Hilang geraham bongsu pula. | NaSa

Hilang geraham bongsu pula.

in , , by NaSa, August 11, 2021
Assalamualaikum

Nota: Panjang sikit cerita meroyan aku yang ni. Mohon bertabah.

Siapa sangka, selepas setahun setengah berlalu, kini aku terpaksa cabut lagi sebatang geraham. Padahal tahun lepas dah cabut sebatang geraham kan. Kesian betul makin lama makin takde "pagar" dalam mulut aku. Walhal umur belum cecah 30 tahun pun haha.

Cumanya kalau kejadian cabut geraham tahun lepas disebabkan kemalangan tergigit biji gandum keras semasa makan biskut, geraham kali ni lebih kepada kejadian malang yang tak dapat diduga. Dan ianya melibatkan geraham bongsu.

Kalau ikut carta daripada doktor gigi, struktur gigi kekal orang dewasa yang telah tumbuh sepenuhnya ni sepatutnya macam gambar bawah ni. Cantik je kan susunan dia. Memang ideal semua orang kena ada gigi macam ni la. Baru yakin nak senyum ala-ala model ubat gigi. 
Gigi biru gelap tu adalah geraham bongsu.
Tapi sebab gigi aku ni berlapis bahagian bawah (gigi kacip semua tumbuh zig-zag depan belakang depan belakang), susunan gigi aku pun terlebih rapat. Jadi bila geraham bongsu ni nak keluar, susunan dia huru-hara tau. Yang paling bermasalah, geraham bongsu belah kiri atas dan bawah.

Masa geraham bongsu kiri ni mula keluar 2014 dulu, memang seksa gila. Boleh pula gusi atas dan bawah terbelah serentak nak keluarkan gigi. Pastu yang atas tu tumbuh serong ke bawah. Jadi bila aku rapatkan mulut, gigi tu tikam gusi bawah yang tengah bengkak. Menangis bodo. Berapa lama aku hidup makan bubur je. Mujur la dah cabut terus tahun 2014 tu. Tinggallah geraham bongsu kiri yang bawah ni je. Yang mana mula-mulanya aku ingatkan okey tapi rupanya sama je bermasalah.

Mungkin sebab ruang gusi bawah tak muat akibat gigi berlapis tu, atau dari dalam gusi lagi memang ia dah ditakdirkan senget, geraham bongsu tu keluar dalam posisi macam di bawah.
Tu yang aku warnakan purple tu.
Sepatutnya geraham bongsu tu menghadap ke depan macam geraham biasa. Tapi dia senget dah rupa bentuk diamond. Jadi bucu gigi yang menghadap lidah tu tumbuh melebihi gusi aku dan mencucuk pangkal lidah tau. Disebabkan bucu gigi tu keras dan tajam, itu la yang jadi salah satu punca aku kerap dapat ulser tahun lepas sebab lidah terhiris dan luka.

Alkisahnya...masa aku buat pemeriksaan gigi untuk scaling (cuci gigi) bulan Oktober 2020, dentist tengok gigi tu dalam posisi tak selamat jadi dia tolong la asahkan untuk hilangkan bucu gigi yang tajam tu. Aku tak suruh pun. Dia yang offer. Tapi kira elok la sebab takde dah lidah aku bergesel dengan bucu gigi tu dan luka sampai jadi ulser. Maka hidup sis pun tenang sekejap.

Waktu berjalan sampai la Februari 2021, gusi aku belah kiri mula sakit. Ia berdenyut dan rahang bawah bengkak sampai membawa kepada sakit kepala dan mata. Tapi sebab masa tu aku dah nak start sem baru dan kelas aku hari-hari start pagi, takde masa nak ke klinik. Pastu PKPKPKPKP pula bersambung kerjanya dan klinik pun cuma terima temujanji je, lagi la aku tunda nak pergi klinik gigi.

Dari Raya Cina sampailah Raya Puasa, aku tahan je semua sakit tu. Macam mana aku hidup dengan sakit gigi tu berbulan-bulan? Sis telan Panadol Optizorb. Habis sekotak (36 biji) yang asalnya aku beli sebagai stok untuk demam dan migrain. 

Ubat tu aku telan 2 biji atau 4 biji sehari, selang 2-3 hari bergantung kepada tahap sakit. Pastu siap beli ekstra lagi 6 strip dan telan 2 strip (aka 24 biji) πŸ™‚ Kenapa entah degil sungguh masa ni lagi rela perhabis duit beli ubat daripada jumpa doktor terus.

Panadol Optizorb ni aku buat stok sebab sesuai dengan migrain aku. Tapi ia juga berkesan untuk legakan sakit gigi.
Kemuncaknya, sehari sebelum Raya Haji 2021 tu baru la aku dapat pergi klinik gigi. Sebab masa ni aku dah start cuti semester jadi ada banyak la masa lapang. Lagipun raya haji mesti dapat daging kan. Mak aku pun dah plan nak buat sate kot. Rugi la kalau tak boleh makan sebab sakit gigi. 

Maka pada 19 Julai 2021, aku pun pergi la ke klinik gigi tu.

Terbang seringgit.
Entri tahun lepas aku kata kalau sakit gigi lagi, nak pergi swasta kan. Tapi sebab klinik gigi swasta yang aku nak tu di Kota Bharu dan masa ni belum boleh rentas daerah, hajat sis tak kesampaian. Sebab tu pergi je klinik kesihatan gomen ni sambil berdoa semoga ubat bius kali ni banyak dan tak rasa sakit haha

Dan masa ni aku taktau lagi yang sakit tu sebenarnya geraham bongsu paling hujung sebab aku rasa sakit tu di ketiga-tiga gigi geraham. Lepas dentist check baru tau puncanya adalah geraham bongsu. Yang aku rasa sakit di gigi lain tu sebab gigi kita kan berkongsi urat. Jadi sakit di urat belakang tu menjalar ke urat depan dan urat atas, sebab tu aku rasa semua gigi sakit. Nak tak nak, dentist kata memang kena cabut sebab gigi tu dah mereput.

Punca kenapa reput?

Akibat gigi yang diasah bucu haritu, gigi tu sebenarnya makin retak dan patah sikit demi sikit (chipping). Makin lama gigi atas tu makin takde. Aku tengok cermin macam 1/4 juga gigi tu takde. Tu yang tercipta satu lubang yang dedahkan akar gigi aku. 

Sebab tu kalau aku makan, minum, hatta berkumur pun jadi ngilu macam orang gigi sensitif sebab benda tu semua kena akar gigi. Dah la akar gigi yang terdedah ni mudah kena jangkitan kuman. Aku pula lama gila tangguh pergi klinik, memang teruk la jangkitannya sobs

Disebabkan gusi di barisan gigi kiri tu bengkak (dan aku tak perasan pun), dentist bagi aku 4 jenis ubat (2 daripadanya antibiotik) untuk habiskan dalam masa 5 hari. Dia suruh aku tunggu bengkak surut dulu baru datang cabut pagi minggu depan.

MASALAHNYA KLINIK SALAH EJA NAMA ABAH AKU!!
Jadi anak orang lain dah aku πŸ˜‚
Dah namanya antibiotik kan, kena la makan ikut masa yang ditetapkan. Walaupun aku ni jenis makan tak tetap masa, demi nak cabut gigi ni rela la aku makan roti pepagi tu untuk alas perut lepas makan antibiotik. Malam pun tunggu pukul 11 malam baru dinner untuk jadual ubat sesi malam. Kemain berharap bengkak cepat surut dan gigi boleh dicabut cepat. Tapi....kita hanya mampu merancang.

Dalam tempoh makan ubat tu, aku dapat 3 ulser. 2 di lidah, 1 di gusi kanan atas (saiz ~1 cm). Menderita bhai. 2 minggu aku bisu tak bercakap dengan sesiapa sebab sakit. Maka cancel la dulu cabut gigi sebab nak suap nasi pun sakit sampai menangis, inikan pula nak aku nganga luas-luas depan dentist kan. 

Lebih merancakkan drama, lepas ulser besar di gusi aku tu 90% sembuh, malam 1 Ogos tu aku dapat ulser lain pula. Kali ni di lelangit tepi anak tekak. Lagi mencarut aku woi. Dalam hati memang f*kkkkkkk sjhcsdjfgvsdj

Tapi sebab ulser di hujung lidah tu pun dah nak baik, aku pergi lagi ke klinik gigi tu untuk consult nak tahu boleh cabut ke tidak. Sis memang dah fedap sangat dah. Masa ni 4 Ogos 2021.

Terbang lagi seringgit.
Tunjuk muka aku sebab takde gambar resit since nurse tak cop tarikh hahah
Dentist kata tak boleh cabut juga. Sebabnya macam yang aku tulis di entri pasal stress ulcer tu la. Takut ulser tu dah sakit susah nak makan, kang kalau cabut gigi, lagi bertambah sakit. Maka kena tunggu ulser sembuh dulu. Padahal dah lebih 2 minggu aku tunggu ni huuuuuu separuh redha je aku balik rumah haha. 

Kalini dentist dah tak bagi antibiotik la untuk gigi aku sebab dah makan sebelum ni kan. Takut overdose. Dia cuma bagi mefenamic acid just in case sakit teruk sangat.

Dapat lagi ubat tahan sakit.
Dan nama abah aku masih dieja dengan huruf yang salah.
Mujur ulser di lelangit tu tak ambil masa lama untuk sembuh. Berkat hari-hari hampir setiap jam aku sedut air sejuk dipenuhi ais guna straw untuk legakan sakit. Berapa kali aku ulang-alik ke tandas sebab nak terkencing lol. Pedulik hape asalkan ulser sembuh kan. 11 Ogos 2021, aku kembali ke klinik gigi untuk cabut terus geraham bongsu tu. I DAH TAK TAHAN!!!

Saja je nak menunjuk jam tangan daisy aku.
RM9 je di Shopee hehe

Terbang kali ketiga seringgit.
Sebab 3 kali datang dalam masa kurang sebulan (19 Julai-11 Ogos), masuk je dalam bilik rawatan, dentist selamba tanya "ulser dah elok?" Hah dah dia pun ingat kat aku haha. Pastu duk repeat pesanan suruh banyakkan minum air etc. Aku angguk je la sebab dah cakap kan sebelum ni aku memang hantu air πŸ˜‚

Drama sebabak dengan dentist kali ni:
Dentist: Awak dah makan ke sebelum datang ni?
Aku: Belum (sebab taknak ada sisa makanan antara gigi lol)
D: Minum?
A: Air kosong je.
D: Oh bukan air manis apa-apa la?
A: Tak πŸ™‚

Terus dia suruh MA check tekanan darah aku. Katanya, cabut geraham bongsu ni lebih ekstrem sebab kena korek-korek gusi semua. Pendarahan lepas cabut gigi tu boleh buat aku jadi pening sebab belum makan. Minum pun cuma air kosong, bukan minuman manis yang ada gula untuk tenaga. Pulak dah. Mana aku tau hahahah. Cabut geraham sebelum ni takde pula tanya dah makan ke belum πŸ˜…

Prosedur cabut geraham bongsu ni lebih kurang je macam cabut geraham biasa tahun lepas. Sebelum cabut, dentist bius dulu gusi yang terlibat. Tapi dia ada spray apa benda entah di gusi aku. Rasa macam ubat gigi haha. Kemudian baru dia inject gusi hujung tu 3 kali sebelum suruh aku pergi berkumur. Dalam 10 minit, seluruh pipi kiri aku rasa kebas. Dengan separuh bibir sekali jadi berat.

Waktu bius, 10.05 pagi. 
Waktu dipanggil semula ke dalam bilik rawatan, 10.27 pagi.
Waktu selesai gigi dicabut, 10.35 pagi.
Cepat tak? hahahaha

Tapi proses nak cabut dia tu ya Allahhhhhh lagi berperang daripada masa cabut gigi tahun lepas πŸ˜…

Oleh sebab yang nak dicabut ni geraham bongsu paling hujung, playar yang diguna tu besar la. Saiz sebenar aku tak tengok sebab sepanjang prosedur tu aku pejam mata akibat seram hehe. Tapi berdasarkan saiznya dalam mulut yang buat aku rasa rahang nyaris terkunci sebab nganga terlebih had, memang besar la. 

Dentist pula duk suruh nganga luas-luas untuk mudahkan dia pusing playar tu. Tapi pipi dan bibir aku kan kebas. Nak nganga lagi luas tu tak boleh sebab pipi aku tak bergerak πŸ˜‚

Tenaga yang diperlukan untuk cabut geraham bongsu ni pun banyak. Dengan kepala aku sekali bergoyang ke kiri kanan masa dentist tu pusing playar dalam mulut. Sampai kena panggil MA tolong pegang kepala aku untuk mudahkan dia cabut gigi lol. Gagah dentist ni. Tak padan dengan kecik molek haha

Tapi sebab playar tu besar, besi dia sampai berlaga dan terhantuk kena geraham atas aku. Bunyi dia macam kau gelekkan alu lesung batu di simen. Grek grek grek. Berdesir telinga oi. Terus kejung secara automatik tubuh aku masa dentist tu duk gelek gerudi guna playar dalam mulut aku tu. MA pula duk berbisik dari atas kepala "jangan keraskan tubuh awak. relaks je." Masalahnya saya seriau, bang πŸ˜‚

Lepas 4-5 minit terpusing-pusing macam Syamil, akhirnya mulut aku rasa ringan dan bebas sebab tahu-tahu dentist dah keluarkan playar tu. Maksudnya gigi aku dah selamat dicabut. 

Alhamdulillah doa aku pasal ubat bius tu makbul sebab kali ni memang disuntik lebih banyak daripada haritu. Masa cabut tu takde rasa apa-apa ye. Gusi aku tak rasa berderau. Bunyi akar ditarik macam masa cabut gigi tahun lepas pun takde. Even awal-awal masa dentist toreh gusi di bahagian gigi yang nak dicabut tu, aku tak rasa apa-apa. Cuma rasa macam ada benda bergerak atas gusi je

Alhamdulilah la urusan dipermudahkan. Kurang satu memori ngeri aku hari ni hahaha. Nampak tak betapa pentingnya kuantiti ubat bius tu untuk elak trauma πŸ˜‚

Cumanya hasil kepala aku bergoyang ekstrem sampai MA kena pegangkan tu, rosak sikit tudung I lol

Sebelum dan selepas gigi dicabut.
Yang bawah dah serabai sikit hahahah
Takpe la serabai pun sebab aku terus balik rumah juga lepas cabut gigi tu. Yang penting, gigi aku dah selamat dicabut dan aku pun dah tak payah menderita sakit gigi sampai tak boleh tidur dah pasni. Alhamdulilah akan dapat balik nikmat makan dengan selesa lepas hampir 6 bulan duk tahan sakit ni.

Sebelum balik, dentist tu pesan suruh gigit gauze yang dia letakkan di tempat gigi yang dicabut tu selama 30 minit. Kemudian kena tukar dengan gauze lain yang klinik bagi ni. Pesanan lain:
- Jangan berkumur dan meludah
- Telan je air liur macam biasa termasuk darah tu sekali πŸ™‚
- Jangan makan makanan panas, makan benda yang lembut dan sejuk saja.

Heh. Mujur aku ada lagi stok kek batik sesuka hati yang aku buat haritu. Senang juga nak makan sebab tak perlu kunyah. Masuk mulut je ia mencair sendiri hehe

Aku baru perasan ada arahan belakang ni. Tahun lepas aku tak terbaca pun.
Dalam pek hijau tu ada 3 keping gauze.
Siap bagi panadol untuk tahan sakit.
Aku tanya dentist tu sampai bila nak kena ganti dan gigit gauze ni? Katanya tukar sampai semua gauze habis. Tapi sebab aku lapar teruk lepas balik rumah tu, aku tukar gigit satu gauze baru tu. Lepas tu aku dah tak tukar gauze lain sebab aku nak makan dan kemudian aku nak tidur. Gauze ni tak boleh gigit masa tidur sebenarnya. Risiko tercekik dan jangkitan.

[[Tahun lepas aku tak tahu dan siap bawa tidur semalaman tau. Esoknya mendapat lerr gauze tu melekat di lubang gusi dengan darah beku. Mujur tak jadi pendarahan lebih teruk lepas aku tarik tu πŸ™‚]]

Kos cabut gigi geraham bongsu di klinik kerajaan ni macam biasa, SERINGGIT sahaja. Alhamdulilah murah kan. Dan kali ni prosesnya aku tak komplen macam tahun lepas sebab ubat bius banyak dan aku tak rasa pun gigi tu dicabut. Very nice.

In fact, lepas balik rumah pun kesan bius tu masih kuat terasa. Aku kira tempoh masa, dari pukul 10.05 pagi ubat bius tu disuntik, lepas 1 tengah hari baru pipi aku mula rasa normal. Dalam 3 jam camtu la ubat bius tu bertahan. 

Cuma kelakarnya masa hilang kebas tu, bahagian pipi beransur okey tapi kebasnya beralih ke bahagian bibir. Rasa tebal bibir aku. Feeling Angelina Jolie kejap haha. Tapi take note la lepas ubat bius tu hilang, gusi akan start rasa sengal. Boleh makan panadol yang klinik bagi tu kalau sakit kuat.

Tapi......ada satu berita tak best la. 
Lepas selesai cabut gigi tu, tahu tak dentist tu cakap apa?

"Nanti datang balik untuk cabut gigi atas pula ya." πŸ™‚

Sebabnya masa aku buat pemeriksaan gigi kali pertama tu, dentist kata geraham bongsu aku di belah kanan atas tu pun dah rosak juga dan perlu dicabut. Aku je tak perasan sebab dia takde rasa sakit macam geraham kiri ni. Sebab tu terkejut juga aku masa dia announce status geraham kanan tu sebagai "extraction" untuk catat dalam buku pink tu. Maksudnya cabut la tu. Makin kurang gigi aku 🀧

Sebab tu aku memang benci dengan geraham bongsu ni. Dari awal kejadian sampai akhir, semua menyakitkan. Patutnya Malaysia ni ada sistem macam Amerika la. Awal-awal dapat tanda geraham bongsu nak tumbuh tu, mereka terus pergi buat minor surgery cabut semua geraham tu. Biar la mabuk macam apa pun lepas bangun daripada dibius. Daripada duk cabut satu-satu macam aku ni. Seksa tau.

Dan memandangkan entri aku pasal cabut gigi geraham sebelum ni dapat banyak bacaan (dah lebih 35k views), jadi di sini ada 2 pesanan la untuk mereka yang nak cabut gigi tu kalau mereka masuk entri ni kan (hasil pengalaman sis 2 kali cabut geraham):

- Makan sedikit untuk alas perut sebelum pergi cabut gigi. Minum air yang manis sikit pun takpe untuk beri tenaga. Sebab macam yang dentist tu kata, lepas cabut gigi tu aku memang pening lalat akibat pendarahan. Mata aku tetiba silau pastu kepala pun rasa terawang-awang. Mujur jadi lepas dah balik rumah.
- Kalau sakit gigi, terus je pergi klinik. Jangan tahan lama-lama macam aku. Takde faedah pun. Aku rasa kalau aku jumpa dentist awal-awal haritu mungkin geraham kiri aku ni masih boleh diselamatkan. Tapi sayang dah terlambat πŸ˜”

Itu saja la royanan aku pada kali ini. Siapa baca sampai habis tu, tahniah kepada anda. Doakan aku berjaya kumpul duit yang cukup untuk buat implan gigi pasni. Aku nak taruk adamantium. Mana tau boleh kuat macam Wolverine hahahaha.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit gigi dan anda sedang membaca entri ni, be strong brothers and sisters!!!!

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. takutnya baca pengalaman pasal cabut gigi huhu. best la kat ubat plastik tu ada arahan lepas cabut gigi, senang nak rujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram tahap habis segala jenis selawat duk repeat dalam hati πŸ˜‚

      Delete
  2. Last cabut gigi masa darjah 6.Lepas dari tu memang tak pernah2 cabut. TakotπŸ˜…. Kalau jumpa doktor gigi pun sebab nak cuci gigi jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tu dari darjah 6 haha. tp klu gigi tak banyak masalah takpe je gigi sihat. ni gigi jenis susah nak jaga memang kena hadap je la doktor gigi tu selalu πŸ’†πŸ»‍♀️

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS