Assalamualaikum
Ini adalah sebuah entri muhasabah diri.
Selain itu, ia juga adalah ulasan pendek bagi anime bertajuk Gin no Saji yang diterbitkan pada tahun 2013. Tapi aku rasa macam lebih kepada bagi spoiler je hahaha
Anime Gin no Saji berkisar tentang pelajar lelaki bernama Hachiken Yuugo yang berasal dari Tokyo. Akibat tertekan dengan expectation daripada keluarga dia dan stres sebab selalu dibandingkan dengan abang dia yang lebih pandai, Hachiken pindah ke sekolah pertanian yang terletak di kawasan luar bandar lepas dia gagal masuk ke sekolah yang dia nak.
Hachiken sangka belajar di luar bandar lagi mudah daripada di bandar sebab kurang persaingan. Selain tu, Hachiken pindah tu macam nak tunjuk rebel la kat ayah dia yang rigid dan tak mesra dengan dia tu.
Tapi Hachiken kan budak bandar. Masuk pula sekolah teknik pertanian. Mana la dia ada ilmu pasal bidang pertanian ni. Berbeza dengan pelajar lain yang memang lahir dan membesar dalam keluarga petani dan penternak jadi mereka dah biasa kerja di ladang dan kebun, tanam pokok, ternak haiwan.
Jadi waktu awal-awal Hachiken di sekolah tu, dia agak struggle nak adapt sebab tak biasa dengan hidup sebagai peladang. Ye la kena bangun awal, kena buat banyak kerja berat semua. Penat takyah cakap.
Pastu sepandai apa pun Hachiken ni, kawan-kawan dia ada yang lagi pandai dalam subjek pertanian. Sebab tu dia insecure. Dah la dia pun masih dalam dilema tak tahu nak jadi apa lepas belajar. Kawan-kawan dia yang masuk sekolah pertanian tu ada yang nak jadi doktor haiwan, ambil alih ladang keluarga, buka bisnes pertanian sendiri. Hachiken je yang takde cita-cita. Lagi la insecure.
Lama-kelamaan baru Hachiken berjaya sesuaikan diri dan jadi makin rapat dengan kawan-kawan dia.
Aku suka tengok perkembangan Hachiken daripada budak bandar yang kekok dengan hidup peladang akhirnya perlahan-lahan mahir dengan selok-belok bidang pertanian. Kawan-kawan pun pelbagai ragam dan perangai masing-masing amat menghiburkan. Tokiwa best boy sebab bodo tak terbendung 😂
Muhasabah (includes spoiler)
Banyak muhasabah dalam anime ni kalau diikutkan. Tapi momen paling pertama yang aku tengok dan rasa bahawa anime Gin no Saji ni deep adalah Episod 4 (Musim 1) yang bertajuk "Hachiken Bakes Pizza".
Dalam episod ni, Hachiken kena gotong-royong bersihkan kawasan sekolah dan ladang-ladang. Waktu kutip sampah sambil mengeluh kenapa sekolah dia luas sangat (lol), Hachiken terjumpa satu ketuhar bata yang orang Itali guna untuk buat pizza tu. Kalau tengok sekali imbas, ketuhar bata tu nampak okey. Tapi di bahagian dalam, ada bata yang dah pecah. Sebab tu ketuhar tu dibuang.
Sebab sayang tengok ketuhar bata tu mostly masih elok, Hachiken cari la cara kot-kot ketuhar tu boleh dibaiki. Waktu tengah berbual dengan Komaba (kawan baik dia) pasal ketuhar tu, kawan-kawan mereka yang kebetulan ada berdekatan terdengar yang Hachiken ni pernah makan pizza.
Duduk Tokyo kan. Kedai pizza dan Western food bersepah la. Tu yang semua kawan dia tetiba teruja.
Tercampak Komaba ke tepi hahaha |
Mula-mula tengok scene ni, aku tergelak tau. Fikiran pertama aku, "Pizza je pun?"
Tapi beberapa saat lepas tu, aku senyap sendiri. Sebab baru teringat dalam episod awal, Hachiken ada cerita pasal latar belakang sekolah mereka. Standard sekolah pedalaman la kan. Jauh dari bandar, kemudahan sekeliling ada yang asas je, dan majoriti pelajar di sekolah tu daripada keluarga petani dan peladang.
Ada antara mereka yang pendapatan cukup-cukup. Logik la kalau majoriti mereka tak pernah makan pizza. Nak keluar ke bandar pun dah makan kos wang dan masa. Baik buat kerja di ladang je. Dapat juga duit.
Jadi mentaliti aku yang "pizza je pun" tu tadi sebenarnya salah sebab bagi mereka ni, "WAH, PIZZA!!"
Dari situ la aku jadi terfikir, bagi kebanyakan kita, mungkin dah muak dengan pizza sebab banyak kedai yang jual di sekeliling kita kan. Sebelah stesen minyak dekat rumah aku pun dah ada franchise Pizza Hut. Bila-bila je boleh beli. Kalau malas, boleh je order Food Panda atau GrabFood.
Sebab tu rasa macam pizza tu benda biasa. Tapi sebenarnya bagi orang lain terutamanya yang di kawasan pedalaman dan cuma pernah tengok iklan TV je macam mereka, pizza ni boleh jadi makanan mewah.
Memang termenung kejap aku lepas tengok scene tu. Rasa bersalah pula sebab gelak tadi.
Rasa macam tak sedar diri pun ada. Padahal sebelum ni, aku pun sama je macam mereka. Excited terlebih bila akhirnya dapat makan pizza lepas sekian lama asyik tengok iklan je.
Terimbau tahun 2013 masa aku ke rumah kaklong di Penang dan kaklong bawa makan di Pizza Hut. Happy gila aku bila kaklong beli pizza Double Sensation ni. Siap tag kakak aku lagi sorang di FB untuk riak 😅
So, yeah. Lepas tengok episod 4 Gin no Saji tu, aku mula tukar mentaliti sikit-sikit untuk tak pandang ringan terhadap sesuatu benda hanya sebab ia biasa bagi aku.
Selama ni aku je yang banyak rasa miskin sebab tak mampu beli benda mahal macam kawan-kawan. Hakikatnya, ada benda yang biasa bagi aku tu sebenarnya mewah bagi orang lain. Almaklumlah hidup semua orang tak sama. Jadi yang kita boleh buat adalah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Insaf tak??
.
.
.
Berbalik kepada kisah Hachiken dan kawan-kawannya tadi, mereka minta Hachiken buatkan pizza sebab mereka memang teringin nak rasa. Alang-alang dah ada ketuhar bata tu kan. Dan sebab Hachiken ni jenis terlebih baik, tak boleh reject kalau orang minta tolong, dia setuju nak buatkan pizza tu.
Gigih Hachiken research cara-cara untuk hasilkan pizza yang bagus. Untung belajar di sekolah pertanian kan. Semua bahan boleh dapat segar dari ladang dan stor sekolah macam tepung, sayur, daging etc 😂
Masa Hachiken tolong rasmikan gigitan pizza pertama. |
I love, love, love their pizza party ni sebab rasa muhibah sangat. Bukan setakat kawan-kawan Hachiken tolong untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan, geng cikgu-cikgu pun tolong sekali.
Comel je reaksi mereka masa tunggu Hachiken cuba dulu pizza tu untuk tahu rasanya macam mana. Pastu memang aku sekali tumpang terharu tengok muka puas hati masing-masing lepas makan pizza untuk kali pertama tu. Dah la visual untuk pizza yang mereka buat sendiri tu cantik. Terliur sis 🤤
Their happy faces awwww~ |
Ulasan Lain
Gin no Saji ni bagi aku salah satu anime dalam genre Slice of Life yang bermutu. Sis memang suka pun genre macam ni. Rasa lebih dekat di hati dan mudah nak relate dengan diri sendiri sebab dia memang bawa tema hidup seharian kita. Tema cerita pun memang rojak macam kita alami hari-hari kan.
Semua elemen ada dalam animen ni daripada kekeluargaan, persahabatan, konflik diri sendiri, gembira, sedih, kecewa, romantik, etc. Ye romantik cringe-cringe tu tetap kena ada walaupun sedikit hehe
Selain tu, latar tempat anime ni di sekolah pertanian dan ladang keluarga pelajar tu sendiri pun banyak tingkatkan kesedaran pasal hidup sebagai peladang. Macam mana kerja banyak tapi hasil kadang-kadang tak setimpal. Risiko pun tinggi lebih-lebih lagi kalau ladang mereka kecil sebab lagi besar impak yang kena tanggung, terutamanya dalam bab kewangan.
Contoh, keluarga Komaba. Episod pasal Komaba memang aku menangis sebab rasa ralat gila tengok impian dia tak kesampaian. Rasa hormat pun ada sebab muda-muda dah tahu tanggungjawab untuk keluarga (vague sebab tak nak bagi banyak spoiler hehe)
Komaba deserves better sobs
Namun inilah namanya kehidupan. Memang tak lari daripada risiko 😌
Pengajarannya, bersyukur la kita yang hidup di luar bidang kerja-kerja buruh di ladang ni. Sambil tu, berterima kasih juga kepada semua petani dan peladang yang dah kerja keras untuk hasilkan bahan makanan kita. Rezeki memang Allah bagi tapi tanpa mereka, tak sampai juga rezekinya kat kita. Gituuu~
Sebagai penutup, anime Gin no Saji ni amat disarankan untuk ditonton oleh semua. Walaupun fiksyen, situasi dalam anime ni tetap terjadi dalam dunia nyata. Boleh la hayati buat muhasabah diri sendiri.
Kalau nak tunggu tengok dunia luar yang sebenar, kadang-kadang tak berapa peduli. Kena sampaikan pengajaran dalam bentuk hiburan baru celik sikit mata. Haa aku la tu haha
P/S: Sebab ni la sis tak setuju anime ni cuma kartun untuk kanak-kanak (?) Kau ingat budak-budak tengok anime macam ni boleh feeling deep-deep buat analisis panjang-panjang ke? hahahah ok gurau.
Dah la. Aku tulis panjang-panjang ni pun sebab terkesan dengan pizza tu dan bosan je. Okbai
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤