerlang ke tidak sebab dah makin stres dengan PdPR ni. Tapi boleh la kan setakat buat kenangan "Saya pernah belajar di sini" hahaha
Selamat tinggal, Kedah.
Malamnya, aku dah kena pergi stesen bas untuk pulang semula ke Kelantan. Huhu hilang salah satu kegembiraan aku masa bermusafir sebab biasa di Changlun sebelum naik bas, aku suka lepak di KFC dulu haha. Dah la dengan bawa barang banyak gila. Segan tau tak setengah perut bas tu penuh barang aku je kot. Pakcik driver bas pun buat muka sebab "kalau banyak macam ni tak muat la barang orang lain." Ye pakcik ye. Tapi bukan saya minta pun benda jadi macam ni. NI SEMUA SALAH CORONA???? Saya ni kalau boleh nak lalui semester akhir di kampus pastu family saya datang ambik tau. Pakcik tu tiket bas tulis 9 malam tapi pakcik datang pukul 10 dah kenapa? Lama saya tunggu tau. #tiber

Maka dengan itu, tamatlah semester enam aku di UUM dengan penuh kesayuan dan tak eventful langsung. Bapak hambar woiiii. Dulu nak habis belajar di KPM lepas habis buat presentation untuk LI tu best juga ambil gambar dengan room mates depan tugu KPM Ayer Molek tu. Ni member semua duduk inasis asing pastu tarikh balik UUM ambil barang pun asing, Sadaqallah begitu saja la ceritanya 😞
Throwback: Acah kandid is a must hehe
Rindu korang T_T
Apa-apa pun, doakan semoga aku berjaya dapat tempat latihan industri (LI) tau. Atau kalau tak dapat pun, semoga aku berjaya habiskan kursus alternatif LI tu dengan berjaya. Walaupun aku ni jenis tak suka keluar rumah, tapi bila dah dekat dua tahun kena paksa terperuk je tak boleh keluar ke mana-mana dengan bebas, boleh gila bhai. Buat lockdown pun gila apa kes boleh naik 8-9 ribu.  Serupa suruh semua beratur jarak 1cm je. Semoga kita terus diberi semangat untuk menempuhi dugaan ni dengan selamat. Amin....

DAN SEMOGA UUM AKAN BUAT MAJLIS KONVOKESYEN LEPAS NI!!! Tak kisah la makan banyak hari nak perhabis semua sidang dan kena duduk jauh sedepa dalam DMAS tu pun. Asal boleh konvo. Universiti lain ada buat maka harap-harap UUM pun buat. Aku dah la masa graduasi KPM dulu pun tak berpeluang pergi ke majlis konvo tu sobs. Bila entah baru dapat merasa pakai jubah konvo dan pakai topi mortar ni 😞

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS